Yooossshh...!!
Salam Sejahtera semua..
Kite jumpa lagi disini..
Hari ni merupakan entry atau episod terakhir CHINA EXPLORATION RIDE yang bermula secara rasminya sejak10-25 Disember 2014 lalu. Akhirnye..sampai jugak episod yang terakhir walaupun banyak terdelay. dekat 1 tahun nak abis stori de mori ni..gilosss! rekod baru TayarGolek.Com :((
Baik...episod kali ni tak banyak yang nak diceritakan. Apa yang pastinya, kitorg akan melangkah masuk semula ke tanahair tercinta. 17 hari menghilangkan diri dinegara orang..mengembara.melihat dunia China di Wilayah Yunnan dengan mata sendiri. Alhamdulillah..dipermudahkan segalanya hingga ke hari terakhir pengembaraan.
1001 pengalaman, kenangan dan ilmu baru yang diperolehi secara personalnye. Aku sharekan kepada semua pembaca yang sudi menunggu update dari semasa ke semasa. Terima Kasih semua..
Ok..last stori de mori CHINA EXPLORATION RIDE. Jommm..kite teruskan..
Apakata, aku senaraikan semula jumlah KM yang kitorg lalui selama 17 hari ni dari Day 0 hingga ke Day 16.
Jom kite imbas kembali sepanjang perjalanan CHINA EXPLORATION RIDE 2014 berlangsung. #throwback :)
09/12/14 D0 SETIA ALAM - SADAO : 500KM
10/12/14 D1 SADAO - RATCHABURI : 905KM
11/12/14 D2 RATCHABURI - CHIANG KHONG : 1000KM
12/12/14 D3 CHIANG KHONG - BOTEN : 245KM
@Chiang Khong, Thailand
@Laos
@Boten
13/12/14 D4 BOTEN - JING HONG : 210KM
1KM from Laos-China border
@Laos border
@Mo Han (China Border)
Thorbaekkkkkkk!!
@Manting Foya Temple
@Jinghong Cultural Village
14/12/14 D5 JING HONG - JINGGU : 176KM
15/12/14 D6 JINGGU - DALI : 456KM
16/12/14 D7 DALI - LIJANG - SHANGRI LA : 207KM (BY A CAR + 300KM)
Dali 3 Pagoda
Dali Old Town
Masjid Dali
17/12/14 D8 SHANGRI LA - LIJIANG (BY A CAR -+ 300KM)
Shangri La Old Town
Shangri La Sumtsenling Monastery - The Search for the LOST HORIZON
Tiger Leaping Gorge
Yantze River
Snowy
Lijiang Old Town
18/12/14 D9 LIJIANG - DALI : 186KM
The Black Dragon Pool..
@Erhai Lake, Dali
View Dali Tiger Snow Mountain
19/12/14 D10 DALI - JINGGU : 456KM
Diehard fan @ China .. :p
20/12/14 D11 JINGGU - MO HAN : 420KM
18 keluarga Islam di Ning'er
21/12/14 D12 MO HAN - CHIANG RAI : 360KM
@Mo Han, China border
@Ban Pangsai, Laos
@Huay Xai, Laos border
@Chiang Rai
22/12/14 D13 CHIANG RAI - SUPHAN BURI : 740KM
Rider from Singapore..
Makan malam yang mewah..
23/12/14 D14 SUPHAN BURI - SURATTHANI : 740KM
24/12/14 D15 SURATTHANI - SADAO : 368KM
25/12/14 D16 SADAO - SETIA ALAM : 500KM
OK..kite sambung stori de mori hari ke-17 (official day 16).
Jommm...!
Kire2 pukul 10.00pagi, kitorg chaltae...tayargolek ke border. Nasib baik waktu kat border agak lengang..memey urusan keluar tak amik masa yang lama.
