You Are Reading

4

CHIINA EXPLORATION RIDE: DAY 5 JINGGU CHINA

TayarGolek.Com Tuesday, April 7, 2015

Yooossshh...!!
Salam Sejahtera semua.


Aduii..dah tak larat nak jawab soklan cepu emas dari korang ni "bro..bile nak update? lama nau sangkut kat Jinghong..? ramai sangat ke amoi2 kat sana sampai sangkut lama..hahahaha". Itu soklan2 lazim yang aku dapat..baik bile jumpa face to face mahupun whatsapp. ngeeeeeee..

Lately ni aku busy skit dengan urusan persiapan ke KANCHANABURI. Alhamdulillah..15 daripada 17 rider telah selamat pergi dan balik. Membawa 1001 pengalaman pre-ADV ride selama 6 hari keseluruhan perjalanan dengan jarak 3500KM. Tahniah KANCHANABURI RIDERS!

Ok..aku try sambung untuk hari ke-5 CHINA EXPLORATION RIDE "The search for the LOST HORIZON..SHANGRI LA".

Kat mana kite skg ni? Episod lepas..aku dh share skit pengalaman dan info di Jinghong, Xishuangbanna, China. Untuk perjalanan seterusnya,  kitorg akan meneruskan perjalanan dihari ke-2 di China ke Puer..Lincang, China kalo ikut pada perancangan asal. Tapi..ada sebab kitorg tak bermalam di Lincang. Nak tau lebih lanjut kene baca sampai abis..


Jom..


Suhu awal pagi di Jinghing kire2 10'C...kalo namanye orang Malaysia ni suhu mcm tu dah kire sejuk dah. Kitorg masih dalam keadaan yang OK..masih cuba membiasakan diri dengan suhu yang sojuk


RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR..sedang menunggu untuk aksi seterusnya..



..dan sebagai langkah2 terakhir, sekali lagi Griffin menunjukkan GPS kat Mr.Wang supaya kitorg tak tersasar jauh dari route yang ditetapkan.

Konsep ride kitorg di China adalah free & easy walaupun ada Tour Guide. Tour Guide samada berada dibelakang atau berada didepan tanpa had. Kitorg pulak bebas untuk berhenti rehat atau berhenti amik gambiran.

..ape yang menjadi misteri pada hari ke-2 di China? Jeng..jenngg..jengggg..!!

"We will take a hingway to go to Lincang..!" kata Mr Wang

"huh? highway? what da....????" aku dan Griffin dah pening..memeang kitorg tau motorsikal tak dibenarkan langsung menggunakan highway..

" no problem..you can speed as fast as you want..and your bike can speed more than our car..should be no problem.." ...uiiiiiihhhh...



ok laaa..dengan pasrah kitorg ikut je laa..ape2 hal..lu tanggung ehhhh..



Maka..bermula lah ekspedisi di Tanah Besar China di Wilayah Yunnan..



Traffic diwaktu pagi sangat2 baik...


speed di town sekitar 60kmj


Keadaan jalan basah..seketika hujan gerimis waktu ni..


Cuaca tetiba mulai mendung...suhu pun bertambah sejuk. 3 layer pakaian kitorg waktu ni.



Kitorg follow je mana driver ni bawak untuk keluar dari town.





..dan beginilah keadaan waktu pagi penduduk di Jinghong



Alrite..dah masuk ke normal road menuju ke highway



Julong Tunnel sepanjang 408m..



Nasib baik laaa tunnel ni penuh dengan lampu..kalo tak gelap gulita



Gambiran on the bike sewaktu merentas tunnel Junglong



Dipendekkan cerita..kitorg sampai di tol highway..nak tau ape yang terjadi?


Kitorg sebenarnya 50-50 untuk masukke highway. Tapi keadaan memaksa..teruskan jugak. 30minit perjalanan untuk ke sini..


Elok je kitorg nak lepas tol tu...Polis yang berada di tol mula menahan kitorg. Disuruhnye berhenti serta merta.. :(

"aduiiihh..aku dah kata dah..kok ko ni degil sangat suruh langgar peraturan masuk highway. Jangan masuk lokap atau kene saman sudaaaaaaaa.." hakkktuiiiih..


