Yoooosshhhh….!!
Ok..ok..! aku update ni. Tak tenteram aku tido..hehe
Balik je ride ni..esok aku terus keje malam. Bajet2 lepas balik keje malam konon2 nye nak le spend 1-2jam utk TayarGolek.Com. Last2..hmmmm! hampeh! Bukak je notebook…tido! Tido jer…bukak notebook. Cam ne nak hupdate??
Tapi kan..korang punye pasal aku gagahkan jugak ler!
Info: Kpd peminat2 ‘overlander’, satu TTS @ Two Wheel Garage, Glenmerie akan diadakan pada Jumaat 29 Jul 2011. Jom! ramai-ramai kite pi sana..
Let’s tayargolek…!!
@ R&R Sg. Buloh ( RV Point)
21 Jul 2011 – Bermulalah journey kitorg pada hari tu. Seperti yang dirancang, seawal 6.00pagi lagi kitorg dah start berkumpul di R&R Sg.Buloh. Aku rasa ini adalah pengalaman pertama RV seawal 6.00pagi. Kitorg dijadualkan akan memulakan tayargolek ke Koh Samui pada pukul 6.30pagi.
Route Day 1 :
R&R Sg.Buloh – R&R Tapah – R&R Gunung Semanggol – R&R Gurun – Changlun – Bukit Kayu Hitam – Sadao – Phattalung – Ron Phibun (Nakhon Si Thammarat) – Sichon – Don Sak – Koh Samui.
Patriotik skit beb! Plan asal nak bawak bendera time ride ni. Aku serah tugas bendera kat Hasnul..last2 takde..hahaha!
Aku ingatkan..aku ler org pertama sampai di RV kire2 jam 6.10pagi. Aleh2…Nuar315 & Griffin dah terpacak lebih awal..hahaha. Awal betul diorg sampai..ni mesti kes tak bleh tido ni??
p/s: Aku pun tak blh tido beb..pukul 4.00pagi lagi dah bangun. Risau pun ade..risau terlajak sampai cerah!! kang kene tinggal plak.. :P
Suasana masih lagi sunyi time ni. R&R pun takde orang sangat..
06:30 – Semua rider dah cukup. Rider2 yang menyertai Koh Samui Endurance Ride terdiri dari 4 orang termasuk aku iaitu Han, Griffin, Hasnul dan Nuar315. Kali ni motor masing2 semua ‘tank’ beso-beso. So kalo setakat nak ride sampai 300KM non-stop pun no hal..hehe.
Citer skit pasal rider yg join..sebenarnya, aku ade open utk rakan2 yang lain. Lebih kurang dlm 10 orang yg aku senarai hitamkan ..tp masing2 tak dapat nak bagi komitmen & ade plak program lain. Jadi, yang betul2 berminat nak join adalah 4 org jer termasuk aku. So..dah 3 kali ride jenis endurance/touring ( LTDP, SONGKHLA-BETONG Ride dan KSER)..aku selesa dgn formasi 4 rider.
06:40 – Tayargolek time! agak terdelay skit dlm 10minit. Takpe..yang penting semua dah ready. Ride kali ni sememangnya santai..free & easy bak kata org kampung aku. Tak mau rushing..masing2 nak enjoy dgn ride ni. Itulah target utk ride ini.Ride sesantai….
Next pitstop nanti adalah di R&R Tapah..utk refreshment!
Suasana pagi hari sekitar jam 6.40pagi..
Semua dah mula berada dihadapan. Gambiran ‘on the bike’ versi TayarGolek.Com pun bermula. Walaupun aku dah biasa menunggang motorsikal seawal 6.00pagi untuk pergi ke tempat keje..tp hari ni pasti menjanjikan pengalaman yang berbeza. Ride bersama kawan2 dan suasana yang berbeza..
Dah mula cerah skit time ni..sekitar jamp 7.00pagi++. Kalo tgk gambiran ni..terdapat beberapa buah van yang berconvoi time ni. Tak pasti aku plak berapa byk..rasa2 lebih dari 20 buah.
