You Are Reading

2

Kembara Mengejar Sejarah (KMS) 7 Kedah : Kota Kuala Kedah

TayarGolek.Com Thursday, November 13, 2014
Yooossshh...!!
Salam Sejahtera semua..

Kali ni aku menulis sambil menemani ibundaku yang uzur. Uzur disebabkan minor stroke. Buat masa ni adik-beradik aku bergilir2 menjaganya. Seperti menjaga anak kecil. Mudah-mudahan dipulihkan kesihatannye seperti sedia kala. Amin.

Kite teruskan stori de mori KMS7 lagi. Destinasi ke-2,  kitorg akan ke KOTA LAMA KUALA KEDAH. Kite akan menyelongkar serba sedikit sejarah di Kota Lama Kuala Kedah.

Jom.. Tayargolek ke sana..




Sebelum meninggalkan Muzium Arkeologi  Lembah Bujang,  kitorg sempat bersembang dgn penduduk tempatan walaupun sekejap. Abih keluaq loght utagha aku ni walaupun katanye ada bunyik siam.. Haha. Biaq pi la kan.. Choii

Now tayargolek time..

Kitorg ikut jalan dalam melalui Yan ke Alor Setar. Ikut kata adik2 &  abang2 tadi amik masa cuma 30minit ja dah boleh sampai. Inilah laluannye..


Persisir pantai di Yan, Kedah. Pernah gak lalu jalan ni dulu.. tapi drive ler. Dengan RED VERSYS.. 1st time :)
Bercorner-corner skit jalannye. Syiok layan jalan ni dengan gaya yang santai.



Selain tu,  kitorg berpeluang melihat pemandangan Gunung Jerai dari sini. Bak kata salah seorang reader di Putrajaya (Aizwan).. Kalo nak tengok view cantik jika dari arah Alor Setar ke Sg. Petani sbb viewnya lebih mengadap dari arah atas ke bawah. Ehh.. Korang paham ke dok ni...? Haha..


Disalah satu simpang ke arah Aloq Setaq


Real punya aksi ni..




Ini view tika dan saat ini..


Beberapa ketika,  kitorg dihadiahkan pemandangan sawah padi.. Sawah bendang yang terbentang luas. Hijau mata memandang..


This is Kedah man...!


Dengan keadaan jalan yang cantik.. Cuaca yang baik. We're so lucky..


Cubaan amik gambiran on the bike..



Abg Zaimi.. Waktu ni bwk ER6N ;). Kite tunggu next ride k..


Abah dgn gayanye..


Adimz dgn Pearl Versys..


Khai in action


Godang in action.


Griffin in action..

One more time ler..
Yeayeahhhh...!


View arah belakang pulak..



Khai..



Adimz..


Saari aka Abah..


Abg Zaimi.


Abg Halim aka Ha Lam Ya Min &  Kak Ros


Eiiii....Skali lagii..


Dipendekkan ceritanya,  maka sampai ler rombongan KMS7 dari KL di Kota Lama Kuala Kedah.


Inikah pintu masuk utamanye..




Bergambiran sat no..


.. Dan inilah dia Tok Wab Hussien dari Alor Setar yang turut serta KMS7. Bergambiran dgn Griffin tu.. Bukan senang nak dapat :)



Aku selfie skit je la.. Haha

Kitorg cukup beruntung sebab banyak info sejarah yang Tok Wan share. Nak tulis panjang sgt.. Tp memey inilah port atau jeti/kawasan yang memey termasyhur suatu ketika dahulu masa zaman British/Belanda/Jepun.


 Meriam yang digunakan masa zaman British


Bentuk meriam dari depan.. Masih berkeadaan baik


Ada sedikit infonya disini..


Boleh baca sendiri..sejarah tenang Kota Kuala Kedah yang dahulunya dikenali sebagai Kota Kuala Bahang.



English version.



Nanti kite masuk ke Muzium Kota Kuala Kedah..


Disebalik gambiran Meriam ni.. ada Rumah Api yang teguh berdiri dibelakangnye..


Disebalik meriam ini.. Ada Tembok Kota yang masih kukuh berdiri. Tembok ini adalah tembok asal..


Sedikit info tentang Meriam Replika Belanda 1849



Rumah Api Kuala Kedah



Selfie katanye..


 

Arah ke Muzium Kota Kuala Kedah




Huiii... Kene candid..!




Ahaa.. Wa candid lu balik..


Mcm pesen la diorg ni..



Disekelilingnya dipagari dengan tembok. Tembok ini dikenali sebagai Tembok Kota. Tembok Kota merupakan benteng pertahanan Melayu Utara Semenanjung Malaysia.



