Yooosshhhhhhhh…!!
Salam sejahtera..
Baru-baru ni, aku dapat invitation dari Presiden Andalas Bikers..sape lagi kalo bukan Saudara Azlan Yahya atau nama ganazz beliau Bro Lan CB4. Invitation berkenaan satu majlis doa selamat sempena pembukaan perniagaan bengkel Bro Lan CB4 iaitu RS Motorsport di Bukit Tinggi, Klang.
Prototaip dan logo hak milik : RS Motorsport
Sebenarnya, RS Motorsport masih belum dibuka secara ‘official’ lagi..cuma majlis ni diadakan hanya untuk rakan2 terdekat sahaja..dan yang bestnya, majlis bacaan tahlil pendek & bacaan doa diadakan dibengkel RS Motorsport. Menurut kata Lan, berkemungkinan ‘Launching’ bengkel ni nanti pada bulan Mei ni nanti..cuma datenye belum dpat ditentukan..(harap2 ler aku tak keje time tu)
sapa yang tak kenal bro Lan cb4 ni..ni er jejaki emsem Presiden Andalas Bikers. Bro Lan telah melangkah setapak lagi kehadapan dgn pembukaan bengkel barunya ini. TAHNIAH bro..!!
Bercerita plak pada Majlis Doa Selamat malam tu (15 April 2011), bermula kira-kira jam 9.30 malam. Aku yang kebetulan keesokan harinya dah ‘off day’ memang tak melepaskan peluang untuk ke majlis tersebut disamping berjumpa rakan-rakan Andalas Bikers, Klang.
Jom..ikuti gambiran-gambiran yang dapat aku shots malam tu..
Sebelum majlis bermula:
Tuan Syahmie tengah sibuk membakar ayam..
Ayam Bakar..
Abg Nizam kata “..kalo gambo aku tak masuk TayarGolek..siap ko Han..!! kehkehkeh..” Ok bang..kepompom masuk..!
Rakan2 Bikers yang baru sampai..
~ Majlis Tahlil dan Doa Selamat bermula..
Majlis Tahlil telah dibawa oleh Ustaz Pian yang diimport khas dari Jalan Kebun, Klang. Ustaz Pian juga merupakan seorang biker yang menunggang Honda Cb400..
Selepas tahlil..kini bacaan doa..
Amin Ya Robbal alamin..
Masa untuk menjamu makanan..
Antara menu malam tu seperti ayam panggang, sate, Nasi Lemak dan Mihun Goreng. Apa yang diberitahu, rakan2 Andalas Bikers juga turut ‘sponsor’ makananan pada malam tu..tapi ada baiknya aku tak mention nama2 beliau..Semoga dimurahkan lagi rezeki beliau.
Lepas makan..layan sembang2 pulak..
Ada gak rakan2 yang dah mula beransur lebih awal..
Lain-lain gambiran:
serba sedikit view keadaan kedai/bengkel RS Motorsport..masih belum siap sepenuhnya, banyak lagi barang2 yang belum dibawa masuk. InsyaAllah..dalam masa terdekat nanti Ok la kot – kata Lan CB4 lagi..
Alrite..!! TAHNIAH sekali lagi buat Bro Lan CB4 dengan bengkel barunya..aku dan rakan2 Andalas Bikers yang lain mendoakan “SELAMAT MAJU JAYA” didalam perniagaan ini.
All The Best To You Bro..!!
Adios,
-Han-
4 comments:
Yessssszzz,
Selamat maju jaya dari kami pembaca gak...vrroooommm !
**Alchemist**
ade alamat nak ke sana x??
Lokasi: Berhadapan dengan Balai Polis Bukit Tinggi, Klang.
Alamat:
No.9, Lorong Batu Nilam 34/4,
Bandar Bukit Tinggi,
41200 Klang,
Selangor.
Tel: 012-6559632 - Lan RS
Baru g service kedai Lan..mmg terbaik..highly recommended...
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..