Yooossshhh..!
Salam Sejahtera semua..
Kite bertemu lagi dalam stori “masuk ke Kawthaung, Myanmar”. Episod yang lepas, kitorg dah pun selesaikan urusan “Tour Guide” yang akan bawa kitorg ke Kawthaung, Myanmar aka Victoria Point.
Dalam misi masuk ke Kawthaung ni, tempat pertama yang kitorg akan pergi nanti adalah “The Statue of King Bayint Naung”.
Stori..
Kira2 pukul 11.30 (local time), feri yang akan bawa kitorg ke Kawthaung dah pun berada dijeti.
“Ok sir..the ferry is now ready. We’re going to Kawthaung now..or Thai people say “Kossong”” kata mamat tor guide tu. Ntah betul ke idok teman ngeje “Kossong” tu..haha. Hentam saje lah labuu..!!
Jommmmm..!!
Kitorg mula melangkah kaki masuk ke dalam feri. Feri punye le beso..tapi 3 org passanger jer? hehehe..
Captain..!!
Cuaca time ni? Boleh tahan gelap jugak mendung time ni. Hujan turun since kitorg kat hotel lagi. Tapi tu semua bukan hal besar beb..misi kene teruskan! Masa yang ada agak limited..so? go ahead!
Feri mula beredar dari jeti. Skg kitorg dah hampir berada di tengah2 antara Thahtay Kyun – Kawthaung. Teruja beb..al-maklum ler, plan ride yang adhoc hampir2 menjadi kenyataan.
Meh kite layan sama2 suasana atau keadaan semasa kitorg menyeberangi Laut Andaman ke Kawthaung.
Semakin hampir..aku jangkakan kat sana memey tengah hujan.
ok..kite close up skit view disebelah hujung pulak
Dari sini dah boleh nampak pagoda..
View Thahtay Kyun dari tengah laut Andaman
Nampak macam dah dekat..tapi tak sampe2 dari tadi..fuhh! walaupun hujan + awan mendung, so far air laut agak tenang..
Aksi nelayan dgn longtail…eh nelayan? ntah ler..
yoosshhh…! sikit lagi mau sampe dah..
kat tepi laut pun ade temple atau lebih dikenali dgn nama pagoda..
Feri dah slowdown..maka bile2 masa je lagi kitorg akan sampai di jeti @ Kawthaung, Myanmar….wihuuuuu!!
opppss..! ingatkan feri ni nak parking sini..sekali ‘tipah tertipu’ laaaaaa…hahaha
Signboard Kawthaung dah mula kelihatan. Ini lah bukti bahawa kitorg semakin hampir dengan tanah besar Myanmar. Bile2 masa jer lagi, 3 pasang kaki rakyat Malaysia akan menjejakkan kaki di BUMI MYANMAR..
Bangunan apakah?
…..WELCOME TO REPUBLIC OF THE UNION OF MYANMAR..
ahaaa…! ni lagu tepat.
Akhirnya..setelah beberapa minit..brp minit erk?lupaa laa..kitorg selamat menjejakkan kaki di Kawthaung, Myanmar. Cuaca masih lagi hujan renyai2..nasib baik mamat Tour Guide tu bawak payung. So, gambiran time ni..camera kitorg terselamat dari terkena titisan hujan..
Gambiran jap..Snooke, Griffin dan aku (Han) – ketika di jeti yang merupakan pintu masuk utama ke sini. Muka puashati beb..! memey berbaloi..17jam ride dari KL – Ranong..phiewwwww!!
Lepas tu apa kene buat?
@ Kawthaung Immigration..ekceli takde kene buat ape2 pon. Tapi nampak mcm mamat tour guide tu tengah discuss something? yang tu urusan tour guide punye hal..itorg dah bayar mana2 charge yang dikenakan..so bile kat sini, kitorg tak perlu amik tau ape2 urusan seterusnya..
Mungkin tengah kawtim kot?..kot laa..hahaha
Motor untuk disewa? sedap gak dapat lenjan motor ni kat sini..hehe
Serba sedikit suasana disekitar Pejabat Imigresen..
Apa yang aku cuba share kat sini..mcm ni ler bentuk bangunan..keadaan jalan utama dan suasana disini. Takut? memey sedikit ada perasaan tu..tapi no worries, tour guide ada..dia boleh spikang ler dgn orang dia nanti kalo ape2 hal terjadi..