Wihuuuuuu..welcome back brada! SELAMAT DATANG KE MALAYSIA
Menuju ke pintu masuk Malaysia..sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Relax..sabarr! tunggu giliran sat noo..
Selesai urusan Imigresen Malaysia..sempat la senyum2 skit kat Cik adik Imigresen tadi :p
..dan..ini lah saatnye...wihuuuuuuuu!! RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR kini di Malaysia :)
Selamat kembali ke Tanahair..syukur! Wihuuuuuuu...
Rest jap 5 minit..simpan segala bagai dokumen. Al-maklum..takut basah dek hujan nanti..
Lepas rehat tadi..tiba la masa untuk meneruskan perjalanan ke KL..480KM lagi..waduhhh! nangess..!
Masa kat border tadi..aku ada kata kat Griffin
Aku: "bro..500km lagi bro nak sampai KL..jauhhh tuuu..!!" mental dah start goyang dah.. :(.."
Griffin : " come on bro..sikiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit je lagi..lepas sampai rumah, kite rehat puas2.."
phiewwwwwwwwwww..! tu la kata2 bagi up skit mental time ni..Thanks my fren!! support dari kawan riding memey penting disaat kite mula goyang. Tau tak sebab ape aku tak sabo nak abiskan ride ni cepat2? nanti aku citer hujung2 stori..
ok..skg menikmati kehijauan sawah bendang di tepi highway..hijau mata memandang.
Ride dalam mood yang lemau..slow dan makin slow. 17 hari..terlalu cepat masa berlalu..
Nak tak nak ...tetap menyusuri highway untuk kembali ke Kuala Lumpur...perghhhhhhh! Kalo diikutkan family aku ada kat Penang. Keesokkan harinye, kene shoot semula ke Utara..amik diorg balik ke KL. phiewwwwwww..!!
Sawah bendang mcm ni la aku suke tengok..hehehe
Cuaca agak mendung2 manja skit..harap2 takde la hujan. Jaket pun tak kering lag nim
On the way ke tol Juru
View Gunung Jerai..
Kitorg stop di RNR Gurun...70km ride dari border macam 200km riding..arhhh! muka aku & Griffin masing2 muka stone jer..hahahaha..
Relax bro..sikiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit je lagi ...hehehe
Tayargolek lagi meneruskan bagi perjalanan...
Walaupun Griffin pakai fullface.aku tau dia tengah menguap tahap keluar air mata tu..bhahahhaha
View biasa di highway kat sini
ok..baru nak sampai exit ke Bayan Lepas..bro KM lagi ke KL? errrr...malas kire :(
Tengah syiok layan perasaan nak balik Key Ell nih..uiikk! hujan lebat kat depan tu..!
Hmmm...takde rezeki nak amik gambiran sampai habis..hahahhaa (alasan kukuh untuk simpan camera)
..dan berhujan lah sambil2 bawak motor. Kejap hujan..kejap berhenti..macam tu la keadaannye sampai ke R&R Gunung Semanggol
@ R&R Semanggol..isi minyak + break kejap kat sini.
Masa on the way ke R&R Gunung Semanggol...tetiba ada pulak sebijik GS1200 dok follow rapat. Dah laa follow rapat..ride sebelah menyebelah plak tu...sekali tengok tak cam. 2 kali tengok baru cam..laaa sahabat aku rupenya dari Andalas Bikers - Awin...wihuuuuuuu!
Last2 lepak sekali..pastu ride sama2 ke KL. Dia dari Sg.Petani menuju balik ke Klang
Dipendekkan cerita..
@R&R Ulu Bernam
Tak sangka..ada kawan2 yang menyambut kepulangan kitorang balik RIDE CHINA ni. Alahaiii..tetiba mata masuk habuk pulak. Terima Kasih kat Abg Ha Lam Ya Mim, Godang, Abg Zaimi Vstrom..sanggup tunggu kitorg kat sini.