Keadaan menjadi tengang...kitorg tak cakap banyak. Cuma mampu tunjuk ke arah Mr.Wang. Biarlah dia kasi settle. Nak kata berbincang elok2...cakap mcm nak gaduh. Nak kata gaduh..nampak mcm berbincang..hahahhaha...puer!!!



Bincang punya bincang..last2 memey kitorg tak dibenarkan masuk ke highway. Tak kira la besor mana tayar motor korang, undang2..tetap undang2. Nampak...? betapa strict nya China dengan peraturan? Malaysia..selamber jer Federal Highway tu motorsikal guna lane kereta...


"we have no choice..u have to make a U-turn.." kata Mr.Wang
"ooooo..damned..!" pagi2 dah kene makian...

Tengok video ni..dari GroPro Griffin.


Kejadian sewaktu di Tol highway..

Kene sound lagi pulak dengar askar bertugas kat sini.."oiiii...^%&^*&"! maknanye kitorg kene parking tempat lain selepas u-turn. Maka, park motor sekejap kat sini.

Dalam kes ni..berlaku sedikit kesesakan di pintu masuk tol tadi..disebabkan kes kitorg bawak motor. Dan,,sepatah dua kata aku serah kat Griffin..slow talk dengan Mr.Wang. Kitorg dah buang masa kat sini hampir 45minit dan akhirnye terpaksa patah balik menggunakan laluan jalan biasa...phiewww!!

Spoiled!



Shangri La punya pasal..kes macam tadi kitorg anggap dugaan kecik je. Untuk patah balik terpaksa amik masa 30-45 minit. 1jam 30 minit terbuang dengan benda bodoh yang tak sepatutnye berlaku.




Dipendekkan cerita..menggunakan jalan biasa untuk sampai ke Lincang kire2 300KM++



Kalo mcm ni punya jalan..ntah pukul berapa mau sampe nanti. Speed average 50-60kmj.



Ramai penunggang2 basikal gunung beraksi diwaktu pagi...say babai to them la..



Adakala keadaan jalanraya cantik...tapi kene ingat! setiap jalannye penuh dengan liku2...kenderaan yang ada kadang2 tak dapat nak baca cara pemanduannye.


Ada yang terlalu laju...cer tengok jalan ni, ape yang korang boleh nampak?

Bleh nampak?....tak de double line bro!! means..diorg boleh overtake anytime..


Turun bukit..naik bukit. Corner ke kanan..corner ke kiri..ini je la benda kene buat ride di China



Elevation mencecah 1000km..



TG masih berada didepan..kalo ikut GPS, route yang ditunjukkan lebih jauh dari jalan potong yang TG bawak



Kawasan bergunung ganang..



Perhatikan keadaan jalan dilaluan kitorg...ada nampak sesuatu?



Ape yang aku maksudkan tu....jalan basah. Bukan sebab hujan..tapi itu adalah hasik dari setiap lori yang lalu lalang. Setiap lori/trak mempunyai 'sprinkler' disetiap brek untuk menyejukakan sistem brek lori. Al-maklum..jalan gunung-ganangkan..kalo takde brek jadik panas.  Jalan basah tu dikenali sebagai "BLACK ICE"..lebih2 lagi bile keadaan suhu yang rendah..air tadi bleh menjadi ais dan licin. Ini yang kitorang takut..



Contoh dengan lebih jelas..




Setiap lori...kalo 50 lori mcm ni..sure kebasahan :(



Menaiki bukit/gunung pada ketinggian 1000m..



View diawal pagi..hilang skit stress..masih terkejut dengan keadaan jalannye. Licin..bumpy..



Masuk jalan kampung..




Overtake pun kene hati2...paham2 je la driver/penunggang motorsikal baik pejalan kaki..diorg tak toleh kiri kanan..



Ladang sayur yang subur..



Kawasan kampung...



Agak2 dah berapa km on the bike? kihkih



Belum lagi mencecah 50km :(


Untuk sampai ke Lincang..kitorg akan melalui town Puer. Haaa..dari haritu lagi asyik sebut Pu'err! kan..hahahaha

Last2 TG bagi signal suruh kite jalan dulu..ewahhh!



