You Are Reading

3

Dokumen ke MYANMAR dari Ranong

TayarGolek.Com Thursday, November 29, 2012
Yooooossshhh...!
Salam Sejahtera semua..

Skg aku dalam mood cuti bersama family. So entry hari ni pun agak simple..tp agak berguna buat korang yang berhajat untuk ke sana.

Sebenarnya masa entry ride ke Kawthaung,Myanmar baru2 ni..agak ramai yang bertanya soalan yang agak sama. Semua nak tau detail cara masuk ke sana. Hmmm..rupe2nye blog aku ni tak cukup detail kot?

Aku rasa info tu dah cukup..dah terang + gambiran lagi. Tapi..aku letih le nak layan soklan yang sama..nak ulang benda yang sama. Ok laaaa..aku try bg step n cara yang simple.

Prosedur ke Myanmar dari  Ranong, Thailand:

1. Masuk ke Thailand melalui mana2 border. Dokumen perlu ada spt passport, geran motor, white card(arrival / departure) dan insurans Thailand.

Nota: Untuk memudahkan urusan keluar masuk Myanmar nanti, kitorg prepare 2 keping white card.


2. Selesai urusan border di Thailand, kat tangan kite akan ada passport, geran motor, white card (depature), insurans Thailand dan salinan surat dari pihak Kastam Thailand.
So skg setel urusan masuk dan domumen ke Thailand.


3. Nak masuk Myanmar - kene masuk dari Andaman Club Ranong.


4. Tiba di Andaman Club Ranong, korang kene ke kaunter feri Andaman Club Ranong untuk prepare dokument atau border pass atau permit masuk ke Myanmar.


5. Pihak Andaman akan sediakan semua dokumen termasuk tiket feri pergi dan balik. Korang cuma perlu bagi passport + bayaran sebanyak 850THB.


6. Lepas siap dokumen tadi bersama passport, korang kene ke bahagian Jabatan Imigresen pulak utk cop passport keluar dari Thailand. Time ni, white card(DEPARTURE) akan diambil.
Siap urusan..tunggu feri sampai ler.


7. Bile dah naik feri, Korang akan dibawa ke Andaman Club Myanmar. Masa dijeti..urusan passport untuk masuk ke Myanmar dilakukan disini. Bagi je dokumen yg Imigresen Myanmar mintak.


8. Untuk ke Victoria Point atau Kawthaung, korang akan dibawa ke hotel Andaman Club Myanmar. Kat sana boleh tnye detail dibahagian reception untuk pakej ke Kawthung. Bayaran adalah sebanyak 390THB seorang utk min 6 orang. Kalo jumlah penumpang kurang dari 6org..so kene bayar double seorang.  diorg akan sediakan tour guide.

Setel urusan tadi..korg kene ke jeti semulaa utk naik feri ke Kawthaung. Takde ape2 dokumen lain kat sana.



9. Katakan korg dah setel tour..masa utk balik semula ke jeti Andaman Club Myanmar untuk cop passport keluar ke Myanmar. Diorg akan bagi white card kalo tak silap. Tapi..kes kitorg haritu dh amik siap2 2 keping white card..so time ni le gunanya. Tak perlu isi ape2 dah..



10. Balik semula ke Ranong - sama procedure masuk ke Thailand. Kene cop passport dan bagi white card (arrival n depature). So..siap urusan korang akan dpt balik passport dan white card ( depature) .
..dah setel. Pastu blh sambung ride korang.

Harap semua clear..





Adios,
Han

3 comments:

Anonymous said...

Mekaseh bro...cukup detail dah ni..nanti kalau i pergi Ranong i belanja ole-ole yer...:-)

TayarGolek.Com said...

hehehe..bedal je ler

Unknown said...

Senang jer...hehe..

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com