..dan serba skit gambiran dipagi hari ketika terbitnya fajar. Kite layan skit lah erk..gambiran scenery dipagi hari..
Hasnul & Nuar..mula meluncur laju kehadapan.
Griffin saja bagi chance kitorg lepak kat depan..tau2 jer dia merembat laju..hahaha
Dah pun cerah..mcm agak berjerebu skit time ni.
Sang suria mula menunjukkan dirinya..syiok jugak layan matahari terbit sambil2 naik motor. Tu ler pasal aku suka ride yang santai2..sight seeing orang kampung akuu kata.. :P
@ RNR Tapah
Aiiit? baru je ride dah stop?? hehehe… Nama pun ride santai.. santai laaa sangat kan?
Mcm aku kata tadi..berhenti di R&R Tapah just untuk refreshment jer. Maklum ler semuanya awal2 pagi dah bangun.
Jam 7.50pagi – kitorg dgn speed 120-130kmj dah pun sampai ke R&R Tapah.
1 FJR13000 + 3 VERSYS650..
Kali ni yang join semua motor jenis ‘touring’..
4 bendera – simbolik bendera tu menunjukkan 4 buah negara yang dah diredah dgn motorsikal..bukan suke2 tauu..hehe
masih lagi segar..! ko tunggu ler lepas 10 jam ride nanti..hehe.
Takde ape sangat time ni..cume break tu kene seteguk air + berasap. Makan ringan2 jer utk breakfast. Stop untuk 10 minit..kene keje time juagk sebenarnya. Target untuk sampai ke Don Sak nanti kire2 jam 5-6ptg(Thai time).
Cukup 10 minit berehat..it’s time to move beb! Jauh lagi perjalanan..
Semua dah ready..
tayargolek lagi..!
Kitorng akan menggunakan highway PLUS sepenuhnya hinggalah ke Bukit Kayu Hitam..
Griffin in action..! Dah jauh FJR hitam ni berjalan..
Cuaca nampak seakan-akan mendung..tapi sebenarnya agak berjerebu..
Sampai satu ketika..kitorg terpaksa menggunakan 1 lane jer sebab ade kerja2 membaikpulih jalan. Elok la tu..tol semakin hari semakin naik. Kasi repair ler..!
Sib baik tak banyak kenderaan lain. So perjalanan setakat ni smooth skali..
Oppss..! ko ingat aku sengaja nak amik gambiran mcm ni??hahaha..aku punya lensa camera tetiba tak terbukak penuh ler..kekeke.
Sekitar jam 8.30 pagi..highway PLUS time ni amat-amat lengang..Cuaca plak stakat ni memang cun.
Nice moment @ early morning..
Nice journey..
Matahari dah mula tinggi..harap cuaca terang dan panas berterusan sampai ke destinasi.
Skali-skala..aku kedepan untuk capture moment riding dari arah hadapan..
@ V-Point
Berhenti di V-Point (sebelum terowong) ni memang takde dalam agenda pun. Tapi kitorg ade discuss masa break di R&R Tapah tadi. Just berhenti jap..amik experience + gambiran disini.
p/s: Aku pun 1st time berhenti sini beb..selalunya kalo balik Penang, wat taktau jer..hehe
Dihadapan jalan masuk ke V-Point.
Macam biasa..Kenderaan berat mula conquer jalan ni. Dgn tu jugak aku perasan bro Nuar tetiba hilang dari pandangan. Ape cer?
3 buah motor jer? mana 1 lagi?
Nuar tetiba hilang..masa nak ke sini Hasnul berada didepan skali..diikuti Nuar. Tapi bile signal kekiri ‘ON”..aku nampak Nuar tetiba mencilok ke kanan yg kebetulan ade 2 buah treller di hadapan kitorang. Aku ingat Nuar nak pancung baikkk punyer masuk ke sini..last2 dia terus!!
