You Are Reading

1

KMS 6 @ Johor : Bangunan Sultan Ibrahim, JB

TayarGolek.Com Thursday, August 22, 2013

Yooossshhh..!

Salam Sejahtera semua rakan2 pembaca.

 

Entry KMS 6 @ Johor diteruskan lagi.

Kitorg dah pun selesai dilokasi destinasi ke-2 iaitu di Galeri Seni Johor. Lepas ni kemana pulak destinasi nye? Sama2 kite ikuti sambungan setersunya al-kisah Rakan2 TayarGolek.Com yang mengikuti KEMBARA MENGEJAR SEJARAH 6 di Negeri Johor Darul Takzim.

 

Lepas ni kite semua akan bergerak ke BANGUNAN SULTAN IBRAHIM yang juga agak berdekatan dengan Galeri Seni Johor. ape yang aku boleh katakan, semua tempat2 yand dipilih di KMS 6 @ Johor ni semuanya berdekatan. So, masa untuk tour adalah lebih singkat..itu pun kalo takde ape2 hal lain yang berlaku..

 

Jom..kite ke Bangunan Sultan Ibrahim.

 

DSCN3652

Isyarat bersiap  diberikan..maka bersedia untuk tayargolek.

 

 

 

DSCN3653

Moment2 yang aku capture kebanyakkannye adalah secara spontan. So, diorg pun tak perasan..ngeeee

 

 

DSCN3654

Sekali lagi Andak akan mengetuai konvoi KMS6 ke Bangunan Sultan Ibrahim. Masih lagi menunggu semua kawan2 siap sepenuhnye sebelum kitorg tayargolek..

 

 

DSCN3657

Susun motor..ini sebenarnya bukan acara formal. Semua santai..tapi yang penting, masa & aturcara yg ditetapkan mesti kena ikut. Baru le jadual atau masa yg dirancang tak tersasar.

 

Ok..kitorg dah hampir2 nak tayargolek dah ni..

 

 

DSCN3658

Masing2 amik posisi bagi memudahkan untuk perjalanan seterusnya..

 

 

DSCN3659

Ok..tayargolek time..! gambiran tetap aku amik..

 

 

 

DSCN3660

KMS6 sekarang menuju ke Pusat Bandar melalui jalan utama. Apa yang korang boleh perhatikan skg (walaupun gambiran mcm tak best sgt ni)..keadaan highway clear sangat. Memey jauh dari jangkaan aku & Griffin masa sesi bincang2 pasal route & tempat2 sejarah. Apa yang mampu aku ucap waktu ni “Alhamdulilla”..doa selama ni dimakbulkan untuk memudahkan urusan & perjalanan.

 

 

DSCN3661

Masing2 dah tak nampak bayang dah..kelibat pun takde..hehehe. aku still maintain kelajuan santai dgn Abg Zaimi..

 

 

DSCN3662

Memey santai pun..dapat balik re-group dgn diorg semua.

 

 

 

DSCN3663

corner? waaa..aku dah dengar Duc 848 tu mula drop gear. nak layan corner leteww…ngeeee

 

p/s: Ape yang aku rescpect dgn semua rakan2 yang megikuti ride bersama TayarGolek.Com lebih2 lagi KMS ni, walau besar mana motor diorg, walau power mana motor diorg..masing2 tetap follow dengan kelajuan santai. Terima Kasih semua dgn kerjasama yang diberikan..

 

 

DSCN3664

Negara jiran dah kelihatan..

 

 

 

DSCN3665

Cuaca yang tadinya panas membara..skg bertukar ke mendung2 manja gitewww.. :)). Lega skit beb..phiewww..!!

 

 

 

 

DSCN3666

Antara bangunan lain yg femes sekitar kawasan ni – Hospital Sultanab Aminah Johor Bahru.

 

 

 

DSCN3667

..sempat lagi layan view laut. angin bertiup agak kuat waktu. Waduhhhh..syiokkk nyerr…!

 

 

 

DSCN3668

Memey lama giler tak lalu jalan ni..dgn kata lain lama tak masuk JB la. Last ride secara official masa Le Tour De Peninsular tahun 2011. Ermmm…lama gak tu.

 

 

DSCN3669

..info dari GPS ke Bangunan Sultan Ibrahim dah tak jauh dah dari sini..

 

 

 

DSCN3670

Itu ke??? eiiii…bukan laa..choii

 

 

 

DSCN3671

alrite..jalan masuk ke Bangunan Sultan Ibrahim..

 

 

 

DSCN3672

sikit lagi mau sampai…

 

 

@ Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru

DSCN3673

Haaa…itu dia. Tersergam indah Bangunan Sultan Ibrahim Johor Bahru, Johor.

 

 

P1060882

Singboard utama BANGUNAN SULTAN IBRAHIM.

 

 

P1060879

RED VERSYS bergambiran dihadapan Bangunan Sultan Ibrahim, JB.

