Yooosshhh..!!
Salam rakan2 sepermotoran dan rakan2 pembaca blog TayarGolek.Com.
Hampir seminggu TayarGolek.Com menyepikan diri dari sebarang update. Ride Songkhla – Betong, terpaksa aku hold dulu utk memberi laluan kepada satu ‘event’ besar bagi pemilik-pemilikk motorsikal Kawasaki ER6N/ER6F Malaysia..dan sekali lagi TayarGolek.Com telah dipilih untuk menjadik “Official Media” untuk event “FERNO 2nd Anniversary 2011”.
FERNO 2nd Anniversary telah selamat berlangsng dengan jayanya pada 9&10 April 2011 baru-baru ini (diam-diam je dah 2 tahun). Tarikh 9 &10 April telah dipilih sempana tarikh penubuhan forum http://er6.my-forums.net yang telah diasaskan oleh Hj.Ahmad Bin Abd.Hamid (Abg Mad).
Jika tahun lepas, FERNO 1st Anniversary telah berlangsung di Hotel UITM Shah Alam..tapi kali ini, sedikit kelainan yang mana FERNO 2nd Anniversary telah diadakan di Lumut, Perak bertempat di Lumut Valley Resort Condominium. Jadi, inilah peluang untuk ‘ride’ bersama-sama setahun sekali. Penyertaan amat-amat menggalakkan. Seramai kira-kira 130 orang dengan 85 buah motorsikal (ER6N/F dan beberapa buah motorsikal lain seperti Versys, ZX6, Z750, Z1000, Yamaha R1 (kes upgrade ler ni) ) telah bergabung untuk turut sama menjayakan majlis berprestij dan bersejarah ini. Mereka yang hadir adalah terdiri pemilik motorsikal dari zon UTARA, zon SELATAN, zon CENTRAL & zon PANTAI TIMUR. Masing-masing sepakat untuk hadir bagi menjayakan dan memeriahkan lagi 2nd Anniversary 2011 ini selain merapatkan silratulrahim antara satu sama lain..”1 Malaysia 1 FERNO”.
Apa-apa pun, ucapan TAHNIAH buat semua AJK yang terlibat terutama sekali buat Paiz, Adly, Rini, Tom dan yang lain-lain kerana telah bertungkus lumus berkorban masa dan tenaga untuk memastikan majlis berjalan lancar. Jutaan Terima Kasih diatas kejayaan ini.
Memandangkan event kali ini melibatkan rides/convoy, so aku stori skit perjalanan ke Lumut. Part ini, aku cuma banyakkan ganbiran jer..tak mau citer panjang2..
Jom..!! Tayargolek ke Lumut..
@ R&R Sg.Buloh
Seperti biasa, R&R Sg.Buloh menjadi pilihan utk ‘port’ berkumpul. Walaupun ‘flag off’ dijangkakan bermula pada pukul 9.00pagi, namun ramai yang tiba lebih awal. Dikesempatan itu digunakan utk tenang-tenangkan fikiran..sarapann pagi..dan lain-lain.
Kalau mengikut list peserta yang akan mengikuti convoy dari R&R Sg.Buloh nanti adalah seramai 65 buah motorsikal. Ermmm…agak ramai tu beb! Disebabkan jumlah yang ramai..dan masing2 tidak mahu menanggung risiko, AJK yang dipertanggungjawabkan untuk urusan “Ride ke Lumut” telah memutuskan utk memecahkan ke beberapa buah group kecil. Satu group terdiri kepada 15-20 buah motorsikal dan setiap group kecil akan diiringi oleh 2 orang Marshal. Jarak antara setiap group dipisahkan selama 5 minit.
Ok beb..citer bayanyak tak guna, kite layan gambiran2 yang dapat aku ‘shot’..!
Taklimat ringkas untuk semua Marshal yang memikul tanggungjawab konvoi nanti..
Cuba teka..siapekah mamat nih??
Yang ni Haziq..peminat cilik TayarGolek.Com. Sebenarnya, ini adalah family Zaidi (Marshal) yang turut bersama-sama berada di RV point..
Longgokan beg2 yang bakal dibawa ke Lumut.
Hampir pukul 9.00 pagi..arahan dari Marshal untuk susun atur motor. So, kene ler bergerak sikit ke hadapan..
Kasi susun cantik-cantik…
15 buah motorsikal pertama secara automatik menjadik group yang pertama berlepas nanti. 15 motorsikal seterusnya untuk group ke-2 dan seterusnya..
