Yooosshhh…!
Salam Sejahtera semua..
Hari ni masuk hari ke-2 (Day 2) yang mana kitorg akan memulakan perjalanan seterusnya dari Surat Thani ke Kanchanaburi.
Sembang Pendek:
Date : 06 Dec 2011 (DAY 2)
Distance : 680KM (diatas peta)
Destination : Kanchanaburi (THA)
Route : Surat Thani-Chumphon-Prachuap Kiri Khan-Phetchaburi-Ratchaburi-Kanchanaburi
Kenapa Kanchanaburi? Kitorg ade target di Kanchanaburi beb. Antara terfamous di Kanchanaburi adalah River Kwai Bridge dan War Museum..
Stori dan Gambiran..
Walaupun perjalananan dihari ke-2 agak dekat skit berbanding semalam..namun, hari ni kitorg akan melalui highway Thailand sepenuhnya. Lagi banyak ler kitorg stop..lol!
Seperti biasa kitorg punye style, akan breakfast diawal pagi dahulu..kemudian baru ler siap2 pakai riding gear. Nape? mane ler tau kot2 lepas breakfast tetiba terasa nak memerut! hahaha.
Aku breakfast ape? Hehehehe..yang ni sape2 pernah ride ke Thailand sure tau dah. Walaupun hidangan tu byk yang sedap2..tapi ape boleh buat, ‘makan loti lorr..!’
Sebelum tayargolek..sedikit view dari atas hotel.
nampak tenang keadaan jalanraya di sekitar Surat Thani dari sini.
Ade sungai kecik kat belakang tu..errr layan mengail ikan dulu pun caraaa ni! ahakss…
Seawal 8.45pagi, kitorg serba skit dah mula membuat persiapan untuk perjalanan seterusnya. Walaupun jaraknya agak dekat skit dari semalam..tapi kene hingat..kitorg akan by pass Bangkok. Kalo ikut pengalaman Griffin, even 100km lagi before Bangkok..keadaan trafik jalanraya dah mula sesak. So harap2 semuanya ok hari ni..
2 Malaysian Rider - Bergambiran dahulu di depan hotel.
Cuaca yang cerah..semakin bertambah semangat kitorg untuk meneruskan misi 4 NATIONS RIDE ni..
Pembetulan skit..Episod 1 aku tulis ‘Grand Plaza Hotel’..sebenarnya Diamond Plaza Hotel..(memey salah ler..lol!)
We are ready to go bro..! last shot before tayargolek time..
Jom ramai2 ikut kitorg ke destinasi seterusnya ke Kancanaburi pada 06 Dec 2011.
..and now..tayargolek time!
..dgn lafaz Bismillah..aku & Griffin mula menggolekkan tayar motor masing2.
Permulaan perjalanan..penuh berhati2 dan tidak terburu-buru. Biar lambat asalkan selamat sampai..
baru ler nampak clear ketinggian hotel ni..maklum ler sampai sini semalam dah golap.. :D
Masa ushar2 dari bilik hotel, trafik mcm tak busy..tapi ini la hakikatnya yang kitorg kene tempoh diawal2 pagi lagi..
Trafik agak busy skit dipagi hari..teknik selit-selitan terpaksa digunakan. Teknik senggol-senggolan JANGAN dicobaaa..! Bahaya..!
Sampai satu ketika..aku terkandas sekejap. Kalo ikutkan tu boleh lepas..tp bile ingat balik skg berada ditempat orang,lebih baik aku slow down dan stop terus..
Nice weather! selepas mengharungi kesesakan trafik tadi..keadaan berubah apabila jalan mula clear. Wuhuuu…! baru le boleh speeding! Opsss…mana ada speeding, kitorg ride tak laju beb..
Bila keadaan mula tenang..aku capture ler beberapa moment sekitar Surat Thani..
Syiok betul time ni! Jalan yang cantik..dan tak banyak kenderaan. Dah mcm jalan ni kitorg yang punyaaa!! Aku rasa Griffin pun tgh layan perasaan gak tu..hahaha
Bas ‘Double Decker’ yang penuh warna-warni..
Isi petrol…
Kira-kira 45 minit berada diatas motor (saja nak bagi clear balance petrol semalam), kitorg berhenti jap untuk mengisi minyak.
Lepas siap isi minyak..kitorg teruskan perjalanan lagi. Kali ni menghala ke Chumphon (bukan Chumporn!!)
dah ler kitorang bawak motor rilek2 jer..tapi bile skali-skali 4WD ni overtake..dia punye pegi dah mcm superbike dah…!! Tgk cc takde yang kecik2..sumer 3.0L..gilo ahh!
Short break..!
Kali ni kitorg memey kene stop..sebab memey dah janji nak stop kat Petrol station yang ade ‘Kangaroo’’
..dan disinilah tempatnya..on the way ke Chumphon.
RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR - Tak melepaskan peluang untuk bergambiran bersama..termasuk ler tuannye skali..hehehe. Memey nice view ni kan..
RED VERSYS bersama kawan barunye..
Beso wooo..kangaroo ni..
Rehat jap kat sini..sambil bergambiran..
