You Are Reading

5

Kembara Mengejar Sejarah 4: Kota Melaka

TayarGolek.Com Thursday, June 7, 2012

Yoosssshhhh..!

 

Salam Sejahtera semua..

 

Mahap yer..terdelay lagi. Na kata busy tu idok ler jugak..tp busy membawa family jenjalan.. :)

Alrite..sambungan cerita selepas pekena Cendol Jam Besar di tepi Sungai Melaka.

 

Ni semua plan dari rakan2 Melaka Bikers, yang nak bawak kitorg semua ni “on the boot” melihat Kota Melaka dan beberapa info sejarah yang lain melalui jalan ditepi Sungai Melaka. Antara benda pertama yang kitorg lihat adalah Kincir Angin..

 

P1000368

Kincir Angin ni kalo betul2 nak tgk ade kat Belanda ler. Kincir Angin ni digunakan untuk tujuan pertanian dan industri. Takde Info sejarah pulak kat sini..lagi pun kitorg cuma lalu jer ;)

 

 

P1000369

Lepas tu kitorg jenjalan lagi..sampai ler satu tempat nampak mcm port sang kancil ‘puith’. Baru dapat capture 1 kali..dah kene roger dgn diorg ni..tak sabau-sabau nak bergambiran. Takut beno filem kamera aku abis.. :P

 

 

Alrite..kengkawan punye pasal, jom ler kiter bergambiran dgn berlatarbelakangkan “Menara Jam Besar”,“Christ Church”..dan lain2.

 P1000370

Gambiran 1st..

 

 

 

 P1000371

Gambiran ke-2: Kenangan KEMBARA MENGEJAR SEJARAH 4 @ MELAKA

 

..masing2 dah gelak2..masing2 dah hepi..dah seronok dua ronok, kite ‘on the boot’ lagi. Kemana?

 

aaa..jom!

 

 P1000372

Skg kitorg berada disatu tempat bersebelahan dengan Sungai Melaka. Ade bahan sejarah yang boleh dikongsi bersama..

 

 

~JAMBATAN TAN KIM SENG~

 

 

P1000375

..bersebelahan jugak dgn Jambatan Tan Kim Seng.

 

P1000376

Syiok jugak tgk diorg layan naik bot ni ;)

Kite tinggalkan pasal bot & jambatan ni. Aku nak share satu benda kat sini..pasal satu alat yang digunakan suatu masa dulu.

~KREN~

Kalo ler rakan2 Melaka Bikers ni tak bawak kitorg pusing2 jalan ni..memey sure tak tau ade Kren (Crane), yang digunakan di Zaman Kesultanan Melaka dulu kala. Sehingga kini masih ada..dan dijaga dgn baik.

 

 

 

P1000373

Ini ler gambiran sebenar dan terkini KREN yang aku na kongsi bersama. Pastinya dah tak berfungsi namun ape yang boleh kite dapat adalah : bentuk & saiz fizikal mesin ini serta kegunaannye.

 

 

Info sejarah Kren..

P1000374  

Kerajaan Negeri Melaka memey prihatin. Setiap bahan sejarah atau artifak lama yang dijumpai pasti ada ‘info board’ tentang sejarahnye. Ini yang kita mau..sambil lihat sambil membaca.

 

 

 P1000380

 

Sejarah Kren:


"..Sejarah Melaka amat berkait rapan dgn perdagangan dan perkapalan. Kapal yang berlabih di Sungai Melaka membawa pelbagai jenis baranagan makananan, hasil hutan, tangkapan laut, pertanian dan barangan siap. Kebanyakkan kapal-kapal besar hanye berlabuh diluar pelabuhan Melaka manakala kapal2 dagang yang kecil dan sederhana sahaja yang dapat berlabuh di Sungai Melaka.

Tongkang dan bot yang membawa barang2 pukal dan berat memerlukan Kren untuk memunggah barangan pukal dan berat dari kapal ke daratan. Kren ini dibina semasa pemerintahan Belanda dan telah digunakan serta diperbaik semula semasa pemerintahan British.

Bahagian pengangkut kren ini diperbuat dari kayu yang berukuran 6 meter dan ditarik ke atas menggukanan rantai besi atau tali. Kren ini boleh digerakkan ke 360 darjah. Penggunaan kren terhenti pada awal abad ke-20 apabila sistem pengangkutan jalanraya menggantikan pengangkutan air dan pelabuhan Melaka tidak lagi digunakan oleh kapal2 dagangan disamping tiada usaha dilakukan untu membangunkan semula pelabuhannya yang telah cetek.."

Sumber: JABATAN WARISAN NEGARA

 

 

Gambiran Kren:

 P1000378

Sebelum..

 

P1000377

dan selepas..

 

 

 P1000379

 

Gambiran kedudukan Kren di tepi Sungai Melaka pada akhir abad ke-19. Mcm ni rupenye keadaan dolu-dolu erk??

 

 

 

~Al-kisah asal usul nama “MELAKA”~

Sejarahnya diceritakan dengan gambiran dibawah ni..