Takpe..pandai2 ler dia bawak diri…… Paling kuat pun dia tunggu tepi jalan. Tapi kalo tak kuat pun dia patah balik atau tunggu terus di R&R Gunung Semanggol..
Ok beb..kite sto kat sini dulu..layan udara & pemandangan pagi di V-Point.
Versys & FJR @ V-Point.
Red Versys..seronok betul dia nih sebab aku bawak g jenjalan jauh2..hehe
Dari arah depan..
Agak sunyi skit tempat ni. Kalo sorang2 tu hati2 la eh..tp jgn buat mungkar plak kat sini..hehehe
So..kami kitorg ber-3 jer lah dlam gambiran ni. Nuar tak tau citer dah.
p/s: Tripod ‘cinonet’ mula berkhidmat pagi ni..
Opss..lupa plak nak bagi glemer rider2 KSER ni..
Han the TayarGolek.Com – VERSYS650
Last gambiran lah kot kat sini..asyik gambiran jer bilenya nak sampei..??
Tetiba..terdengar plak bunyi “mesin jahit”..(pinjam ayat awek Apit) :P
Laaaa…Nuar tibe2 muncul. Adehh! mana ko pegi daaaa..!
memandangkan Nuar baru jer sampai..so kitorg extend lagi 5 minit. Alaaa..bg chance ler dia berasap jap. Tapi dia kata “ aku tak kesah..mana-mana aku follow jer..”. Dia dah start dah bukak ayat “tak kesah” dia tuu..
Ok la beb..masa utk tayargolek lagi. Kire-kire pukul 9.15pagi..kitorg start tayargolek. Next stop lepas ni adalah di R&R Gunung Semanggol untuk isi minyak.
p/s: Aku dh simpan camera dlm pouch sebab rasa2nya dah takde view menarik pun..
@ RNR Gunung Semanggol
Dipendekkan citer, kitorg dah pun sampai di R&R Gunung Semanggol. Benda pertama adalah isi minyak..pastu pekena air seteguk dua..pastu berasap..haha.
Topup minyak kat sini sebanyak RM23.70.
Layan gambiran sendiri je la beb..
hah?? plan nak ride ke Combodia?? perghhh…bincang kat sini ni pun jadik jer
Alrite..aku skip lagi citer. Jauh ni beb..mmg no gambiran on the bike ler. Lepas ni kitorang shooot terus ke R&R Gurun untuk urusan tukar duit + document.
@R&R Gurun
11:30 – Tiba di R&R Gurun. Cuaca setakat ni masih lagi baik. Skali-skala tu ade le nampak mcm mendung2 skit. Tapi..aku takde hal, hujan ke panas ker..memang kene redah. Takde masa ler nak berhenti2 bawah flyover.
Minyak baru je isi kat R&R Gunung Semanggol tadi. Rasanya kitorg skip isi minyak kat sini. Cuma bagi setel urusan document & tukai duit jer lah. Sebab ride yang lepas, Red Versys cuma mampu isi RM10 jer..tu pun kene paksa! Kesian siut..so better kitorg isi minyak di Changlun nanti kire2 70KM dari sini.
Sebelum ni aku missed nak tampal sticker TAYARGOLEK.COM kat sini..sebab kehabisan stok.
Skang..sape2 yang berhenti di R&R Gurun..boleh ler nampak stiker TAYARGOLEK.COM kat sini..hehehe (poyo).
Alrite..aku citer skit bab2 document nak masuk ke Thailand. Tak silap yang lepas2 aku ade citer kan? takpe aku citer skiiiiiiiit jer.
Dokumen yang penting:
1) Salinan geran motor + cop Balai Polis
2) Passport
3) Insurance Motor – RM18
4) White Card ( Arrival & Departure Form)
Check gambiran2 kat bawah ni:
Insurance Motorsikal..minimum seminggu.
