You Are Reading

2

Ride Kejam ke Muo: Muar @ Sungai Muar River Cruising

TayarGolek.Com Tuesday, November 4, 2014
Yooossshh...!!
Salam Sejahtera semua..

Hari ni aku nak sambung lagi stori de mori RIDE KEJAM KE MUO. Program seterusnya.. lepas pekena Sate Muo,  kitorg akan ke satu tempat + naik bot. Kemana tu?

Jom.. Kite ke Jeti Tanjung Emas ! Aktivit kat Tanjung Emas nanti kitorg akan naik bot.. River Cruising di Sungai Muar sehingga ke Jambatan Muar ke-2.

Tayargolek time..!

Ok skg on the way ke Tanjung Emas, Muar melalui Pusat Bandar


Bandar Muar terkini Sep 2014


Semua dah simpan jaket dlm box..


Bangunan2 kedai disekitar Bandar Muar. Ada yang nampak moden.. Tak kurang jugak masih mengekalkan bentuk bangunan asal.


Mcm yang ini.. bentuk asal.


Tayargolek lagi.. Tak jauh pun


Skg dah masuk ke laluan ke Tanjung. Pemandangan biasa kat sini.. Bangunan pejabat Tanah/Daerah Muar


TayarGolek.Com streetview.. Kehkehkeh


Kawasan Istana.. Slowdown k


Masjid Sultan Abu Bakar (Masjid Muar yang lama)





Ok.. Tgk signboard tu. Jeti Tanjung Emas masuk ikut sini


Memey port beriadah kat Muo ni..


Dah boleh nampak view Sg. Muar dari sini. Suasananya memey tenang pagi ni. Al-maklum ler takde sape2 pun.. Kite-kite jerr



Nak sampai dah ke Jeti. Ini adalah kawasan Tanjung Emas



Woooooo... Papparazi keww?


@Jeti Tanjung Emas

.. dah sampai jeti. Kasi parking jap


RED VERSYS bergambiran @ Jeti Tanjung Emas,  Muar.



Uikk.. Kene ada perbarisan dulu ehhh


Owhhh.. Yang tadi salah la. Ni baru perbarisan yang betul.. Hehehe


Nak buat kenang - kenangan kata Abg Halim &  Amy. Al-maklum ler.. Nak sampai sini lebih jauh berbanding nak ke Thailand :)




Aku pon samada.. 1st time sampai Jeti + naik bot
River Cruising

Kalo dah Fadzli ni yg Pro Photograhper bersungguh - sungguh amik gambiran Abah. Adakah GSA bakal disunting?



Hmmmm.. Kaki pon dah sampai tu. Jejak tanah katenye.. Kosporn pon kosporn lah! Oditporn Tharashiap dah abis bala daah..




Daa boleh tu bahh.. Tunggu ape lagi





Kene candid..
Info skit.. Bayaran naik Feri ni sorang RM10 untuk hari biasa/minggu. Tp kes kitorg drivernya cuti. Tapi kene call untuk bertugas. Maka,  kene charter 1 feri ni dgn harga RM400. Nego skit dpt lah RM350 untuk perjalanan kire2 45minit.



Ni satu lagi.. Panggil nama aku last2 kene tembak dgn camera


Yeahh..! Bakal menyusuri Sg. Muar.



Depa dah kat feri awal2 lagi. Pantas betul.. 



Ni tempat Kapten k..



Santai dipagi hari... Mate stim lepas kekenyangan makan sate...


Life Jacket pun ade.. Pakai ler


Owhh TIDAK.. semua tak mo pakai. Kite nak hepi2 layan River Cruising


Bot dah mula bergerak. Maka,  akan kedengaran la muzik Ghazal + Penerangan setiap satu bangunan mengikut susunan lokasi. Dan aksi selfie gaya pemancing terkemuka pun bermula...


Otai memey suka duduk belakang. Baik naik bas mahupun naik bot.. Ksta Abg Zaimi &  Abah.. Kikiki


Perlahan-lahan bot ni menyusuri Sg. Muar. Angin pulak sepoi2 jer..


Alaaa.. Memain je tadi. Kan semua dah kat depan.. Hehe. Thumb up aje semua. Al-maklum ler kebanyakkan semua 1st time naik bit River Cruising ni. Aku rasa takde lagi group bikers buat ride naik Sg. Muar River Cruising ni..  ;)


Tu area Tanjung yang selalu org bawak family beriadah. Kalo malam pun happening..


Sebahagian view yang boleh dilihat dari sini. Mereka sangat enjoyyy..


Hmmm.. Mcm tgh live update je..


Bukan senang "photographer"  akan dpt fotonya sendiri. Aku memahami.. Hehe. Tgh posing kat Sg. Muar ni.. Korang ado?



