Yooosssshhhh…!
Salam Sejahtera semua..
Sekadar memaklumkan kepada semua pembaca blog TayarGolek.Com, salah sorang Rakan2 TG..Tuan samWTR baru2 terlibat dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke tempat keje di Labu, Negeri Sembilan. Kemalangan disebabkan oleh seekor lembu yang tetiba melintas jalan tanpa signal :P. So, berlaku ler pertembungan pagi tu. Update dari Tuan Sam..beliau mengalami patah jari kanan (terkeluar dari sendi). Semalam dah pun discharged dari Colombia Asia Hospital, Seremban. InsyaAllah, ade kelapangan aku menyelinap ke Sendayan..ngeh ngehhh!
Sedikit gambiran Tuan Sam yg dijaga rapi oleh misi-misi sepital :). Kene rehat 3 bulan dari bawak motor katanye. Ape2 pun..sama2 doakan Tuan Sam agar cepat sembuh & kembali beraksi dgn Rakan2 TayarGolek.Com. Amin.
p/s: Den dah koba dah kek Sam..nak copek recover tu ekau wajib pekono “Tom Yam Gung Mak Praww Onnn..” hahaha.
Ok..tu selingan skit sebelum kite ke stori de mori KMS 6 @ Johor. Kali ni, aku nak bawak korang semua ke Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Kite akan singgah dan menunaikan solat Jamak Zohor & Asar.
Jom..ikuti stori de mori seterusnya.
on the bike…! lepas kire2 30 minit kat sini, kitorg semua bersiap untuk destinas seterusnya..
Tak sampai 5 minit..diorg semua siap! pehh..hebak mung
Aikk? sapa tunggu sapa ni…hehehe. Ben Laden akan mengetuai konvoi KMS 6 ke Masjid Sultan Abu Bakar.
Tayargolekk bermula…dia tunggu dia pulak aihh. Mcm segan2 je semua nak gerak dulu..ngeee
Pak Jal pun dah mula gerak dah..
..dan perlahan2 meninggalkan perkarangan Bangunan Sultan Ibrahim menuju ke Masjid Sultan Abu Bakar.
Memey tak sangka betul wei..JB lengang giler. Kemana kah..?
Ermmm..jalan shortcut kot ni…bedal je laa. Yang bawak pon otai JB. Kite follow jer.. hehehe
Tapi syiok gak lalu kawasan ni..semua mata tertumpu kat geng KMS6 ni. yang duduk siap berdiri ushar tuuu…(cehhh sembang lebeyy)
hurmmm..! sangkut pulak kat traffic light. Sebahagiannye dah lepas jauh dah. Tapi no worries..benda ni memey dah aku jangka. So skg..aku take over pulak kat depan. GPS kan ado…
Beberapa ratus (ntah brp ratus KM ntah) KM..group depan tadi tunggu kitorg kat bahu jalan. Ada skit perubahan yang mana kitorg kene isi minyak dulu..then baru ke masjid. Kalo tak memey susah sebab nak kene buat u-turn semula.
“Kawtim..! kasi jadik ah bro..! mana2 yang mudah..” – aku jawab. Simple decision bg memudah kan semua.
Isi minyak dulu penuh2 yer..sebab lepas ni kite takkan stop isi minyak dah. Terus sampai Kota Tinggi..
Hampir 40 buah motor isi minyak dalam waktu yang sama. Tapi TERBAIK stesen minyak ni..ada 12 nozzle Ron95 dalam satu lane. Memey terbaik..so jimat masa skit ler.
Dipendekkan citer..semua dah siap isi minyak. Dah minum..siap bawak bekalan air lagi tuu. So semua dah fresh semula dah..
Andak dok perati semua sebelum meneruskan tayargolek ke masjid..
Tayargolek time lagi..!
Salah satu moment yang sempat aku capture waktu di traffic light bawah flyover..