..dan tanpa diduga pulak, ada peminat TayarGolek.Com yang kebetulan berada kat sini jugak. Tak silap Abg.Kamal namanya...(kalo salah tolong info semula k). Hebat tau Abg ni..ride jauh2 dengan wife dia..memey kental la couple ni. Thorbaekkkk..!!
Terima Kasih banyak2 diatas kesudian menegur kami disini waktu ni...dan Terima Kasih sekali lagi sudi membaca blog www.tayargolek.com. InsyaAllah..kite ketemu lagi dilain hari..
Ok jom..on the bike!!
Camera memey dah simpan dah..lemau dah gantung camera selama 17 hari :(. Tapi moment2 yang kitorg dapata..tak blh nak huraikan..
@ Suria Teh Tarik, Setia Alam.
Akhirnya, kitorg selamat tiba di Setia Alam kire2 pukul 5.30ptg. Elok je lepas R&R Ulu Bernam tadi ..takde hujan pun. Tapi macam biasa..aku gak duduk depan..diorg nak follow belakang2 katenya,,,hahahaa.nangess
Tuddiaaa..Awin kene racun time lepak kat Surai Teh Tarik,Setia Alam. Relax bro..kite pekena air panas dulu..hehehe
Sebelum duduk..gambiran dulu k..ni staftt Suria Teh Tarik jadik mangsa tukang amik gambiran..hehhee
Masa ngeteh2..ada la skit2 aku & Griffin bagi review ride ke China. Kongsi skit pengalaman riding di tempat sejuk..suasana, suhu rendah, keadaan muka bumi, masyarakat disana, view..dan banyak lagi. Aku doakan korang semua akan dapat rezeki ride ke China satu hari nanti.
Jam dah pun pukul 7.00mlm..rasanya elok la kitorg beransur ke rumah masing2. Terima Kasih kepada rakan2 yang sudi menyambut kepulangan aku & Griffin. Semangat yang lemau..tiba2 datang balik waktu tu..jasamu ku kenang beb!! Tak lupa jugak ucapan Tahniah kepada aku & Griffin diatas kejayaan misi CHINA EXPLORATION RIDE 2014. Thanks guys!! :)
Home sweet home..!!
Alhamdulillah..syukur kepada Ilahai diatasa kejayaan ride yang besar 2014. CHINA EXPLORATION RIDE selama 17 hari. Selamat sampai rumah. Sempat jugak sms Griffin..dia pun dah touch down halaman rumah.. wihuuuuuuuuuuu!!
Maka dengan ini, menegikut catatan nota mileage RED VERSYS, kitorg telah menamatkan ride CHINA EXPLORATION RIDE ini dengan jumlah jarak: 7469KM.
* Jika takde masalah cuaca dari Lijiang ke Shangri La..anggaran total distance kire2 8000KM++
Ok beb..begitulah serba sedikit sebahagian daaripada pangalaman peribadi tentang ride ini. CHINA EXPLORATION RIDE 2014 diam tak diam telah berlalu kire2 10 bulan yang lalu. Baru je nak abis stori de mori..dah nak setahun dah..hahaha..nangess!
Seperti biasa, sebelum aku akhiri stori de mori ni..sedikit kata2 yang mungkin boleh membakar semangat anda yang mempunyai minat yang sama..
Motorsikal, Masa, Mental dan Kesihatan, Minat dan Wang adalah 5 faktor yang membantu untuk terus mengorak langkah mencapai impian sebagai penunggang motorsikal jarak jauh yang merentas beberapa buah negara. Memang tidak semudah seperti yang dijangka. Namun, jika 5 faktor ini ada..maka, anda telah bersedia. Tapi, jika kurang salah satu daripada faktor tersebut..bererti dunia touring belum lagi ada pada diri anda.
