Yooossshhh…!
Salam Sejahtera semua..
Kite sambung terus ke destinasi seterusnya..kite ke Lanta Old Town Village.
Lanta Old Town Village pun tak berapa jauh dari tempat sebelum ni (Mangrove Forest Village). Ape yang menarik tempat ni?
Kitorg dah pun sampai di sini. Kalo korang suke bergambiran dengan tiang..memey elok bebenor le lokasi kat sini bergambiran..hehe.
Kite zoom skit..
Kitorg berhenti jap kat simpang ni utk amik gambiran skit. Perkampungan Lama tak jauh dari sini..
zooom skali lagi..
@ Lanta Old Town Village
So ini adalah pintu gerbang utama ke Lanta Old Town. Ada sejarahnye kalau di google. Ape yang menarik kat sini? Takde info rasmi pulak kat sini yang boleh aku jadikan rujukan. Tapi takpe..google ada. Aku ringkaskan skit k..
Sejarah Perkampungan Lama Ko Lanta ( Lanta OLD Town Village History):
Secara umumnya, tempat ini merupakan perkampungan lama sejak 100thn lagi dah wujud. Dahulunya, tempat ni merupakan satu pelabuhan komersial yang sangat aktif dan selamat bagi kapal dagang dari China yang belayar dari Phuket, Pulau Pinang dan Singapura dalam urusan dagangan/jualbeli. Pelabuhan yang dimaksudkan masih lagi aktif hingga kini. Lokasinya sangat berhampiran dengan kampung ni. Nanti kite singgah jap.
Masa dalam perjalanan..boleh nampak beberapa kemudahan yang disediakan untuk penduduk sini seperti pejabat pos, Buddist Temple dan lain2…
Rekabentuk bangunannya masih seperti asal. Ape yang aku perhatikan..keadaan tempat ni mempunyai pengaruh dari China..mungkin majoriti penduduknya adalah berbangsa China-Thai.
Cafe ni juga masih mengekalkan rekabentuk masyarakt Cina.
Sepanjang perjalanan ni jugak..kitorg berpeluang melihat lampu2 tanglung bergantungan disepanjang jalan.
…kat tengah pun ada..
Bangunan lama yang masih kekal hingga kini..
..tapi sunyi kawasan ni. Tak nampak mcm ade orang ler..
Haaaa..baru nampak ade kedai yang bukak meniaga..
wow..! beso labu ni..
..apa yang pasti, tempat ni menjadi salah satu tempat tarikan pelancong yang datang ke sini.
Buddist Temple..
OK..tu sebahagian je. Memey kitorg just tengok dari dalam kereta..hehe (kes malas nak jalan daaa..)
Skg kite ke jeti..atau pelabuhan yg dikatakan sangat aktif suatu masa dahulu. Jauh gak kalo jalan kaki nak sampai ke hujung tu. Agak2 boleh masuk tak kete sampai sana?
Yess..! kete boleh masuk sampai ujung tu. nasib baik…
Menuju ke hujung jeti..
View dari kanan jeti..
View dari kiri jeti..ni ape dia tulis ni?
Cantik pemandangannye..
Mungkinkah penghujung pulau?
Alrite..sudah sampai hujung jeti. Rasa2 nye la dekat 200m? 300m?
Sempat jugak bersembang dgn Haji (berkopiah) tu. Memey dia bgtau sini penduduk Islam kire2 95%. Selebihnya campur2 lah mcm aku bgtau sebelum ni.
Kapal/bot yang tengah berabuh kat tengah lautan..
..Pemandangan dari jeti ke tengah lautan.
..ada jugak bot2 nelayan time ni..
Ini pulak gambiran (3 pic) dari jeti ke arah pulau..boleh nampak dari sini deretan rumah2/kedai ditepi2 pantai..
..kalo disuruh menapak dari sini ke sinun..memey tak sanggup aku weii. Gile jauhh tu..
Ok beb..cukup setakat tu la kot. Masa untuk beransur meninggalkan jeti ni. Lepas ni kite akan ke destinasi seterusnya. Ada 2 lagi tempat yang belum dilawati lagi..
Kemana pulak lepas ni?
kalo ikut list..kitorg akan ke perkampungan Gypsy (Sea-Gypsy Village) dulu..dan kemudian yg last skali adalah Koh Lanta National Park. Ape yang ada kat Gypsy Village? Sama2 kite tengok nanti. Mungkin kite boleh nampak kehidupan, keadaan tempat tinggal di Gypsy Village? memey itu la tujuan ride & exploration kali ni..
Nak sambung ke…atau teruskan?
Aku ikut kata hati lah yer..aku sambung lagi seketika nanti…hehehe..babaiii :P
Jumpa lagi..
Adios,
Han
0 comments:
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..