Sehingga lah sampai satu simpang...kitorg stop sekejap. rehat jap...sengal montot u know! :p



Taktau mana kitorg berada..ahhhh lepak je la sambil2 tunggu TG


RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR pon kasi rehat...jauh lagi berjalanan kite ni.



Melihat suasana pagi...keadaan rutin penduduk..


Berbagai2 bentuk kenderaan yang pelik..



Peniaga buah-buahan diwaktu pagi..



..dan tempat kitorg rehat ni ada satu bangunan lama..masih berpenghuni.



Amik gambiran sana sini. Mencari pengalaman pengembaraan di China..



Ada jugak yang datang berhenti..cuba bersembang. Dia cakap mandarin..kitorg cakap Melayu..nampak mcm paham..hahahahha. Lantak ko laaah..hahaha

"Malay Sia"...haaa tu je la yang diorg paham.."owhhhhh..Malay siaaaa..."



Then..baru la Mr.Wang sampai sini..



Perjalananan diteruskan..menuju ke Puer..




Jentera2 kecik mcm gambiran kat atas tu la yang mengganggu perjalanan. Takde signal..takde ape..ketepi ..ketengah sesuka hati..phiewwwwwwwww!




Tak termasuk lori parking macam ni..dah la jalan sempit. Main bedal je...mungkin sesuatu yang normal buat diorg tapi tidak pada kitorg.



Ladang pokok Pishang....beribu pokok sekali tanam..dan beribu pokok sekali berbuah...untung laaaa



..dan seterusnya, laluan sempit bercorner-corner..


Sepanjang jalan..



tak kire kenderaan ..semua lalu jalan ni :(




Average mengikut perkiraan aku secara random..setiap 1KM ada 7 corner (min)..ada jugak yang lebih dari tu..



Corner lagi...lebih dari 1000 corner lah..cuma takde sijil jer :((



See...bawah jambatan pun layan corner :(




2nd checkpoint..TG dah sampai awal.



Keadaan salah sebuah kampung..



Skg korang nampakkan keadaan kampung2 kat sini mcm mana...



Short discussion..Mr.Wang suruh kitorg jalan dulu..



Hahahha..sorong papan tarik papan..diorg tolakk kereta sorong..muahahaha (pantun 2 kerat)



Suasana yang tenang..

Bangunan lama..



Tayargolek diteruskan dengan menyusuri jalan-jalan kampung.



Kawasan kampung yang berada 1000m ketinggi dari aras laut..suhu yang sejuk..


Highway??...owhhhh..noo


2 buah motorsikal dari Malaysia ni kadang2 mencuri pandangan penduduk tempatan.



laluan dikampung lagi..jalan2 amik angin pagi katenye tuuu..



Ada jugak kediaman sebegini rupa..



Masih menggunakan kayu api untuk memasak..


Jalan kaki..pun jalan kaki laahh...




Beberapa KM tayargolek..kitorg stop sekali lagi.





Rehat sebentak dengan KOPIKO..


Tumpang berehat didepan salah sebuah rumah penduduk kampung. Takde RNR..takde 7-Eleven..mcm ni je dan ape yang ada je kitorg makan..coklat bar + gula2 KOPIKO.

Penduduk kampung hanye memerhati je dari jauh..



Inilah minuman kitorg..air mineral + KOPIKO...pekena kopi dulu bro..hahahah



Melihat2 motor kitorg..untuk ride kali ni memey aku tampal bendera MALAYSIA. Agar senang diorg paham dari mana kitorg datang ;)


Dalam video kat bawah ni..kitorg bagi gula-gula KOPIKO kat adik & kakak. Suka diorg  ;)





Tengok betul2 kedudukan rumah diorg ni..betul2 bawah jambatan


Sambil2 rehat..rasa nak terkuchillll pulak aihhh.

Nak tau mana toilet diorg? mcm mana rupebentuknye? hihih..

jommm..!

