Yooosssshhh…!!
Salam hari Jumaat.
Hari ini merupakan episod terakhir dalam siri jelajah ke 4 negara (Malaysia-Thailand-Myanmar-Laos) bermula dari 05 DEC 2011 hingga 16 DEC 2011yang mana jumlah hari keseluruhannya adalah selama 12 hari.
Dalam episod kali ini..aku akan sambung stori seterusnya pada hari ke-12 (Day 12) dimana kitorg mula kembali ke tanahair (Malaysia) pada 16 Dec 2011.
Diam tak diam dah episod akhir la pulak kan?
Perjalanan pada hari ke-12 bermula dari Hat Yai, Thailand dan akan berakhir di Kuala Lumpur atau lebih tepatnye di Setia Alam. Jarak perjalanan pulak dianggarkan sejauh 550KM.. Boleh tahan gak tu jauhnye. Mengikut perkiraan kitorg, mungkin akan sampai di Setia Alam sekitar jam 6.00ptg dengan gaya ride yang santai.
Jom ikuti sambungan stori pada hari ke-12 (16 Dec 2011).
Sebenarnya pada malam hari sewaktu di Hat Yau..semasa makan kitorg ade sedikit bincang2 pasal ride untuk hari esok (hari ni ler). Antaranya, breakfast pagi. Ikuti sedikit perbualan antara aku dengan Griffin.
Griffin : “..so esok pagi breakfast mcm mana bro? Hotel tu tak provide breakfast..”
Aku (Han) : “..kalo tengok kawasan ni ade 2-3 kedai makanan halal. Tapi tak sure ler bukak pukul berapa..”
Griffin : “ takut diorg bukak petang atau bukak kedai lewat..”
Aku (Han) : “..I rasa mcm ni ler. Ni cadangan kalo U ok kite ‘ON’. Ape kata..esok pagi2 kite terus shoot ke border dulu then kasi settle semua urusan border? Lepas masuk Malaysia jer kite stop kat mana2 kedai mamak kat Changlun..kite pekene ler Nescafe panas ke..roti canai ker? Amacam?..”
Griffin : “ok jugak tu bro..so kalo mcm tu..kite terus ke border lah. Lepas tu baru breakfast..”
Amacam? sempoi tak kitorg nye deal. Senang..masing2 kepala sempoi.
Kire-kire pukul 7.30 pagi (waktu Malaysia), kitorg mula bersiap2 untuk perjalanan pagi tu. Tapi..aisehh! hujan lagi ler pulak..hujan jenis macam ni tunggu sampai tengahari pun belum tentu berhenti.
Dengan riding jacket masih lagi lembab penangan hujan lebat semalam..kitorg sarung jugak. Tak kire laaa..sat lagi kering la tu. Kitorg decide untuk gerak pagi tu walaupun keadaan hujan.
Motor dah ready. Semuanya dah siap. Bayaran sewa hotel pun dah settle. Staff hotel kat sini pun peramah jugak walaupun tak berapa fasih berbahasa dalam English. Tak kisah ler..janji semuanya ok.
Tapi sempat lagi pekene air panas 3 in 1 yang disediakan. Srrott! srottt! hirup air panas. Dipendekkan citer sebelum blah tu, ade ler salah sorang tu kata aku ni orang Thailand…hahaha. Nak tergelak beso pun ade. Ada kaa muka Thailand..muka Jawa ade ler..! :P. Tapi tu ler kisahnye..(sebelum2 ni pun ade gak diorg kata mcm tu..kekeke)
Dah..dah..! merepek citer pasal muka Thai, kang sampai kesudah tak sampai-sampai Malaysia.. :)
Sekitar jam 8.30 pagi (Waktu Malaysia), journey pagi tu bermula. Jarak dari hotel ke Sadao kire-kire 70KM. So anggaran kasar dalam 1 jam sampai lah kot. Minyak ada lagi 2-3 bar, so tak payah isi minyak kat Hat Yai lah kot. Bagi ‘flush’ abis-abisan minyak..masuk Malaysia baru isi semula. Murah skit..hehehe
@ Immigration Complex Sadao, Thailand
Tiba di Sadao selepas hampir 1 jam perjalanan. Urusan utama kat sini mcm biasa ler..kasi clear urusan passport dan urusan membawa keluar kenderaan. Time ni semua document dah prepare awal2 seperti geran motor, White Card (Departure Form) dan juga surat release kenderaan.
Sewaktu tiba di Sadao. Keadaan pagi tu agak lengang memandangkan kitorg berususan untuk keluar dari Negara Thailand..yang busy pagi tu adalah dibahagian masuk ke Thailand. Boleh dilihat muka-mua rakyat Malaysia berbaris panjang untuk urusan Kastam & Imigresen Thailand. Depa ni nak pi shopping kat Hat Yai la kot..
