Yoooosssshhhh…!
Salam Sejahtera..
Sehari dua ni ada lapang skit utk update. Aku banyak hutang stori de mori lagi ni..skg ni KEMBARA TRANS BORNEO. Masih belum publish:
1) Ride Ranong-Kawthoung-Phuket
2) Ride Pattani & Betong
InsyaAllah..kalo masa mengizinkan, boleh la abis semua tu sebelum raya tahun ni..hehe
Sambungan seterusnya hari pertama KEMBARA TRANS BORNEO. Mari Mari Cultural Village dah settle..tu entry paling panjang setakat ni…phiewwww! Lepas ni kitorg akan tour beberapa tempat tarikan pelancong sekitar Kota Kinabalu secepat yang boleh sebab hari dah gelap. Paling penting pulak..kitorg charter teksi tu kene sampai hotel sebelum maghrib. So, amik gambiran nanti sepantas kilat ler gamaknye. Walaupun hari ni belum 100% ride..kepenatan dah terasa dah. Esok..bakal bermulanya tayargolek KEMBARA TRANS BORNEO!!
Jom..teruskan lagi. On the taxi..!
@ Water Village
Sewaktu keluar dari Mari mari Cultural Village hujan masih turun dengan lebat. Taxi terpaksa masuk kedalam amik kitorg. Nak cross sungai (bersebelahan jambatan gantung), air sungai mengalir deras pulak time tu. Cuak memey la cuak..tapi tawakal je la. Alhamdulillah..selamat semuanya.
On the way ke destinasi yang dituju..kitorg berhenti jap di tepi kawasan pantai sekitar Tanjung Aru. Tak dan nak masuk ke Perkampungan Air (Water Village). So amik gambiran dari jauh jer.
Hujan renyai2 lagi waktu ni. Terpaksa la tutup skit camera dengan kertas..kang kong pulak camera ni nanti. Jangan buat pasal..
Cuaca mendung gelap menyelubungi Kota Kinabalu waktu ni. Hujan mcm pukul rata laa…semua tempat hujan
Alrite ..inilah Water Village di Tanjung Aru, Kota Kinabalu yang menempatkan penduduknya kire2 3000 orang.
@ Masjid Negeri
Seterusnya..singgah jap di Masjid Negeri. Terletak kire2 15minit dari bandar di Jalan Tunku abdul Rahman.
Masjid Negeri dibina pada tahun 1974..
Di masjid inilah letaknya Makam Pahlawan Sabah, iaitu tempat bersemadinya tokoh-tokoh Sabah terkenal. Antaranya Tun Mohammad Fuad Stephens (Donald Stephens), Tun Mohd Hamdan Abdullah, Tun Pengiran Ahmad Raffae, Tun Mohamed Said Bin Keruak dan Tun Mohd Adnan Robert.
Sumber: Wikipedia
@ Atkinson Tower
Menara Jam Atkinson (dahulunya dikenali sebagai Menara Jam Peringatan Atkinson) merupakan sebuah menara jam yang terdapat di Kota Kinabalu, dengan ktinggiannya 157meter.
Sejarah lainnye - Menara jam ini dibina bagi memperingati mendiang Francis George Atkinson, pegawai daerah pertama Jesselton.
Jap..aku nak turun bawah jap. Jalan licin nih..
Semakin hampir lagi dengan Atkinson Tower.
Yes..!! ada info kat sini. Dibina pada tahun 1902..dan siap sepenuhnya pada tahun 1905. Selebihnya..korang blh baca yer..
Fuhh..sakit tengkuk mendongak..
Alrite..tu aje info nye. Chaltae..!!
Tayargolek dengan taxi diteruskan lagi…
@ Signal Hill Observatory Tower (Viewpoint)
Welcome to Signal Hill Observatory Tower.
Mrupakan kawasan paling tinggi di bandar Kota Kinabalu.
Apa yang ada kat sini?..viewpoint. Menikmati pemandangan dari tempat tinggi
Salah satu tempat yang terbaikk untuk melihat pemandangan hampir keseluruhan K.Kinabalu
Anda 2 anjung tinjau kat sini..pilih la mana satu
Amacam? syiiok kan..?
Awan nano semakin gelap..chaltaeee..!!
Destinasi terakhir..
@ Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
Merupakan masjid utama ke-2 di Kota Kinabalu selepas Masjid Negeri Sabah.
Cantik pemandangannye..
Pemandangan disebalik bayangan air. Pada asalnya tapak masjid ini ialah kawasan pantai dan persisir air laut Kampung Likas.
Alrite..itu aje. Selesai misi Kembara Trans Borneo di hari pertama. Now, chaltae..! balik hotel dulu..mandi2 pastu makan.
@ Anjung Perdana – Tanjung Aru
Berdekatan dengan hotel kitorang stay..tak sampai 10 minit pun jalan kaki, stall kedai makan. Anjung Perdana tempat ni..
walauweiii..! ramainye orang. Mana mau duduk nih..
Sana penuh..sini penuh..masih mencari meja yang kosong.
Akhirnya…wihuuuuuuuu..! makan time..!
Malam ni kitorg akan lepak dengan salah seorg Bikers di Kota Kinabalu. Bro Arif Yulyanto. Ariff ni salah seorang reader TayarGolek.Com jugak. Dah roger dia dari awal..akan jumpa kat sini..
..dan akhirnya, jumpa jugak dgn Bro Ariff. Happy giler katanya bile aku & Griffin datang ke Sabah. 1st time jumpa..tapi sembang dalam wassap kerap jugak :)
Tengok..! 1st time jumpa gelak dah macam ape ntah..hahaha. ini lah brotherhood katanya..
Banyak yang dibualkan..disembangkan lebih2 lagi style rider kat sini dengan Semenanjung. Kitorg pun hepi dapat jumpa kawan kat sini..
Lama gak menyembang kat sini. Dipendekkan cerita, kitorg kene balik hotel untuk berehat..dan buat persiapan terakhir sebelum meninggalkan Kota Kinabalu esok pagi.
@ Hotel
Bro Ariff kasi hantar kitorg lah balik hotel..fuhh nikmatnye naik kete…hahaha. Dah tak larat nak jalan. Mekaseh banyak Bro Ariff, sudi culik kitorg balik ke hotel walaupun sekangkang kera je..hehe
“Han…aku sudah lama mo amik ‘gambiran’ la dengan 2 motor ni..” kata Arriff..haha. No hal ler bro..nak cium motor kitorg pun takpe sementara tengah berkilat ni..kehkehkeh
Haaaa..tengok! tengok betul2 tangan Ariff kat mana? FJR tu beb…peminat FJR ada dimana-mana..aku dah kata dah..muahahahaha..!
Alrite..plan hari esok..ride yang panjang + agak tough skit. Ariif akan join ride katanya kalo takde ape2 hal.
ook Arif. See u tomorrow k. Ariff will join us for a short ride from here to Tamparuli.
Sambung lagi nanti..hari ke-2 KEMBARA TRANS BORNEO..!
Adios,
Han
0 comments:
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..