White Card – Arrival Form (borang masuk)
White Card – Departure Form ( borang ketika keluar dari Thailand)
Semua dah setel urusan masing2. Kite lepak jap..
Kuda2 besi pun kene rehat jugak. Ini baru Stage 1..masih rileks lagi. Lepas ni kene kerahan tenaga ler gamaknya..
Dipendekkan citer..time pun pukul 12.00 t/hari. Kitorg tak citer banyak terus ke Changlun. Changlun merupakan last stop sebelum tiba di Bukit Kayu Hitam (sempadan Malaysia-Thailand).
@ Changlun
Lepas kire-kire 70KM dari R&R Gurun..skali lagi kitorg berhenti mengisi minyak di Canglun. Kenape ehh? sebabnya..kalo isi dr Gurun, level petrol dlm tank motor dh susut skit. Untuk mengelakkan dari level petrol tu susut sebelum lepas border..sebab tu kitorg isi minyak kat Changlun. So jimat la skit..kalo tak kene isi minyak kat Thailand nanti ler!
Cukup sekadar mengisi minyak jer..then shoot terus ke Bukit Kayu Hitam.
@ Bukit Kayu Hitam, Kedah (Sempadan Malaysia – Thailand)
Alhamdulillah..perjalanan kitorg amat lancar dan tiada sebarang masalah. Kitorg tiba di Bukit Kayu Hitam tepat pukul 1.00ptg.
Berhenti sekejap untuk siap-sedia passport..beberapa meter dari sini adalah Imigresen Malaysia.
Di Imigresen Malaysia..penunggang motorsikal tak perlu turun atau bukak helmet. Just bg passport jer..
Sekarang kitorg baru jer melepasi sempadan Malaysia (Bukit Kayu Hitam). Untuk gambiran kenangan..kitorg stop sini sekejap just utk gambiran jer. Lepas tu..GO!
“WELCOME TO THAILAND” ..SAWADIKAP!! KAP KUN KRAPP!
@ Sadao (Sempadan Thailand – Malaysia)
Bila dah masuk ke negara Thailand, maka time jugak berubah (GMT +7). So skg baru pukul 12.15t/hari (Thai Time). Keadaan di Sadao Imigresen agak biasa-biasa jer..tak ramai orang. Tu yang kitorg dapat jimat banyakk masa. Form + document pun dh ready (siap isi)..urusan disini cuma amik masa dalam 15minit keseluruhannya.
Semasa melakukan urusan passport & white card di Imigresen. Lepas tu kene ke Kastam plak utk declare kenderaan yang dibawa masuk..
Dipendekkan citer..
Setel urusan..kitorg mcm biasa akan stop di border utk lunch di Sadao, Thailand. Tengahasyik mencarik parking..tetiba kelihatan 2 anggota Polis Trafik Malaysia yang baru je melepasi sempadan Thailand-Malaysia.
Mungkin ade urusan Seri Paduka Baginda kot??
Didalam kereta Polis tu..ade ler beberapa Pegawai. Siap melambaikan tangan ke arah kitorg (Bikers dari Malaysia).
Mungkin untuk mengucapkan “Selamat menjelajah ke negara Gajah Putih”.
Lunch time..
Kali ni kitorang try plak restoren Haji Lee – Kedai Makanan Islam.
Haji Lee Restaurant
Riding gear yang kepenatan..
Time ni..air sejuk ler yang kitorg carik. Dahaga air beb..lapo tu takde la sangat. Tapi kene makan jugak sebab lepas ni memang takde benti2 makan dah..
Nak kata cuaca panas terik tu tak jugak..tapi bahang panas tu cukup terasa. Ape2 pun ..belasah jer la mana2 pun…
Order dah sampai..
nasik Paprik Siam…nampak memang sedap. Tapi nafsu makan aku time ni mcm kureng ler..
Ulam-ulaman..
Dipendekkan citer lagi..