Nindiaaaaaaaaaa..pintu luar je aku tunjuk..tunjuk belah dalam kang muntah ijauuuu! :p

Ada video skit..wihuuuuuuu


Jenuh kene panjat atas bukit. Inilah pengalaman...tak lalui..tak rasa la pengalaman tu
ok..time to tayargolek again..


macam biasa keadaan dijalan kampung..kasi redah je



Satu lagi benda yang agak kreative..takde penghadang jalan tapi setiap pokok dicat dengan kaler puith..kasut putih..pokok pon putehhhh! :p



Tinggi kedudukan sekrang sudah melebihi 1000m..



..dan semakin banyak scenery dan view yang cantik dapat dilihat dari sini.




"..Jauh perjalanan..luas pemandangan.." Ayat ni aku guna sejak 2011 masa 4 NATION RIDE dulu ;)


Berhenti jap..amik feel..feeeeeeeeel..!!



Nice viewnye...ohsemmm


Look at that beb...luas terbentang..



Bergunung ganang..apakah kitorg akan menuju ke sana?



This is China..



ehhhh..dia pun putehhhhhhh



Berada dilereng2 gunung


Tetap meneruskan perjalanan walau macam mana sekali pun keadaannye..



>1000m...



Laluan kampung..gunung ganang terpaksa dilalui. Takde pilihan lain..nasib baik la takde offroad. Kalo boleh dijauhkan laa



Setakat ni..keadaan jalanraya masih lagi tenang. Tak jumpa lagi kejadian2 pelik



Menyusuri pekan kecil...



..dan jumpa ini pulak


Kolam yang mungkin digunakan untuk kegunaan pertanian disini


Hahaha..gambiran


Lengang..pekan Koboi ke ape ni?


Jom bro..blaah..blahhh


Beberapa Km lagi selepas tu...

Isi minyak dulu..kat depan belum tentu ada stesen minyak. Touring ni tak perlukan motor laju..tapi FC yang terbaik atleast > 350km full tank


7.04 yuan per liter

Bubuh je penuh2 selagi boleh



Parking motor elok2...



Lepaking lagi..



Kesejukan yang amat dah terasa..sampai ke tulang. Tak check pulak berapa suhu skg Mungkin <10 p="">


Route 213



Lori yang menggunakan enjin pembajak sawah..



Realiti..kesejukan. Ntah berapa kali rasa nak terkuchillll pun tak tau laaa..



Banyak kayu api kat sini..dgn harapan boleh menumpang skit utk panas kan tangan..tapi takde...hampee :(


Hahahhaa..amacam. Motor roda 3..pelik tapi benerrr



Motor yang diubahsuai untuk kegunaan masing2. Creative gilerr


Tuk Tuk?



Single piston jer...

Ni baru skit....mungkin ada lagi yang pelik2 boleh jumpa nanti.


On the bike..!

Sambung lagi tayargolek..


Walupun jalannye nampak ok..tapi bumpy. boleh tercabut skru2 nanti


Letih gak lalu jalan yang berliku-liku..bile la nak jumpa jalan yang lurus :(



Apa yang sedang kiorg lalui adalah kawasan pergunungan. Semakin tinggi..dan tinggi.





Jalan yang lurus..tapi sekejap jer..



pastu ..corner lagi dan lagi...sampai kesudah


Ditahap ni..suasana ada skit terang. Cahaya matahari mula menyinari pemandangan..syukur



Lereng2 bukit yang digunakan sepenuhnye untuk pertanian secara besar-besaran. Kagum..



Merentas highway melalui jalan kampung..




Alangkah syioknye dapat guna highway atas tu...apakan daya, sudah suratan tertulis..ewahhh



Pemandangan salah satu tempat yang penuh dengan pertanian




Pokok pisang disana sini..



Panas diluar..sejuk didalam. Mcm tu lah keadaan skg..namoak panas, tapi masih kesejukan.



Semakin terang dihadapan..Alhamdulillah. Cuaca semakin baik..



..dan scenery semakin cantik. superb!


Berhenti seketika..merenung..memerhati..melihat dengan mata sendiri keindahan alam semulajadi...phiew! CHINA..



Take a shot...



one more...
no selfie!


last one..



our journey continues..



ohh man..jalan ada teruk skit..melompat2 ataih moto



Seperti aku bgtau awal2 tadi..kat sini bile bertani..memey rollout giler2. Besar-besaran projek diorg..


