Yooosshhhhhh..!
Salam Sejahtera semua..
Kite sambung lagi tour KMS6 @ Johor ke destinasi seterusnya. Kite akan ke Galeri Seni Johor yang terletak hanye beberapa KM je dari Makam Mahmoodiah.
Jom…!
Cuaca semakin panas..waktu skg kire2 pukul 1.00ptg++. Masing2 dah bukak jacket dah..bagi sejuk skit badan
Tayargolek diteruskan lagi..keadaan trafik waktu ni amat baik skali sebab keadaan jalanraya yang agak lengang. Mula2 ride tadi aku jangkakan akan busy skit..al-maklum ler masih cuti sekolah lagi..
Konvoi KMS6 berjalan lancar…semua Rakan2 TayarGolek.Com ride dgn keadaan santai2 jer..this is tour. No rushing..yang penting timing memey kene jaga..
@ Galeri Seni Johor
Beberapa minit perjalanan yang lancar..kitorg dah selamat sampai ke Galeri Seni Johor. Nasib baik ada bantuan Andak yang expert area JB ni. Kalo tak..kene guna GPS ler..hehehe.
Parking jap..amik gambiran diorg. Sebijik demi sebijik motor masuk ke perkarangan Bangunan Galeri Seni Johor.
Bagi diorg masuk dulu..susun motor cantik2, lepas ni baru aku masuk
..ada lagi. So far takder yang tertinggal kot :)
..lagi ..dan lagi. Selagi belum nampak motor Abg Zaimi, so masih ada lagi yang belum masuk.
Opsss..! kene candid dgn Godang :))
Alrite..Abg Zaimi dah mula gerak masuk..
…dan motor terakhir.
..turn aku candid Godang pulak.. hehe
OK..jom masuk dalam..
RED VERSYS bergambiran dihadapan Bangunan Galeri Seni Johor.
Amacam Vicky? ada ok ka bro? :)
..gambiran motorsikal yang lain pulak.
Pehhh…moto Ducati ni glemer le pulak. Banyak gambiran mehh..
Kite layan gambiran motor2 yg ado ni jap..
Barisan atau susunan motor disebelah kiri bangunan..
..bahagian tengah pulak
..dan yang berhampiran dengan bangunan..
..dari depan pulak.
Ok dah..
Sebelum kite masuk..ada sedikit info untuk dikongsi sama pasal sejarah bangunan ini.
Sejarah Galeri Seni Johor:
Galeri Seni Johor pada asalnya merupakan sebuah kediaman yang dikenali sebagai Bangunan Dato' Abdullah Jaafar. Bangunan ini dibina pada tahun 1910. Mengikut inof, kediaman ini pernah menjadi kediaman rasmi Dato' Abdullah Jaafar iaitu Menteri Besar Johor ketiga.
Bangunan ini telah dipilih untuk dijadikan sebagai Galeri Seni Johor dan dirasmikan pada 29 Januari 1994 oleh Menteri Besar Johor pada masa itu. Pada ketika itu, galeri ini menjadi tempat pengumpulan dan pameran artifak bersejarah terutamanya yang berkaitan dengan seni dan budaya negeri Johor secara bersepadu.
Kerja-kerja menaik taraf bangunan ini dimulakan pada tahun 2000. Pada tahun 2003 cadangan telah dibuat untuk menjadikan galeri ini sebagai Galeri Seni Lukis sepenuhnya dan berfungsi sebagai pusat pendidikan, pengumpulan, peragaan, pendokumentasian, rujukan serta tempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seni lukis. Galeri Seni Johor dibuka semula kepada orang ramai pada 6 Mei 2003. Upacara perasmiannya dilakukan oleh Y.A.B Dato' Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor.
…syiok diorg ni lepak2 kat luar. Semua tak nak masuk lagi..amik angin katanye. Kat dalam ade aircond wooo…
Gendang lama yang disimpang diluar galeri. “thumb up beb..” Faiz dengan penuh gaya
nak masuk ke dalam tak? Ramai yang dok lepak luar tu..jom kite masuk dalam..
bangunan lama 2 tingkat…bertingkek-tingkek :))
Galeri Seni Johor
Potret YAB Dato’ Abdul Ghani Osman, Menteri Besar Johor.
Ok..sebelum masuk, kene tulis nama dulu dalam buku..untuk daftar nama pengunjung kot..
Apa yang diberitahu penjaga Galeri Seni ni, gambiran tak boleh amik. Tapi..rasa macam tak best pulak takde gambiran. So aku amik ler gambiran skit2..mana2 yg ada..hehe
Masing2 dah masuk dalam bangunan. Hurmmm…sejuk tak? kuat gak aircond bangunan ni..hehe
Antara seni lukisan yang terdapat dalam galeri..
sape amik seni lukis..mungkin tau kot maksud lukisan ni..
“Melawan Malayan Union itu perkara kecil..yang berat ialah melawan Melayu sendiri. Melawan Melayu itu ialah melawan perangai, tabiat dan kelakuan Melayu sendiri..”
oiiiittt…! siap baring2 lagi tuu..pehhh! lazat broo…hahaha
Peta Johor dalam tulisan Khat Jawi..
Replika Setem lama yang bernial 4sen waktu tu..
Skg kat tingkat 2..bergambiran layan perasaan sendiri jap..haha
Skodeng bawah jap..ape cer diorg ni. Santai2 kasi rehat..
Pehhh..posing sakan pillion2 KMS6 ni..
Tudiaaa…gaya ala2 Pompuan Melayu Terakhir kot? kot la…hahaha
Dipendekkan cerita…kitorg keluar bangunan dan ushar skit ape yang ada kat belakang bangunan..
View bangunan dibahagian belakang..
..ada pulak Kereta Lembu..tapi lembun tarak aaa…kereta je tinggal.
Ada seketul batu kat sini. menurut kata Pakcik yang menjaga galeri ni..batu tersebut digunakan untuk memancung kepala masa zaman Jepun dulu…katanye la..
Alrite…kite beransur ke depan pulak.
Masa nak ke depan bangunan..kitorg perhatikan ada sebuah enjin kapal terbang lama..
Enjin kapal terbang pun ada…tak dapat nak pastikan butirannye..
No enjin atau pun model enjin yang masih boleh nampak sehingga kini..
Haaa..yang ni Ramon..penjaga enjin kapal purba ni..wakakakka
alrite beb..sebelum kitorg beransur ke destinasi seterusnya..mcm biasa la yer gambiran beramai2.
Gambiran beramai-ramai KMS6 @ Johor di hadapan Bangunan Galeri Seni Johor pada 8 JUN 2013.
..skali lagi…konikaaaaa..!
ok..sampai sini dulu entry kali ni berkaitan Galeri Seni Johor. InsyaAllah..info yang ada boleh dijadikan maklumat berguna. Destinasi seterusnya?..kite sambung selepas ini.. :)
Adios,
Han
0 comments:
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..