17 hari bukan satu ride yang mudah..lebih2 lagi kitorg yang layak digelar 'newbie'. Masih belajar..masih mencari erti pengembaraan yang sebenar. Eksplorasi, riding disuhu yang tak pernah dilalui, puncak2 gunung yang tinggi, bahasa yang sukar difahami..namun pemandangan dan tempat2 attraction itulah MISI. Yunnan, China..3 tahun mencari jalan, peluang dan kewangan untuk mencapai impian selama ini. Syukur pada Ilahi..diperkenan, dipermudahkan segalanya hinggalah selamat tiba kembali.
Ride kali ini, betul2 mencabar mental aku berbanding sebelum ini. Macam2 dugaan datang tak henti2. Cuti tanpa gaji hampir2 gagal last minute walaupun tiada masalah pada awalnya. Selain tu, 2 minggu sebelum berlangsungnya CHINA EXPLORATION RIDE, sedikit berita buruk pada RED VERSYS yang diberitakan ada tanda2 masalah pada enjin. Overhaul adalah jalan terbaik jika inginkan ride tanpa masalah. Tapi..MASA yang tak mengizinkan untuk siap sepenuhnya terpaksa batalkan niat untuk buat overhaul. Macam2 cara dan usaha oleh RS MOTORSPORT untuk mencari jalan penyelesaian. Ujian demi ujian terhadap RED VERSYS tahap maksimum sebelum 'confirmed'..boleh meneruskan misi. TEKAD & YAKIN dengan RED VERSYS..akhirnya berjaya mengharungi 7464KM untuk ride China ini. Alhamdulillah..selamat semuanya..
Sebelum aku akhiri,
Ucapan berbanyak Terima Kasih kepada bro Yempaul Antonio yang telah banyak berkongsi maklumat berkaitan perjalanan rideke China. TQVM bro..jasamu amat2 ku kenang.
Terima Kasih tak terhingga buat Riding Buddy aku..bro Griffin, yang banyak membantu baik sokongan moral/mental, berkongsi info dan ilmu. TQVM bro..lepak Suria nanti kite makan chicken chop k ;)
Dan..yang paling penting sekali,buat family kitorg..yang banyak berkorban masa serta memberikan sokongan padu kepada kitorg untuk meneruskan misi CHINA EXPLORATION RIDE. TERIMA KASIH kerana memahami minat kitorg..
Juga, kepada semua pembaca www.tayargolek.com baik yang silent atau tidak diatas kesabaran dan sokongan korang tak jemu2 menunggu update demi update sehingga tamatnye episod ride ini. Sokongan korang amat2 aku hargai.
Akhir kata,
"Mengembaralah demi kepuasan diri..
Mengembaralah melihat keindahan ciptaan Ilahi..
Mengembaralah selagi kesihatan masih dinikmati..
Mengembaralah sebelum usia menjadi penghalang diri..
Mengembaralah demi mengejar cita-cita yang tersemat dihati..
Mengembaralah agar mimpi bukannya ilusi..
Mengembaralah..kejar apa yang dihajati..
Masa akan terus berlari..
Esok lusa belum pasti...
Mengembaralah..Jangan tunggu nanti..dan nanti.."
Maka dengan ini, aku tamatkan siri “CHINA EXPLORATION RIDE” pada episod ini. Segala yang aku tulis adalah berdasarkan pengalaman peribadi aku sendiri untuk dikongsi bersama.
Inilah “TayarGolek”..“The Rides…The Journey”. Selagi “tayar masih bergolek..selagi itu TayarGolek.Com menemui anda.
Jumpa lagi di ride yang lain pada masa akan datang..InsyaAllah, TayarGolek.Com akan terus mewarnai dunia motorsikal dengan menyajikan stori2 ride untuk anda semua..
Ride safe semua k... :)
p/s: Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat tour guide Mr.Wang di China, sila hantarkan pertanyaan anda ke : nature_lunwang@hotmail.com
Sekian dulu, jumpa lagi..
Adios,
Han
Salam Sejahtera semua..
Kite jumpa lagi disini..