Agak2nye la kan...berapa ratus ribu pokok pisang sekitar kawasan ni?


Sekali lagi...kekagumannya tuh disini..


Memasuki kawasan pekan..tak ingat pekan ape. Susah nak sebut



Baru la nampak ramai manusia kat sini..



Balai Polis Trafik..



Patuit laaa meriah skit..ada pasar rupenye



but..almost close



tengok sana tu...mata ni dah start melilau mencari port view yang cun. Camera asal boleh je..terus snap sekeping.




Kite layan skit view k..















..akhirnye, kitorg tewas..llalu stop kat sini seketika

Parking motor elok2..then amik gambiran. Layan pemandangan yang luas terbentang.



RED VERSYS..





DUSKY BLACK FJR..nun jauh kat depan..



nampak tak pokok2 kat lereng2 bukit..itu diorg buat pertanian secara berteres..


view dari jauh



dengan suasana yang dingin..tapi matahari terpacak atas kepala. Syiokkkkkk..




panorama...







Griffin..aku paksa dia bergambiran..muahahaha. Nak marah pon marah la bro..but now when u see this pic...i knew you're smiling. That's memories bro..



Panorama lagi...



nice kan..



Bergunung ganang..inilah ole-ole kitorg buat semua pembaca dihari ke-2 di China.



once again bro...wihuuuuuuuuuuuuu. 4 months already bro...mcm tak percaya?






our ride..our photos




Zooom skit...


Maximum zooom in..



Photo by Griffin pulak..adehhh...main candid2 ni yg den lomah ni



Haaa..ni baru action..wihuuuuuuuuuuuu





our bikes..


Berjemur diatas gunung ...memey nikmat waktu ni...


Lokasi kitorg lepak ni betul2 berdekatan dengan Puer National Park



Ok beb..cukup berehat..gambiran kenangan dan pemandangan pun dah amik. Chaltaeeee..!!


Tapi..tangan ni laa..ishhh dok gatai snap gambiran lagi..adehh


Fokus jap..menuruni bukit..



Then..dapat view ni..




Ok..concentrate pada riding pulak.


Kini memasuki town Puer..



Town nampak lengang..



Perjalanan kitorg setakat ni baru je mencecah kire2 130KM :(



Mr.Wang berada dihadapan..



Kawasan town ni pelik skit..silap masuk ntah kemana2 je peginye




Sehinggalah disatu tempat, short discussion..Mr.Wang kata diorg akan berhenti makan tengahari sekejap. So diorg suruh kitorg jalan dulu.."jalan terus je" untuk sampai ke Jinggu..katanye..


Alrite...check GPS masing2 ..synced!


Mencari arah berpandukan GPS...avoidance pun dah set dari awal.

Tiba2..jalan yang dikatakan "terus aje" tu tak boleh lalu. Diorg blok sebab tengah buat contraction bangunan. Hmmmm..


Tak sure pulak kot2 ada jalan lain..atau jalan shortcut. Ikut je la GPS...lalaaalaaaa



At last..GPS bawak kitorg ke sini. Aiyoooo! lama jugak kat sini..check balik map semua bagai..memey ini laluan ke Puer-Jinggu-Lincang


Hmmm..aku dah rasa 50-50..mcm tipu je..mcm tak betul jee..miahahahaha

Call Mr.Wang dia kata ada kat belakang dalam 10minit..tunggu punya tunggu takdak...dekat 30minit dah ni.

So?
.
.
.
. So what??

Chaltae laaaaaaaaaaa..!! hahahaha..adehhhh...ini yang paling tak gemar ni..



Offroad...bukan kitorg carik. Bukan kitorg mintak..tapi dah terpaksa kene redah. Seksa woooooooo..
Letih layan jalan mcm ni..


Tak lama lepas tu..jalan ok skit..



Imagine ye..2000m ketinggian kawasan ni skg..

Ada gak berhenti tanye penduduk yang menunggang basikal kawasan ni.."PUER". Yeaaa..jalan ni, menunjukkan laluan yang betul ke Puer-Jinggu.