Bile bertanye pada Tok Wan.. Tembok Kota ni memey yang asal dari dulu lagi.

Info sejarah Tembok Kota..



English version.


Pandangan dari dekat Tembok Kota



Laju betui Tok Wan jalan.. tau2 kat sana dah..



Replika Meriam Belanda



Candid... Khai tgh khusyuk tu.. Jgn kacau



Meriam Belanda &  info.



Tengok ukiran pada meriam tu.. 1610



Gambiran... Hehe

Sebelum kitorang masuk ke muzium.. Take 5min dulu bawah pokok ni. Syiok woo.. Angin sepoi2..redup bawah pokok ni memey nallekkkk



 Candid...


Muzium Kota Kuala Kedah yang dahulunya adalah sebuah istana




Muzium Kota Kuala Kedah  &  Rumah Api Kota Kuala Kedah

Ok.. Jom kite masuk muzium.
 
Griffin 50-50..haha. NaK masuk ke tak.. Masuk  ke takk?.. "I malas la nak bukak boot.." Haha. Ayat yang sama dari KMS1 :p


@ MUZIUM KOTA KUALA KEDAH

Info pertama yang ada dalam muzium ni adalah Kacapuri yang bermaksud Pintu Gerbang yang mengadap ke Alor Melaka.  1970, Pintu Gerbang ini runtuh akibat dari ribut kuat.





Sebahagian keadaan dalam muzium.


Meriam Kecil.. Walaupun kecil tapi harganya bergantung size dan keunikannye.


Benet Jepun


Peluru Meriam yang dijumpai



Sebahagian ruangan muzium.. Ada cctv taww


Al-kisah sejarah Tentera Jepun di Kedah


Selain tu banyak cerita sejarah tentang tujuan Kedatangan Tentera Jepun ke Tanah Melayu &  Kedah.


Memey panjang ceritanya kalo nak tulis satu demi satu.. antaranya Kuala Kedah adalah tempat pelabuhan yang strategik lokasinya disamping dasar sungai/laut yang dalam. Maka,  tempat ni menjadi rebutan 3 penjajah (British,  Jepun & Siam) sebagai kawasan perdagangan.


Ni info Kota Kuala Kedah sebagai pusat perdagangan termasyhur..


Inilah gambar PINTU GERBANG BRITISH yang aku mention tadi


Pintu Gerbang British dibin setelah British berjaya menaung Kedah.



Satu lagi faktor Kota Kuala Kedah menjadi rebutan.. Sebagai benteng Pertahanan



Info Peperangan Kedah-Siam semasa Pemerintaha Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II



Perang Saudara & Krisis perebutan tahkta.


Salah satu hasil pendapatan Kuala Kedah adalah pajakan tiang utk menambat perahu serta ruang kapal



Bayaran pajakan sebanyak 1400 rial setahun utk tempoh 2 tahun.



Maklumat sejarah Zaman Pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah



.. dan banyak lagi info2 sejarah Kota Kuala Kedah boleh dioerolehi disini.  Datanglah.. baca sendiri


Sebarang kemusykilan atau apa bantuan boleh refer kat abg Sekuriti yang bertugas.


Tembok Kota dari pandangan dalam muzium



Dibahagian belakang muzium terdapat info tengan Pengenalan Sejarah Kedah termasuk beberapa peperangan saudara dan bantuan dari Bugis &  Aceh. Memey panjang.. Kitorg siap baring2 sambil membaca.. Haha
Lengoh tengkok..


Rupenya ada CCTV hahaha


Dari jendala.. kerja2 membaik pulih Kota Kuala Kedah


Ok.. Dah abis menyelongkar sejarah



Uii korang lagi... Untung la








Sampai tetido tido bang alim menghayati sejarah.. Haha


Santai2..rehat2 lepas eksplorasi muzium Kota Kuala Kedah



Beberapa minit lepas tu.. Kitorg chaltae
 
Pintu Gerbang

Cuaca panas..kerak teking.  Pekena air sejuk sat baq ang.. Syahdu


Terkedu aihh dengaq Tok Wan bercerita..


Terkedu punya terkedu.. Tetido Griffin pulak nye.. Hahaha

 


Alrite geng.. Kitorg nak dgr Tok Wan stori de mori pulak. Kitorg sembang2 sat peh tu kitorg chaltea..!

So kemana lepas ni? Sama2 kite tunggu sambungannye nanti ye. Dah gi buat keje dulu :p

Jumpa lagi nanti..

Adios,
Han











2 comments:

Hasmizal said...

Selamat datang ke Kedah Darul Aman...

TayarGolek.Com said...

Terima Kasih bang Hasmizal

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com