Hari ni merupakan entry atau episod terakhir CHINA EXPLORATION RIDE yang bermula secara rasminya sejak10-25 Disember 2014 lalu. Akhirnye..sampai jugak episod yang terakhir walaupun banyak terdelay. dekat 1 tahun nak abis stori de mori ni..gilosss! rekod baru TayarGolek.Com :((
Baik...episod kali ni tak banyak yang nak diceritakan. Apa yang pastinya, kitorg akan melangkah masuk semula ke tanahair tercinta. 17 hari menghilangkan diri dinegara orang..mengembara.melihat dunia China di Wilayah Yunnan dengan mata sendiri. Alhamdulillah..dipermudahkan segalanya hingga ke hari terakhir pengembaraan.
1001 pengalaman, kenangan dan ilmu baru yang diperolehi secara personalnye. Aku sharekan kepada semua pembaca yang sudi menunggu update dari semasa ke semasa. Terima Kasih semua..
Ok..last stori de mori CHINA EXPLORATION RIDE. Jommm..kite teruskan..
Apakata, aku senaraikan semula jumlah KM yang kitorg lalui selama 17 hari ni dari Day 0 hingga ke Day 16.
Jom kite imbas kembali sepanjang perjalanan CHINA EXPLORATION RIDE 2014 berlangsung. #throwback :)
09/12/14 D0 SETIA ALAM - SADAO : 500KM
10/12/14 D1 SADAO - RATCHABURI : 905KM
11/12/14 D2 RATCHABURI - CHIANG KHONG : 1000KM
12/12/14 D3 CHIANG KHONG - BOTEN : 245KM
@Chiang Khong, Thailand
@Laos
@Boten
13/12/14 D4 BOTEN - JING HONG : 210KM
1KM from Laos-China border
@Mo Han (China Border)
Thorbaekkkkkkk!!
@Manting Foya Temple
@Jinghong Cultural Village
14/12/14 D5 JING HONG - JINGGU : 176KM
15/12/14 D6 JINGGU - DALI : 456KM
16/12/14 D7 DALI - LIJANG - SHANGRI LA : 207KM (BY A CAR + 300KM)
Dali 3 Pagoda
Dali Old Town
Masjid Dali
View Jade Dragon Snow Mountain
17/12/14 D8 SHANGRI LA - LIJIANG (BY A CAR -+ 300KM)
Shangri La Old Town
Shangri La Sumtsenling Monastery - The Search for the LOST HORIZON
Tiger Leaping Gorge
Yantze River
Snowy
Lijiang Old Town
18/12/14 D9 LIJIANG - DALI : 186KM
View Dali Tiger Snow Mountain
19/12/14 D10 DALI - JINGGU : 456KM
Diehard fan @ China .. :p
20/12/14 D11 JINGGU - MO HAN : 420KM
18 keluarga Islam di Ning'er
21/12/14 D12 MO HAN - CHIANG RAI : 360KM
@Ban Pangsai, Laos
@Huay Xai, Laos border
@Chiang Rai
22/12/14 D13 CHIANG RAI - SUPHAN BURI : 740KM
Makan malam yang mewah..
23/12/14 D14 SUPHAN BURI - SURATTHANI : 740KM
24/12/14 D15 SURATTHANI - SADAO : 368KM
25/12/14 D16 SADAO - SETIA ALAM : 500KM
OK..kite sambung stori de mori hari ke-17 (official day 16).
Jommm...!
Kire2 pukul 10.00pagi, kitorg chaltae...tayargolek ke border. Nasib baik waktu kat border agak lengang..memey urusan keluar tak amik masa yang lama.
Wihuuuuuu..welcome back brada! SELAMAT DATANG KE MALAYSIA
Menuju ke pintu masuk Malaysia..sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Relax..sabarr! tunggu giliran sat noo..
Selesai urusan Imigresen Malaysia..sempat la senyum2 skit kat Cik adik Imigresen tadi :p
Selamat kembali ke Tanahair..syukur! Wihuuuuuuu...
