You Are Reading

0

Phuket - KL

TayarGolek.Com Wednesday, November 28, 2012

Yooosssshhh..!
Salam Sejahtera semua..


Entry kali ni merupakan episod akhir dalam ride 'adhoc' ke Ranong - Kawthoung, Myanmar - Phuket. 4 hari 3 malam kitorg ber-3 cuba memastikan misi ride ini berjaya. Alhamdulillah..so far semua ok, kecuali RED VERSYS ada masalah teknikal skit. Tapi masalah tersebut tak mengganggu kelancaran ride ni..cuma hati risau tu ade la skit.

Tak banyak aku nak stori untuk episod akhir..hanya serba sedikit perjalanan pulang ke tanahair melalui Sadao-Bukit Kayu Hitam. Perjalanan dihari ke-4, kitorg akana memulakan perjalanan dari Phuket - Sadao sejauh 520KM. Selepas tu, kitorg akan sambung lagi perjalanan dari border (Sadao) melalui Bukit Kayu Hitam ke rumah masing2 dengan jarak sejauh 530KM lagi. So total perjalanan di hari ke-4 dianggarkan sejauh 1050KM.

Macam jauh le pulok time nak balik ni kan?? masa pegi rasa2 mcm dekat jerr..hahaha



Jom..aku share skit perjalanan dihari ke-4. Sama2 kite rewind balik ride ni bertarikh 17 Oct 2012.

--stori--

Malam tadi kitorg semua tido awal..lepas kepenatan seharian pusing Phuket. So pagi ni, semua muka fresh! Bekfat (breakfast) kitorg amik kt hotel jer sebab malas nak keluar. Bukan tu jer..kebanyakkan kedai2 muslim bukak sekitar 9.00pagi. Jadi..masa adalah faktor utama kitorg terpaksa breakfast kt hotel dengan bayaran 250THB :(. Tak kisah la tu..yang penting, boleh breakfast sekitar 7.00pagi (local time).


15 minit sebelum 9.00pagi (local), kitorg semua dah ready untuk sesi persiapan & panas enjin sebelum tayargolek.


DSCN1566

GPS set! 520KM kene redah sehingga ke border. Harap cuaca baik sepanjang perjalanan dan lancar dari segala masalah.





DSCN1567

Sekeping gambiran sebagai detik2 terakhir sebelum meninggalkan perkarangan Patong Beach Lodge, Phuket. Phiewwww..! berpeluh dah ni..debaran semakin kencang. Relax..! walau mcm mana situasi..kite kene relax..! :)

"ehhh..Snooke, ko tak spray rantai ke?" aku tanye kat Snooke.
"hahaha..awal2 lagi aku dah spray..kang lewat2 sure ko amik gambo..haha" - bijak..bijak ko Snooke..!! :)

Tepat 9.00pagi, seperti yang dirancang untuk perjalanan dihari ke-4..kitorg selamat memulakan tayargolek dengan 'on time'. Yes! disiplin masa beb..!


DSCN1568

Tayargolek time..!! Cuaca yang baik dipagi hari..yes!! mood pun OK ler..



DSCN1569

Mula meninggalkan kawasan parking hotel. Suasana pagi agak sunyi skit hari ni. Err..eh sama mcm semalam le..sunyi. Kenderaan pun kurang..



DSCN1570

Dipersimpangan dilema ke jalan utama...errr kiri ke kanan? of cozz ler kiri..hehe




DSCN1571

Mula2 tadi nampak macam lengang je main road ni. Skg..agak busy skit. Kalau nak compare waktu kemuncak..skg ni lebih baik.




DSCN1572

Perlahan-lahan melalui jalan utama @ Patong Beach. Kitorg kene buat u-turn sebenarnya untuk keluar dari Phuket. Sambil2 tu..tercapture aksi penunggang jetski kat atas jalanraya..hehe



DSCN1573

oppsss..! apakah?? owhhh..takde ape..ntah ler lupe dah nak tanye :)


Selepas beberapa ketika..kitorg dah pun masuk jalan potong untuk ke jalan utama ditepi pantai.

DSCN1574

Gambiran demi gambiran aku snap untuk dapatkan moment kitorg sewaktu berada di jalan pantai. Apa yang dapat diperhatikan kat sini, banyak motor2 atau kereta untuk disewa. Harga kereta tak sure berapa..tp kalo motor sekitar 200THB sehari.



DSCN1575

Pantai yang sunyi..belum ada lagi pengunjung nye..err still to early kot nak berjemur..? kot laaa..hehe




DSCN1576

Tiupan angin pantai kadang2 kuat..kadang2 tak rasa langsung. Hmm..rasa angin naik motor lagi best ;)


Suasana lengang dijalan tepi pantai sekitar Patong Beach..syiokk! Kitorg boleh bawak dgn relax lagi..









DSCN1579

Patong City..




DSCN1580

ok..ni last gambiran sekitar Patong Beach. Lepas ni kene concentrate skit sebab kenderaan mula banyak + trafik agak busy dilaluan keluar ke Jambatan Phuket.




