You Are Reading

0

CHINA EXPLORATION RIDE: DAY 11 - MO HAN

TayarGolek.Com Monday, October 12, 2015
Yooossshh...!!

Salam Sejahtera semua..

Dah pun hari ke-11 siri pengembaraan ke Negara China.
Hati dah tak sabo nak balik malaysia baq angggg.
Walau ape pun riding untuk turun ke border Mo Han masih berbaki ratusan kilometer lagi.

Hari ke-11, plan asalnye akan ke Jinghong. Tapi disebabkan kitorg nak curi skit masa (atleast ada buffer) kitorg tukar plan shoot terus sampai ke Mo Han (border China-Laos). So, hari esoknye boleh terus ke Laos dan masuk Thailand semaksimum yang boleh.
Untuk sampai ke Mo Han, kitorg akan lalu beberapa bandar iaitu Ning'er-Pu'er-Xishuangbana-Mengla- Mo Han kire2 400+km.


Jom..kite sambung pengembaraan hari ke-11.


Suhu di Jinggu masih lagi tahap menggigil 2'celcius. Ketaq gak lutut dipagi hari. Persiapan awal untuk perjalanan hari ni. Tahap selamat  untuk mulakan perjalanan sekitar jam 8.00pagi.


7.30 pagi kitorg dah checkout hotel..

Kene ushar siut..hehehe


Aikkk..sapa dia ni? ngikut jerr mana org pegi..adehhh





Alhamdulillah..cuaca yang baik dipagi hari. Harap2 tak hujan le sampai ke petang



Suasana pagi di Jinggu..



Bismillah..moga perjalanan lancar tanpa sebarang masalah. Walaupun target asal kitorg akan ride sampai Jinghong, namun plan B hari ni..akan shoot terus sampai border. Esok pagi2 dah blh terus masuk Laos..


Perghhh..sejuk baq ang. Tak sabo nak nak kuar China.


Setengah2 tempat masih berkabus. Patut laa dari hari tu Mr.Wang tak advice start ride awal2 pagi sangat..sebabnya 1) gelap 2) berkabus. Bahaya katenye. Ok..kite menurut arahan sebab dia lebih arif.



Ape yang penting bila ride ni..kite selamat dari dari sebarang kemalangan.Sebab tu kadang2 aku pesan kat kawan2 yang pernah ikut ride..tolong amik peduli pasal keselamatan bile menunggang. Bukan ape..takut jadik hal2 yang tak diingini. Kang tak pasal2 terbantut semua plan..


Kabus semakin tebal walaupun waktu sekarang pukul 8.00pagi++..bukan setakat kabus je, visor pun ikut berkabus..



Suasana dan pemandangan semasa riding.  Kawasan kaki gunung dilitupi kabus tebal.



Nice view...tengok dengan mata sendiri lagi veli naii


Perjalanan kitorg amat santai sekali. Tak rushing..tapi consistent. Kite control time break..at the end timing semua on track.




Beberapa KM perjalanan..moment time ni..haaa nampak? matahari muncul depan mata...berpinauuu mata teman



..dan lama ke lamaan, keadaan menjadi terang benderang. Sinar sang suria menerangi alam. Pengalaman manarik secara peribadi.






Good morning :)


Seperti biasa keadaan dinegara China, sepanjang jalan dikelilingi gunung2 yang cantik. Nikmati sebaik mungkin..mungkin inilah kali pertama dan terakhir riding di China. Andai ada rezeki lain..boleh la repeat.


Berpusing2 menuruni gunung..sekali lagi melalui kawasan berkabus. Speed kire2 50kmj.


Bayangkan dalam keadaan kabus tadi ada kenderaan rosak parking mcm ni? ini semua tak boleh diduga. Stay focus brada!


Keadaan jalan yang baik. Actually kitorg dah lalu jalan ni masa naik keatas. Skg sekali lagi lalu untuk turun.


Dalam blog TayarGolek.Com..aku amat2 bernafsu untuk share gambiran2 view, scenery dan moment2 menarik instead bergambiran secara selfie. Dalam erti kata, biar org ingat dan kenal ride ini berbanding kenal aku & Griffin.

Sedikit beza..tp besar maknanya.



Belum lagi mencecah 50km dari mula perjalanan tadi..laluan2 kampung menjadi santapan setiap hari bile menunggang di China. Highway..terpaksa void sama sekali.


