Yooosshhhh…!!
Jom..jom layan lagi sambungan citer ‘tayargolek’..
Hujan yang tadi reda tiba-tiba bertambah lebat ketika berada berhampiran dipersimpangan Kuaters KLIA-Sepang. Memang lebat giler lah!! Ape yang penting ketika ini, faktor keselamatan tetap diutamakan seperti konsentrasi yang lebih, menunggang dengan lebih berhati-hati, jarak yang selamat antara satu sama lain, menunggang dengan perlahan dan tidak membahayakan rakan yang lain. Apa yang kitorg harap dalam perjalanan ketika ini “biarlah lambat asalkan selamat”. Dengan penuh berharap agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Al-maklum ler jalan licin beb..
Semasa ke Simpang Sg.Pelek, perjalanan kami memang agak perlahan sedikit disebabkan kenderaan lain yang agak banyak, dgn jalan yang sedikit berliku dan berbukit agak menyukarkan kami memotong kenderaan-kenderaan beroda 4. Banyak pulak kereta..nasib baik, ade juga pemandu kereta yang bersimpati lalu memberi ruang untuk kami memotong dengan selamat. Setelah hampir beberapa kilometer dari RV Point, berakhirlah “ride mandi hujan” keadaan cuaca mula bertambah baik dan keadaan jalan yang kering..kawasan tu tak ujan lagi.
Ermm..nak gantung camera ke tak erk? Aku memilih utk membiarkan camera tersimpan baikkk dalam pouch. Takut tetiba hhujan beb..!
Nasib baik Aji KTM dpt jugak shot 4-5 keping gambiran “on the biking”. Lepas tu camera Aji mula buat hal..ape2 pon Thanks byk2 Aji sudi sedekahkan pics skali lagi utk TayarGolek.
Kalo tak silap aku, masa ni kitorg dari simpang Sg.Pelek menghala ke Port Dickson..
ehh..pic aku lagi? hhehehe..Jalan yang kering dan cuace yang cerah. Time ni semua KeTaM dah hilang kat depan dah. Yang tinggal Aji KTM jer..camner plak aku blh tau?? Lorr pic ni dia le yang amik..huhuhu
Ramai2 escort Kak Gig sepanjang jalan..Asben Kak Gig (Bro Syed) tetap berada dibelakang kitorg semua. Sweeper beb..stended ler! hehehe..
Baru jer cakap cerah tadi..tu tgk tuu! Dah mulo golap tu..
Setelah hampir 30 minit perjalanan, kitorg telah pun sampe di Port Dickson. Kat sana beberapa buah lagi motorsikal telah menunggu. Aku rasa ni group yang gerak lebih awal kot?..nak elak ujan punyer pasal kot?? Jadi, kami semua berhenti jap di hadapan Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson menunggu geng yang tadi bersiap-siap dgn ‘riding gear’nya.
Di sini sempat ler aku amik beberapa keping gambiran. Layan jer ler gambiran kat bawah nih..nak citer ape pon aku tak tau..hehehe
Usin KTM & Yop - “kite nak start ‘mengetam’ kat mana ni Yop?”
Bro Syed “ amik gambo rupernya..ni kompom ni muka aku masuk TayarGolek.Com. Silap2 masuk Majalah gak nih..”
Cool jer bro2 kite nih…tp dalam hati “ mana ler diorg ni??..
Ehmmm..! ni le rupe side mirror “street fighter” yang dah lama aku beli, tp baru jer 2-3 hari pasang. Blh nampak belakang ker?? Bolehhh..kepompom nampak..tp aku nasihatkan “Jgn pandang belakang..”
Lepas tu camera aku simpan balik dlm pouch..manalah tau tetiba hujan nanti, takut tak sempat nk simpan jer. Ok diorg yg kitorg tunggu dah pon sampai..masa utk ‘tayargolek’..
Jumpa lepas ni la yer..kitrg nk sambung balik ride ni. Jumpa kitorg kat Kuala Sg Baru nanti..
Adios,
-Han-
3 comments:
Buzz,
bro..lawa lah side mirror tu..moto2 naked ni klu pki side mirror tgi2 tak cantik..keep it up bro..
Best tul banyak gambir ni, memang berbaloi-baloi abang Han pakai G11.
abang han????hak..hak..hak..
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..