Yooosshhh…!
Salam Hari Jumaat geng..
Pada awal Januari yang lepas, aku berkesempatan ke Kapar Motors di Kapar untuk melijat sendiri wajah Versys 2010. Sebelum ni asyik ushar2 jer kat internet..tapi pada hari tu aku berpeluang melihat sendiri secara ‘live’..
Bermulanya dengan panggilan telefon oleh sorang sahabat iaitu Bro Gboyz yang ingin mengadakan urusan jual beli ekzos AHM aku yang masih di Kapar Motor. Alang-alang dah ke Kapar, aku amik gambiran skali motor yang tengah ‘hot’ diperkatakan..
Bagi anda yang masih belum berpeluang melihat secara dekat atau ‘live’..sedikit gambiran buat tatapan korang. Mana ler tau lepas ni ‘teracun’ pulakk..hahhahaa
Suasana di Kapar Motor pagi tu agak ‘busy’ skit..al-maklum hari Sabtu. Ramai yang datang serbu kedai tu pagi-pagi lagi..
Tengok…! tauke pun buat keje tolak-masuk motor beb..
# Versys 2010:
‘Head lamp’ with new look..
New facelift..
new ‘side cover’
new ‘tail light’..
‘seat’ nya pula masih dikekalkan seperti sebelum ni. Seat yang agak lebar & empuk mampu memberikan senyuman lebar kpd ‘pillion’..
Pandangan dari tempat duduk penunggang..
Biler diperhatikan.. cat di ’tank’ menggunakan kaler ‘flat black’ mungkin memberikan sedikit kelainan pada wajahnya..
Tayar ‘standard’ yang dibekalkan adalah jenama DUNLOP ‘sportmax’
Panel meter..tapi bile diteliti memang terdapat sedikit perbezaan dgn bentuk keseluruhannya..
Nampak bezanya?
Baru & Lama..perbezaan pada wajah Versys
Harga basic Versys 2010..
Harga basic(offer) Versys CBU..
# Sedikit sesi menguji Versys 2010:
Walaupun mendapat kebenaran utk membawa bersiar2 motor ni..tapi cukup ler bagi aku sekadar menumpang duduk jer..hehehe. Bukan tak sudi..tapi dekat sangat nak buat ‘test drive’..so aku mintak kat David utk membawa Versys 2010 ni nanti semasa ride (short ride dah ler)..hehehe
So far, ape yang aku bleh share kat sini..Versys 2010 ni lebih rendah sikit (ala skit jer..tak byk pun) dgn yang CBU punya. Nampak lebih kecil dan kurus skit berbanding dgn CBU. Tapi yang pasti enjin tetap sama :P
Info dari Kapar Motor..Harga OTR Versys 2010 :
- RM37800 (Cash)
- RM39000 (Installment)
Lain-lain hal..kene teh tarik jap dgn David.
Thanks David sebab belanja teh tarik..
Alrite..harap info2 ni memberi sedikit tips untuk korang yang tengah pening-pening lalat nak amik motor ape..
Adios,
-Han-
10 comments:
Menarik bro...
harap2 bila ada referral network mcm ni David akan lebih 'user-friendly' dan bagi good bargain... jangan le lepas ni "tu Han saja maaa..." jawapan die.
Mersing - "user friendly" mmg ada..tp yg diberitahu..dia as a bisnesman kene ade track record urusan jualbeli di kedai sebelum ni utk dapat yg sepatutnya. Kalo langsung takde..tu yg susah skit.
sekian. Sekadar mengelakkan kekeliruan..
hopefully lepas ni dia buleh consider fleksibiliti dalam urus niaga. Bukan apa, kadang2 kawan2 pergi sana sbb ko rekemen. kot diorg tak dapat apa yang diorg nak, takut dapat komentar negatif bro. Apapun, Kapar Motor antara kedai yang menawarkan harga yang kompetitif. Cuma kena ada fleksibiliti sikit... - sekadar mengelakkan kekeliruan....
user-friendly tu tak dinafikan...
kalu yang pakai tudung kat kaunter depan tu user-friendly gak, hari2 aku g sana ajak David menum teh!
lol
Sing - yang kat kaunter ko kene try dlu ler..hahaha. Aku tak penah try lagi lol
- sekadar mengelakkan kekeliruan..
kali ni ko try kontek David... cakap kat dia aku nak kenal dengan dak tu.
jangan nanti dia kata "Ni Han saja maa..." sudah!
AHAHAHA (gurauan)
- sekadar mengelakkan kekeliruan.
uit bahaya kalau david kata "ni Han saja maa.."
-sekadar takmau dikelirukan..kui..kui..kui
-MrsHan-
Hujung tahun lepas aku book Versys 2010 dgn David KM, pastu balik kuantan tanya agen Kawasaki kat sini pasal servis , katanya "lu beli sana , lu servis sana la " . Langsung kansel book dgn David . Agen kawasaki kat ktn ni memang aksyen skit .
Karim A.J - blh plak mcm tu eh? tak pro langsung..kalo dh namanya agent Kawasaki kene ler terima mana2 moto Kawa tak kire ler owner tu beli kt mana..itu mcm kene tukar ler jadik "Kawesakit"
Dia tak nak servis pasal dia kata " lu beli sana,sana dapat untung .datang sini servis , wa apa dapat "
Tak pe la Han , dah dia je agen kawasaki kat ktn ni .. kena la akur .
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..