Yooossshhhhh…!!
Salam Sejahtera geng..
Pertama sekali aku nak wish ‘Merry Christmas’ buat semua pembaca blog TayarGolek.Com yang beragama Kristian..walaupun dahh terlewat rasanya. Tapi aku nak wish jugak..
Keduanya, Stori Ride Batu Gajah sepatutnya aku nk publish semalam (Sabtu & Ahad menulis)..tapi satu emergency telah berlaku dimana ‘abah kesayangan aku’ telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada malam Jumaat lepas (24/12/2010)..dan doktor telah mengesahkan bahawa abah aku telah diserang ‘stroke’ (angin ahmar)..yang menyebabkan separuh (bahagian kiri) takde tindak balas. Jadi buat masa sekarang..aku terpaksa menghentikan semua aktiviti2 ride buat sementara..demi menjaga keadaan abah aku yang uzur..
Stori Ride Batu Gajah..
Ok berbalik kepada Ride Batu Gajah, ride ini aku namakan ‘Ride Batu Gajah’ bukan sebab gajah tu jadik batu..sebenarnya ride ini merupakan ride ke Batu Gajah, Perak yang bertujuan menghadiri satu majlis perkahwinan rakan kepada ADB pada 19 Disember 2010 lalu..akcueli kitorang pun tak kenal..saja follow2..hehehe
Seramai 17 buah motorsikal (seingat aku) telah menjoinkan diri utk ride pada hari tu..dah sah2 ler aku follow walaupun semalamnya baru jer lepas Ride Exotic ;)...aku tak nk citer skg brp total mileage..brp $$ minyak dan kos2 lain. Pasal tu korang kene baca sampai entry terakhir nnti eh..
Lets follow me..aku nk bawak korang kejadian pada 19 Disember 2010 yang lalu..dah ready??
Jommm…
@ RNR Sg. Buloh..
Seperti selalu..kalo mana2 ride menghala ke Utara, kitorg akan RV di RNR Sg. Buloh pada pukul 10.00pagi. Mengikut jadual perjalanan, kitorg akan ber’tayargolek’ pada pukul 10.30pagi..tapi sebelum tu aku sempatkan diri utk mengisi petrol di Petronas Setia Alam..panjang plak queue kenderaan time tu yang masing2 nak mengisi petrol jugak. So no choice..kene tunggu gak ler. Di Petronas Setia Alam aku mengisi petrol sebanyak RM28++ (balance semalam ada 1 bar lagi)
Tiba di RNR Sg. Buloh jam 10.30pagi..
Beberapa keping gambiran semasa di RNR Sg.Buloh..
Ketibaan aku di RNR Sg.Buloh..
Belum sempat ape2 lagi..Mersing dah datang menyambut, maka bergambiran ler..hehehe.
Bukan setakat menyambut..malah bertanya itu..ini..
Usar sana sini pulak..adehhh
Lepas tu, abah pulak datang.. “waaaaaaaaaaa…versys!!..” alamek..malu ler! ihikss..
Note: Semua gambiran diatas..KREDIT to abah aka ADB yang membenarkan gambirannya (espeseli gambiran aku) dicilok utk masuk ke TayarGolek.Com..
Alrite..kasi parking dulu..salam2 dgn diorg.. Yang pasti ride kali ni kitorang ditemani oleh Abg Taja yang baru pulang dari tanah suci Mekah bg menunaikan Fardu Haji.
Briefing..
Tak lama lepas tu, terus briefing perjalanan ke Batu Gajah oleh Bro Mersing yg merupakan Lead Marshall ride ini. Sedikit penerangan tentang next point pit stop..hand signal (formasi single line & zigzag 2 line) dan lain-lain..
sambil2 tu ade gak yang layan ‘posing’ .. aiiii cekmat, mmg tak kering gusi ler gamaknya kitorg nanti..hehehe
Aku pun nk tumpang sekaki..hehehe
Lepas tu..Bro Mersing bagi tau.. “.. sapa2 yang 1st time ikut convoy..sila berada didepan. Yang berpengalaman bleh lepak belakang sebab kalo tertinggal nanti boleh memecut..! Pasal Han pulak..jgn pedulikkan dia..dia akan amik gambiran kite semua..dia nak laju ke..nak potong semua ke..nak lepak belakang ker..jgn pedulik..!! muahahahahha…(gelak jahat)..” . Sampai hati diorang kata jgn pedulikkan aku…kurang asemm! kehkehkeh
Bacaan doa..
Memohon kepada Ilahai agar perjalanan ride santai ini selamat pergi dan balik.
Bacaan doa dibacakan oleh Tuan Haji Taja aka Mejar Taja..aka Abg Taja..
Masing2 meng’amin’kan bacaan doa..
“on the bike…!”
Bagi chance diorg siap2 dalam masa 5 minit..
Lets Tayargolek..!!
Tepat jam 10.40pagi kitorg mula menggolekkan tayar motor masing2..
Opppppppss..!! benti jap..diorang nak isi minyak dulu. Memandangkan ride ini ride yang sesempoi yang boleh..so no rushing ler.
Ikutkan hati diorng ni nak jer isi petrol tu 40 hungget terus..tapi ape blh buat..hehehe
Ini pun salah seorang peserta konvoi Ride Baty Gajah tau.. :P
Menunggu eh?? Cuaca yang mantap hari tu..tak panas..tak mendung. Suam2 kuku jer..sebab pagi2 tadi dah ujan..
Barisan belakang yang menunggu kawan2 kite menigisi minyak..
Alrite bro..! ni betul-betul punyer tayargolek eh..!! Next hentian adalah di RNR Sg. Tapah..
“..Jgn pedulikan aku..” kehkehkeh siut ko Sing..Time ni aku dah berada kat depan dah untuk shots gambiran diorg..
Diorang dah gerak dah..gambirannn!!
Skali lagi..
5 buah motor yang berada di belakang..
Abg Taja..
Cekmat..aitt?? last skali??
woraiiit..!! diorang dah pun gerak..aku pun kene gerak jugak. Kalo tak ride solo ler jawabnye..
So..jgn kemana-mana, tunggu stori & gambiran diorang “on the biking” semasa di PLUS highway menuju ke RNR Tapah nanti..
Adios,
-Han-
0 comments:
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..