Yooossshh...!!
Salam Sejahtera semua..
KEMBARA TRANS BORNEO..akhirnye bermula stori de mori nye. Nervous gak nak mulakan stori ni..al-maklum dah berbulan ride ni berlangsung. InshaAllah..aku try sebaik mungkin..recall balik kenangan2 dan pengalaman2 ride KEMBARA TRANS BORNEO.
Diam tak diam dah dekat 5 bulan KEMBARA TRANS BORNEO berlalu. Namun pada aku, ianya masih segar dalam ingatan. Satu ride yang hebat secara peribadi. Seperti sebelum2 ni..
2011 - 4 NATION RIDE (MALAYSIA-THAILAND-MYANMAR-LAOS)
2012 - INDOCHINA EXPEDITION (MALAYSIA-THAILAND-CAMBODIA-VIETNAM)
Dan kali ini,
"the climax of the ride 2013 " - KEMBARA TRANS BORNEO (SABAH-BRUNEI-SARAWAK-INDONESIA)
KEMBARA TRANS BORNEO berlangsung pada 1-11 DEC 2013 yang lalu. Kembara kali ni, sama seperti sebelum ni jugak..aku (Han) & Griffin dengan motorsikal masing2 -RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR bakal beraksi mengembara dan meng'explore' Bumi Borneo selama kire2 10 hari.
- TRANSMILE : Quotation untuk penghantaran motorsikal.
so, kerja2 mengukur dilakukan. RED VERSYS tengah kene ukur tu..mcm nak buat baju raya pulaknye. Ini baru 'dimension' je..harga belum dapat dikeluarkan lagi.
Kalo ikut kata Bro Ridhuan ni kan..ukuran dimension ni antara Versys vs FJR, harga lebih mahal kat VERSYS...ngeeeeee...
OK..ukuran dua2 motor dah siap. Lepas ni kene timbang pulak. Lepas timbang..baru la dapat harga sebenar - Volume Price..
Jom..bawak motor masuk tempat timbangan..
Alrite..RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR dah siap berada kat atas 'stage' :).
Seriau gak tengok motor time ni..
Maka, kerja2 menimbang berat kedua2 motor ni pun berlangsung. Hmmmm...2 bijik motor ni total 551KG. Mcm tak percaya..tapi kene percaya..memey tu la nombor yang keluar waktu ni..
Nampak tu..551KG. Pehhh..!
Ok beb..selesai satu bab timbangan. Skg kena naik opis Transmile pulak jumap sales person diorg untuk quotation jumlah harga..
@ Transmile office..
Tengok bleh..sentuh jangan
Big boss dengan discuss + nego harga dengan Sales person..hehe
Quotation akan dapat dalam masa beberapa hari lagi k..
Kedutaan Besar Republik Indonesia Kuching sahaja..tidak termasuk di Kuala Lumpur. Maka, aku kene buat surat baru untuk Kedutaan Besar Republik Indonesia KL. Aduhh..! tension nih..! Dengan sabar..aku cuba jugak taip surat denga henpon cap ayam aku ni + email terus ke pegawai bertugas. Surat tu dah pun diterima melalui email.
Kerja-kerja mengikat motorsikal. Kitorg akan bertindak sebagai QC (Quality Control)..hehe. Bukan ape..ni motor kitorg, kene make sure semuanya diikat dengan betul dan selamat.
Lepas semua siap + pastikan semua ikatan pada motor adalah selamat. RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR dipindah ke tempat lain untuk urusan seterusnya.
Parking sini kot..
Transmile flight mcm ni kot yang akan terbangkan motor kitorg nanti..
Wokay...! selesai urusan pasal motor hari ni. Selebihnya, staff Tranmaile di KK akan uruskan bile sampai sana nanti.
