You Are Reading

4

FERNO: Ride Amal Rumah Anak Yatim Darus Salam Ipoh

TayarGolek.Com Friday, May 17, 2013
Yooossshh...!!

Salam Sejahtera semua..Salam Hari Jumaat.

Hari ini agak berkesempatan skit nak update. Pertamanya, aku akan stori de mori pasal ride bersama group FERNO (Friends Amongst ER6 Owners). Secara jujurnya, memey dah lama giler aku tak join mana2 group untuk sesi ride (banyak buat ride sendiri le kot)..hehe. So, nak dijadikkan cerita..terbukak forum FERNO tetiba nampak pulak ride ke Rumah Anak Yatim Darussalam, Ipoh pada 16 FEB 2013. Kebetulan lagi waktu takde plan mana2 ride. Masuk nama dan join je lerr kan..

Ride Amal ke Rumah Anak Yatim Darussalam di Kampung Melayu Ipoh ni diketuai oleh abg Wattados (Wak) dan Abg MatPutra. Rakan2 serta Admin forum jugak berperanan kuat untuk menjayakan ride ni antara Haslan, Pang5, Lazimeru dan ramai lagi lah..nak sebut semua mcm ingat tak hingat je nama..hahaha.

Berapa buah motor yang join? Ikut perkiraan bro Pang5..jumlah motorsikal berkuasa tinggi yang sama2 menjayakan program Amal ni sebanyak 27 buah motor. Selain ahli FERNO, aku jugak turut invite Rakan2 TayarGolek.Com untuk sama2 memeriahkan program ini. Antara Rakan2 TayarGolek.Com yang join seperti Zamwee, Khai, Kak Jue & Abg Lan, Fahmi Sepang , Affiq, Saari dan Akmal (tumpang konvoi je sbb nak shooot terus ke Penang). Alhamdulillah..perjalanan program amal ni berjalan dengan lancar.

Jom kite ikuti serba sedikit perjalanan Ride Amal ke Rumah Anak Yatim Darussalam Ipoh pada 16 FEB 2013.


@R&R Sg. Buloh

Seperti yang dirancang, semua peserta berkumpul atau bahasa motor ni kite panggil RV lah..aleh mcm tak biasee.. :P



yang pestime jumpa dapat kenal2..wah Kak Jue sibuk meng'hapdet' ke tuu?




Barisan orang2 kuat FERNO..awal2 lagi sudah sampe. Errr..Abe Short tu duk seluk duit ke tu? open table? heehee..




Sementara menunggu yang lain2 sampai..masa yg ada tu kasi penuh le dengan 'bekfat' di pagi hari yang cerah. Tuuu..memanchorrrrrr cahaye matahari pagi ni..




"e'ehhh..mana pulak wak ni?? jadik ke tak jadik..jadik ke tak jadik? Jgn memain wak..aku tak sabo nak salam bagi duit dengan Pengetua asrama ni.." Bro Pang5 ketika mengelamun jauh betullll..




Motor2 dah bersusun..tapi belum cukup timing lagi nak tayargolek. Err..Wak pun belum sampe lagi. Tunggu lagi...




Antara Rakan2 TayarGolek.Com yang join kasi support program ni. Abg Lan, Affiq, Akmal dah Fahmi Sepang..





Semakin ramai yang muncul..tunggu Wak Wattados je nih. Mana wak ni..Z1000SX tuuu.. :))


Dipendekkan cerita..maka muncul ler insan yang ditunggu-tunggu..fuhh! semua legaaaaaaa.. :)



Yeahh..! pertemuan sahabat lama - Aku (Han) dan Wak..Orang Lama dan Orang Baru dalam dunia motor. Last jumpa Wak masa melawat Wak dirumahnya ketika ditimpa kemalangan jalanraya. Akhirnyaaaaaaaaa.....rindu banget same Wak!




OK..maka lengkaplah senarai Orang Kuat FERNO waktu. Takpe Wak..alon-alon! Ngeteh dulu...Pusssssssssss! tudiaaa ..panjang no asap nye..hehehe..




..dan kaunter derma masih dibuka disaat2 akhir. Dipahamkan sumbangan yang diterima bukan sahaja dari group FERNO..bahkan dari rakan2 bikers sekitar Kuala Lumpur/Selangor.





Abg Mat Putra tgh sibuk mengira,,,korang jangan kacau eh..kang silap pulak. Tak pasal2 kene ulang balik..singgit..dua ringgit...choiii! sampai cerahhhh..



opss..silap! ingat singgit..duahinggit! ini bikers laa..seploh..doploh..tigaploh...bla bla bla...


ok geng..panggilan untuk berkumpul dan sesi taklimat skit..