P1000381

“..Parameswara sedang melihat pelanduk putih menendang seekor daripada anjing perburuannye hingga tercampak ke dalam Sungai (Bertam). Parameswara kemudiannya menamakan negeri tersebut "Melaka" mengikut nama pokok Melaka di mana baginda duduk dibawahnya.."

 

 

Serba sedikit info kite dah dapat. Kitorg teruskan lagi  menapak..

 P1000382

Masing2 kelihatan santai de mantai. Kadangan2 tiupan angin sepoi2 tu bikin jiwa kacau skit lebih2 lagi lepas kene Cendol tadi..ditambah pulak lepak2 bawah pokok yang rendang ni. Pehh..!! syiok kalo dapat Zzzzz bawah pokok..

 

 

 

P1000383

Air yang tenang jangan sangka takde boye..hehe

 

 

 P1000384

HARPER’s – restoran terapung

 

 

P1000386

Serba sikit pemandangan bangunan2 di tepi Sungai Melaka

 

 

 

@Kota Melaka

 

Kite ke Kota Melaka pulak..KMS kali yg best semua tempat sebelah-menyebelah jer. Mungkin ini Versi 1 @ Melaka. Mana ler tau esok2 dah abis semua cover negeri2 lain..boleh ler kite buat “KMS the Return” ;)

 

 

P1000385

View Kota Melaka di tepi Sungai Melaka.

 

 

P1000395  

Info Board tentang Sejarah Kota Melaka..

 

 

P1000387

 

Sejarah Kota Melaka secara ringkasnye:

Kota Melaka:

"..Kota Melaka menjadi mercu tanda keagungan Kesultanan Melayu Melaka dibuna pada abad ke-15, menempatkan Kompleks Pentadbiran dan pemerintahan Kerajaan Melaka, isstana, masjid, menara tinjau, rumah pembesar dan bangsawan dan dikawal rapi oleh tentera bersenjata.
Batu Merah atau laterit digunakan sebagai bahan utama binaan yang banyak terdapat di kawasan berhampiran bandar pelabuhan Melaka seperti Pulau Upeh, Pulau Melaka, tanjung Kling, Sebatu dan Bukit Piatu.

Komples ini mengalami perubahan mengikut sejarah pemerintahan kuasa asing di Melaka pada tahun 1511, Portugis menakluki Melaka dan telah merobohkan Kota Melaka sebelum pembinaan semula pada tahun 1512 yang diberi nama "Fortalesa de Malacca" mengikut bentuk kota Portugis seperti dikebanyakkna penempatan utamanya di Asia dan Afrika. Kota Melaka yang dibina oleh Portugis siap sepenuhnya pada 1588 berkeluasan 1.4KM dan menempatkan pusat pemerintahan Portugis iaitu bangunan pemerintahan, rumah gabenor, hospital, kuaters k/tangan, gereja dan juga kuaters tentera yang dilengkapi dgn 8 buah kubu pertahanan.

Selepas Belanda menawan Melaka pada 1641, mereka telah menukar nama 8 buah kubu kepada nama Belanda seperti:
- Victoria (St.Dmingo),
- Emelia (Madre de Dues)
- Henrietta Louyse (Onze Mille Virgines)
- Wilhelmus (Santiago)
- Mauritius (Hospital dos Pobres)
- Federik Hendrik (Courassa)
- Emrst Casimir (Mora) dan
- Amsterdam (Hospital Del Rey)

Tembok Kompleks Kota Melaka telah diperkukuhkan oleh Belanda sekitar tahun 1660 dan 1678 dgn membina sebuah kubu baru yang diberi nama "Middelburg". Dengan ini jumlah keseluruhan Kubu di Kota Melaka berjumlah 9 buah kubu semuanya..”

Sumber: JABATAN WARISAN NEGARA.

 

 

P1000388

Kubu Pertahanan diperbuat dengan menggunakan batu merah

 

 

P1000389

antara artifak Batu Merah yang dijumpai sekitar Kota Melaka.

 

 

 P1000390

Kerja2 membaik pulih sedang dilakukan..

 

 

P1000391

Meriam..

 

  P1000394

Keadaan sekeliling di Kota Melaka.

 

   P1000397

Masih kukuh..dan kini kerja2 memulihara khazanah lama..

 

 

 P1000392

E’ehhh..!! patut ler aku rasa kat atas ni lengang semaca jer. Al-rupe rupenye..diorg semua kat bawah duk tunggu aku..kehkehkeh. Awat hangpa tak naik…??

 

Ok ler..tunggu sat aku pi turun.

P1000399

3 in 1: Gambiran Kota Melaka, Menara Jam Besar & Christ Church

 

ok..dah banyak aku citer nih.

Errr…dah abis hirup nescafe panas???

 

 

Ok ler ..aku tambah sit lagi..

 

 

 

@ Kincir Air (Water Wheel)  Kesultanan Melayu Melaka

Kitorg terus ke Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka. Tak jauh pun dari Kota Melaka tadi..hanya bersebelahan je.