DSCN1581

Dipendekkan cerita..untuk keluar ke Phuket, kitorg akan melalui jalan bercorner..corner tajam..corner pendek semua ada. Bagi mereka yang dah pernah sampai sure tau situasinye mcm mana. kalo nasib tak baik..terpaksa menunda kenderaan berat memanjat bukit yang tinggi. Gambiran yang aku dapat capture ni adalah salah satu corner ketika menuruni bukit. Ni aku boleh katakan..corner ni still ok. 




DSCN1582

Terpaksa follow bas masa menaiki bukit + bercorner. Griffin & Snooke - diorg sempat overtake sebelum corner ni. Aku? hehe..tak sempat bang..dah dekat beno corner tu..




DSCN1583

Corner lagi..cari peluang je nak potong bas kat depan tu..



DSCN1584

Akhirnya..dapat jugak potong bas tu. Satu lagi hal...dah start busy dah trafik kat Phuket ni. Banyak traffic light kene redah..


Satu per satu traffic light kitorg redah, sebuah demi sebuah kereta kitorg cilok + overtake.
p/s: Kat Thailand pon kitorg terpaksa mencilok tau..so far pemandu kat sini kebanyakkannye memberi ruang yang selesa untuk penunggang motorsikal memotong..walaupun CC kenderaan diorg lagi ler beso2 dari kenderaan Malaysia. Ini ler yang aku kata "give & take" sesame pengguna jalanraya.. ;)


@ Phuket Bridge

DSCN1585

Akhirnya..keadaan amat lancar ketika sampai di Jambatan Phuket.. wihuuuuuuuu..!! Masa sampai Phuket haritu dah malam..tak nampak ape sangat ler..

Jom..ushar view sekitar jambatan Phuket ni..



DSCN1586

Jambatan yang dibina untuk kemudahan orang ramai ke Phuket. Pemandangan luas terbentang ketika menyeberangi laut..wihuuuuuuuu..!



DSCN1587

Menyeberangi lautan - Andaman Sea



DSCN1588

View disebelah kanan pulak..



DSCN1589 

Memula aku mcm nak berhenti jap kat atas jambatan ni. Amik ler gambiran sekeping dua..tapi lupa nak bgtau awal2 kat Griffin..next time lah! ye la tu next time... :P



DSCN1591

Selamat menyeberangi Laut Andaman..



DSCN1592

Jalan lengang abis!! syiol beb..kat sini jer kitorg boleh layan speeding skit. Skit jer..bukan meroket betul2 pun.. ;)



DSCN1593

Kene slow down pulak aihh..corner tuuu..!



DSCN1594

Cuaca agak mendung skit time ni..mendung skit takpe jangan hujan dah ler. Bukan risau pasal basah ke tak..cuma risau pasal jalan licin dan jarak pandangan agak terhad jer..



DSCN1595

Still on the bike..menuju ke arah Phangnga - Phattalung. Jalan yang memey terbaik..memey cantik!! Tu sebab ramai bikers suka ride ke Thailand. Scenery + jalan yang cantik..view satu2 tempat tu agak berlainan..dan pemandu2 yang bertolak ansur (kalau dah nampak ade motor kat belakang..diorg bagi laluan..)


DSCN1596

..skg dah pun sampai ke simpang Krabi..


@1st pit stop

Hampir 150KM on the bike..kasi stop sekejap lah. Kite kasi refresh balik energy..tegakkan semula urat2..break time..!

P1030619

Kitorg berhenti rehat disatu tempat..looks nice siap ada parking some more. Tapi..masa nak parking motor tu aku perasan ada Kereta Polis Thailand. "ehh..ade kete Polis pulak kat sini..? ahh bedal jer ler.."



P1030618

Nampak signboard "Coca-Cola" tu..ingatkan ade ler kedai. Bleh pekena air sejuk..hhehe






P1030621

Keluar je dari simpang tu..terus parking kat sini..




P1030622

3 buah motor tengah berehat. Cer tengok gambiran ni betul2...kitorg mcm sedang diperhatikan..


P1030623

Uiiik? ni port Pak Polisi ke?






DSCN1608

Tiba2..datang salah seorg anggota Polis tu..dok belek2 si RED VERSYS ni. "Errrr...ade masalah ke? setau aku tadi takde pun buat kesalahan trafik.."




Alamak..! kene kerumun.. Ape salah aku weeiii..? Polis2 semua datang kat motor aku..nak buat spot check! masalahnye motor aku je ke???



DSCN1607

Seee..? POLICE..


Takde la beb..aku tak kene ape2 pun. Takde buat kesalahan jalanraya tidak sama sekali. Sebenarnya, tempat kitorg berhenti ni rasanya mcm "Pondok Polis" ler.  Kitorg pun tak tau..main berhenti jer..

So anggota2 Polis yang kebetulan ada kat sini..diorg ni amik peluang ler bergambiran..

Jom tgk gelagat2 diorg..