Suasana pagi di Sadao ketika keluar dari Thailand..
Segala urusan dokumen semuanya berjalan dengan lancar. Macam biasa..(takk tau ler biasa ke tak), kitorg kene bayar sebanyak 20baht kat Pegawai Imigresen Thailand. Tak silap sebelum ni tak kene..kali kene ler pulak? Hmmm..aku pun tak paham. 1 orang 20 baht (RM2)..kalo 100 orang sehari?? Uiii..kaya..kayaaaa!!
@ Immigration Complex Bukit Kayu Hitam, Malaysia.
Alhamdulillah..tepat pukul 10.15 pagi..kitorg selamat menjejakkan tayar motor..sekaligus menjejakkan kaki ke Bumi Malaysia..Tanahair tercinta!!!
Setelah urusan passport masuk ke Malaysia selesai tanpe sebarang masalah..baru ler perasaan gembira..! Lega..!! Puas..!! tu tiba2 muncul. Kitorg telah selamat kembali ke Malaysia…setelah 12 hari menjelajah ke negara orang. Walaupun masih berbaki 490KM lagi perjalanan ke Kuala Lumpur..kitorg sempat berkata..”4 Nations Ride dah hampir berjaya beb!..zero accident!!” wihuuuuuuuuuuuuuuuu…!!
Berhenti sekejap di hadapan Complex Immigration Bukit Kayu Hitam untuk minum seteguk dua air mineral. Kene sebatang dua dulu kot..! hahaha..
Tak tau ak kata time ni..bile dah selamat masuk semua ke negara sendiri..11 hari berada di negara orang semuanya menjadi kenangan manis. Ride pertama merentas 4 negara..memey tak akan lupa sampai bile-bile..! Syukur..semuanya selamat tanpa sebarang masalah.
15 minit dah kat sini..perut dah lapor. Elok sangat ler kitorg menggolekkan tayar dulu. Next target kemana? Jom..follow!
On the bike..!
Perlahan-lahan meninggalkan border Bukit Kayu Hitam. Ride yang santai..walaupun dah masuk negara sendiri. Macam dah jadi satu kebiasaan pulak. Alamak..! kat tdepan tu ade ‘road block’ ler. Tapi..no hal ler..nak tgk lesen aku bagi jer ;)
Cuaca pagi di sekitar Changlun sangat baik. Boleh nampak ler langit biru tu..tapi aku tak mau cakap lebih2..kang tetiba hu**n kang!
Keadaan highway pun lancar. Tapi aku tak nampak pun motor2 beso lalu?? Diorg ni tak de ride ke?
Pikir punya pikir…owhhh!! hari ni hari Jumaat ler..baru teringat. Kalo hari Sabtu/Ahad dah lama aku roger geng2 Utara ni. Bleh breakfast sekali.. :D
Oppssss..! jaga-jaga…kawasan lembu melintaih kat depan nuuu. Speed relax antara 90-110km.
Selepas beberapa KM tayargolek..alamekkk! aku nampak awan nano gelap ler. Tapi..rasa2 nye mcm ok lagi.
..dan akhirnya..sampai jugak ke tempat ‘target’ tadi..hehehe
@ Restoran Menara Star Imran Nasi Kandar
wihuuuuuuuuu..!!
Stop kat Imran Nasi Kandar kat area Changlun ditepi highway. Breakfast time! Pagi ni aku tak kire nak makan kenyang2..roti sardin..nasik lemak..kari Kambing..perghhhhhhhh!! Meleleh air liur siuttt…!
p/s: aku dok tulih ayat kat ataih la ni pun siap telan ayaq lioq hang tau dakk! perhhh..!
Kita tinggai dulu motor kat sana sat no.. RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR hangpa dok senyap2 dulu naa.. kami nak mentekadarah sat..nanti mai sana balik..kekeke
p/s: kat Utara..kena la tukaq slang Utara sat..
Tuddiaaa haih!! Roti Sardin..Gulai Kambin!! ayaq Nescafe Tarikk..!! Perghhh! nafsu..semua ini nafsu! hahaha. Takpa..takpaa..tak cukup bak mai lagi.
Hat yang lelainn tu aku tak mo amik gambaq..pasai apa, dah tak dan nak amik gambaq dah..tengok makanan dah dok ada depan mata..
Makan dulu naaa…Bismillah..!
Dipendekkan citer..burrrrpp!! Alhamdulillah..
