You Are Reading

2

Kembara Mengejar Sejarah (KMS) 7 Kedah : Lembah Bujang Part 2

TayarGolek.Com Monday, November 10, 2014
Yooossshh...!!

Salam Sejahtera..

Jumpa lagi dalam stori de meori KMS7@Kedah.
Pernah sampai ke Lembah Bujang? atau pernah masuk + tengok info2 yang ada dalam Muzium Arkeologi Lembah Bujang? atau pernah sampai Lembah Bujang tapi tak pernah sampai ke sini?

Kembara Mengejar Sejarah adalah satu2nye yang meng"EXPLORE" tentang satu2 sejarah disetiap negeri di Malaysia walaupun tidak secara menyeluruh. Unik tak ride ini? Yang tak menghargai pasti akan kata "boring"..yang minat pasti akan kata "walaupun duduk sini lama..tapi inilah kali pertama sampai. kalo takde ride mcm ni memang tak pergi punye..". That's a reality. Pengalaman yang lalu ada yang berkata mcm tu..so terpulang pada minat masing2 k. Esok..atau 10-20 tahun akan datang cerita tentang tempat mcm ni boleh share dengan anak cucu cicit :)

Ok..tu selingan jer k..

Sambung episod seterusnya. Kitorg akan masuk kedalam muzium dan tengok dengan bijik mata sendiri artifak2 sejarah ratusan tahun dahulu. Ini semua hasil kerja2 kuat dari pakar2 Arkeologi yang bertungkus lumus mencari dan mengkaji sejarah dahulu kala.


Jom..!

Banguan Muzium Arkeologi Lembah Bujang Kedah


Sudut lain..


owh ye..lupa nak bagitau. Ramai peminat kitorg kat sini waktu ni. Diorg tunggu dari semalam katanye..kikkikiki.

Takdelahh..diorg ni adik2 lepasan SPM yang sedang menjalani Kursus PLKN.


ok jom..gerak keatas..

 
Selamat Datang..



Lepas abis urusan dalam muzium nanti..baru kite akan tengok candi2 kat belakang muzium. Satu drp candi2 tu adalah yang asal. Ada 4 candi yang bakal kite tgk nanti..


Satu lagi arca berdekatan dgn muzium..



Apa yang kitorg tengok memula kat sini adalah PERAHU SAGOR. Sebuah perahu yang dibuat dari sebatang pokok balak yang ditebuk. Perahu tradisi ni digunakan oleh Masyarakat Kedah suatu ketika dahulu.

Jenis2 perahu yang dijumpai disekitar Baling, Kuala Ketil & Sg. Petani


Bentuk fizikal masih kekal..tapi dek kerana ditela usia & masa, ada sedikit kerosakan. Inilah hasil2 sisa/serpihan yang tinggal sebagai bahan pameran kepada pengunjung.


Merupakan pengangkutan utama pada Kurun ke-3 masihi.


Close-up skit serpihan Perahu Sagor



Terkedu..tak terkata diorg tengok perahu ni. Kagum sebab sampai sekarang masih menunjukkan bentuk fizikal dan size yang sebenar..


Sambil tengok..sambil bersembang. Bahan sejarah ni beb..mahal nilainya. Kalau tak kerana KMS7 ni..silap2 aku sendiri pun tak tau..

Ok jom..kite masuk dlm muzium. Ada aircond tu blh sejukkan badan skit..huiiiiiiiyo!

Muzium Arkeologi Lembah Bujang dalam tulisan Jawi.


Depan pintu masuk..kitog dapat melihat model "Mukabumi & Taburan Tapak Tanah Bersejarah


Boleh la nampak tag tempat2 bersejarah disekitar Kedah..contohnye: Pulau Sayak Kota Kuala Muda


Sebahagian suasana dan pandangan mata dlm muzium.


Info2 yang disediakan..


Pelabuhan utama yang disinggah oleh Pedagang dari India pada Kurun ke-3.




Sejarah & Pandangan LEMBAH BUJANG menurut ahli Pelayaran dari China


English version



 
Kite tgk skit hasil Penyelidikan Arkeologi Lembah Bujang


Cembol Seledon antara salah satu bahan sejarah yg ditemui.




Peta dan laluan yg digunakan oleh Pengembara Buddha ke Perairan Malaysia dahulu kala






  Peta laluan Kapal2 Dagangan dari Timur & Barat melalui Selat Melaka ke Kedah pada Kurun ke-4.


 Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai "Chersonese Aurea" pada tahun 1596. Haram tatau sebelum ni.. Good info






Lain2 bahan sejarah yang dijumpai disekitar Lembah Bujang oleh ahli2 Arkeologi


Ini info lanjut tentang  batu lintel yang ada..


Batu Lintel yang mempunyai pengaruh Hindu disebalik ukirannya



Lain2 gambiran..




Seterusnya... Candi Telaga Sembilan:
*layan gambiran dibawah




Pelapik Arca


Jenis2 Candi Telaga Sembilan


Candi Bukit Pendiat di Merbok,  Kedah


Kerja2 Penyelidikan Arkeologi suatu ketika dahulu


Nak cerita pasal candi &  batu serta arca memey banyak.  Boleh dtv sini sendiri dan lihat..


Asyik dgn bahan2 yang dipamerkan. Amacam? Syiok tak?



Tembikar/pasu yang berusia beratus tahun..


Model Candi Pendiat


Ni pulak gambiran sebenar Candi Bukit Pendiat




Gambiran sebenar + artifak yang ditemui.. Bukti penyelidikan yg dilakukan..


Model Candi Bukit Pendiat


Ganesha tanpa kepala di Candi Pengkalan Bujang



Arca Dewa Ganesha..


Serpihan/pecahan pasu di Candi Pengkalan Bujang



 Batu Bersurat..




Inskripsi Buddha-Gupta dlm bahasa Sanskrit. Infonya dibawah..



Size sebenar batu bersurat Buddha-Gupta


Infonya lagi.. Baca k. Bukti wujud hubungan internationale pd kurun ke-4 dan 5


Batu Bersurat Ibnu Sirdhan dalam tulisan Jawi. Kisahnya juga terdapat dlm Hikayat Merong Mahawangsa


Gambiran Batu Bersurat Ibnu Sirdhan yg ditemui di Kampung Tupah,  Merbok Kedah.



Candi Matang Pasir


Candi Bukit Choras


Info Candi Bukit Choras




Gambiran &  artifak Candi Pengkalan  Bujang



Gambiran &  Artifak Candi Bukit Batu Pahat





Zoom skit gambiran Candi Bukit Batu Pahat


Kendi dari tanah liat



Candi2 yang lain


Batu Berpahat @ Sg. Batu Pahat


Arca..


Batu yang dipercayai dari Candi Borobudur



Arca Dwarapala..

.. dan banyak lagi boleh kite tengok dalam ni. So,  ini cuma sebahagian je yg dpt aku kongsikan.

Seterusnya...
Duit atau matawang lama yang pernah digunakan dalam urusan baik Perdagangan mahupun aktiviti harian.



Duit Jepun yang bernilai 1/4 Rupee. Duit2 ni anda boleh membelinya dgn harga yang ditetapkan.. 



Selain tu sourvenir pun ada dijual.. Pun boleh dibeli. Kalo taknak beli,  amik je gambiran mcm aku buat.. Sepkos! Kikiki




Khai asyik betul belek2 duit lama. Memey tak pernah tgk la senang citer


Fridge magnet



Adimz telah membeli sekeping duit lama. Brp harganye bro?

Alrite.. Dh abis tgk artifak.. Candi.. Batu Bersurat.. Duit2 lama, kite tgk yang real pulak lepas ni.


Sebelum ape2..kite bergambiran dulu. Korang tak yah ler zoom in sampai max.. muka aku memey takde dalam ni.. Kikiki



Satu lagi k.. Menegak pulak. 

Ok.. Setel dah gambiran  dan info dalam Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Harap dpt manfaat dari sebahagian info yang dikongsika. Untuk melihat candi yang sebenar + replika.. Aku sambung lagi nanti k. 


Adios, 
Han


2 comments:

Pen Biru said...

salam. tuan ,mohon izin untuk kongsikan beberapa keping gambar milik tuan untuk entri promosi Discover Kedah 2016 di blog sy. sebagai tanda terima kasih saya akan masukkan link blog tuan di blog sy. jika ada sebarang bantahan, mohon tuan maklumkan sy di ruangan komen di www.penbiru.com. jazakallah

TayarGolek.Com said...

Pen Biru - silakan..

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com