Kene candid lagi! “..sib baik tak nampak muka i taww..” ahakss..
Deco..deco taman
Tengok tuu…BLACK FJR kene ushar!..RED VERSYS langsung tak pandang dahh!…hahaha. Orang Thai ni suke ushar FJR ler..
Aku bukan saje nak bergambiran..tapi tu haaa “tripod cinonet” aku tuu..tak byk guna..alih2 ter’capture’ le pulaknye..hehehe (alasan)
Gambiran dah..berasap dah..pekena air pun dah. Maka cukup la masa 10 minit untuk kitorg break. Kene sambung semula journey ke Kanchanaburi..
tayargolek time..! ko tengok tu..kat situ pun Griffin dah ‘melipat’..huhu
Masa baru je keluar dari stesen minyak tadi..ade plak sorang ‘mat salleh’ ni layan basikal sorang2..
Perjalanan ke Chumpon diteruskan. Cuaca setakat ni masih lagi baik..memey terbaik lah cuaca mcm ni. Biar panas beb..dari hujan!
Ketika ini..kitorg menggunakan Highway 4..dan keadaannye mcm ni lah. Highway ada traffic light..ade simpang..dan lain-lain.
Lepas ni aku nak capture kenderaan-kenderaan bawa muatan sepanjang ROUTE 4 ni..
Antaranya..
Diorg ni kan..selagi boleh sumbat..memey tak kasik chance punyer! Kalo boleh tinggi sampai 7 tingkat pun..diorg selamber! JPJ tak kacau punye…
Ni pulak..lori traller bawak ‘cendawan’..
..dan satu lagi..kalo boleh sambung tigo ko..ompek ko..dio sambung beb! hahaha..
Route 4..
Kire-kire 308KM lagi ke Phetchaburi..perghh! jauh lagi beb!
Kitorg stop skali lagi setelah sejam lebih berada diatas motor. Cuaca agak panas skit hari ni..so air je yang aku carik..
Berhenti berehat di sebuah pondok..
Gambiran motor tu mesti beb..kene amik!
Cuba tgk kat pondok tu ade sape selain Griffin..actually ade 2 orang ‘monk’. Tengah tunggu bas agaknya..sambil2 tu diorg pun berasap gak..hehehe
Lepas sambung nyawa, sambung lagi tayargolek..time skg ni dah pun pukul 12.15 t/hari. Uiisshh! terasa kejap bebenor ler dah tengahari..
salah satu temple yang terdapat di sepanjang laluan ini..
Sehinggalah tiba di satu kawasan yang penuh dengan gerai2 buah-buahan. Kalo ikut mata kasar deretan gerai2 ni kire-kire 300-400 meter panjangnye..
Antara moment yang lain..nak kata bas mcm lori..nak kata lori mcm bas yang penuh dgn penumpnag & barang. Depa ni dari jauh dok ushar kehadiran kitorg..hehehe
Kite tinggalkan bas tadi..keadaan kengkadang aku perasan berubah-ubah. Contohnya ketika ini..pokok2 jenis pokok tirus memenuhi sepanjang jalan..
Kitorg stop lagi setelah sejam diatas motor. Memey nampak banyak kali berhenti..tp berdasarkan pengalaman dgn cara ni tak kite tak terlalu stress atau letih. 2-4 buah motor ok la kot..tapi kalo 30 buah motor mau nye mengamuk diorg nanti..hahaha
Disebuah pondok yang berlatarbelakangkan kehijauan pokok. Disebelah sana pulak kelihatan byk pokok2 nanas..
Cuaca panas..tapi nasib baik berangin..Fuhh! lega skit. Masa gambiran ni Griffin kata takmau masuk dlm frame. Cer tengok tu..! diam2 ada jelingan marhain tu beb! muhahhaahaha (gurau je bro)
Orait!! masa untuk tayargolek lagi. Last gambiran kat sini..
Kata Griffin lepas ni akan ade satu ‘patung burung’ yang besar besar di tepi jalan..so nanti kene slow down skit. Then berhenti jap untuk gambiran..canteeekkk!
beberapa KM jer dari tempat kitorg stop tadi..
Ini lah dia ‘patung burung’ yang aku bgtau tadi. So peluang untuk bergambiran memey aku tak lepaskan..
Thanks Griffin..tolong capture gambiran utk aku..hehehe.
..dan last gambiran sebelum sambung ride lagi..
Selepas beberapa KM tayargolek..dgn cuaca yang agak panas..mata mulalah mengantuk. Angin pulak sepoi-sepoi bahase..aiii inilah salah satu dugaan. Time ni..mulalah aku berdiri atas motor. Bile mengantuk tu dah mula hilang..sengal2 montot pun takde..baru ler duduk semula. Ni kire ‘tips’ gak nih.. baru hilang skit mengantuk..
Minyak pun tinggal 1-2 bar je lagi..so berhenti jap untuk isi minyak. Tak sangka plak dah jauh kitorg berjalan..
Ron95 (gasohol) sebanyak 14.3 liter aku topup utk RED VERSYS..tgk sendiril ah brp harganye..huhuhu. Dah mcm isi minyak kat kereta beb..! Rabak aku wehh..! Ni baru 2-inline..kalo 4 inline ade ler lebih skit..