Wak dan Abg Mat Putra tengah bagi sepatah dua kata...(banyak gak patah kata2 ni). " Lepas ni kite akan singgah di R&R Rawang sebab ada rakan tunggu sana..lepas tu stop di R&R Simpang Pulai..lepas tu layan corner Cameron pulak. Ehhh..silap! Exit Simpang Pulai dan terus ke rumah Anak Yatim"..hehe









Gambiran lain semasa taklimat..





Tekun betul si Zamwee ni dengar taklimat. "Eleh..ye la tu Zam...dah ingat Nasi Vanggey la tuu." agak2nye la Khai kata kat Zamwee mcm tu..



..dan bacaan doa sebelum mulanya tayargolek ke Ipoh..


on the bike..!
 
Susun motor cun2 skit..sambil2 tunggu beberapa buah motor lagi isi minyak. Isi minyak? :P





..diorg semua sedia maklum yang mana aku akan bertindak bebas untuk amik gambiran :)


Tayargolek timee..!!


Alrite beb...tayargolek time..! Bismillah..




1st appearance Wak Wattados di TayarGolek.Com utk tahun 2013. Dari ER6N 2008..tukar Z1000..dan skg Z1000SX. 18SX utk 18 tahun ke atas..tapi 1000SX?? wah lau wehhh...hahaha



Perjalanan dari R&R Sg.Buloh ke R&R Rawang berjalan dengan baik..slow and steady.





 Bile slow and steady...nak amik gambiran pun agak mudah skit. Tapi tau2 dah sampai Rawang..laju ke? eh dok aiiih..




Ada sedikit kekonfiusan semasa di R&R Rawang. Ada yang berhenti sat..ada gak yang tak sampai seminit terus gerak sebab rakan yang tunggu disini dah siap awal. So, ada yang tak pasti samada nk terus atau tak. 


Satu hal lagi pulak..6 buah motor terus berhenti kat sini buat seketika sebab ada salah seorg peserta ada skit masalah jaket tak leh zip. Pulak doh! ..aku salah sorang yang turut tunggu. Last2 Wak kata suh jalan dulu. Maka, bergerak ler aku dengan sebuah lagi motor (tak ingat sapa). Tapi..(byk no tapi), motor tadi tak jadik gerak..terus parking semula. Hmmm..maka berlaku lah ride solo2 aku ke R&R Simpang Pulai..adeii!




@R&R Simpang Pulai




Sampai di R&R Simpang Pulai, kebanyakka mereka dah siap susun motor (siap isi minyak sekali). Fuhh...laju betul korang bawak erk? 






Siap isi minyak kat RED VERSYS..aku pun masuk ler barisan yang ado ni. Ehhh? sapa pulak mamat yang pakai 'cap' tu?? mcm kenal?








Wah laauuu weeiii! member lama aku ni..member sekolah. Yeah! bro Latif..rakan masa sekolah menengah dulu. " Aku on the way ke Lost World of Tambun..bile nampak byk2 motor ni saja aku berhenti kot2 ko ade..memey nasib baik jumpa ko kat sini.." haa...tu la kata member aku ni, main agak2..jangkaannye tepat!






Gambiran skit  bro..tak ramai yang aku kenal dgn member2 baru FERNO. InsyaAllah..kite kenal2 nanti.






Peace yoo..!! Caya lah bro Saari..sanggup fly dari Jakarta ke Malaysia semata2 nak join Ride Amal ni. Bro Saari start contact aku masa dia keje di Qatar lagi. Alhamdulillah..akhirnya, 1st time jumpa disini..








Deretan motor..






Macam ada yang menarik kat Petronas tu. Apakah...?










Sesi berehat2..jangkaan tiba di Rumah Anak Yatim Darussalam pada pukul 11.30pagi. Dah tak jauh dah dari sini. Mcm biasa..aku set lokasi siap2 kat GPS. Mana le tau nanti kot2 kene tinggal..kehkehkeh..












Fuhhhh...panas! sorang lagi baru siap isi minyak..






haaa...suda siap..!






Syazwan..photographer rasmi untuk FERNO.



On the bike..!


Arahan on the bike dah kedengaran..haaa kasik siap lor! 5 minit semua musti siap..





Seperti yang aku penah mention sebelum2 ni, disiplin masa dan mengikut jadual perjalanan memey penting sebab dari situlah kite boleh ikut plan perjalanan..dan tak tersasar dari masa yang dianggarkan.




Tayargolek bermula...