DSCN1605

Memula malu2..ni gambiran aku candid dari jauh skit.





DSCN1606
Ntah ler ape yang ditunjuk tu? motor lama je ni..







P1030624
Ni betul2 kejadian..1st time dalam hidup aku ride baik di Malaysia atau kat Thailand, Balai Polis atau Pondok Polis kitorg jadikkan port berhenti rehat..! ahahaha.. korang ade?? :P







P1030627

Tuddiaaa haiiiihh..! bukan stakat gambiran dgn motor jer..siap pinjam helmet skali.



P1030628

Dari tahun lepas lagi aku cakap..FJR ni memey ramai peminatnye. Ade 2 Versys kat sini..semua dok tuju kat FJR tu...huhuhuuuu


Alrite geng...15minit dah. Masa untuk menyambung tayargolek lagi. Pengalaman berhenti rehat di Balai/Pondok Polis tu memey bukan dirancang..pengalaman yang best!!


Dipendekkan cerita..beberapa jam lepas tu.



DSCN1598
Skg kitorg dah pun sampai disekitar Phattalung. View yang syiok kat Phattalung ni adalah bukit2 batu kapur tu..



DSCN1599


So sepanjang ride ni mata dok tertumpu kat bukit2 ni. Jangan beb..! bahaye..kene fokus pada jalanraya & tunggangan.. :D

   

DSCN1600

Gambiran dari dekat..nice tak?




DSCN1601

Keadaan jalan di Phattalung agak berliku2 skit..skit la mungkin sebab keadaan geografinya yang berbukit kot..tapi jalan semua ok..jalan pun cantik.



..stop kali ke-2 lah..kali ni kitorg berhenti untuk isi minyak.

DSCN1602

Lepas isi minyak..berehat mcm biasalah kat tepi kedai.


DSCN1603

...perghh! ade kedai makan muslim kat sini pulak aihhh. Tapi timing tak cun ler..perut tak terasa lapar lagi. Asyik minum jer..


      

Lepas 10-15minit..kitorg on the bike lagi. Kali ni dari Phattalung sampai ke border, aku dah takde mood nak amik gambiran dah. Al-maklum ler....ride on the way balik ni kengkadang lain skit moodnye. Masa pegi excited ler sangat2...hehe. Aku rasa ni perkara normal..sebab memikirkan esoknya dah kerjaa...hahahabis potong mood :P





@somewhere Hat Yai

Jam kat tangan aku hampir pukul 5ptg..kitorg stop sekali lagi beberapa KM sebelum simpang ke Hat Yai - Sadao/Dannok. Isi minyak skit tadi dalam 200THB. Janji lepas sampai Gurun. 

Sebenarnya kitorg dah plan dah dari pagi tadi..lepas jer border nak singgah kat Kedai Mamak area Changlun tu. Nak makan kaw2..nasi kandaq ka..mee goreng ayam ka..semua dah terbayang2 dah time ni. Terliur..!!


DSCN1609

Apakah yang cuba dilakukan wahai Snooke?? lain machiam jer..? hahaha



DSCN1610

Ko tengok tu..Griffin pun dok candid si Snooke..kehkehkehkeh.



DSCN1611

Tinggal beberapa KM je lagi nak sampai border..


DSCN1612


Lepas ni nak redah lagi kire2 500KM lagi untuk sampai ke KL. Harap2 keadaan highway ok..


Skg yang agak merisaukan kitorg adalah masa kat border nanti..sure clash dengan bikers yang join 3 Nation Ride @ Krabi. Hmmm..masak ler nak menunggu. Hari dah petang..perjalanan ke border  mungkin dalam 1jam++ lagi.

Gambiran pun setakat ni je dah..memey target amik gambiran sampai ke border je. Tapi disebabkan trafik melampau2 disekitar Dannok. Motor pun tak lepas2..fuhh! Betapa ramainye manusia kat border time tu..

So gambiran pun takde ..malas nak citer panjang2 :). Ape yang penting, kitorg selamat sampai ke KL sekitar pukul 4.00pagi..:D


Macam ni ler ride yang dikatakan "adhoc"..ade peluang..ada masa ngam2..terus plan & go! Alhamdulillah..semuanya ok. Pengalaman yang baru setelah berjaya memasuki negara Myanmar untuk kali ke-2 dengan kaedah yang lain pulak. So far puas hati dengan ride ni..walaupun agak penat skit :)

Thanks buat rakan2 yang join..Griffin & Snooke yang sama2 tayargolek ride kali ni! Macam mimpi ler ride ni..hahaha..

Ok la geng..ade rezeki & ada masa mengizinkan, InsyaAllah..kite jumpa lagi dalam ride2 yang akan datang. "Selagi tayar bergolek..selagi itu TayarGolek menemui anda..!"

Dengan ini..aku tamatkan stori ride ke Ranong-Myanmar-Phuket. 
Jumpa lagi...ride safe everyone!! ..and Thanks for reading.. :)

Adios,
Han



  

0 comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com