Alrite..lega bela semua urusan selesai. ehhh..tak semua, Surat Kebenaran dari Kedutaan Indonesia masih belum dapat. Just wait and see lah nanti.. ;)
Ok beb..ni baru intro je. Panjang lagi stori de morinya. Harap bersabar..baca dengan tenang2 k..
So, untuk refresh laik ingatan pasal ride ini yang berlangsung pada 1-11 DEC 2013 yang lalu..korang boleh klik link dibawak "Live Update KEMBARA TRANS BORNEO".
LIVE UPDATE:
Day 1 - http://www.tayargolek.com/2013/12/kembara-trans-borneo-live-update-day-1.html
Day 2 - http://www.tayargolek.com/2013/12/kembara-trans-borneo-live-update-day-2.html
Day 3 - http://www.tayargolek.com/2013/12/kembara-trans-borneo-live-update-day-3.html
Day 4 - http://www.tayargolek.com/2013/12/kembara-trans-borneo-live-update-day-4.html
Day 5 - http://www.tayargolek.com/2013/12/kembara-trans-borneo-live-update-day-5.html
Day 6 - http://www.tayargolek.com/2013/12/kembara-trans-borneo-live-update-day-6.html
Day 7 - http://www.tayargolek.com/2013/12/kembara-trans-borneo-live-update-day-7.html
Finale - http://www.tayargolek.com/2013/12/kembara-trans-borneo-live-update-finale.html
Teruskan bersama TayarGolek.Com, kite sambung lagi nanti ..
Adios,
Han
Salam Sejahtera semua..
KEMBARA TRANS BORNEO..akhirnye bermula stori de mori nye. Nervous gak nak mulakan stori ni..al-maklum dah berbulan ride ni berlangsung. InshaAllah..aku try sebaik mungkin..recall balik kenangan2 dan pengalaman2 ride KEMBARA TRANS BORNEO.
Diam tak diam dah dekat 5 bulan KEMBARA TRANS BORNEO berlalu. Namun pada aku, ianya masih segar dalam ingatan. Satu ride yang hebat secara peribadi. Seperti sebelum2 ni..
2011 - 4 NATION RIDE (MALAYSIA-THAILAND-MYANMAR-LAOS)
2012 - INDOCHINA EXPEDITION (MALAYSIA-THAILAND-CAMBODIA-VIETNAM)
Dan kali ini,
"the climax of the ride 2013 " - KEMBARA TRANS BORNEO (SABAH-BRUNEI-SARAWAK-INDONESIA)
KEMBARA TRANS BORNEO berlangsung pada 1-11 DEC 2013 yang lalu. Kembara kali ni, sama seperti sebelum ni jugak..aku (Han) & Griffin dengan motorsikal masing2 -RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR bakal beraksi mengembara dan meng'explore' Bumi Borneo selama kire2 10 hari.
Dalam entry "intro" ni, aku akan share skit beberapa perkara tentang bermulanya idea ke Bornoe, persiapan, dugaan dan lain2 agar korang semua tahu atau merasai pahit manis kitorg untuk menghadapi persiapan sebelum ride bermula.
Meh aku citer serba skit k..
1) Bagaimana bermulanya idea KEMBARA TRANS BORNEO?
Lepas balik dari INDOCHINA EXPEDITION..masing2 agak busy dengan kerja & family masing2. Agak lama jugak ler sebelum aku & Griffin dapat duduk bersembang. Rasanya lepas 3 bulan kot..barulah ada masa dapat ngeteh dgn Griffin.
Dari sembang2 kosong..sembang balik pengalaman INDOCHINA EXPEDITION, word "We Did it..!" mcm ada satu spirit untuk terus "explore..and explore.."
"So next ride bro?" kata aku
"BORNEO?.." kata Griffin dengan muka selamber
"Huh! Borneo? are you sure? " mcm tak percaya..haha
"yup..lets discuss & plan.."
..dari situ la idea bermula...al-kisahnyeee...hahaha
2) Route yang diputuskan:
Anggaran jumlah jarak keseluruhan : 2640KM
3) Persiapan penting
- Ticket Flight KLIA-K.Kinabalu | Kuching - KLIA.