Kali ke-2 rasa pelik...dulu masa di Kalimantan hal yang sama. Kat border punya la banyak bas..tapi kitorg lalu jalan ke Pontianak..langsungg tak nampak bas.

Skg ni di China pulak. tadi ada gak nampak kereta lalu lalang..tapi jalan ni langsung takde...kihkihkih. Amik obatttttt..!


Sampai satu tempat..stop jap berehat. nasib baik la kawasan sejuk..tak berpeluh + tak rasa penat.


Memerhati pemandangan disini seketika sambil hilangkan penat



Anda pasti ini jalannye? kihkih..



Merenung jauh..2 buah motorsikal..ape la ko buat kat sini oiiii..hhahaa
Dalam masa yang sama..Griffin still try contact Mr.Wang..ntah mana2 ntah diorg pegi.

INGAT!! kitorg cuma ada masa 9 hari SAHAJA di China (naik dan turun). So timing memey limited!


On the bike...

Kitorg memey dah rasa..kite guna jalan lain walaupun dalam map route 323. Takpe lah..walaumacam mana pun kene teruskan. Namun ape yang kitorg dapat adalah..view2 yang cantik.



Dalam ertikata lain..kitorg menggunakan laluan kawasan pergunungan yang memey tinggi..



Inilah view sebagai peneman sepanjang jalan..



Adoiii teruknye jalan..gear 1-2 je :((. Nak nangis nih..



Uiiii..sayupnye bila nak abis azab ni





My favorite pic... ADV Rider in Action - Griffin & DUSKY BLACK FJR





Tak boleh laju..dengan load side box & top box yang ada..



Jalan mcm ni turun naik gunung..



Arghhhh..! tension...rasa mcm nak buang motor ni..pakai KLX150. Stresss..



Penat tak? kalo stamina takde..mau pancit. Bernafas dalam helmet pun dah macam seladang...




View2 mcm kat bawah ni teapi kepenatan yang terbaik. Walaupun keadaan jalan yang tak mengizinkan sangat..aku cuba gak amik gambiran sebagai ole2 utk semua..






Dah mula kepenatan..


Akhirnya..stop sini jap. Dari jauh aku memerhati..apakah yang berlaku sebenarnya?



Nampak highway tu? dan kat sebelah highway tu ada jalan kan..? ..kan? Hurmmmmmmm..jalan tu yang sepatutnya kitorg guna :((


dah berapa banyak kitorg terbuang masa macam ni. Tak campur lagi kes pagi tadi...

Ini semua dugaan..mental kene kuat! Badan tough gile pun kalo mental halus....tumbang bro!



Finally..jumpa jalan yang sebenarnya..


30KM amik masa 2jam untuk sampai ke sini...apakah?

Beratus KM lagi untuk sampai ke Lincang. Adakah masa mengizinkan? atau tak? atau.....



Kitorg stop sini dulu..call Mr.Wang..kat mana kah diorg berada?


satu jalan cantik...satu jalan ke gunung...pilihan tak semestinya tepat. Mr.Wang dah berada jauh didepan katanye. Kitorg pun tak tau kat mana skg...


Oppsss..! tologn jgn viral kan pic ni ok..ni emergency case ..ngeee. Terpaksa suruh org tempatan bercakap dgn Mr.Wang untuk info yang tepat.(tengah bercucuk tanam tuuu)


Info dah dapat...chaltaeeeeeee..!!!



Legaaa..dapat semula jalan cantik macam ni. tadi tu memey sengsara..tapi bila dah balik...benda tu jadik kenangan manis. Betul bro? nak repeat lagi kewwww?kihkih



what a journey laaa...



Skg bleh ride sambil bersiul...






Macam biasa..China..superb view



Matahari semakin panas..dapat la skit haba dari kesejukkan. 3 lapis jaket mcm takde ape.. :(


Masih meneruskan perjalanan ke Jinggu..




Mencari Mr.Wang yang jauh berada di depan..




