You Are Reading

0

Koh Lanta : Sea-Gypsy Village

TayarGolek.Com Tuesday, February 4, 2014

Yooooosssshhhhhh…!

Salam Sejahtera semua pembaca yg dihormati..

 

Kite jumpa lagi sambungan stori de mori Koh Lanta Tour. Empat tempat setakat ni yang dah setel dalam list. Skg kite ke Sea-Gypsy Village.

 

Jommm..!

 

Jarak antara destinasi2 terpilih tak begitu jauh..dalam 10-15 minit bawak kereta santai2..relax2..dah pun sampai.

 

@ Sea-Gypsy Village

Sampai kat kampung Gypsy ni kire pukul 12.00++ t/hari. Cuaca time ni memey panas terik kaw2 punye. Dah berbotol2 air kitorg bedal..phiewwww!

 

Ape yang korang nampak skg adalah jalan utama masuk ke kawasan kampung ni. Suasana sunyi..tenang..takde satu kenderaan lalu pun waktu kitorg sampai.

 

 

 

Kawasan yang berbukit. Kelihtan salah seorang penduduk tempatan Kampung Gypsy kat depan tu. Cara pakaiannye aku tgk pakai kain batik jer..

 

 

Jom..kite turun bawah, masuk kampung..

 

 

View laut dgn keadaan rumah yang rosak..atau kes rumah tak siap sbb kontraktor lari? ..ngeeeee

 

 

 

 

oiiii..kamon laaa..! cikai2 pun ada parabola tauuuu..nko ado? hehe

 

 

 

Ape yang korang boleh nampak sekitar ni..kawasan rumah diorg betul2 tepi laut. Berada dibawah dari jalan utama. Jom turun bawah..

 

 

 

Macam ni ler keadaan perkampungan diorg..biar gambiran menceritakan..hehe. Mungkin ini cara hidup diorg.

 

 

 

Ni view sebelah kanan aku pulak. Kitorg tak explore ke arah sana..nampak dari jauh mcm lebih baik keadaan rumahnya.

 

 

 

IMG_5789

Masuk lagi ke dalam kampung..pehhh macam seram jerr! Sunyi sepi weii kawasan ni..adeii. Cuak pulak tetiba..

 

Sea-Gypsy atau panggilan orang tempatan adalah Chaop-Le telah bertapak disini kire2 100 tahun dahulu semasa aktiviti perdagangan disini rancak dijalankan. Kaum Gypsy agak minoriti dan terlalu kecil bilangannya. Sejak dari dulu lagi mereka hidup disepanjang persisir pantai..jugak dikenali sebagai “Fishing Family”. Diorg bercakap dgn bahasa dia sendiri dan mempunyai kepercayaan tradisi tentang benda2 ghaib.

 

IMG_5781 

Boleh nampak kan kedudukan rumah diorg dgn pantai..betul2 dekat.

 

 

 

IMG_5782

Salah satu rumah yang simple..

 

 IMG_5788

Peralatan menangkap ikan…

 

 

 

IMG_5787

..jalan lagi dan lagi..kite carik lagi ape2 yang pelik atau jarang2 boleh nampak..

 

 

 

Haaa..tuddiaa! rumah betul2 atas air. Relax jer diorg ni..bot kasi parking depan2 rumah.

 

 

 

Banyak bot2 parkign waktu ni. Ye laa..waktu skg pun dh dekat pukul 1.00ptg dah.

 

 

 

Gambiran bot lagi..

 

 

 

Tiang2 kayu yang digunakan untuk rumah2 diorg..tinggi ni

 

 

 

Yang ni pulak..ada moden skit. Tak pakai kayu dah. Kalo air pasang ke..ape ke, diorg dok relax mcm tu je kot.

 

 

..nasib agak baik dpt amik gambiran moment time ni. Kebetulan  ada sorg penduduk kawasan ni tgh sibuk membaik pulih bot nya. Nak bertanye lebih2 takut tak paham pulak..jadi, perati je laa.

 

 

 

Sebelum chaltae..dapat jugak amik gambiran sesuatu yang unik. Panel meter elektrik..baeeek jer dok sangkut kat tiang mcm ni..

 

 

 

Alrite..on the way keluar dari kampung ni. So, spent masa kire 20-30 minit..kitorg dapat something yang boleh dikongsi sama..

 

Seterusnya..kitorg akan rest jap. Rasanya pegi makan dulu..lepas tu baru sambung ke destinasi terakhir – Taman Negara.

 

Jumpa lagi selepas ni..

 

Adios,

Han

0 comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com