Lepaih ja setel makan..kami tak moh buang masa lama sangat. Lama tak lama pun..ada la 1 jam gak lepak kat kedai mamak ni..hehe.
Lepaih tu teghuih shoot menuju ke ‘Kay El’ ler..
dah ler..aku tukar balik slang KL. Kang jenuh korang baca tak paham..hehe. Bunyik dgn tulis ni kengkadang jadik lain bile baca. So skg kitorg berada di simpang di hadapan bangunan ‘Aked Changlun’. Betui ka tu??
Cantik ler view pagi ni..tersenyum2 aku sambil bawak motor. Mana tak nye..hajat nak pekena roti Sardin dah pun tercapai! MISSION ACCOMPLISHED!! Tinggal satu jer mission lepas ni..nak pekena Mee Goreng Mamak + Ayam pulak..waaa lauuu weiii!!
Meh aku belanja skit view bendang sawah padi kat are Alor Setar. Tapi gambiran on the bike ler..
View bukit + sawah padi
Sawah padi menghijau..gunung kat sana tu sayup2 jer.
Cuaca mula mendung gelap..aku rasa bile2 masa jer hujan akan turun. Belum sempat berhenti nak simpan camera..hujan mula turun. So ni last gambiran time ni. Camera masuk plastik ler..
Tak lama lepas tu..panas balik. e’ehh..! memain plak ujan ni..
Cuaca yang tadinye hujan..tetiba bertukar panas terik setelah beberapa KM on the bike menghala ke Pulau Pinang. Dikesempatan yang ade ni..tgk awal berkepul-kepul baik tu..aku capture ler sekeping gambiran ditepi highway.
@ R&R Juru.
Tiba di R&R Juru pada pukul 1.00ptg++..kali ni kene stop untuk mengisi minyak. Ngam-ngam sampai sini tggl 1 bar. Aku topup petrol sebanyak RM25.
Lepas siap isi minyak..kitorg break sekejap kat sini. Cuaca betul2 panas hari ni. Dengan bahang jalanraya nyer lagi. Time ni ler teringin nak ride balik ke LAOS..sebab sejuk..kehkehkehkeh!
Memandangkan keadaan cuaca agak tak menentu..hujan ‘on-off’, so ada baiknye aku simpan terus camera. Malas ler nak berhenti banyak kali semata-mata nak simpan camera jer.
Lepas 20 minit berehat, kitorg sepakat untuk sambung lagi ‘journey’ balik ke KL.
Sehinggalah beberapa KM selepas tol Juru..hujan lebat mencurah-curah turun. Kalo tadi kene hujan masa di Alor Setar..lepas tu kering balik. Sekarang kene hujan lagi… :(
@ R&R Sungai Perak..
Daripada basah masa lepas tol Juru..sampai R&R Sungai Perak, riding jacket + riding pant dah kering semula. Betapa ler panas time tu..phiewwww!!
Bile semakin hampir nak sampai ke KL (rumah)..kebiasaanye, gaya tunggangan kitorg semakin perlahan. Bak kata Griffin yang juga seorang Doktor “ semakin dekat..semakin perlahan kita bawak motor agar tetap fokus. Kebanyakkan orang semakin laju sebab nak cepat sampai rumah. Last2 hilang fokus..tu yang boleh berlakunye kemalangan..”. So, kawan2 semua..ni tips berharga tauu!
Ni la muka-muka yang mcm hilang semangat! kekekeke..sebab dalam kepala dah fikir nak start keja semula. 11 hari ride sebelum ni..aku memey tak fikir langsung pasal hal keje..enjoy with the ride!!
Kenyang Roti Sardin + Gulai Kambing masih lagi terasa beb! so..kat sini layan air mineral + balance air ‘Big Cola’ dari Thailand jer ler..
..dipendekkan citer (takde gambiran dah lepas tu)
@ MK Fathimah, Setia Alam
Kire-kire pukul 6.30 ptg, kitorg selamat sampai di MK Fathimah, Setia Alam.
“Syukur Alhamdulillah..Kembara menjelajah ke 4 Negara (4 Nations Ride Tour) dari MALAYSIA ke THAILAND – MYANMAR – LAOS berjaya dengan selamat tanpa sebarang kemalangan atau kejadian yang tidak diingini..”
Lepak di MK Fathimah memey kitorg dah rancang untuk pekena Mee Goreng Mamak.Tapi yang lebih syahdu nye lagi dan lebih bermaknanye lagi apabile beberapa orang rakan permotoran yang lain menunggu dan menyambut kepulangan kitorg disini..memey aku tak sangka. Segala penat..letih tetiba hilang bila melihat kawan2 menunggu dengan lambaian sebelum sempat parking motor lagi. Susah aku nak ungkapkan perasaan time tu..memey aku hargai sangat masa korang time tu.