Setelah tarikh dan jumlah hari ditentukan..maka, ticket flight selamat dibooking.
2 benda je kitorg fikir waktu ni.
1) Nak jimat MASA, tapi kos TINGGI - Kapal Terbang
2) Nak jimat KOS, MASA yang panjang - Kapal Laut
* bincang punye bincang..15 hari 15 malam memikior kan pasal ni. Last2, kitorg decide amik pilihan no.1.
Maka, pergerakan untuk langkah seterus nye..
Sebelum ni, kitorg survey harga dan dapatkan sebut harga dengan MASKargo..lebih murah tapi urusan paperwork + Kastam + dan lain2 adalah urusan sendiri. Satu hal lagi, flight untuk return ke KLIA pulak takde..kene pakai Transmile jugak. Hmmmm...decision yang agak susah time ni.
Dengan tenang, kitorg banyak berbincang...keputusan terakhirnya kitorg memilih terus TRANSMILE ntuk penghantaran RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR ke Kota Kinabalu & dari KUCHING ke SUBANG.
Seketika di Transmile, Subang. Hari ni adalah urusan untuk mendapatkan harga. Sebelum pergi sini, appointment awal kitorg buat siap2. So, person in-charge waktu ni adalah Bro Ridhuan. Bro ni bikers gak..pakai Z750..hehe
Kalo ikut kata Bro Ridhuan ni kan..ukuran dimension ni antara Versys vs FJR, harga lebih mahal kat VERSYS...ngeeeeee...
OK..ukuran dua2 motor dah siap. Lepas ni kene timbang pulak. Lepas timbang..baru la dapat harga sebenar - Volume Price..
Jom..bawak motor masuk tempat timbangan..
Masa untuk timbang berat motor pulak. Aiiih..berapa la kene caj nih..
Alrite..RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR dah siap berada kat atas 'stage' :).
Seriau gak tengok motor time ni..
Maka, kerja2 menimbang berat kedua2 motor ni pun berlangsung. Hmmmm...2 bijik motor ni total 551KG. Mcm tak percaya..tapi kene percaya..memey tu la nombor yang keluar waktu ni..
Nampak tu..551KG. Pehhh..!
Ok beb..selesai satu bab timbangan. Skg kena naik opis Transmile pulak jumap sales person diorg untuk quotation jumlah harga..
@ Transmile office..
Tengok bleh..sentuh jangan
Big boss dengan discuss + nego harga dengan Sales person..hehe
Quotation akan dapat dalam masa beberapa hari lagi k..
4) Perubahan rancangan disaat akhir
Perbincangan demi perbincangan masih kitorg jalankan..pendek kata, selagi belum tiba hari ride memey banyak benda kene finalize. Nampak mcm senang kan? tapi hakikatnye...
Satu demi satu dibentang baik dari segi persiapan diri, transportation, route, hotel, attraction place, paperwork dan banyak lagi. Dan..yang paling diluar jangkaan adalah perubahan dari segi route disaat akhir kire2 10hari lagi sebelum berlepas ke Bumi Borneo.
Inilah route baru 10 hari sebelum terbang ke Borneo. Bezanya kat sini..kitorg cuba masuk ke Kalimantan, Indonesia di Pontianak.
Waktu ni research demi research dilakukan + pembahagian kerja. Banyak lagi kerja2 tambahan PERLU diselesaikan kalo betul2 nak masuk ke Kalimantan. Pehhh..! kalo nak kire tension tu...semua benda tak jadik. Tapi..aku & Griffin masing2 ada semangat "Teamwork" yang tinggi + misi yang MESTI dicapai walau macam mana keadaannye pun. InshaAllah..pasti ada jalan, selain doa agar sentiasa urusan berjalan dengan lancar.
