Yooosshhhh…!
Sambungan episod (Day 3 ) di Sukhothai.
Entry kali ni aku cuma nak share sedikit gambiran-gambiran di Sukhothai Historical Park.
Info boleh check entry sebelum ni atau klik : http://www.tayargolek.com/2011/12/4-nations-ride-day-3-kanchanaburi-tha.html
Selepas check-in room, Paulo memberi sedikit penerangan tentang Sukhothai Historical Park. “..di waktu petang hingga gelap, kitorg bakal menyaksikan perubahan cahaya disetiap sudut batu-batu monument. Bayang-bayang gelap antara bangunan lama serba sedikit meleyapkan cahaya matahari tersebut..sangat menarik! ” kata Paulo.
Sesi penerangan bersama Paulo. Kitorg amik ‘tuk tuk’ pun dgn dia jugak berserta jumlah bayaran tambang ‘tuk tuk’. Apabila semua dah kawtim..barulah Paulo call ‘tuk tuk’ dalam bahasa Thailand.
..on de way ke Historical Park.
..lupa pulak ape nama bangunan ni. Tapi..rekabentuknye memey cantik.
..suasana diwaktu petang. Ramai yang berniaga ketika ni..
Ok..dah pun sampai ke destinasi yang dituju. Tapi sebelum tu..kitorg kene beli ticket untuk masuk. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak 100 Baht seorang. Kenderaan kene bayar lain..tp sori aku lupa berapa bayarannye. Boleh masuk menggunakan basikal, motorsikal, kereta atau pun ‘tuk tuk’.
owh..lupa nak amik gambiran brader ‘tuk tuk’ ni. Inilah ‘tuk tuk’ yang akan bawak kitorg nanti..
Tayargolek bermula..chewahhh!!
Ade event tengaj berlangsung sewaktu kitorg sampai..
Peta kedudukan manument-monument di “Sukhothai Historical Park”. Bagaimanapun, kitorg akan cover untuk beberapa tempat sahaja sebab masa dah hampir gelap. Keduanya, boleh tahan jugak beso kawasan ni.
Jika dilihat, keseluruhan kawasan ini dikelilingi oleh satu saliran air yang mana punca saliran air ini dierolehi dari sungai berdekatan..
Bahagian pertama kitorg lawati. Dikenali sebagai “Wat Mahathat” – sebutannya “wat mahadat”.
Kite layan gambiran2 je la eh..
..aku banyak menggunakan setting ‘wide’ untuk mendapatkan gambiran penuh..
matahari hampir terbenam..
..sedikit kesan cahaya matahari yang terlindung oleh bangunan dihadapannya..
..kesan peninggalan sejarah ratusan tahun dahulu..
..bile dilihat secara dekat, bangunan ini dibina dari kepingan kepingan batu yang disusun rapi. Tiada ruang kosong didalamnya..
..dan waktu dah mula senja..bulan pun dah mula kelihatan.
..cuba perhatikan betul-betul.. dua struktur bangunan ini dah mula mengalami perubahan strukturnya. Bangunan(kanan) agak senget ke kiri..
..tasik-tasik di sekelilingnya..
Skg kite tgk pulak gambiran menggunakan Camera Canon G12 yang Griffin capture..
..G12 memey terbaik lah!
Aishh..! takkan kene upgrade kot? kopak..kopakkk..!
Then, kitorg ke side lain plak iaitu ke “Wat Sa Si”.
Info:
Sedikit gambiran untuk dikongsi bersama..
Kitorg akan menggunakan jambatan kecil untuk menyeberangi tasik..
Jambatan yang menghubungkan ke Wat Sa Si
Dikelilingi tasik-tasik yang mana sumber airnya diperolehi dari pada sungai..
..terasa tenang
“UNESCO World Heritage”
Inilah pengalaman kitorg untuk hari ke-3 dalam siri 4 Nations Ride (Malaysia-Thailand-Myanmar-Laos). Gambiran2 yang aku share disini hanyalah sebahagian jer, nak amik semua gambiran letih wooo! hahaha..
So, esok akan aku sambungan ride seterusnya di hari ke-4. Pengalaman membawa motor masuk ke Myanmar.
Tunggu sambungannya nanti…
Adios,
Han
8 comments:
duo tigo kucing borlari
mano nak samo kucing bolang
2 3 kali visa ku apply
masih xlopeh nak ke mynmar..
(nada sodih visa xapprove sobab home ministry xluluskan)
excited den nengok journey dak han...harap2 bilo home ministry nengok journey ni dio tau thai dah x banjir hua hua(sori pinjam TG jadi racun utk approve visa.harap TG buleh membantu)
-azhar-
azhar - apo la ekau punyo pantun ni haa..x syahdu langsung haha.
Ok den beli pantun ekau plak..
Poie pokan pekono asam podeh,
podeh podeh pun abis licin ni haaa..
Ekau ni mcm terlopeh pandang yo tips den yg lopeh,
apo laie..rasuah la skit apply la visa..hahaha
boleh bro..kasik tau home minister tu baca TG.Com. Satu family baca pun xpe..hehehe. Gud luck bro
Salam encik Han....
Tak jemu baca blog ni.....termasuk Griffin punya....mcm ada ada hantu la.....ada bela ke? heheheh....tiap2 hari mesti buka nak tengok kot-kot ada entry baru.....
Teruskan travel dan ride tu....i'll follow you once i have a Kawasaki Ninja 250R...boleh join ke? Tapi lambat lagi la....pasal baca blog hangpa suma la saya makin bersemengat nak kumpul duit nak beli Kawa seketul....hehehehe
Tapi saya ada cita sikit pasal TayarGolek.com dan Griffin dalm blog saya.....
http://chetiput.blogspot.com/2011/12/jalan-jalan-sarapan-di-muar.html
Yaribaaaaaaaaaaaaaaaaz,
Terbaekkkkkkkkkkkkkklaaaaaaaaaa...cer citer cer citer lg..teruskan menggelek..ehh menggolek...
chowsin !
dakwan - blog biasa2 je bro.. :D. Thanks bro
Alchemist - citer dah sampe Myanmar beb..huhu
terbaik.Harap satu hari nti pun dpt ride cm ni:)
SK.Lembah Keramat - boleh bro..plan betul2 masa. Sure jadik.. Gud luck! :)
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..