13:30 - masa utk meneruskan perjalanan seterusnya. Mileage motor aku skg clock 500KM++. Bermakna, kitorang ade lagi baki perjalanan 400KM++. Tapi kene ingat beb..jalan atau h/way Thai bukan mcm kt M’sia boleh speeding kaw2..fuhh! jauh lagi perjalanan. Metal kene kuat..tak kuat kalu sibuk nak balik..hahaha
p/s: masa yg aku gunakan skg adalah dlm waktu Thai ( – 1 jam)
Get ready to start the journey…
The journey continues…
Some where @ Dan Nok..
Jalan yang baik dipermulaan perjalanan. Tapi kene extra careful sebab jalan kat sini ade U-TURN..
“WELCOME TO THAILAND” ..antara salah satu signboard yang sempat aku capture.
Setelah beberapa KM dari border, kalo korang masih ingat Ride aku yang lepas..kitorg ade stop kat sini. Tapi cuaca hujan masa tu. Maka peluang kali ni sememangnya tak boleh dilepaskan..
Berhenti jap untuk gambiran..
Red Versys di hadapan Buddha Statue..
Cukuplah kot 2-3 keping gambiran kat sini..hehe
Start tayargolek lagi..
Ketika berada disalah satu trafik light.
Keadaan jalan yg baik..trafik yang baik..memang betul2 membantu kelancaran Koh Samui Endurance Ride ni,,
banyak pulak traffic light nih. Dengan bahang panasnya lagi..terasa mcm nak bukak jacket jer time2 mcm ni. Tapi..jangaannn! Kene “utamakan keselamatan..”
Mileage skg 520KM.
sekali-sekala terasa redup plak bile melalui jalan yang dilitupi skit pokok2 beso. Errr…boss! tak mau lepak bawak pokok dulu ker? hahaha
Kitorang akan memasuki simpang ke Phatthalung beberapa KM dihadapan..
Seperti yang kitorg bincang tadi..kitorg akan berhenti setiap 1 Jam perjalanan. Panas beb..so kene hydrate balik setiap 1 jam.
Short break..!
Short break some where @ Phattalung di sebuah stesen minyak ‘JCM”.
Muka merah padam..ke gelap terbakar?? hahaha..
Yang bestnya Stesen minyak “JCM” ni ade 7-Eleven. So senang ler nak membeli belah air sejuk..
Kire-kire 10 minit break..kitorg start tayargolek lagi. Mcm ni la ‘Endurance’ ribe beb..disiplin masa memang penting. Perjalanan ke Don Sak masih jauh lagi..kira2 300KM++.
Aku dah keletihan nak gantung camera..dah tak larat dah beb! Bayangkan kalo dari pukul 6.30pagi dah start gantung camera..sampai la skg 15:30 (16:30 M’sia Time) – tak ke 10 jam? huhuuhu..
so..aku simpan camera dalam sidebox la yer. Kite simpan skit gambiran2 on the bike ni..time balik nanti aku ON ler pulak. Amacam? OK?
Ok ke tak ok..aku simpan gak! lantak ler..hahaha
Short break yang ke-2 just after 1jam 30 minit diatas jalanraya Thailand. Fuhhhhhhh…!! Bapak letih beb. Max speed yang aku bleh bawak adalah dalam 120KMJ jer..lain2 tu dlm 100-110kmj.
Berhenti rehat sekejap di tepi jalan menghala ke Nakhon Si Thammarat.
1 jam 30 minit punye ride kat sini..dah rasa mcm 3 jam dah. Tapi…lega tak hinggat beb bile kene air sejukk! Kerak Teking pun hilangg..hahaha
Motor pun kene kasi rehat jugakk..
masing2 dah nampak muka letih…rileks beb! skit jer lagi..
Candid - Gambiran beramai-ramai dibawak pokok..hahaha. Janji jadikkk..!
16:05 - TayarGolekk time..net short break kire2 1jam – 1jam 30minit on the bike.