Rest jap 5 minit..simpan segala bagai dokumen. Al-maklum..takut basah dek hujan nanti..
Lepas rehat tadi..tiba la masa untuk meneruskan perjalanan ke KL..480KM lagi..waduhhh! nangess..!
Masa kat border tadi..aku ada kata kat Griffin
Aku: "bro..500km lagi bro nak sampai KL..jauhhh tuuu..!!" mental dah start goyang dah.. :(.."
Griffin : " come on bro..sikiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit je lagi..lepas sampai rumah, kite rehat puas2.."
phiewwwwwwwwwww..! tu la kata2 bagi up skit mental time ni..Thanks my fren!! support dari kawan riding memey penting disaat kite mula goyang. Tau tak sebab ape aku tak sabo nak abiskan ride ni cepat2? nanti aku citer hujung2 stori..
ok..skg menikmati kehijauan sawah bendang di tepi highway..hijau mata memandang.
Ride dalam mood yang lemau..slow dan makin slow. 17 hari..terlalu cepat masa berlalu..
Nak tak nak ...tetap menyusuri highway untuk kembali ke Kuala Lumpur...perghhhhhhh! Kalo diikutkan family aku ada kat Penang. Keesokkan harinye, kene shoot semula ke Utara..amik diorg balik ke KL. phiewwwwwww..!!
Sawah bendang mcm ni la aku suke tengok..hehehe
Cuaca agak mendung2 manja skit..harap2 takde la hujan. Jaket pun tak kering lag nim
On the way ke tol Juru
View Gunung Jerai..
Kitorg stop di RNR Gurun...70km ride dari border macam 200km riding..arhhh! muka aku & Griffin masing2 muka stone jer..hahahaha..
Relax bro..sikiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit je lagi ...hehehe
Tayargolek lagi meneruskan bagi perjalanan...
Walaupun Griffin pakai fullface.aku tau dia tengah menguap tahap keluar air mata tu..bhahahhaha
View biasa di highway kat sini
ok..baru nak sampai exit ke Bayan Lepas..bro KM lagi ke KL? errrr...malas kire :(
Tengah syiok layan perasaan nak balik Key Ell nih..uiikk! hujan lebat kat depan tu..!
Hmmm...takde rezeki nak amik gambiran sampai habis..hahahhaa (alasan kukuh untuk simpan camera)
..dan berhujan lah sambil2 bawak motor. Kejap hujan..kejap berhenti..macam tu la keadaannye sampai ke R&R Gunung Semanggol
@ R&R Semanggol..isi minyak + break kejap kat sini.
Masa on the way ke R&R Gunung Semanggol...tetiba ada pulak sebijik GS1200 dok follow rapat. Dah laa follow rapat..ride sebelah menyebelah plak tu...sekali tengok tak cam. 2 kali tengok baru cam..laaa sahabat aku rupenya dari Andalas Bikers - Awin...wihuuuuuuu!
Last2 lepak sekali..pastu ride sama2 ke KL. Dia dari Sg.Petani menuju balik ke Klang
Dipendekkan cerita..
@R&R Ulu Bernam
Tak sangka..ada kawan2 yang menyambut kepulangan kitorang balik RIDE CHINA ni. Alahaiii..tetiba mata masuk habuk pulak. Terima Kasih kat Abg Ha Lam Ya Mim, Godang, Abg Zaimi Vstrom..sanggup tunggu kitorg kat sini.
..dan tanpa diduga pulak, ada peminat TayarGolek.Com yang kebetulan berada kat sini jugak. Tak silap Abg.Kamal namanya...(kalo salah tolong info semula k). Hebat tau Abg ni..ride jauh2 dengan wife dia..memey kental la couple ni. Thorbaekkkk..!!