Masjid Muar yang baru.. Diseberang sana


Kelajuan yang selesa..


Asyik.. Sangat asyik menikmati keindahan pemandangan dari Sg. Muar


Warna bangunan putih berbumbungkan warna kebiruan.. Sgt sebati dan sinonim di Johor.


Park View Hotel aka Muar Traders Hotel dahulu nya. Sebelah kanannye - Pejabat Tanah Muar. Lokasinya betul2 sebelah sungai




Istana Hinggap SultanJohor (TQ Akmal kasi update)  




View jauh skit..



Bangunan Istana.. DAULAT TUANKU



Lagi sekeping gambiran bangunan ni.. Bg skit reflect katanye..



.. Gambiran dibawah adalah view yang boleh dilihat sepanjang tour menaiki River Cruising menyusuri Sg. Muar...









Jambatan Muar..


Salleh tgh bersungguh-sungguh cerita pasal jambatan Muo..



Seorang layan perasaan.. Sorang layan henpon.. Tgh check liveupdate Oditporn Tharashiap letew.. Kihkih

.. dan bile bot menghampiri bawah Jambatan Muar, cepat2 aku panggil diorg posing..
Nin dia.. Jarang2 dpt posing dekat bawah Jambatan Sultan Ismail (Jambatan Muar yg pertama).


Din GSA tgh lepas gian selfie.. Hehe. Macam nak pi Kaw Thaung Myanmar katenye.. Wihuuuuuuu



Selfie lagi.. Adehhhh


Live update ke fb terus. Mahal moment ni katenye..





Gambiran beramai2 atas bot "Sg. Muar River Cruising"







.. dan satu lagi kenangan bahawa kaki diorg ini pernah naik bot ni menyusuri Sg. Muar 24 Sep 2014.

 

Gambiran dari atas menggunakan monopod + control View dgn henpon.


Diam tak diam dah semakin hampir dgn Jambatan Muar yg ke -2..

Tour ini akan bawa melepasi jambatan ke -2 dan akan membuat u-turn. Seterusnya akan kembali semula ke jeti..


View jeti tempat ikan bakar..



Asyik.. Teruja dgn alam persekitaran Sg. Muar sambil naik bot. Agak2 org Muo kat sini dah naik bot ni kew? Dapat naik sekali jadik ler.. Support industri pelancongan Bandar Muar k..


Hurmmm.. Semua nyonyot lolipop. Tq byk2 R&H Satay Maharani sbb bagi lolipop tu k


Terkedu Arynaz dari tadi.. Termenong Godang bagi ada sejarah kat sini.. Kekekekeke



Ok.. Gambiran utk semua. Aku panjat tempat tinggi skit. Veli naiii...


Gambiran candid..





Jojo ajak selfie.. Layan kan aje.. Kan Jojo kannn..


Skali lagi kate nyee

Masa bot dah pusing semula balik ke jeti.. Mulut ni gatal plak tanye abang driver bot ni.
"bang.. Nak try bawak blh.. "

" meh ler.. Duduk sini. Bak kamera abg amik gambo.. "



Wihuuuuui...!  I'mmmm.. Captainnnnnn.. Han Sparoww.. Haha


Hahaha..diorg mcm tak caya je aku bawak.. Hahaha. Corner baring nak?




Wihuuuuuuu... Pengalaman paling berharga derr..




Muahaha... Ade gak follower. Aliph tak blh tahan.. Nak try gak. Yeah.. U got it!


View arah belakang.


Dah jauh Jambatan Muar ke 2 ni kitorg tinggalkan..

Hampir 45minit menyusuri Sg. Muar
.. Akhirnya kitorg selamat sampai semula ke Jeti Tanjung Emas. Jam hampir pukul 12.00t/hari




Masing2 seronok dpt naik bot. Satu aktiviti yang baru ke Muar. Lepas ni sape2 dtg Muo jangan asyik makan sate.. Mee bandung.. Asam pedas je yer. Blh amik bot ni layan River Cruising..



... dan last skali sebelum kitorg ke destinasi seterusnya. Gambiran dihadapan JETI TANJUNG EMAS sebagai kenangan RIDE KEJAM KE MUO (24 SEP 2014).


Alrite geng.. Abis dah bab Sg. Muar River Cruising. Harap korang suka entry ni. Bile dtg ke Muo blh bawak family naik bot ni k.

Jumpa lagi nanti..

Adios,
Han


2 comments:

Anonymous said...

Selamat datang ke Muar Bandar DiRaja

Fzlymuodiraja

TayarGolek.Com said...

Tq Tan sri Fzlymuodiraja..InsyaAllah jumpa lagi

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com