Pemandangan time ni dah mula berbukit-bukit..syiok skit. Keadaan jalan plak dahh mula spoil. Bertampal sana sini..
walaupun bertampal..tapi aku rasa tampalan tu lebih elok la berbanding tampalan jalanraya di Malaysia..
Sekarang dah agak hampir ke Bangkok..jalan dah mula ada traffic light.
Masa untuk hydrate lagi. Dalam kepala otak ni ingat “..air..air..air!..” . Sedar tak sedar tau2 dah pukul 2.50ptg. Ermmm…masih ade lagi beberatus KM untuk sampai ke Kanchanaburi..jauh lagi ni! Time ni ler kekuatan mental kene ade. Takde kalu…Zzzzzzz ler kat pondok ni.
Berhenti berhampiran sebuah kedai runcit. Dapat ler kitorg mencari air sejuk. Amikk ko..3 tin aku beli air nescafe..hahaha.
Disinilah port kitorg time ni..tumpang duduk kat gerai jual ape ntah..belasah jer! hahaha..
Sempat lagi bergambiran..dalam kepenatan ada gak senyuman..hehehe
Cukup 15minit break..
Seketika selepas tu..by pass ke Bangkok semakin hampir.
Kitorg skg menuju ke Phetchaburi/Bangkok..
Takde view yang menarik sangat time ni..kecuali bukit kat depan tu..
Meter motor aku menunjukkan jarak perjalanan kitorg dah mencecah 510KM setakat ni. Dengan ini..kitorg masih ade lagi lebih kurang 170KM lagi untuk sampai ke destinasi..
Cukup sejam lebih diatas motor..kitorg stop lagi. Fuhh! memey terasa gile bahang panas jalan..
Stop di tepi highway sebelum by pass ke Bangkok..
Nampakk tak highway yang kitorg berhenti skg?..nanti aku citer..
walaupun dah mula terasa letih..tapi lepas pekena air mineral + berasap..kitorg mampu tersenyum kembali.. :D. Ni ‘psycho’ ni..anggap je baru 100KM..hahaha
nasib baik laa seat position Versys ni tegak..so takde lah terasa sgt letih nya..atau sakit pinggangnye..(racunn). On the bike…!!
Time to tayargolek beb..!
Ok..aku nak citer skit. Perhatikan sigboard tu ..dan laluan yang kitorg gunakan sekarang ni..
Signboard tu menunjukkan..lori & motorsikal mesti menggunakan laluan ini. Kenderaan lain..boleh gunakan laluan disebelahnya pulak. Tapi sekiranya, motorsikal masuk ke laluan sebelahnya..siap sedia laa..tak pasal2 nanti kene saman dgn Pak Polisi Tahiland. Tak silap..fine dalam 4000baht on the spot kot..
At last..selamat memasuki daerah RATCHABURI. “WELCOME TO RATCHABURI”
Griffin memberi isyarat ke kiri..untuk ke Ratchaburi.
..dan signboard ke Kanchanaburi sudah mula kelihatan. Maka tak lama lagi sampai le ke Kanchanaburi
“WELCOME TO KANCHANABURI..” ..yooossshhhhhhhh..!
Apabila melalui town Kanchanaburi..aku dapati keadaan jalannye berminyak. Memey jelas boleh nampak kesan minyak2 tu. Tu yang kadang2 masa nak amik corner (bukan layan corner pun)..atau masuk ke simpang, terasa cuak pulak sebab memey terasa licin. Sekali-skali terasa tayar belakang ni main ‘geli-geli’..
..jalanraya berminyak..
matahari hampir terbenam sewaktu tiba di Kanchanaburi..
aiyakkk! banyak pulak traffic light nih..fan radiator ni dah banyak kali berbunyi..
Setelah beberapa KM dari traffic light tadi..kitorg selamat sampai ke Sabai..@ Kan Resort..kire2 pukul 6.00ptg ++ (Waktu Malaysia). Lega..bila dah keluar dari town tadi..
Motor pun dah selamat parking..
So total distance untuk hari ke-2 (Day 2) adalah 660KM..dan masa yg diambil untuk sampai lebih kurang 8jam 30 minit (termasuk break).
Serba sedikit gambiran di Sabai..@ Kan Resort.
Griffin tengah setelkan urusan bilik..
Simple but Ok..
Sejauh 660KM telah selamat kitorg harungi pada hari ke-2. Dengan cuaca yang agak panas..maka banyak kali ler kitorg break untuk hydrate semula. “Biar ler panas daripada hujan..kalo hujan serba sedikit menggangu skit kelancaran perjalanan kitorg..”
OK beb..! Kitorg nak letak beg dalam bilik dulu..kasi rest sekejap. Lepas tu kitorg akan keluar semula ke River Kwai untuk melihat sendiri “The Bridge of River Kwai” yang penuh dengan peninggalan sejarahnya..
Aku sambung balik seketika nanti..
Adios,
Han
1 comments:
racun bnyk .... aaddooyyaaiiiiiiiiii V1000
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..