5) Saat genting - 7 hari sebelum ride
Ishhhh..! diam tak diam dah tinggal 7 hari lagi sebelum fly ke KK. Paperwork satu belum buat. Bukan saje2 nak delay..tapi kitorg kekeringan info.
Stress?
Dengan masa yang suntuk..stress memey ditahap yang tinggi. Ape yang mampu kitorg buat skg cuma 'google' je..untuk dapatkan info. Ada jugak bertanyakan dengan beberapa rakan bikers yang berada di Sabah/Sarawak..namun diorg jugak kurang pasti.
Cuba lagi tanye dengan bikers kenalan FB..yang mana pernah nampak ride ke Kalimantan. Tapi...aku sangat2 frust dengan jawapan yang diberikan amat2 TIDAK membantu. OK fine..Sekarang baru aku paham, tak semua orang boleh berkongsi maklumat..aku pun tak taulah ape masalahnye. Mungkin taknak orang lain boleh sampai ke sana kot? kot laa..
So, tu antara perkara yang aku ingat sampai sekarang. Hilang terus respect kalo mcm ni la caranye..
baik..kite lupakan.
Hasil bertanyekan "Dr.Google" akhirnya, kitorg sikit demi sikit dapat info. Tak citer banyak..dari MAJLIS KESELAMATAN NEGARA(MKN) di Kuching, JABATAN PENGANGKUTAN JALANRAYA (JPJ) di TEBEDU..tak main email2 dah. Terus call jabatan2 ni. Masing2 ada percanggahan dari segi dokumen yang diperlukan. Last2, kitorg bagi satu cadangan agar MKN & JPJ berbincangan secara offline, kemudian bagitau kitorg ape dokumen2 yang diperlukan..hah! kan senang.
Nasib baik la Pegawai MKN tu betul2 bantu kitorg..banyak info2 yang diberikan untuk melengkapkan terus surat ke MKN, Kuching. Info tambahan, Surat Jemputan dari Bikers Kalimantan/Pontianak jugak perlu. Time ni kepala otak dah jammed! mana la nak cari kenalan bikers dari sana. Fuhhh..! Tawakal je la beb..
Ada lagi dokumen? ada lagi beb..ni belum lagi Surat Keizinan dari Kedutaan Besar Republik Indonesia. Wow..!! hampir2 kecundang ni beb kalo semangat membara untuk kesana takde.
Maka, jika disenaraikan surat-menyurat yang perlu dibuat:
1) Surat Kebenaran dari Majlis Keselamatan Negara (MKN)
2) Surat Sokongan dari Kedutaan Besar Republik Indonesia.
3) Surat Jemputan dari Bikers Kalimantan/Pontianak
4 hari lagi sebelum fly..aku gagahkan diri ke Kedutaan Besar Republik Indonesia KL untuk dapatkan cop/Surat Sokongan Memasuki Indonesia dengan Motorsikal.
Menunggu dengan penih debaran.
Satu lagi dugaan waktu ni. Surat yang dikeluarkan oleh MKN tidak boleh diterima pakai di
Kedutaan Besar Republik Indonesia KL. Sebabnye? Sebab..MKN hanya "cc" kan surat tu ke Kedutaan Besar Republik Indonesia Kuching sahaja..tidak termasuk di Kuala Lumpur. Maka, aku kene buat surat baru untuk Kedutaan Besar Republik Indonesia KL. Aduhh..! tension nih..! Dengan sabar..aku cuba jugak taip surat denga henpon cap ayam aku ni + email terus ke pegawai bertugas. Surat tu dah pun diterima melalui email.
Tapi..ada tapi pulakkkk. "Proses untuk meluluskan surat sokongan tidak boleh dilakukan dengan serta merta. Surat ini akan dibawa ke Wisma Putra untuk approval..lepas itu baru pihak Kedutaan Besar Indonesia mengeluarkan satu surat sokongan. Keseluruhannya mengambil masa 1 minggu" - kata pegawai tu.