 

 

P1060880

Sebelum masuk..kite dapatkan clearance dulu dari Pondik Pengawal. Ape2 pun yang kite buat..kene ikut peraturan yang ditetapkan.

 

 

 

 

P1060881

Bagi chance jap kawan2 amik nafas + amik gambiran. Semua OK..then kite masuk.

 

Pencerahan dari Pondok Pengawal – sorang je kene tulis nama…yang lain2 dah boleh masuk. wihuuuuuuuuu…! jommm…!

 

 

 

P1060883

Bangunan Sultan Ibrahim..

 

 

P1060888

Tercari2 juga kot2 ade papan maklumat berkenaan Sejarah Bangunan Sultan Ibrahim. Tapi takde..

So terpaksa dapatkan info dari site lain. Kite baca skit sejarah bangunan ini.

 

BANGUNAN SULTAN IBRAHIM & SEJARAHNYA:

Sejarah pembinaan Bangunan Sultan Ibrahim  bermula dengan majlis pecah tanah yang dirasmikan pecah oleh Tengku Ismail,Tengku Mahkota Johor pada masa tersebut  pada hari Isnin, 7 November 1938.Batu asas pula di letakkanpada 10 MAC 1940. Bangunan itu telah siap pembinaannya pada tahun 1942 dengan kos sebanyak RM 2 juta. Bangunan ini secara rasminya dan dinamakan sebagai Bangunan Sultan Ibrahim oleh Al-Sultan Sultan Iskandar Ibni Al-Sultan Sultan Ismail, Sultan Johor pada masa itu pada hari Isnin, 9hb Ogos 1982, menggunakan konsep gabungan seni bina  gabungan  pengaruh Anglo-Melayu.

Pada tahun 1942, ketika Perang Dunia II, Tentera  Jepun telah menggunakan bangunan ini sebagai kubu dan pusat arahan untuk mengintip aktiviti tentera British di Singapura. Jika anda melihat rapat di dinding bangunan itu, anda masih boleh melihat kesan tembakan daripada penceroboh bangunan tersebut. Bangunan ini mempunyai sejarah  yang amat bernilai buat rakyat Johor untuk tontonan generasi kini dan generasi akan datang.

Bangunan itu adalah salah satu daripada bangunan bersejarah yang sangat besar nilainya yang masih wujud di Johor Bahru. Ia menempatkan Sekretariat Negeri dan pejabat-pejabat kerajaan negeri selama 67 tahun sehingga kerajaan negeri Johor mengumumkan bahawa mereka akan berpindah ke Nusajaya, Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor pada tahun 2010.

Untuk bacaan lanjut, boleh refer http://www.arkib.gov.my/bagunan-sultan-ibrahim1

Sumber: cintajohor.blogspot.com & Arkib Negara

 

 

 

Beberapa keping gambiran yang sempat aku amik waktu ni..

P1060889

 

P1060890

P1060891

Seni bina hasil gabungan Melayu-Anglo direka oleh firma senibina Palmer & Turner dibawah pengawasan Arkitek dari Eropah.

 

 

P1060892

Ade info yang aku jumpa kat sini..tapi malangnye tak blh nak baca le pulak sebab tak berapa terang. Tulisan jawi nye agak tenggelam.

 

 

So, settle dah pasal sejarah Bangunan Sultan Ibrahim. Lepas ni ape bikin??

Kite amik gambiran ler jommm..hahaha

 

 

P1060884

Kerja2 disebalik tabir..kasi setting tripot ‘chinonet’ untuk gambiran beramai2..

 

 

bgn sltn ibrahim

oppp..ooopp..! sana skit..sini skit..adehh..saat nak adjust frame ni :D

 

 

P1060885

Testing..testing!

 

 

P1060887

wokay..! 1..2…3..semua dok kire timer blinking kat camera tu..haha.

 

Alamakkk..! belum sempat nak landing dgn baik sekali..camera sudah capture..ngeee.

skali lagi..! terpaksa ler aku berlari2 anak ke camera. tu pasal ler aku kurus setiap kali balik ride..hahaha

 

 

P1060886

Kenangan KMS 6 @ Johor pada 8 JUN 2013 berlatarbelakangkan BANGUNAN SULTAN IBRAHIM

 

 

P1060893

Sedikit bincang2 sebelum ke destinasi seterusnya..

 

 

DSCN3674

on the bike…! bersiap untuk destinasi seterusnya…cuaca pun semakin panas..

 

Lepas ni, konvoi KMS 6 akan ke destinasi ke-4 juga agak berhampiran dri Bangunan Sultan Ibrahim. agak2 nye kemana ye?

 

Kite jumpa lagi di sambungannye nanti di MASJID SULTAN ABU BAKAR.

Thanks for reading..

 

Adios,

Han

1 comments:

muhd mursyid auf said...

salam...harap admin dapat post entri mengenai kawasaki z250 yg akan masuk pasaran xlama lg..kami menunggu..terima kasih...

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com