Zaidi (abang Marshal..hehe)
Motor kacukan nih..ER6R1!
Bro Donn yang tak dapat join pun datang ke RV point utk memberi sokongan kpd rakan2..
Aku(Han) and James. Bile bergambar ni, teringat plak tahun 2009 1st gathering di Putrajaya..
“..biler le diorg nak gerak nieee..?”..
Sebagai peringatan..”Pastikan jarak yang selamat dari kenderaan di hadapan”..
~Briefing~
Sedikit taklimat tentang maklumat2 perjalanan yang disampaikan oleh Paiz selaku ketua rombongan ke Lumut ini. Taklimat ini amat penting bagi mereka yang baru pertama kali mengikuti konvoi yang besar..
Antara lain, next Pit stop adalah di Ladang Bikam dan seterusnya di R&R Simpang Pulai.
~Bacaan doa~
Bacaan doa telah dibacakan oleh AriKor(Wak). Memohon agar perjalanan kami semua selamat pergi dan pulang..
Wak AriKor..
~On the Bike.. ~
Selepas bacaan doa..singnal “on the bike’ mula kedengaran.
Tayargolek time..!!
Tayargolek bermula kira-kira jam 9.30pagi..satu demi satu kumpulan berlepas. Kite saksikan gambiran2 on the bike..
@ PLUS Highway..
Perhatikan Land Rover ni..pemanduan yang membahayakan penunggang2 motorsikal..
Tanpa diduga..tetiba mencilok memasuki barisan konvoi..
dan..yang aksi paling kurang ajar..!! nasib baik tak kene..sikittt lagi! Driver ni baru dapat lesen ke?
Orait..layan gambiran lagi..
Selepas seketika aku bersama group ke-3, tetiba terpandang plak 2 buah motorsikal yang tengah beraksi tolak-menolak motor. So, untuk mendapatkan kepastian..aku terpaksa keluar dari group ke-3 tadi.
Cuba untuk membantu dgn menolak dari sebelah kanan motor, tp agak bahaya sebab laluan sekarang adalah ‘2 lane’. Kenderaan berat pulak banyak time tu..
Rantai putus beb..! nasib baik tak kene kat enjin. Ape yang diberitahu oleh Rafi Melaka ni, dia baru jer seminggu tukar rantai baru..alih2 hari ni putus. Ke ko merembat dengan geng2 motor tonggek tadi..??hehehe
Nasib baik group konvoi yang berkereta berhenti ditempat kejadian..
Terpaksa tranfer barang2 yang ada dlam D-Max Pok Nik ke kereta lain. Motor Rafi terpaksa ler kene bawak naik D-Max..
Kene kerahan tenaga..semua yang ade (lelaki jer) kene angkut motor naik atas lori ler..
Alhamdulillah..motor dah berada di atas ‘lori’ Pok Nik..
Dalam masa yang sama, group ke-4 melalui ditempat kejadian..
Alrite..motor dah selamat atas motor, so aku gerak ler sorang2 ke Hentian Ladang Bikam.
@ Hentian Sebelah Ladang Bikam..
Shirt Break dekat hentian ini sebab kitorg akan berhenti lagi di R&R Simpang Pulai. So, kene air seteguk dua..kene sebatang rokok..dan GO!!
Time ni..group ke-3 dah pun selamat tayargolek ke R&R Simpnag Pulai.
Haaaaaaaaaaaa…!! hari tu kata motor pinjam..memang SAH ni moto Tuan By yang baru. Betambah ler muda 10 tahun..heheh. Lepas ni kene buat ride Nasi Ambeng Tanjung Karang plak ler.. :P
Lebih kurang 15 minit break..tiba masa utk group terakhir ni bergerak ke Next RV. Matahari dh semakin tinggi..cuaca panas!
Ok beb..! dah banyak gambiran dah ni. So aku stop dulu kat sini..kang jumpa balik di R&R Simpang. Pulai..
Adios,
-Han-
4 comments:
Fuuuuhhhhhz,
Walaweehhhhh...mantap beb..moto2 ler..bkn ape..seronok tgk bro2 dgn kuda masing2..xpela..akan kutunggu sambungannye ek...chowsin !
**Alchemist**
mantap laa bro...jeles plak aku tak dapat ikut konvoii...hahaha...motor dah ada..group jek yang tak ada :)
Alchemist - yup..memang seronok. Tp ape2 pun keselamatan adalah no.1 ;)
Qdin - takpe bro..next time blh layan konvoi.. :D
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..