You Are Reading

5

KOH SAMUI REPEAT : Intro

TayarGolek.Com Thursday, October 3, 2013
Yooossshh...!!

Salam Sejahtera semua..

Lama jugak TayarGolek.Com tak berupdate. Kali ni aku akan share skit pasal Ride baru2 ni ke Koh Samui. Sebagai Intro "KOH SAMUI REPEAT", aku akan perkenalkan kepada semua pembaca TayarGolek.Com rider2 yang telah mengikuti ride ini.
 
Sekali lagi, TayarGolek.Com telah mendapat kepercayaan dari Rakan2 TayarGolek.Com untuk meng'organize' ride melepasi sempadan MALAYSIA-THAILAND. Baru2 ni KOH SAMUI REPEAT Ride baru je berlangsung dari 26-30 SEP 2013 selama 5D4N Walaupun plan asalnye akan ke Phuket, Thailand. Tapi..request dari rakan2 untuk buat trip ke Koh Samui sekali lagi setelah keciwa dgn trip yang lepas..ramai cuti yang tak approve akibat dari PRU13.

 Taklimat:

Macam biasa, seminggu sebelum ride..satu sesi taklimat tentang aturcara program, dokumen, persediaan, disiplin masa dan lain telah dibincangkan di satu TTS khas. Kebaikkannye, peserta lebih bersedia awal + jimat masa sebab tak perlu taklimat sebelum ride..dan yang paling penting sekali diorg dapat kenal semua yang lain2.


Pakej:
Pakej 5D4N dengan bayaran RM950 seorang. Peserta akan mendapat:

1) Hotel - 4 malam
2) Dinner x 4
3) Breakfast X 4
4) Lunch x 1 - Day 3 @ Koh Samui
5) Ferry ticket - Return
6) Sewa motor (24 hrs)
7) Thai Insurance
8) Tour @ Attraction place
9) T-Shirt - sehelai
10) Stori de mori "Koh Samui Repeat" @ TayarGolek.Com
11) Jurupandu jalan KL-Dannok-Koh Samui-Hat Yai-KL

Day 1: KL-Dannok
Day 2: Dannok - Koh Samui
Day 3: Koh Samui
Day 4: Koh Samui - Hat Yai
Day 5: Hat Yai - KL


Penyertaan:
So..kali ni, memey tak lepas peluang untuk sama2 tayargolek dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Koh Samui, Thailand. Lebih meriah trip kali ni, lebih2 lagi jumlah peserta yang mengikuti ride ini adalah seramai 15 orang (15 motorsikal) dan jumlah keseluruhannye adalah 16 buah motorsikal dari pelbagai jenis. Antaranya, ER6N, VERSYS, KLE, GS1200, GTR14, FZ1 & MULTISTRADA. Walaupun berbeza dari segi CC..masing2 tetap selesa dengan ride santai.

Alhamdulillah..Perjalanan dari KL-Koh Samui- KL  semuanya berjalan dengan lancar.Tiada kerosakan motorsikal, tiada kemalangan, tiada yang tertinggal, tiada yang terlewat. Semuanya memberikan kerjasama yang amat baik bagi memudahkan perjalanan sepanjang tour ini. Konsep "RIDE SANTAI" bersama TayarGolek.Com..membuatkan semua rakan2 lebih selesa sepanjang tayargolek. Jadi, TAHNIAH kepada semua peserta KOH SAMUI REPEAT dan jutaan TAHNIAH dengan kejayaan ride ini.



Jom kite berkenalan dengan rider2 KOH SAMUI REPEAT:




 Han TG - KAWASAKI VERSYS 650




 Akmal - BMW GS1200


 Pejal - KAWASAKI VERSYS 650


 Pijal - KAWASAKI KLE 500



 Ainuddin - KAWASAKI VERSYS 650




 Aliph - KAWASAKI ER6N 650




 Aleng - KAWASAKI VERSYS 650



 
 Sarom - HONDA CBR 600





 Radi - KAWASAKI VERSYS 650





 Lim "Hap Chai" - KAWASAKI GTR 1400



 Jojo - KAWASAKI VERSYS 1000



 Adimz - KAWASAKI VERSYS 650




 
 
 Faiz - KAWASAKI VERSYS 650





 Godang - KAWASAKI  ER6N 650





 Abg Marzuki - DUCATI MULTISTRADA 1200




 Iwan - YAMAHA FAZER 1000


 *Abg Marzuki adalah ayah kepada Iwan. Pertama kali ride TayarGolek.Com disertai oleh anak & bapa. Terbaikkk..!

Ini baru intro je ni..banyak lagi gambiran & stori de mori bakal menyusul. Rajin2 bukak website www.tayargolek.com..pastikan anda terus mengikuti ride ini.

Kite jumpa selepas ini k..

Nota:
Sesiapa yang berminat untuk memiliki T-Shirt "KOH SAMUI REPEAT", sila click link dibawah untuk info selanjutnya. Tarikh tutup tempahan: 20/10/2013.


Adios,
Han 



5 comments:

ShahJohan said...

Yoooshhh....!!
Tak sabar menunggu stori de mori seterusnya...

Anonymous said...

Intro yg memberangsangkn.-belalang kunyit

Zulkhairi said...

The best han!! - Zul Si Penjual Kasut

Anonymous said...

walawei..ruginya xdpt join..time x kna nak slot masuk...
nx time maybe..

readers TG.Com
Amer

Canon Rider said...

Nak lagi.... citerla lagi...

Mawar Melati

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com