9 hari di negara China..cepat masa berlalu. Tapi apa yang kitorg lalui..9 hari untuk naik dan turun sampai ke border. Alangkah syioknye kalo dapat cuti atau masa yang panjang riding di China..lebih banyak lagi tempat yang boleh di explore. Betul tak Griffin? ngeeeee...



Kitorg stop sekejap kat sini. Ada nature call ..hahahaha..


Sojuk beb..mana bleh tahan, mau pecah pundi kencing kang tahan lama2..


No worries, ada toilet kat sini. Tapi kene tahan hidung siap. Kalo ada buff..haaa tutup laaa hidung tu..bahahaha. Ada bran?


Fuhhh lega baq anggg..! haha

5min break lepas nature call.


Chaltae!! tayargolek time..


matahari semakin tinggi..haba mula dirasai..syukur, dalam kesejukkan ada haba dari sinar matahari. 9 hari disiini..tak minum ais langsung..caya tak? :p




Melalui lereng2 gunung. Follow belakang lori..jaga2 sebab setiap lori ada spray kat brek tayar belakang.


puffff...! kabus lagi. Tapi bukan nk kabo pasal kabus ni..tu tengok diorg layan basikal



Hmmmm..semakin tebal. Keadaan sebenarnya, jarak penglihatannye lebih dekat.





Uiii..gaung! serammm




Matahari pun dah samar2 jer...

OK..aku off camera dulu. Nak fokus pada tunggangan dikawasan berkabus ni



@ Lunch di Ning'er

Lunch at Nigger kire2 pukul 12.00t/hari. Satu2 bandar yang ada kedai muslim ditengah2 bandar dan mudah diakses. Lepas dari Ning'er agak susah skit. So, inilah rezeki kitorg makan tengahari disini. Pagi tadi tak breakfast secara proper..terus on the bike. Kejar masa..


Yeah..hooolengaaaa! makan bosat wo ini jam. Sup panas memang wajib untuk aku kat China.



Tengok Griffin..upacara wajib sebelum minum. Kasi panas tangan dulu..hahaha. Ye laa gelak korang eh..esok korg ride sini tau  laaa..kekeke



Hi Makcik..ni ho maa?
Suka amik gambiran tukang masak sewaktu ride di China...

Dalam kedai ni..ada skit informasi yang aku nak kongsi. Ape yang Mr.Wang bagi tau (nak baca tak paham :( haha).

Menurut penerangan dari Mr.Wang, di Ning'er dimana kawasan kitorg berhenti skg, hanye terdapat 18 keluarga yang beragama Islam. Jumlahnye kire2 50 orang sahaja dari keseluruhan penduduk di Ning'er.




Lepas makan, bersiap2 untuk pengembaraan seterusnya.

p/s: aiii..moto tukun mcm ni pun korang kerumun...:p


Ok..chaltae time!


Meninggalkan bandar Ning'er..


Panas diluar..sejuk didalam.



Setakat ni cuaca bertambah baik untuk perjalanan menuju ke Jinghong




Beberapa km tayargolek selepas tu, kitorg telah berada diluar kawasan bandar Ning'er. Maka bermulalah sekali lagi laluan kampung


Menikmati pemandangan sepanjang perjalanan. Inilah bezanya apabile travel menggunakan jalan darat vs udara.


Ingatkan entry yang kitorg dari Jinghong ke Jinggu melalui Pu'er dulu..yang mana kitorg lalu kawasan yang offroad teruk giler?padahal ada jalan potong yang lain..ingat tak? ok..kalo dalam gps memang takde laluan yang yang kitorg guna skg ni. Mungkin hanya orang tempatann je tau...



Jadi, inilah jalan potong atau shortcut ke route jalan cantik ke Jinghong..phiewwwww! belajar dari pengalaman..kitorg bgtau awal2 kat Mr.Wang akan follow sampai jumpa route tu..




Pu'errrrrrrrrr...dalam kenangan hahaha..nangesss!


kene redah bandar



kalo jalan sendiri memey boleh sesat barat ni.Kalo banyak masa takpe laa kan



Alang2 dah masuk bandar Pu'er...isi minyak siap2


Selesai isi minyak..amik nafas jap. Lepas ni..babai..non stop untuk jarak yang panjang ke Mengla.

Lepas 10minit...chaltaeee..!!




Ada sesuatu yang menarik perhatian lensa camera aku waktu ni disalah satu traffic light. Biarkan gambar berbicara...



