You Are Reading

6

Part 2 - Ride to Songkhla, Thailand

TayarGolek.Com Wednesday, April 27, 2011 , ,

Yooosshhh..!!

Salam geng..

 

Sambungan semalam..

 

Dari Sadao ke Songkla kira-kira 100KM dan perjalanan ke sana akan mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan.

Makan pun dah setel..perut dah kenyang, bayar pun dah..elok ler sangat kitorg gerak. Kang tangguh2 ujan plak. Tapi cuaca skg memang dh hujan renyai pun. Sebelum terlupa, kitorg ke pondok insurans tadi utk amik plat nombo Siam yng dah pun siap dlm masa 1 jam. Sekeping bayarannye cuma RM5. Kalau depan belakang..RM10 ler (duit RM diterima).

Alrite..bersiap2 sebelum tayargolek..

 IMG_0675

Hahahaha…cepat oiiit! dah ujan dh woo..ape kes main ikat-ikat nih??..hahaha (ayat aku lagi kejam dari ayat Hasnul dulu)..

 

15.30 – tayar mula bergolek. Trafik agak busy skit pada permulaan ketika melalui pekan. Lepas je beberapa KM jalan mula smooth. Griffin mula mengetuai ride ini..kalo tadi hujan cuma renyai-renyai, tapi kali ni mula lebat (skit laa). Jalan basah & licin..kene lebih berhati-hati (pesan Griffin masa briefing TTS) kelmarin..sebab jalan kat sini agak pelik skit. Kenapa? takde ler pelik sangat cuma kereta/lori membuat ‘U-Turn’ adalah perkara biasa. Itu lah Thailand!

 

IMG_0676

Selepas 15 minit berada diatas motor, terdapat sebuah Buddha Statue ketika dalam perjalanan ke Songkhla atau destinasi utama kitorg adalah Songkhla Lake. Kitorg berhenti sekejap ler untuk gambiran..

 

 

IMG_0680

Anyone can assist me to translate this?? Haram aku tak paham..

Translate dlm Bahasa Melayu. – “ Hidup sederhana – bahagia..

                                                      Hidup tak sederhana – susah atau tertekan..”

****** Thanks kpd Bro Musang yg tolong aku translate kata2 diatas..************************

 

IMG_0677

Yang penting..kitorg dapat moment ni. Salah satu tempat yg termasuk didalam list agenda ride kitorg..

 

IMG_0678

Turn diorg pulak..hujan masih lagi lebat. Cuak jugak nak kuarkan camera..takut masuk air jer… :(

 

IMG_0679

Keadaan jalan yang basah & hujan masa ni..jgn ler problem camera aku..

 

Dah dapat gambiran..kitorg start tayargolek lagi. Lepas ni memang takde stop mana2..akan terus ke hotel untuk check-in.

Pekan demi pekan dilalui, memasuki highway yang kadang2 dikejutkan dgn kenderaan beroda 4 membuat u-turn ke kanan..kenderaan dari arah bertentangan membuat u-turn ke laluan kitorg..serba sedikit memberi pengalaman baru menunggang di negara orang. Tapi memang aku respect dengan cara pemanduan pemandu2 dan penunggang di Thailand..jarang betul dengar bunyi kenderaan bunyikan ‘horn’. Masing2 ‘give and take’ dan ‘respect each other’..walaupun kenderaan keluar masuk tu banyak. (Gambiran takde..tak dapat nak share. Korang imagine je ler)

 

@ Pavilion Hotel, Songkhla..

Setelah 1jam 30 minit berada diatas motor..akhirnya sampai lah ke Hotel Pavilion, Songkhla Lake. Satu lagi pengalaman aku nak share. Sebelum ni aku hanye dengar2 jer pengalaman member2 yang dah pernah ride ke Thailand. Rata-rata bercakap “jalanraya kat Thailand cantik. Kali ni, aku sendiri berpeluang menggunakan jalanrayanya.Yes!! aku setuju dgn kata2 diorg..aku akui jalanraya di Thailand setakat ni memang cantik. Sepanjang jalan ke Songkhla tak jumpa satu pun jalan yang berlubang-lubang..bonggol..tampal sana sini. Apakah rahsianye?? hehehe…

 

IMG_0684

Perghh..!! daripada motor berkilat..skg amik ko! Nak ‘tour adventure’ sangat..hehe

 

IMG_0685

aiiihh..! “..tgh bukak ikatan yer banggg..!” heheh pedih..pedih telinga :P

 

 

IMG_0686

@ Reception – tgh check nama dlm senarai reservation

 

IMG_0687

Urusan check-in. Harga utk Single Room (1000 Baht) dan Double (900 Baht). Deposit sebanyak 600 baht.