1 minggu...! tinggal 2-3 hari lagi nak fly ke K.Kinabalu dah ni.. :(
Surat dari Konsulat Jenderak Republik Indonesia Kuching.
Pasrah..! balik dengan tangan kosong. Selebihnya..masih mengharap & tawakal. Andai ada rezeki..kitorg masuk ler ke Kalimantan. Kalo takde..back to plan A.
6) Penghantaran motorsikal ke Sabah
Sehari sebelum ride KEMBARA TRANS BORNEO bermula..urusan menghantar motorsikal di Transmile Subang. Flight ke KK dijadualkan berlepas pada pukul 1.00pagi esok.
Bergotong-royong ikat motor. Sedikit gambiran..
Lepas semua siap + pastikan semua ikatan pada motor adalah selamat. RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR dipindah ke tempat lain untuk urusan seterusnya.
Parking sini kot..
Transmile flight mcm ni kot yang akan terbangkan motor kitorg nanti..
Wokay...! selesai urusan pasal motor hari ni. Selebihnya, staff Tranmaile di KK akan uruskan bile sampai sana nanti.
Alrite..lega bela semua urusan selesai. ehhh..tak semua, Surat Kebenaran dari Kedutaan Indonesia masih belum dapat. Just wait and see lah nanti.. ;)
Ok beb..ni baru intro je. Panjang lagi stori de morinya. Harap bersabar..baca dengan tenang2 k..
So, untuk refresh laik ingatan pasal ride ini yang berlangsung pada 1-11 DEC 2013 yang lalu..korang boleh klik link dibawak "Live Update KEMBARA TRANS BORNEO".
LIVE UPDATE:
Day 1 - http://www.tayargolek.com/2013/12/kembara-trans-borneo-live-update-day-1.html
Day 2 - http://www.tayargolek.com/2013/12/kembara-trans-borneo-live-update-day-2.html
Day 3 - http://www.tayargolek.com/2013/12/kembara-trans-borneo-live-update-day-3.html
Day 4 - http://www.tayargolek.com/2013/12/kembara-trans-borneo-live-update-day-4.html
Day 5 - http://www.tayargolek.com/2013/12/kembara-trans-borneo-live-update-day-5.html
Day 6 - http://www.tayargolek.com/2013/12/kembara-trans-borneo-live-update-day-6.html
Day 7 - http://www.tayargolek.com/2013/12/kembara-trans-borneo-live-update-day-7.html
Finale - http://www.tayargolek.com/2013/12/kembara-trans-borneo-live-update-finale.html
Teruskan bersama TayarGolek.Com, kite sambung lagi nanti ..
Adios,
Han
7 comments:
Hoihh..ni baru preparation dh macam ni punye nebes wa tengok..macam-macam document kna prepare..belum ride lagi ni..adeii bro..looking forward for next entry ni...
ni 1st time kira moto naik belon kan?
nebes bro..hehe. Yup..1st time RED VERSYS naik belon :)
Salam Bro2 Bikerz...
Kami merupakan wakil penghantaran yang berpengalaman. Kami menguruskan penghantaran kenderaan ke Sabah dan Sarawak dengan harga yang cukup murah dan kualiti perkhidmatan yang terbaik. Ingin menggunakan khidmat kami atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di no 0112-8511549 En. Azman
Salam bro han,saya salah seorg pembaca blog TG.nak tumpang tanye,kalo kite tranfer motor ke sarawak/sabah naik kapal laut/kapal terbang,ade tips untuk motor x? Contoh 1) cabut wayar bateri 2) kosongkan minyak hitam 3) kosongkan tangki petrol. Betul ke bro han?
kalo ikut procedure (kapal terbang), wayar bateri kene cabut. Petrol pun kire 1/4 full tank je. Tapi masa kitorg ke Bornoe 2 tahun lepas..memey lupa cabut wayar bateri kihkihkih
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..