Ini lah ‘journey’..tour dari satu tempat ke satu tempat tanpa official marshal. Alhamdulillah..semua berjalan lancar & peraturan jalanraya tetap kitorg ikut.
..dah nak sampai ke kawasan masjid.
@ Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
Akhirnya..sampai di pintu gerbang Masjid Sultan Abu Bakar
Pertama kali sampai ke Masjid Sultan Abu Bakar.
Parking le mana tempat yang boleh..sebab banyak kereta parking waktu ni..
masih mencari parking..kang salah parking, kereta pulak tak boleh keluar..
Akhirnya..dapat parking dah. Pertama sekali aku capture – RED VERSYS di Masjid Sultan Abu Bakar Johor.
Berhampiran dengan pintu masuk masjid adalah Pejabat Pentadbiran Masjid Negeri Masjid Sultan Abu Bakar.
close up skit..
..dan view lain. Gambiran motor2 lain tak dan nak amik dah..sebab diorg yang ada parking jauh skit kat pintu sinun. Letih woooo mau menapak ni..mau turun 5KG jalan tgh2 panas..hahaha
macam sama je gambiran ni tengah yang atas? bedal je laa..hahaha
Kite baca skit tentang sejarah pembinaan Masjid Sultan Ibrahim ni walaupun takde papan maklumat.
p/s: Kalo kat Thailand setiap tempat sejarahnya mesti ada satu papan maklumat tentang sejarahnya. Tapi negara kite..susah nak jumpa kebanyakkannye.
Gambiran: Arkib Negara
Sejarah Masjid Negeri Masjid Sultan Abu Bakar, Johor
Masjid Negeri Sultan Abu Bakar ialah masjid negeri Johor yang terletak di Johor Bahru. Masjid ini telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada 1900. Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000.
Masjid yang dibangunkan di atas sebuah bukit kecil di tepi Selat Tebrau menghala ke Singapura ini mempunyai 4 buah menara yang menyerupai beberapa buah masjid di negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir. Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan empat persegi di bawah serta berkubah. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3,000 umat Islam bersolat.
Seni bentuk bangunan masjid ini telah direka oleh Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak di bawah penguasaan jurutera Yang Berbahagia Dato' Yahya bin Awalluddin. Masjid ini juga merupakan mercutanda yang membuktikan bahawa jurutera-jurutera Melayu juga berkeupayaan membina bangunan-bangunan besar yang indah dan kukuh seperti di Eropah danTimur Tengah pada hujung abad ke-19.
Bangunannya empat persegi dan banyak dipengaruhi oleh ciri-ciri bina Islam. Masjid ini berbentuk bujur sangkar dengan 4 buah anjung yang masing-masing mempunyai menara kubah.
Sumber: Wikipedia
Dipendekkan cerita…
Lepas siap solat..kitorg lepak2 + sembang2 jap kat sini. al-maklum..yang ada baru 1st time jumpa. So kenal2 ler..
..yang dok hantar “live report” kat FB pun ade..hehehe. Jangan lupa tag aku k.. :)
Tu belum lagi yang sempat bedal aiskrim calung lagi…double lak tu..hahaha. Takpe..kasi time skit..sebenarnya kite dah terawal skit dari masa yang dirancang.
Najib Adv..dah tak sabo2 nak ride ke destinasi seterusnya dah. Mentang2 ada ‘pedal’ baru…sib baik tak dapat amik gambiran time melunjur kaki masa on the bike..hahaha
Mail & Faiz dah ready..aku lagi la dah ready, siap blh amik gambiran… ;P
Jadi..mana arah tujuan lepas ni? Kite akan skip destinasi ke Muzium Johor sebab ditutup untuk kerja2 membaik pulih..
Nak tau destinasi seterusnya..teruskan bersama TayarGolek.Com untuk sambungannye stori de mori nye nanti..hehe (mcm 999 pulak citer nyerr) ..ngeeee
Adios,
Han
0 comments:
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..