 

 

P1000401

Sejarah Kincir Angin Kesultanan Melayu Melaka:

Muara Sungai Melaka merupakan tapak asal yang menjadi saksi kewujudan pelabuhan Melaka di Zaman Kesultana Melayu Melaka sebagai pusat perdaganga antara bangsa yang menghubungkan Timur & Barat, China dan Asia Tenggara, India dan Eropah pada abad ke-15 dan 16 teah dicatitkan sebanyak 84 bahasa dipertuturkan di Melaka dan 4 orang Syahbandar dipertanggungjawabkan menjaga kepentingan pedagang asing.


Lebih 2000 pengangkutan laut pelbagau jenis berlabuh di pelabuhan Melaka. Pedagan dari Tanah Arab, Parsi, India, China, Ryukyu, Filipina dan Siam bertumpu di pelabuhan Melaka disebabkan kedudukan semulajadinya yang strategik di kawasan sempit di Selat Melaka dan dilindungi dari taufan oleh Pulau Sumatera serta kawasan pertukaran angin monsun yang sesuai untuk kapal2 perdagangan.

Muara Sungai Melaka sekali melihat sejarah dengan pembinaan sebuah Kincir Angin Kesultanan Melayu Melaka setinggi 13 Meter yang digunakan untuk menimba dan mengalirkan air dari anak sungai untuk kegunaan pedagang.Dibina dikawasan saluran sungai atau parit yang airnye deras bagi membolehkan pengayuh itu bergerak dan memusingkan roda. Teknologi kincir air terdapat di Hama di Syria, negara China, India dan Eropah.."

Sumber; JABATAN WARISAN NEGARA

 

Replika Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka..

P1000400 

P1000402 

“..Replika Kincir Angin dibina untuk melambangkan kehebatan Melaka dan teknologi ketika itu dan dipertontonkan dengan lebih dekat kepada para pelancong. Putaran Kincir Angin inii memperlihatkan kitaran kehidupan dan evolusi tamadun manusia akan kekal dan berulang kembali andai ilmu sentiasa dicari dan sejarah dijadikan pengajaran dan panduan.."

 

Itu ler serba sedikit info sejarah yang aku dapat kupas dari info board yang disediakan..

P1000398 

Masing2 tengah layan feel..ada yang pantang nampak camera..hehe. Ade yang dok tenung air  sungai Melaka tu lama2..

 

 

 

P1000404

Bersantai-santaian dibawah pokok..

 P1000405

Merenung jauh..seperti menanti hari yang tak pasti.. :P

 

 

 

P1000406

..dan ade jugak yang dari tadi dok fokus..tapi tak jadi2. Ko fokus ape Nizam lama2 sangat??? Man Rb dah start dah tu nak membahan..kehekeh

 

 

..masa pun dah  hampir pukul 1.00ptg. Sedikit perbincangan dgn Fuadkawa untuk destinasi seterusnya.

 

P1000403

Gambiran terakhir kat sini..

 

Destinasi seterusnya..aku bgtau nanti.

OK beb..”on the boot” balik ke parking motor (Dataran Pahlawan).

 

P1000407

  Selingan jap..! Kene candid..hehe

Gambiran kat atas ni candid semasa kitorg tengah berjalan ke parking motor. Ramai pulak yang amik gambiran ni..termasuk ler aku..kehkehekh

 

 

P1000408

  Alrite..10 minit utk berasap + berehat. Lepas tu kite akan on the bike..

 

 P1000409

Antara rakan2 Melaka Bikers (Din ICU, Zali CBR, Maza ZX6) yang banyak membantu ride KMS4..

 

 P1000410

..dan Mr.Agusta (Yus). Thanks bro!

 

 P1000411

 

..ini ler motor yang bakal membawa kitorg ke destinasi seterusnyaa..

 

kemana??

 

Ape yang dibincangkan tadi..kitorang akan layan “PIPEPON” selepas ni. PIPEPON??

 

Tunggu sambungannye nanti..

 

Adios,

-Han-

5 comments:

Anonymous said...

han say:Errr…dah abis hirup nescafe panas???

haha kali ni kompom bro "nonatal sempat hirup neme" dapek ngabihkan nescafe dio..haha bukan takat hirup joo..nak membodal megi pun buleh...hehe

den baco sambil minum teh o bodal megi 2 bungkus...haha

azhar

Anonymous said...

Hahahah..
.ceh perli waaa nampak..hahhah..skali bro han taip pulak info sejarah sumer..gilo panjang...tak bekedip kedip mato den baca..mmg sempat msk megi g ni..

-nonatal sempat hirup neme-

TayarGolek.Com said...

azhar - alo geng..lamo bonar ekau menyolam?? kehkehkeh..tudiaaa..bodal 2 bungkus megi..!

TayarGolek.Com said...

nonatal sempat hirup neme - hahaha..baru ekau tau den roll out entry kali nih..kehkehkeh. den jugak tak menyompat nk hirup nescafe :(. Ekau punyo pasal jang oii.. :P

Anonymous said...

maunyo x lamo menyolam...baru jumpo darat haa..xsompek jonguk bini den jonguk tayargolek dulu..sangat banyak hupdate ea..last nengok yang poie 4 nation ride ...cayala bro han..semakin maju maju dan maju...kipidap bro..

azhar

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com