Walau mcm mana pun...ride tetap santai..sambil melihat pemandangan yang indah



Layan corner..kat sini driver mula memandu dengan laju. Kereta power2 baiii..Audi, BMW, 4x4..peghhh



Rasanya mcm kat belakang...tau2 kat sebelah dah. Cekap diorg memandu..horn memey menjadi kewajipann kat sini. Wajib guna..



View kat depan tu..walauuuwehh


Bayang2 gunung dari cahaya matahari..



Sambil ride..sambil amik gambiran..



and stop awhile...


candid..kehkehkeh




Hurmmmm..baru perasan, low beam RED VERSYS sudah padam. Lamakkk...mampos kalo jalan malam ini machiam. Satu lagi dugaan mendatang..




DUSKY BLACK FJR sedang bergambiran..


Ok last pic..




On the bike..


hari semakin senja..jauh lagi perjalanan ke Lincang. Tak pasti samada akan teruskan perjalanan ke Lincang atau sebaliknya..


Kite layan sama2 gambiran on the bike...view sepanjang perjalanan




Anak sungai dari kawasan pergunungan..

  

Parking sat..amik udara skit..lapar tahap max ni.






Kitorg stop kat sini. Sedikit perbincangan antara aku dgn Griffin plan seterusnya.

Untuk teruskan perjalanan ke Lincang memey agak mustahil dengan waktu sekarang dah hampir pukul 7.00ptg.



Sambil mendengar deruan air sungai..kitorg sepakat untuk tidak meneruskan ke Lincang. Risiko riding pada waktu malam djalan pergunungan. Keselamatan harus diutamakan...


Kita hanya mampu merancang..tapi Tuhan yang menentukan. Pasrah..terpaksa bermalam di Jinggu dihari ke-5 CHINA EXPLORATION RIDE.


Dipendekkan cerita..




Bertemu semula dengan our tour guide disalah satu simpang. Kitorg berbincang...dan apa yang Mr.Wang advice adalah sama seperti yang kitorg bincangkan. Keputusannya..kitorg akan overnight di Jinggu..

Haaa tu laaa..kutuk2 lagi "pu'errrr..puerrrrrrrrrrrrrrr.."..last2 makan diri...hahahaha. Pengajaran dan iktibar untuk diri sendiri. Mulai dari haritu kitorg bersikap baik..takde lagi dah sebut "Puer"..kihkihkih


Sampai hotel kire2 pukul 8.30malam..checkin dan terus keluar pegi makan.


Mula2 ingat nak jalan kaki jer...last2 amik teksi..bapak jauh. dah la penat.. :p


View malam di Jinggu..



View sungai dimalam hari..penuh dengan lampu2




Cantik...tgk dengan mata sendiri lagi la cantekkk ..hahhaa



Restoren Muslim di Jinggu


Kelaparan tahap maksima ni...ini lah rezeki kitorg. Nasi goreng daging, Telur Dadar dan Sayur Kangkung di Restoren Muslim, Jinggu.


Makan sampai kenyang habis-habisan. Bukan apa..esok pagi bekfas belum tentu ada..so makan utk esok pagi sekali..wihuuuuuuuuuuuu. Untuk hidangan mcm ni..kitorg kene bayar sebantak 120Yuan (RM60). Mahal atau tak ..semua tolak tepi..yang penting dapat makan nasik dan halal..

Burrrrrrp..! Alhamdulillah..


Day 5..jadual asal sepatutnye bermalam di Lincang, terkandas disini - Jinggu. Total distance hari ni 174KM je. Suhu serendah 10'C..esok pagi kene kejar timing..mungkin by pass Lincang terus ke Dali.

Ape2 pun ..ini lah pengalaman..adventure tidak dicari, tetapi terpaksa dilalui.

Aku sambung lagi nanti..jumpa lagi.

Adios,
Han




4 comments:

griffin said...

Memang senyum bro :-) :-) :-)
Our adventure :-)
Bila baca balik ,rasa nak repeat la...jom !!!!!

Unknown said...

allahamdulilah..nice ride

Unknown said...

Nak ikot boleh? ... hahaha

TayarGolek.Com said...

Griffin - set laa..hahahadoiii
laksamana melayu - tqvm laksamana :)
Shahrir Azhari - Jom..reserve nama dulu k ;)

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com