 

IMG_0688

Orite..payment setel. Masa utk letak beg2 semua dlm bilik. Seperti yang kitorg rancang, lepas checkin..letak beg semua dlm bilik..lepas tu start motor balik utk agenda seterusnya..

 

Dalam agenda petang tu..kitorg terpaksa kejar masa skit sebab masa dah pukul 5.00ptg walaupun ikut time Thai baru pukul 4.00ptg. Cerah gelap tetap sama..time tu plak ujan mula reda skit. Sebelum hujan turun lebih lebat baik caragas awal2. OK..kitorg akan ke Samila Beach utk melihat pantai..atau Tasik Songkhla sebenarnya yang begitu luas/besar. Selain itu, melawat dimana terdapatnya ‘Golden Mermaid’ yang dok melepak kat tepi pantai sambil2 diperhatikan oleh Naga..hehe

 

 

IMG_0691

Di lobi Pavilion Hotel..tgh menunggu yang lain2 turun..

 

IMG_0692

Serba sikit hiasan didepan hotel..

 

IMG_0693

jalan basah..nasib baik hujan dh berhenti. Boleh ler sambung tayargolek.

 

IMG_0694

Guna khidmat tripod ‘cinonet’..

 

IMG_0696

View di jalan Platha Road, Songkhla..

 

IMG_0697

Laluan kenderaan didepan lobi..

@ The Golden Mermaid - Samila Beach

Dipendekkan citer..kitorg dah pun berada di Samila Beach yang terletak tidak jauh dari hotel tadi. Suasana yang boleh diperhatikan kat sini agak begitu tenang dgn keadaan selepas hujan. Memang terasa fresh giler udaranya..Tapi mcm tak ramai pulak pengunjung time ni..

 

IMG_0698

Motor disusun mengikut barisan..aiisshh! Geng motor hitam ni dok parking sama dia jer..hahaha

 IMG_0699

Enterpreme skit ler..skali skala..

 

IMG_0700

Sunyi & tenang..hanye kedengaran suara ombak jer (ombak pun ada suara tawww..). So far, takde plak nampak budaya mat rempit dok bakar2 bile motor2 beso lalu/parking..

 

IMG_0701

Ade ler 2-3 gerai bergerak yang meniaga kat sini..

 

IMG_0702

Mak cik ni tgh sibuk layan customer..

 

IMG_0703

 IMG_0704

Takde ke sape2 yang sudi beli nih?..lama dah duduk bertapa tepi pantai..

 

IMG_0705

Nak aku citer ke pasal gambo ni?? hehehe…ade cerita disebalik gambo ni sebenarnya..

 

IMG_0706

Aissshh…!! aku lagi..huh!

 

IMG_0707

Burung merpati dok lepak2 kat sini amik angin petang..

 

IMG_0708

Yang ni plak..tgh berdating. So, baik jgn kacau..kang kacau dia terebang sejoli..

 

IMG_0709

Keadaan ombak yang agak kuat..so far angin takde plak sekuat tu..tp boleh laa..

 

 

Jom..kite ke tempat ‘Golden Mermaid’ lepak..

IMG_0710

Laluan ke Golden Mermaid..

 

IMG_0711

suasana petang di Samila Beach..

 

IMG_0712

Rupenya..ade gak pengunjung yang lain kat situ..peluang utk bergambiran dgn Mermaid tu memang takkan dilepaskan. Perkara wajib tu bila dh berada kat sini..

 

IMG_0713

Pemandangan disekitarnya..

 

IMG_0714

Bukit bukau yang boleh dilihat dari pantai..

 

IMG_0716

Pakai petik jer gambiran ni..

 

IMG_0717

batu-batan yang berada dipesisiran…

 

IMG_0718

Ini ler sejarahnya dan ceritanya pasal Golden Mermaid nih..

 

IMG_0719

Nak baca pun tak nampak..nk tau pasal info ni secara lebih lanjut…errr ko google jer ler :D

 

 Golden Mermaid

Ini lah dia “The Golden Mermaid, Songkhla’..

p/s: Emas tgh mahal ni skg..jgn memain..!