..aku akan duduk diposisi "ikut suka hati"..hehe




..tetiba "booomm..kebabborr..!"..alamak! ade eksiden pulak





Masing2 tekojut..langsung memberhentikan motor. Ushar jap kot?



Eh ehh..semua berhenti pulak...eiii! aku pun benti gak ler..kang ride solo lagi :P




Fuiyooo..! hebat Abang Polis kite ni..tiba2 muncul. Memey pantas dan tangkas..




So cam ne ni? nak sambung ride ke nak tengok sampai abis?




ushar skit lagi...ni le akibat nak tukar 'lane' tanpa signal..orang lain pulak jadik mangsa. Nasib baik roda 4. Kalo ler yang kene ni Roda 2..haaaaaaa..! camne??




ok laa..aku parking gak la dulu...semua tgh asyik tgk kejadian :)


2 minit lepas tu...tayargolek time!!



ok..skg dah masuk semula ke highway menuju ke Ipoh..



Kelajuan setakat ni 130-140kmj.




Kali ni baru le dapat amik lebih skit gambiran on the bike.

Cuaca yang baik..highway pun agak tenang.



Susah gak nak amik gambiran on the bike bile ada kenderaan kat depan. Keselamatan adalah yang paling utama.




Slow and steady follow diorg..












Abg Lan & K.Jue..V1K dengan selamber tapau RED VERSYS..choiii! :P



err...bile dah sarung helmet..terus tak kenal..hehe. Ape2 pun "peace yo!"








Ehh..! ramai lagi yang kat belakang..




Abg Mat Putra in action..




ok..kasi diorg potong dulu. Sat lagi aku cucuk hangin skit :)



..dan Bro Saari dgn Z1000SX baru nye. Pilihan tepat bro..!




Dipendekkan cerita, kitorg dah pun exit ke Simpang Pulai. So, kitorg follow je rakan yang tau lokasi asrama anak yatim Darussalam.



Tunggu 'green light' untuk tayargolek..





ok..skg kitorg dah tayargolek ke Kg.Melayu Ipoh..traffic agak busy skit. Yang ada 'tong ikan' tu pandai2 ler korang selit nanti yer..hehe





..perlahan2 meredah trafik sebab kenderaan lain pun banyak gak. Sama2 bertolak ansur..




Sangkut kat traffic light..





 ..dan seterusnya berjalan seperti biasa.

Dipendekkan cerita lagi dan lagi..




 @ Asrama Anak Yatim Darus Salam, Ipoh.


Konvoi Ride Amal ke Rumah Anak Yatim Darus Salam Ipoh selamat tiba. Kehadiran kitorg telah disambut oleh Pengetua Asrama iaitu En. Norizan serta anak2 yatim yang berada di asrama.



Selamat sampai..selamat parking motor.




Mcm biasa..anak2 di asrama ni terlalu excited dengan abang2 motor beso. Diserbu abis,,






Beginilah keadaannye waktu ini..ada yang sibuk membelek2 motor. Baik2 tau..enjin panas tuu..




Amirul..dari tadi mana aku pegi dia ikut..:)


Cuaca adalah  terbaik setakat ni..






Amirul lagi...






..gambiran motor. Susah amik shot motor sebab parking tak sama :P






Aturcara seterusnya.. sesi ucapan dari FERNO dan Pengetua Asrama.






Terima Kasih kepada pihak Asrama Rumah Anak Yatim Darus Salam kerana sudi menyediakan tempat duduk..




Kata2 ucapan dan harapan dari wakil FERNO - Abg Mat Putra.






Pengetua Asrama - En. Norizan (kanan)






Candid skit diorg ni..








Tekun mendengar ucapan2..







siap bawak reket badminton pun ade tuu..






Haa..nampak tak? melekat 2 org adik ni dgn aku. Amirul dan Hakim ;)




Diwaktu ucapan sedang berlangsung, bro Pang5 sedang buat persiapan utk cenderahati sebagai tanda peringat FERNO utk pihak Asrama. Apa yang cuba dilakukan nanti dimana semua peserta yang mengikuti ride ini diminta untuk menurunkan tandatangan dan seterusnya di'frame'kan..






ok..ucapan Abg Mat dah abih..now, Wak punye turn pulak.




Dipendekan cerita, Wak dengan rasminye mengumumkan jumlah kutipan derma untuk Asrama Anak Yatim Darus Salam Ipoh ni adalah sebanyak RM4610. 
Kutipan ini adalah hasil dari rakan2 bikers sekitar Kuala Lumpur/Selangor amnya..dan FERNO khasnya..


Majlis penyampaian derma kepada  pengetua asrama..




..dan juga tandatangan peserta yang telah diframekan..




