You Are Reading

0

Kembara Mengejar Sejarah 5: Batu Bersurat

TayarGolek.Com Monday, September 3, 2012

 

Yooosshhhh…!!

Salam Sejahtera semua..

 

Salam hari Isnin..monday blues! Kenyang penangan “open house’ masih lagi terasa. Memey banyak jemputan open house start dari hari Jumaat sampai ler Ahad. Thanks kpd yang sudi jemput yer..dan mana2 jemputan yg tak dapat dipenuhi, aku minta maaf.

Alrite..dah 2 minggu dibulan Syawal, KMS5 punye stori masih lagi belum abis..hahaha. Abih dah open house sana sini..dari siang sampai ke malam, bile nye nak hupdate dok?? aku try sebaik mungkin untuk menghabiskan alkisah KMS5 nih. Kite tengok gambiran2 sepanjang KMS5 ni nanti yer..

 

Sambungan episod yang lepas..kitorg tgh get ready nak e Batu Bersurat. Kedudukan lokasi Batu Bersurat ni sebenarnya berada ditengah2 bulatan. Kalo mengikut plan..kitorg takkan berhenti lama kat situ. Cukup ler ushar2 5-10 minit jer. So aku tak sure samada ada tempat parking yang sesuai atau tak? sama2 kite saksikan nanti..

 

Jom..kite mulakan tayargolek ke Batu Bersurat.

 

 DSCN1019

Lebih kurang pukul 3.00ptg lebih..kitorg mula meneruskan perjalanan KMS5 ke destinasi seterusnya..destinasi ke-2 dalam list KMS5 iaitu Batu Bersurat. 

 

 

DSCN1020

masing2 menunggu + make sure semua dah ready. Walaupun cuaca panas di Kuala Terengganu time ni..misi tetap kene teruskan.

 

 

DSCN1021

YM & Adi Gombak akan jadi “lead” kali ni. Kite kasik ler chance kat orang tempatan kan..so yang lain2 semua dah ready ke??

 

 

 

DSCN1022

Alrite..!! semua dah tunjuk isyarat “ibu jari naik ke atas”..atau orang kampung aku kata “thumb up”..so kitorg mule ler tayargolek..

 

 

 

DSCN1023

Tayargolek time..

 

 

 

DSCN1024

Lokasi Batu Bersurat agak berdekatan dgn Masjid Terapung tadi. Jaraknye cuma kire2 6-7KM jer..rasanya 5-10 minit sampai kot?

 

 

DSCN1025

Memey cantik..memey cun! bagus diorg ni..penuh disiplin. Waktu ni kitorg menunggu dilampu isyarat sejurus selepas keluar dari pintu gerbang Masjid Terapung.

 

 

 

DSCN1026

uikk? apakah?

 

 

 

 DSCN1027

Keadaan jalan di Kuala Terengganu time kire cun ler..tak banyak kenderaan waktu ni. so perjalanan ke Batu Bersurat sangat lancar :)

 

 DSCN1028

Bakal melepasi pintu gerbang..agak2 ape yang ditulis kat pintu gerbang tu erk?

 

 

 DSCN1029

“Daulat Tuanku”..”Allah Peliharakan Sulatan & Sultanah Terengganu..”

 

 

 

DSCN1030

..dah semakin hampir dengan lokasi Batu Bersurat, Kuala Terengganu..

 

@ Batu Bersurat

Batu Bersurat mula kelihatan ditengah2 bulatan..

 

DSCN1031

Kitorg cuba cari tempat parking sebaik mungkin untuk mengelakkan dari gangguan trafik dibulatan ni. Al-maklum la beb..kalo sebijik dua tu takde masalah kot. Tapi ni hampir 30 bijik..!

 

 

DSCN1032

Iniler dia gambiran Batu Bersurat di Kuala Terengganu. Tersergam indah ditengah2 bulatan. Kitorg akan berhenti disini dalam 10-15minit jer..ngam2 timing utk amik gambiran..

 

Sedikit info Batu Bersurat (sumber Wiki memandangkan takde papan info disitu):

“..Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899..”

 

 

 

IMG_3285

Info Sejarah:

“..Batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya diatas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah di persembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan diatas Bukit Puteri.

Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya dan ditulis didalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah.

Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura.

Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu..”

 

 

 

DSCN1033

Kalo korang nak tau..mcm ni ler keadaan waktu ni. Berpuluh2 motorsikal berkuasa tinggi berada dihadapan Batu Bersurat.

 

 

DSCN1034

Griffin & Dusky Black FJR didepan Batu Bersurat

 

DSCN1035

..RED VERSYS pun nak jugak.. :)

 

 

DSCN1036

Dipendekkan citer..hampir 10minit kat sini, kitorg decide untuk meneruskan ke destinasi seterusnya..

 

 

IMG_3283

gambiran dari view lain pulak..

 

 

IMG_3286

Nampaknye semua mcm dah ready nak tayargolek..

 

 

 

IMG_3287 

Sekali lagi kasi kepompom..mana ler tau kot2 masih ade lagi yang belum start engine lagi. Kang tak pasal2 kene tinggal..haha

 

 

 

 IMG_3289 

OK..semua dh ready. Let’s tayargolek!

 

 

 

IMG_3291

tayargolek..tayargolek jugak..tapi nak kemana pulak lepas ni?

 

Ye tak ye jugak kannn..kemana kite lepas ni? Lepas ni kitorg akan ke Masjid Kristal pulak. Perjalanan ke Masjid Kristal pun tak jauh dari sini..kire2 10KM jer.

 

Mcm2 dugaan masa kitorg nak ke Masjid Kristal..nak tau citer selanjutnye, rajin2 press “F5” yer..hehehe.

 

Jumpa lagi seketika nanti..

 

Adios,

-Han-

0 comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com