Terima Kasih banyak2 diatas kesudian menegur kami disini waktu ni...dan Terima Kasih sekali lagi sudi membaca blog www.tayargolek.com. InsyaAllah..kite ketemu lagi dilain hari..
Ok jom..on the bike!!
Camera memey dah simpan dah..lemau dah gantung camera selama 17 hari :(. Tapi moment2 yang kitorg dapata..tak blh nak huraikan..
@ Suria Teh Tarik, Setia Alam.
Akhirnya, kitorg selamat tiba di Setia Alam kire2 pukul 5.30ptg. Elok je lepas R&R Ulu Bernam tadi ..takde hujan pun. Tapi macam biasa..aku gak duduk depan..diorg nak follow belakang2 katenya,,,hahahaa.nangess
Tuddiaaa..Awin kene racun time lepak kat Surai Teh Tarik,Setia Alam. Relax bro..kite pekena air panas dulu..hehehe
Sebelum duduk..gambiran dulu k..ni staftt Suria Teh Tarik jadik mangsa tukang amik gambiran..hehhee
Masa ngeteh2..ada la skit2 aku & Griffin bagi review ride ke China. Kongsi skit pengalaman riding di tempat sejuk..suasana, suhu rendah, keadaan muka bumi, masyarakat disana, view..dan banyak lagi. Aku doakan korang semua akan dapat rezeki ride ke China satu hari nanti.
Jam dah pun pukul 7.00mlm..rasanya elok la kitorg beransur ke rumah masing2. Terima Kasih kepada rakan2 yang sudi menyambut kepulangan aku & Griffin. Semangat yang lemau..tiba2 datang balik waktu tu..jasamu ku kenang beb!! Tak lupa jugak ucapan Tahniah kepada aku & Griffin diatas kejayaan misi CHINA EXPLORATION RIDE 2014. Thanks guys!! :)
Home sweet home..!!
Alhamdulillah..syukur kepada Ilahai diatasa kejayaan ride yang besar 2014. CHINA EXPLORATION RIDE selama 17 hari. Selamat sampai rumah. Sempat jugak sms Griffin..dia pun dah touch down halaman rumah.. wihuuuuuuuuuuu!!
Maka dengan ini, menegikut catatan nota mileage RED VERSYS, kitorg telah menamatkan ride CHINA EXPLORATION RIDE ini dengan jumlah jarak: 7469KM.
* Jika takde masalah cuaca dari Lijiang ke Shangri La..anggaran total distance kire2 8000KM++
Ok beb..begitulah serba sedikit sebahagian daaripada pangalaman peribadi tentang ride ini. CHINA EXPLORATION RIDE 2014 diam tak diam telah berlalu kire2 10 bulan yang lalu. Baru je nak abis stori de mori..dah nak setahun dah..hahaha..nangess!
Seperti biasa, sebelum aku akhiri stori de mori ni..sedikit kata2 yang mungkin boleh membakar semangat anda yang mempunyai minat yang sama..
Motorsikal, Masa, Mental dan Kesihatan, Minat dan Wang adalah 5 faktor yang membantu untuk terus mengorak langkah mencapai impian sebagai penunggang motorsikal jarak jauh yang merentas beberapa buah negara. Memang tidak semudah seperti yang dijangka. Namun, jika 5 faktor ini ada..maka, anda telah bersedia. Tapi, jika kurang salah satu daripada faktor tersebut..bererti dunia touring belum lagi ada pada diri anda.
17 hari bukan satu ride yang mudah..lebih2 lagi kitorg yang layak digelar 'newbie'. Masih belajar..masih mencari erti pengembaraan yang sebenar. Eksplorasi, riding disuhu yang tak pernah dilalui, puncak2 gunung yang tinggi, bahasa yang sukar difahami..namun pemandangan dan tempat2 attraction itulah MISI. Yunnan, China..3 tahun mencari jalan, peluang dan kewangan untuk mencapai impian selama ini. Syukur pada Ilahi..diperkenan, dipermudahkan segalanya hinggalah selamat tiba kembali.
