Yooossshhh..!!
Salam Sejahtera semua..
Jumpa lagi kite @ Phuket.
Next..! destinasi seterusnya kitorg akan pergi ke “Big Buddha” pulak. Jarak dari Karon View Point ke Big Buddha kire2 13KM jer. Naik pulak teksi yang berhawa dingin..phiewww!
Terpaksa ler mengambik gambiran “on the taxi” le gamaknye..hehe. Skg on the way ke Big Buddha Phuket. Kitorg mula jauh dari Patong Beach..trafik pun ok jer..berjalan dengan lancar.
Dipendekkan cerita (sekeping je gambiran “on the taxi”..cukup le)
@ BIG BUDDHA PHUKET
WELCOME TO BIG BUDDHA..
Ade sejarahnye tempat ni. Info pun ade kat pintu masuk. Tapi malas ler nak citer pasal sejarahnye..hehe.
Jom masuk ke dalam..
Amik gambiran skit bendera Thailand tu..
wihuuuu..! gong besar nih. Bile aku nampak Gong ni..teringat masa mencuba nasib membunyikan gong di Floating Market, Hat Yai.
Blh refer sini: http://www.tayargolek.com/2011/08/part-2-ride-koh-samui-hat-yai.html
So, Griffin cuba mengimbau kenangan lalu..kat Hat Yai, Griffin berjaya munyikkan gong tu sampai bergema satu Hat Yai (dapat gelaran boleh jadi orang Hat Yai..hehehe). Tapi..@ Phuket, GAGAL..hahaha. Cuba lagi dilain hari yer bro.. :P
Mcm susah jer nampak nih..try jugak ler! :D
AKu pun mencuba jaya jugak..hmmm..hampir2 tapi tak boleh berdengungggg jugak! so..GAGAL!! hahaha. Memey tak sama mcm Hat Yai punya sebab nipis. Rasanya ni replika je kot? kot laaa..
p/s: alasannnn…tak tak boleh munyik kata gong ni nipis la..apa laa..kahkahkah
Skali toleh..diorg dah hilang dari pemandangan.."Uikk..! mana pulak diorg ni?”
Aktiviti hari ni agak santai..aku mulakan skit demi skit gambiran sekitar tempat ni.
Big Buddha yang sedang dibaikpulih.
Close up skit. Cer tengok pekerja kat atas tu..dah mcm semut pulak saiznye berbanding patung ni
Didepannya ada lagi beberapa statue. Memy ramai yang amik gambiran time ni. Nak dapat gambiran tanpa gangguan model2 berposing kat depan ni agak susah skit..
Lepas sorang..dua orang lagi block view depan ni. Lepas tu..sama gak..haiiyooo..!
Copek ler skit uiii amik gambiran tu..orang lain pun nak amik jugak… adeii!
Lama gak nak tunggu sampai clear. akhirnye..dapat jugak! phiewwwwwww..
Layan view jap..
view yang korang nmpk skg ni berada bertentangan dgn BIG BUDDHA ni. So, bukan setakat dapat tengok big buddha..korang blh jugak layan scenery yang cantik dari sini..
View di sebelah kiri (tempat aku berdiri)
Zooom out skit..
Setakat ni..cuaca masih lagi baik. Cerah..takde tanda2 nak hujan. Harap2 ok lah kot…
Skg aku nak masuk ke dalam. Griffin & Snooke aku tak tau kat mana diorg skg. Tapi..somewhere kat sini jugak.
p/s: kalo korang nak masuk kesini terutama pompuan yg pakai short ke..skirt ke..kene sarung kain mcm dlm gambiran ni ;)
Banyak patung2 pelbagai saiz ada kat sini. Sememeynye untuk dijual.
Serba sedikit keadaan dalam ni. Banyak info2 yang diberikan kat sini. Kalo masa tu banyak, boleh ler belek2 semua..
Bersalut emas..
Kat sini pulak..boleh nampak duit2 Baht bergantung-gantungan diranting2 pokok. Ape yang aku faham..mungkin kepercayaan penganut agama Buddha, boleh berdoa dan membuat sesuatu hajat.
Kite tinggalkan pokok tadi. Skg pulak..ini merupakan upacara sembahyang atau doa bersama Sami2 Buddha.
Tak lama pun kat situ, cukup amik gambiran pastu aku keluar ke bahagian belakang pulak.
Kemana pulak ni?
Jomm..!
Dibelakang bangunan tadi ade satu pintu keluar yang membolehkan para pelancong/pengunjung ke atas bukit. Tapi kene naik anak tangga mcm ni ler. Skg ni aku dah kat 2nd stage :)
Meh panjat tangga…errkkk!
Sampai dah dipuncak bukit. Dari sini..kelihatan deretan bendera2 negara Thailand dan lain2. Berkibar2 bendera ru kene tiupan angin..
….dan aku tergamam sekejap!
Jauh perjalanan..luas pemandangan + luas pandangan. Terbentang luas keindahan pemandangan laut dari atas bukit. wihuuuuuuuuuu..!!
..view disebelah kiri pulak. Memey syiok beb..!
Kene candid - aku dah kata..Snooke cari point nak bahan aku nih..hahaha
..dan BIG BUDDHA STATUE dari jarak dekat,,
bersebelahan dengan Big Buddha
Dengan langit kebiruan waktu ni…kepuasan mengambil gambiran dgn cuaca yang baik :)
Loceng besar @ Big Buddha..
Keindahan pemandangan diantara 2 bendera..
..lebih kurang sama mcm tadi..hehe
bukit-bukau nun jauh disana..hijau skit mata aku. :P
ok la..atas paksaan, aku bergambiran solo jugak akhirnyee. Gaya-mutu-keunggulan-memey tak bleh blahh..hahaha
lama jugak aku (Han) dengan Snooke lepak kat atas ni. Griffin? dia kat bawah je. Last gambiran, sebelum turun ke bawah..
Upacara keagamaan masih berlangsung..
Model/pelan kedudukan Big Buddha Phuket.
Ok la beb..masa untuk keluar. Lebih kurang 30minit jugak kat sini.
Met new frens with ATV :)..
Tayargolek time..!! yihaaaa..!!
Amacam? tergoda tak dengan view menarik dari atas bukit tadi..? hehehe
ok..lepas ni ke mana? Destinasi seterusnya merupakan destinasi terakhir dalam misi ‘tour’ di darat.
Tunggu sambungannye nanti untuk destinasi ke-3… ;)
Thanks for reading :)
Adios,
-Han-
0 comments:
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..