Short break kali ke-3..
waktu sekarang kire2 pukul 17:30, selama 1 jam 30 min jugak kitorg berada diatas motor mengharungi perjalanan ke Don Sak. Untuk pengetahuan semua..ini adalah last stop kitorg yang kini berada di Bansakha kire-kire 80KM saja lagi untuk sampai ke Don Sak.
Masa yang diberikan selama 10-15 minit digunakan dgn sebaik2nya. Rehat ler sebaik yang mungkin..
gambiran motor2 kitorg setelah 700KM++ tayar bergolek..
Gambiran..layan je lah.
Gambiran kitorg ber-4 @ Ban Sakha…last pit stop. Lepas ni endurance ke Don Sak dan seterusnya ke Koh Samui.
Jarak ke Don Sak dari sini kira2 80KM jer. Tapi harap2 condition jalan OK..traffic pun harap OK. Target sampai ke jeti di Don Sak sebelum pukul 19:00..sebab 19:00 adalah last feri ke Koh samui.
17:50 – Tayargolek time..! kitorg ade masa kire2 1 jam jer untuk sampai ke sana dan naik feri..
Tayar mula bergolek. Perghh..! time2 ni ler…dh rasa bile ler nak sampai..! Kalo dikire-kire..kitorg dah berada diatas motor dekat 12jam dah..so sabarr!!
Route 401..
Aishhh..!! ade lagi traffic light ni. Hari dah mula nak gelap dah..
Menuju ke Khanom/Surat Thani..route yg kirorg guna skg sebenarnya boleh bertemu di Suratthani..
Menanti matahari terbenam plak…pagi tadi matahari terbit. Cuma bezanya kat negara lain jer.. ;)
Tiba-tiba..cuaca yang cerah bertukar mendung gelap. alahaiii…! jangan ler ujan…tinggal 26KM jer lagi ni nak sampai Don Sak..
Tapi siapalah kite nak melawan takdir..hujan turun dengan notis renyai2. Aku mula ler gelabah sebab camera ni tgh tersangkut baikk punye kat leher. Memula ok lagi..bile dah semakin lebat, terus aku stop..sumbat camera & pouch dalam sidbox. Sepantas kilat..lepas tu GO! timing beb!! kene keje masa skg ni utk feri..kalo tak bermalam ler kat jeti..
Hujan turun dengan lebat..lebat giler + angin! Fuhhh…! Lega beb..sejuk skit badan..hahaha
@ Raja Ferry Port.
Hujan mula teduh selepas tu. Kitorang skg dah pun berada di Raja Ferry Port, Don Sak kire2 15 minit je lagi sebelum feri berlepas.
Tak citer banyak..Griffin terus masuk ke kaunter untuk beli 4 ticket terus..
Ticket feri yang berharga 250Baht.
Now..kene kejar feri pulak.
Alhamdulillah..dah pun sampai di jeti. Tercari-cari manakah ferinya..?? kena tinggalkah???
Masing-masing muka lega yang tak terhingga bile sampai di Don Sak..15 minit yang terakhir. 15 Minit yang penuh bermakna..
Masih lagi menunggu green light dari pihak pengurusan feri..
@ Raja Ferry
Kelegaan & kepuashatiannya – hanya tu jer lah yang mampu diluahkan. Bayangkan..jika terlewat 5 minit..?? 12 jam perjalanan + penat lelah yang kitorg hadapi adalah sesuatu yang TIDAK berbaloi.
Tapi..sebaliknya. Memang BERBALOI-BALOI!! Kitorg tepat pada waktunya..wuhuuuuu!!
Lega…! dah dalam feri.
Aiiii..Red Versys! kali ke-2 aku bawak ko naik feri..
mampu tersenyum selepas halangan pertama berjaya dihadapi..lepas ni ape plak?
BON VOYAGE…
Some of the gambiran masa di atas/dalam feri..
Dipendekkan citer lagi..