Ride kali ini, betul2 mencabar mental aku berbanding sebelum ini. Macam2 dugaan datang tak henti2. Cuti tanpa gaji hampir2 gagal last minute walaupun tiada masalah pada awalnya. Selain tu, 2 minggu sebelum berlangsungnya CHINA EXPLORATION RIDE, sedikit berita buruk pada RED VERSYS yang diberitakan ada tanda2 masalah pada enjin. Overhaul adalah jalan terbaik jika inginkan ride tanpa masalah. Tapi..MASA yang tak mengizinkan untuk siap sepenuhnya terpaksa batalkan niat untuk buat overhaul. Macam2 cara dan usaha oleh RS MOTORSPORT untuk mencari jalan penyelesaian. Ujian demi ujian terhadap RED VERSYS tahap maksimum sebelum 'confirmed'..boleh meneruskan misi. TEKAD & YAKIN dengan RED VERSYS..akhirnya berjaya mengharungi 7464KM untuk ride China ini. Alhamdulillah..selamat semuanya..
Sebelum aku akhiri,
Ucapan berbanyak Terima Kasih kepada bro Yempaul Antonio yang telah banyak berkongsi maklumat berkaitan perjalanan rideke China. TQVM bro..jasamu amat2 ku kenang.
Terima Kasih tak terhingga buat Riding Buddy aku..bro Griffin, yang banyak membantu baik sokongan moral/mental, berkongsi info dan ilmu. TQVM bro..lepak Suria nanti kite makan chicken chop k ;)
Dan..yang paling penting sekali,buat family kitorg..yang banyak berkorban masa serta memberikan sokongan padu kepada kitorg untuk meneruskan misi CHINA EXPLORATION RIDE. TERIMA KASIH kerana memahami minat kitorg..
Juga, kepada semua pembaca www.tayargolek.com baik yang silent atau tidak diatas kesabaran dan sokongan korang tak jemu2 menunggu update demi update sehingga tamatnye episod ride ini. Sokongan korang amat2 aku hargai.
Akhir kata,
"Mengembaralah demi kepuasan diri..
Mengembaralah melihat keindahan ciptaan Ilahi..
Mengembaralah selagi kesihatan masih dinikmati..
Mengembaralah sebelum usia menjadi penghalang diri..
Mengembaralah demi mengejar cita-cita yang tersemat dihati..
Mengembaralah agar mimpi bukannya ilusi..
Mengembaralah..kejar apa yang dihajati..
Masa akan terus berlari..
Esok lusa belum pasti...
Mengembaralah..Jangan tunggu nanti..dan nanti.."
Maka dengan ini, aku tamatkan siri “CHINA EXPLORATION RIDE” pada episod ini. Segala yang aku tulis adalah berdasarkan pengalaman peribadi aku sendiri untuk dikongsi bersama.
Inilah “TayarGolek”..“The Rides…The Journey”. Selagi “tayar masih bergolek..selagi itu TayarGolek.Com menemui anda.
Jumpa lagi di ride yang lain pada masa akan datang..InsyaAllah, TayarGolek.Com akan terus mewarnai dunia motorsikal dengan menyajikan stori2 ride untuk anda semua..
Ride safe semua k... :)
p/s: Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat tour guide Mr.Wang di China, sila hantarkan pertanyaan anda ke : nature_lunwang@hotmail.com
Sekian dulu, jumpa lagi..
Adios,
Han
4 comments:
Superb bro. Congrats . Wihuuuuuuuuuuu.
jom repeat :-) ha ha ha
tahniah bro....mmg terbaik bro han....akhirnya penantian episod akhir,sungguh bermakna...Tq sifu,tabik spring 1000x

Selamat bro atas perjalanan yg inspiratif buat saya. Semoga sy juga bisa melakukan perjalanan yg sama ke china. Salute for bro berdua
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..