Satu lagi pasal perbezaan antara rakyat negara Myanmar & Thailand. Jika di Thailand, korang akan rasa lebih selamat. Ditambah pulak rakyat warga Thailand ni lebih friendly, helpful dan anytime boleh nampak diorg senyum. Berbeza pulak dgn rakyat warga Myanmar..diorg ni lain skit. Bile ushar kitorg ni mcm kitorg ni “makhluk asing” atau “alien” org kampung aku panggil. Dari jauh diorg akan perhatikan gerak geri kitorg…perghh! pelancong asing la sangat kannnnn…hehe
Alrite..urusan mamat tour guide & Imigresen tadi dah clear. So skg, kitorg akan naik ‘tuk tuk’ untuk memulakan ‘tour’ di Kawthaung.
Dah pun naik ‘Tuk Tuk”..sat lagi nak tayargolek dah. Pic by Snooke
p/s: mak aihhh..gambiran aku tu dah mcm tauke mesin kuda la pulaka..hahahhadehhh
Tayargolek time! masa ni kitorg dalam perjalanan ke King Bayint Naung Statue. Rasa mcm pelik pulak..awat? yer laa..kat sini kene guna lane kanan..hehe
Tudddiaaa aihhh..! pekan Parit Sulong lagi maju ler ;)
Hampir kire2 10minit tayargolek dgn ‘tuk tuk’ tadi..kitorg dah pun sampai ke destinasi pertama. Gambiran aga limited skit sebab hujan dah mula sedikit lebat. Takut nak amik gambiran..kang jadi peristiwa mcm cross Sungai Mekong suatu ketika dulu..camera rosak!
@ KING BAYINT NAUNG STATUE
King Bayint Naung Statue
King Bayint Naung Statue dari arah depan.
Menurut mamat Tour Guide tu kata – sejarahnye dulu King Bayint ni ada 44 orang isteri. Isteri tau..buan gundik..bukan awek..bukan skandal atau sewaktu dengannye.
p/s: agak2 nye..macam mana ler jadual pembahagian ‘tugas’ tu kan? hik..hik..hik..
Close up skit..nampak jelas uiran raut wajah seorang Raja suatu ketika dulu..
Nah..info dalam tulisan Myanmar. Ada sape2 paham? aku memey ler tak paham langsung.. :P
Era 1551 – 1581..30 tahun memerintah.
Info lain:
1564 - Bayint Naung (according to Siamese sources: Bhueng Noreng) lays siege to the Siamese capital of Ayutthaya, until it surrenders to the conditions of the Burmese. The Siamese Princess Suphankalaya and Prince Naresuan, were abducted to Myanmar, as well as thousands of people and a number of highly valued white elephants.
1569 - Bayint Naung was forced to invade Siam again, leading an army of 200,000 men. After a siege of seven months Ayuthaya was taken by force. Other states on Myanmar‑Chinese border and Manipur, now part of India, paid tribute to Myanmar.
Bago was its capital. However, after King Bayint Naung's death, the Empire fell apart eventually.
Source: http://www.myanmar-image.com/myanmar/history/brief/
King Bayint Naung Statue – siap sepenuhnya pada 22 Nov 1994
Gambar penuh dari belakang
Alrite beb..diam tak diam dah 15-20 minit kitorg kat sini. Berhujan-hujanan di Bumi Myanmar..haha. Rasanya elok beno ler kot kalo kitorg teruskan ke destinasi ke-2.
Tapi sebelum bagi green light kat mamat tour guide tu..kitorg bergambiran jap. Kene mintak tolong kat mamat tour guide tu le amik gambiran. Pic by Snooke.
..last but not least, amik skit gambiran view yang menyentap jiwa seeping. Pemandangan indah dari tempat berdirinya patung Raja Bayint Naung. Nice kan? nasib baik cuaca kurang mengizinkan..
So kemana lepas ni? Destinasi ke-2 selepas ni, kitorg akan ke Pyidaw Aye Pagoda.
Jangan kemana2..tunggu update seterusnya seketika nanti.
Adios,
-Han-
1 comments:
Hamboi tersenyum pnuh makna u all bertiga depan patung king Bayint Naung yer..jgn jd idola dh ler yer..huhuhuu
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..