You Are Reading

10

Pengumuman dari Andalas Bikers Syndicate – Azmi @ Amie CBR600 Kemalangan.

TayarGolek.Com Saturday, September 5, 2009

Yoossshh..!!

Salam Ramadhan…

Apa yang aku cuba coretkan pada kali ini bukanlah cerita mengenai rides atau pon TTS. Tetapi sedikit berita buruk mengenai kawan aku yg merupakan salah seorg ahli kelab Andalas Bikers Syndicate(ABS).

Pagi td aku menerima sms dr Blackfire yg memberitahu bahawa Saudara Azmi (Honda F3) telah terlibat dalam satu kemalangan. Kemalangan ini telah berlaku pada petang Jumaat ketika beliau pulang dr tempat kerja ketika menunggang motorsikal Yamaha Lagenda. Ape yg diberitahu oleh Bro Blackfire & Bro Lan_cb4 (Presiden) yg dibenarkan masuk ketika melawat Saudara Azmi, Keadaan beliau amat kritikal  yang mana sebahagian hati telah hancur dan keretakan pada kepala.. Pembedahan telah dilakukan pada mlm tadi, yg melibatkan pembuangan beberapa organ dalam perut.. 12pain darah telah dimasukan dr semalam..beliau kini ditempatkan di ICU,tingkat 5 hospital Ampuan Rahimah Klang ..

Bg yg tidak mengenali,  gambar dlm bulatan dibawah adalah saudara Azmi.

azmi

Jadi kepada anda yg membaca berita ini, saya mewakil ahli keluarga beliau dan j uga mewakiliahli Andalas Bikers Syndicate agar dapat kite sama2 berdoa semoga beliau tabah & diberi kekuatan semangat utk meneruskan hidup seperti sediakala.

Selain itu, saya menyampaikan salam drp Presiden ABS (Bro Lan), Majlis Berbuka Puasa yg sepatutnya diadakan pd hari Sabtu di View Village Restaurant telah DIBATALKAN demi menghormati keadaan saudara Azmi. Bagaimanapun, satu majlis Doa Selamat & Solat Hajat akan  diadakan spt berikut:

Tarikh: 05.09.2009 
RV: 5.00pm                                                              
RV point: Restoran Al-Bidayah, Andalas, Klang.

Tempat Majlis: Rumah Saudara Faizal CBR900 (Klang)
Majlis mula : 5.30pm

Bg geng2 Andalas Bikers yg berkesempatan, anda dijemput hadir ke masjlis tersebut. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dgn saudara lancb4 (0126559632) atau mayatkarin (0162090484)

Pengumuman lain telah dibuat di SBM: http://superbikemalaysia.com/topic/5034360/1/

 

10 comments:

Anonymous said...

Semoga Saudara Azmi Fuad cepat sembuh.. Amin..

Semua dijemput hadir ke majlis doa selamat & solat hajat esok..

Sebarang pertanyaan sila hubungi saya di No yg tertera di atas..

LanCb4

Anonymous said...

salam.

insyaallah.kalau sempat..saya hadir dgn azizul aka hondaCB sebab dia ada kelas sampai pukul 5.

onii

Shween said...

kesian nyer...hope abg tu sembuh cepat...ish takut bace...hope sgt sgt doa byk byk die sembuh cpat kan...sian

luvlymama said...

Moga Ramadhan membawa kekuatan untuk beliau dalam mengharungi detik2 getir..Doa dan tawakal kita panjatkan agar beliau terus survive

DatinDiaries said...

semoga saudara azmi sembuh seperti biasa.....dan di jauhi drpd keadaan yg tak di ingini......

dan banyakkan bersabar di atas dugaannya....

Anonymous said...

Alhamdulillah, semalam berkesempatan melawat Amie di ICU HTAR. He is now able to breathe on his own (life support machine has been disconnected)but belum lancar sgt lagi. Still belum sedar tapi bila kita bercakap dgn dia dan pegang tangannya, the breathing accelerates a bit (responsive). Doakanlah yang terbaik utk Amie, semoga kita mendapat keinsafan.

-kawan Amie - UUM97

TayarGolek.Com said...

Thanks kt Kwn Amie-UUM97, sudi bg update kpd kami semua..kalo ade ape2 perkembangan sila2 update yer..

Anonymous said...

Perkembangan terbaru dari ICU HTAR semalam (Ahad 13 Sep 09). Amie dah sedar, ingat isteri dan anak2, boleh genggam tangan isteri, boleh angkat tangan sikit tapi belum boleh bercakap.

Terima kasih atas doa kawan-kawan, dan anonymous persons. Moga Allah swt memberi ganjaran yang baik.

-kawan Amie - UUM97

TayarGolek.Com said...

Alhamdulillah...syukur dgr berita nih..

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Update terkini, Amie telah discharged drp HTAR Klang pada 30 Oct 2009.

-kawan Amie - UUM97

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com