Selepas tu..ada pulak jamuan ringan pihak asrama utk kitorg. Sebenarnya, kitorg tak mengharapkan ape2 pun. Tapi..bak kata Tuan Pengetua Asrama.."Sudi2kan lah minum air yang ada..sekadar membasahkan tekak saudara-saudari semua..". Ape2 pun kitorg ucapkan TERIMA KASIH diatas persediaan ini..






"Haaa...! abg jangan lari, saya nak nombo talipon..". Bagi je la Khai..dah ade peminat tuuu..kehkehekh


Sesi berasap lepas pekena air Teh Tarik..phiewwwww! menitik peluh jantan.. :P






Candid dari jauh..masing2 tgh decide nak panjat Cameron ke tak? Jadik ke tak?




Setel urusan duit derma..jom ushar skit sekitar kawasan asrama..


Beginilah keadaan bilik asrama. Bersih dan design dindin yg seakan bentuk kayu papan..






Susun kasut!! amboi..garang nyeee... :))






keadaan bilik belajar asrama..




Bilik belajar..angle lain pulak..






Bincang2 antara Amir dgn abg Lan pasal kualiti dinding bilik asrama "ni kualiti baikkk ni..tak makan anai2 punyeee." kata abg Lan..:P






View bilik asrama dari luar..gambiran diambil dari celah2 bedah pokok..









Hasil derma dan bantuan orang ramai untuk menyediakan tempat belajar anak2 yatim yang selesa..








Ada 5 bangunan kalo tak silap kesemuanya..




Persekitaran yang bersih..mungkin ini adalah ajaran dan peraturan yang diterapkan oleh pengetua dan pihak asrama.






alrite..akg pulak acara ape ye?






Acara yabg ditunggu oleh anak2 yatim DarusSalam....kite naik motorrrrr..! tak sabo2 diorg ni..






sesi membawa anak2 yatim ronda2 taman naik motor..wihuuuuuuu..!






Berebut2 diorg ni..seronok melayan..






yang ada tak cukup seround..2-3 round mintak pusing taman..hahahaaa. Layan je laa...






Yey!!! aku dapat naik motor besooo...






Thumb up  laa motor abg ni...jempol!!!




Round yang ke-2..hehehe..

..dah setel bawak ronda2..skg masa untuk bergambiran..
 






Gambiran demi gambiran dengan penghuni Asrama Anak Yatim Darus Salam..






..dan lagi..




Semua muka happy..terutama Wak yang organise ride ini. Cadangan untuk ke Rumah Anak Yatim Darus Salam adalah dari Wak Wattados sendiri atas sebab..perbelanjaan & bantuan kewangan Asrama ini adalah dari bantuan orang ramai. Tu je info yang aku tau..

Selepas bergambiran..kitorg akan bersurai. Maka berakhirlah misi bantuan dan penyampaian derma dari FERNO kepada Asrama Anak Yatim Darus Salam.

Rakan2 diluarsana, sekiranya ingin menghulurkan bantuan atau derma ikhlas. Boleh berhubung terus dengan En. Norizan seperti dibawah..


Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-anak Yatim Darussalam

Fail Rujukan: 0977-07-PRK
Akaun Bank: CIMB 08090000013103
Tel: 013 5074905 Abi Norizan Razali


Info selanjutnye, boleh lihat sendiri blog RUmah Anak Yatim Darus Salam di:

http://rumahanakyatimdarussalam.blogspot.com/

 Bagi pihak FERNO, ucapan TERIMA KASIH kepada mereka yang sudi menderma dan terutama sekali kepada mereka yang mengikuti ride Amal ini. InsyaAllah..semoga usaha Menunggang sambil beramal akan diteruskan dari semasa ke semasa..

Sekian, perjalanan Ride Amal ke Rumah Anak Yatim Darus Salam versi TayarGolek.Com untuk tatapan dan maklumat semua pembaca TayarGolek.Com..

Kite jumpa lagi pada entry dan ride yang lain akan datang. Terima Kasih kerana sudi membaca..

Adios,
Han



4 comments:

Unknown said...

Nice...Good job Bro Han.Semoga niat murni diberkatiNya

estima said...

Alhamdulillah selesai..Wak ada contact saya utk lokasi tempat ini... tapi malangnya saya tak dapat turut serta kerana ada hal lain yg lebih penting..

Anonymous said...

Slan: Terima kasih & Tumb Up Bro. Han.
Harap next time dapat joint ride laie.

khai said...

terbaik ride anak yatim ni..perjalanan d hgwy kena selaraskn lg hehe
nasi vanggey n karok fuhhh........

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com