 

IMG_0722

Gambiran beramai-ramai bersama si Puteri Ikan Duyung Emas nih..

p/s: Helmet Nolan Apit kini tinggal kenangan..heheh ( hadiah tuuuu..)

 

Aku sebenarnya malu nak bergambiran..tp Griffin paksa..hahah (jgn mare bro), so dia suh aku bergambo plak dgn Puteri Duyung nih..hehehe. Malu ler..!!

IMG_0723

 IMG_0724

Neway..Thanks lah bro shot ini gambiran.. ;D

 

Lebih kurang 30 minit berada disini..so kitorg sepakat ler utk ke tempat lain pulak..

 IMG_0726

Tiba-tiba pulak rasa ‘kerak teking’..belasah ler dulu air Coke dlm botol..kite share 4 org. Jimaaat..!

 

IMG_0727

Selain tu..sotong2 yg dah selamat dikeringkan pun ade..pilih jer kalo mahu! hihihi..

 

@ The Great Serpent ‘Nag’

Tempat seterusnya pada petang tu kitorg bergerak ke arah tempat yang terkenal dgn Patung Naga atau dikenali sebagai “The Great Serpent ‘Nag’. Lokasinya juga berdekatan dgn patung Dutung Emas tadi.

 IMG_0728

mcm biasa..gambo2 motor kitorg kene ade..

 

IMG_0731

Eh..eh..mak cik ni! Kitorg sampai dia pulak ‘chaltae’…sori makcik..ter’candid’ pulak.

 

IMG_0732

Inilah dia yang dikatakan The Great Serpent ‘Nag’ yang terletak betul2 mengadap Tasik Songkhla.

Masa mula2 memasuki laluan ke hotel..ade terperasan ‘patung ekor Naga’ dilaluan jalan utama menghala ke pantai. Masa tu ler Griffin yang telah berpengalaman di area ni bagi info skit.

Katanya..

“ sebenarnya kat area Songkhla Lake ni terdapat patung ‘ekor naga’..lepas tu ditempat lain ada patung ‘badan naga’..dan seterusnya adalah disini..’kepala naga’ yang berhadapan dgn tasik.”

..owwhhh! baru aku tau..tp sori banyak2, memang tak sempat untuk amik gambiran pasal ‘ekor dan badan naga’ tu..”  tu ler  yang uniknya..

Serba skit info yang aku dapat pasal The Great Serpent ‘Nag’ ni:

From the plaque:
The Nag and water were the creation of the all things. The spraying water brings health, good luck, happiness, and washes away sins. The Nag is highly respected in southern Thailand.
The Nag was emplaced in 2007, at the instigation of the town mayor, who wished to bring happieness and good fortune to the population of the town.
The religious background of the Nag covers a wide area, including Buddhism, and traditional Chinese beliefs.

Memang beso ler..tak caya cecuba..cecuba tgk gambiran2 bawah ni:

IMG_0733

 IMG_0734

 IMG_0735

IMG_0736  IMG_0737

 IMG_0739

 IMG_0741

 IMG_0742

See..! berapa punye beso tu..

 

IMG_0746

Sekali lagi khidmat tripod “cinonet” digunakan utk gambiran ber-4..

 

Lain-lain gambiran..

IMG_0743

Perasan tak keadaan disini airnya agak tenang berbanding di tempat Golden Mermaid tadi yang mana airnya berombak?

 

IMG_0744

Airnya tenang sebab terdapatnya  tembok yang dibina (mcm pic kat atas) bagi mengurangkan gelombang/ombak ke pesisiran pantai..tp jgn sangka air tenang takde ombak  plak..

 

IMG_0747

Apa yang dapat kitorg saksikan pada bot ni..walaupun air tenang tapi pergerakannye mcm kene langgar ombak..padahal takde ombak..(imagine sendiri la eh.hhehe)

 

Aiii…ujan dah mula turun lagi dah time ni. Serba skit membantutkan next activity kitorg. Sepatutnya, plan kitorg akan pergi ke beberapa tempat lagi iaitu ‘Tinsunalonda Bridge’ – jambatan konkrit terpanjang di Thailand, ‘Khlong Hae Floating Market’ dan ‘Sleeping Buddha Statue’. Tapi cuaca dan masa tak mengizinkan..setelah berbincang, kitorg sepakat utk balik ke hotel sebelum hujan yang ‘on-off’ bertambah lebat. Nasib baik semua jenis satu kepala..senang nak rancang jika ada perubahan plan.  So kitorg akan sambung lagi agenda lawatan tempat aku aku bgtau tadi pada keesokkan harinya..ape2 pun bergantung kepada masa dan cuaca esok.