Perjalanan dari Don Sak ke Koh Samui menggunakan feri mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Jika kitorg start perjalanan ni tadi pukul 19:00..maka akan sampai di Koh Samui kire2 pukul 20:30. Lepas tu kitorg akan start menunggang motor lagi di waktu malam (M’sia time dh dekat pukul 10mlm dah).
20:30 – kitorg dah pun sampai Koh Samui jeti. Jarak dari jeti Koh Samui ke Chaweng Beach/Chaweng road kira-kira 30KM. Adehh!! 30km terpaksa diredah..dgn jalan yang kecik..gelap..jalan pulak jenis konkrit yang tak rata. Tak pe lah..ride slowly.
Satu lagi halangan kitorg lepas ni adalah pasal hotel. Kene cari mana2 hotel yang available terutamanya parking utk motor. Setibanya di Chaweng Beach..ingatkan low season ni takde ler ramai pengunjung. Sana sini muka mat salleh..kepompom byk hotel yg full nih. Takpe..kitorg nekad jer! carik sampai dapat. Dari satu hotel ke satu hotel..ade yg semurah 1800Baht tapi room available utk semalam jer. So..ahak risiko utk kitorg yg akan bermalam selama 2 malam.
Yang mahal sangat tu memang banyak lah..last2 kitorg dapat gak hotel yang rate agak baik di sekitar Chaweng Beach..iaitu BeachCumber Resort. Time skg dah pun pukul 23:00 (M’sia time dah pukul 12.00mlm dah beb)
So semua setuju utk bermalam di hotel ni..
Nego punya nego..dapat ler harge 2500Baht per room. Belasah jer la..dah tak larat dah ni.
Setel urusan registration..sepantas kilat kitorg ke bilik. Tak sabo dah nak landing..
ushar skit gambiran hotel..
Bilik dah macam bilik pengantin dah ni..siap ada deco2 burung bangau lah..“LOVE” dari kelopak Rose lah..sampaii ke bilik air ada bunga-bungaan. Dah macam honey moonn la plak..adehhh!
Masa utkk rest & Zzzzzzzzzzzzzzzz…!!
Alrite la beb..aku rasa cukup panjang lebar dah stori kali ni. Mentang2 la tajuk pun ‘ENDURANCE”..dgn aku-aku skali ter “ENDURANCE” menulis stori ni..chaiiit! hahaha.
Tu la serba skit pengalaman ride secara Endurance ke Koh Samui pada Day 1 dalam sesi jelajah ke Thailand..
Cukup sampai sini dulu,,tunggu sambungan di episod seterusnya nanti..
Yoooooooooooooossshhhhhhhhhh…!!
Adios,
Han
10 comments:
pergh.. best..
semangat mau kental.. hati mau kuat..
900km tu..
paling jauh saya ride (solo) dlm satu hari cuma setakat 700km saja.. tu pun cuma dari kangar ke JB saja.. hehehe..
Tahniah..
Bro Hasmizal - 700km tu pun dah jauh tu.Dahsyat to bro.. Cuma h/way M'sia dgn Thailand ada beza skit jer
betul tu.. saja setuju.. kat malaysia agak relaks sikit berbanding Thailand.. nama saja hi-way.. tapi lebih kepada jalan biasa.. kiri kanan agak terdedah..
Apa-apa pun.. tahniah..
Fuyooooooz,
Cayalah bros2 sumer...cabaran rintangan bkn halangan...matlamat ttp dicapai..destinasi ttp diteruskan...mmg besss laaaah !
**Alchemist**
tahniah han...lepas puasa ni plan nak kesana selepas hampir 5 tahun tak pergi..kali ni bawa versys..nak test power...-zaimi
terbaik...salute
fuuyooo dah 2kali naik feri ... kali 3 ..memey kena carik DP lain ni ... hehehe , amacam GS
zaimi - ride safe bro..hehe
Anonymous - thanks bro..citer sempoi2..simple2 jer
Dee - kali ke 3 yer bro??? hahhaa..keracunan sungguh tuu
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..