Begitu jugak disebelah belakang aku




Dipertengahan perjalanan...buah limau jual longgok je. Ni kalo makan kat hotel nanti pun layan. Tapi ..jaga2..esok kang perut tetiba nature call pulop..



on the bike..

Ladang pishang..




Sepanjang2 jalan..roll out betul diorg ni tanam pishang






layan view skit..lapo ni


Lepas hampir sejam lebih atas motor..stop jap bagi hilang skit lenguh2 kat montot..


Opsss..tercandid pulop





Rehat tak lama pun..teruskan lagi pengembaraan. Misi untuk sampai border terus hari ni. Lepas dari Meng la ..boleh la speeding skit.


Mooooooooooo...jaga2..takut RED VERSYS jadik perhatian...ngeeeee



Dah pun sampai Jinghong. Maka, baki perjalanan ke border ada kire2 240KM lagi...



Maskot utama di Jinghong


Still keep on rolling


Dipendekkan cerita, kitorg dah pun masuk highway ke Meng La...yes!! belh speeding skit buang habuk2 yang melekat kat motor...wihuuuuuuu!!


Seperti entry 1st masuk China, kitorg akan cross banyak tunnel sepanjang route ini


5000m panjang tunner ni...gelap baq anggg



Ok..blh speeding mencecah 100km jalan ni. Tapi..tengah syiok speeding (kire laju lah speed 100km kat China), tetiba kenderaann kat depan semua brek dan berhenti. Uuumangaihhh! ape ke hal nye?


Ni lah dia..kalo speeding tak tentu pasal..kemalangan melibatkan 2 buah kereta. Pemandu yang lain2 terpaksa memperlahankan kenderaan masing2. Nasib baik la kat China FB diorg block..kalo tak semua nak jadi pemberita hantar maklumat kat FB.. :p



ok..dapat 2-3 keping gambiran kat sini..



Wihuuuuuuuuuuu..!! dah nak dekat border..



walaupun jalan cantik dah boleh speeding..jangan poyo sangat la kan.Kitorg maintain speed yang agak selamat. Sekitar 60-80kmj.



Kitorg stop sekali lagi..last stop kire2 baki perjalanan ada dlm 100km. Sambil2 lepak sini..ada sorang budak ni kelindan lori, amat asyik berbual pasal motor..banyak benda ditanya. Minat katenye..





Abis..sebatang 2..chaltae time!..



Matahari perpacak kat depan..silau bukan main lagi. Tinggal beberapa jam lagi sebelum hari gelap..


Anggaran kasar, kitorg akan sampai di Mo Han kire2 pukul 8 malam.



View sepanjang laluan dari Meng La ke Mo Han.


Masa kitorg datang dulu waktu pagi...


Skg dapat pulak moment kat sini waktu petang..2 suasana yang berbeza. Boleh bayar? mana boleh...hahaha

Akhirnye, kitorg selamat sampai di Mo Han hampir pukul 8.00malam. Hotel betul2 dekat dengan pintu keluar China ke Boten, Loas. Harap urusan pagi esok diborder dapat dipercepatkan. Kalo tidak..kitorg akan bermalam di Jinghong dan keesokkan harinye terpaksa lagi ride 200km+ untuk sampai ke border.

We managed our time/plan very well. Congrats to us!! wihuuuuuuuuuuu...
p/s: Susah skit hari ni..tapi esok mudah banyak..

So, total distance untuk hari ke-11 sejauh 420km yang mengambil masa 12jam perjalanan.

Ape2 pun syukur kepada Ilahi kerana kitorg telah selamat di border tanpa sebarang kejadian yang tak diingini. 9 hari exploration terlalu singkat..tapi kitorg gunakan sebaik mungkin untuk mencari, melihat dan menikmati pemandangan dari satu tempat ke satu tempat di Wilayah Yunnan, China.

Ape yang aku harapkan, semua tempat2 yang kitorg lawati, gambiran2 yang dikongsi disini dapat menjadi inspirasi kepada semua. Aku tak kisah info2 yang digunapakai dari TayarGolek.Com sebagai rujukan untuk semua..gunalah, info yang sedikit, ilmu yang tak seberapa aku kongsikan buat semua.

Nak bagi kredit kat TayarGolek.Com atau tidak..itu terpulang. Ini semua duniawi aje..hahaha


Ok..kite jumpa lagi sambungan seterusnya nanti...
Ride safe everyone!

Adios,
Han


0 comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com