 

IMG_0745

Suasana dijalan/kawasan Naga..

 

Dipendekkan cerita lagi..

Tepat jam 8.30mlm (7.30 ptg waktu Thai) kitorg akan turun semula di lobi utk keluar makan malam. Hujan turun semakin lebat. Aihhh..! ni yang bercinta nk bawak keluar motor.

 

IMG_0749

Last2..kitorg naik ler “tuk tuk” utk pergi ke kedai makan Muslim di area yang berdekatan..

Tips: Sebelum naik..sebaik2nya bincang/nego dulu harga. Harga samada sehala atau pergi-balik. Kalo tak nego awal2 takut suka hati-hati dia jer nanti letak harge. Sebelum kene ketuk..kite ketuk dia dulu..hahaha.

IMG_0750

Selepas nego harga..kitorg ber-4 dikenakan harga sebanyak 250 baht (RM25). Kire sorang dlm RM6 ler (60 baht).

 

IMG_0751

Masing2 1st time merasai pengalaman naik “tuk tuk”. Korg ingat best sangat ker?hehehe..tp oklah daripada redah hujan memalam..

 

IMG_0752

Keadaan pekan Songkhla Lake diwaktu malam..sunyi giler. Tapi tak sure plak keadaanya kalo hari tak ujan..

 

@ Kedai makan Muslim (nama tak ingat..tp mcm takde nama jer)

IMG_0753

1st thing yang agak unik kat sini..kalo air panas, takdenya nak isi penuh..cuma 3/4 jer dari size cawan. Tapi kenapakah diorg berbuat demikian?? :D

Satu lagi..setiap kedai mesti menyediakan air kosong as a welkom drink. Kalo kt KL kene charge dah air kosong.. ;)

 

IMG_0754

sesi sembang2 pasal pengalam ride tadi..

 

IMG_0755

Kitorg tak makan yang mahal-mahal. Just yg simple tp biarlah yg kenyang..hehehe. Jimat bajet beb..!

 

IMG_0756

Makan time..perut memang dah lapo giler beb! kene ujan + kene ujan lagi..sampai menggigil dah tahap kelaparannya tu (gembang lebih skit) ..

 

Lepas makan..masa kitorg banyak diabiskan kat sini. Sembang2 pasal plan hari esok..pukul berapa nak breakfast..nak check-out..nak start tayargolek. Lepas tu..sambungan ke tempat2 yang belum sempat pergi tadi..dan mcm2 lah..semuanya kene rancang dgn baik utk mengelakkan kekusutan atau kelam-kabut pada keesokan hari..

 

Lebih kurang pukul 11.00mlm(waktu  Malaysia), driver “tuk tuk” tadi pun dah sampai..kene balik ke hotel semula lah. Masa utk tido..sebab pagi2 nak kene bangun dah. Pukul 6.00pagi (waktu M’sia) dh kene breakfast, lepas tu 7.30pagi – On the bike..!

 

Tips: kalo ride ke Thailand jgn lupa bawak “Universal Socket” tauu..kalo tak sesia je ler bawak charger..

Ok beb..sampai sini dulu..coretan untuk hari pertama Ride ke Songkhla, Thailand. Episod seterusnya nanti adalah hari ke-2 plak (Songkhla-Bukit Kayu Hitam – Pengkalan Hulu – Betong).

 

Tunggu sambungannya nanti..

 

Adios,

-Han-

6 comments:

Sri Mersing said...

Patotlah Apit sebok bawak helmet ke sana ke mari...
dah tak buleh ikat kat seat dah rupanya!
akekekekeke... (gelak bohong sunat)

TayarGolek.Com said...

Sing - jawapan ko hampir2 betul tu..hahaha.

*ct* said...

apit xmakan nasi dua ari sbb berkabung =P

Anonymous said...

Fuuyyyyoooooooz,

Cmtu ek kat Thailand...pisah dek sempadan jer...tp byk beza..jlnraye lain..cara org2 sane lain..ape lg yg lain ek...same2 tgkla yer..ape2 pon TERBAIK WOKK...chowsin !

**Alchemist**

Anonymous said...

best layan cerita ni..seronok!

^_^

Anonymous said...

dimana letaknya kedai ni. nama jalan

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com