Antara yang hadir..Snooke, Faiz & Akid. Apit ade gak sms..tapi last2 tak dapat join sebab sangkut dengan jammed kat KL.
Inilah rakan2 yang menyambut kepulangan aku (Han) dan Griffin di MK Fathimah. Ucapan demi ucapan TAHNIAH diatas kejayaan “4 NATIONS RIDE (MALAYSI-THAILAND-MYANMAR-LAOS)” memberikan 1001 makna diatas ride yang aku lalui…”MEMANG BERBALOI..!”
Masing2 tak sabar mendengar cerita & pengalaman ride di Myanmar & Laos.
“..nak citer panjang tak dapek la time ni. Citer ringkas2 jer..selebih nyer kene bukak TayarGolek.Com nanti..” tu lah kata aku time tu..hehehe
Ini lah rupe RED VERSYS yang tiba dengan selamat. “Lu memey terbaik ler RED VERSYS..! Wa cukup bangga sama lu..! Tak sia-sia gua bela baik-baik..” hehehe
Aku biarkan Griffin kasi stori kat diorg..aku nak amik gambiran dulu sebelum kamera ni kene pulang balik. Ape2 pun respond camera ni jugak tak menghampakan aku..
Ni diaaa..hajat ke-2 nak pekena Mee Goreng Mamak + Ayam Goreng sudah tercapai. “aihhhh…dapat jugak aku makan mee goreng mamak ni..” hehehe
Sebagai tanda sokongan dan celebrate diatas kejayaan aku (Han) & Griffin dalam misi “4 Nations Ride” ni..Snooke dengan bermurah hatinye belanja makan+minum petang tu. TERIMA KASIH Snooke sebab belanja makan..semoga diluaskan lagi pintu rezeki.
..dan request dari diorg ni..suh amik gambiran aku (Han) dengan Griffin plak. So kitorg bagi la pose sehabis baik..kehkehkeh (gagal betul aku kalo bergambiran ni)
THUMB-UP!! we did it bro..Congrats to you..and to me too!! hahaha..Thanks for the ride anyway..
Jumlah jarak untuk hari ke-12 mengikut meter motor aku adalah sejauh 560KM (sampai rumah). Maka dengan ini, jumlah jarak keseluruhan selama 12 hari adalah sejauh 5884KM.
Begitulah berakhirnye siri “4 Nations Ride” aku (Han) dan Griffin selama 12 hari. Catatan demi catatan..pengalaman demi pengalaman dikongsi bersama untuk rakan2 & pembaca yang lain. Inilah ‘journey’ yang cuba aku sampaikan untuk semua pembaca. Apa yang aku tulis adalah “IKHLAS DARI HATI” aku sendiri.
Pelbagai pengalaman dirasai..extreme..adventure..dari keadaan jalan yang baik..jalan yang berlubang sana sini..berbukit-bukit, bergunung-ganang, jalan offroad..berliku-liku..meredah sungai..keluar masuk border dalam masa sehari…menikmati pemandangan yang cantik..menunggang hingga ke puncak gunung..menunggang pada suhu mencecah 10’C dan yang paling menarik apabila terpaksa mengubah kedudukan menunggang dari sebelah kiri ke sebelah kanan jalan apabila di Laos dan Myanmar..! Sesuatu pengalaman yang tak mampu di ungkap..
Jadi, sebelum aku tamatkan episod ini..
Ucapan jutaan TERIMA KASIH buat Griffin diatas perancangan & jemputan 4 NATIONS RIDE ini. Aku sememangnya amat bertuah kerana dapat mengikuti ride yang mungkin ‘sekali seumur hidup’.
Buat keluarga aku & keluarga Griffin..Terima Kasih diatas sokongan dan dorongan..serta amat memahami minat kami untuk ‘mengembara’ lebih jauh..dan lebih jauh.
Akhir kata...
“Ride santai yang berjaya..mengharungi 4 buah negara iaitu MALAYSIA-THAILAND-MYANMAR-LAOS tanpa sebarang masalah teknikal mahupun kemalangan. Perlahan-lahan menyusuri jalan melihat dan mengamati keindahan alam ciptaan Tuhan.
Ilmu demi ilmu diperolehi..1001 pengalaman dijadikan kenangan..kenangan di Myanmar ibarat berada ditahun 50-60-an. Lebih sadis apabile melihat anak2 Laos mengharungi jalan bergunung-ganang hanya dengan berjalan kaki..begitu daif kehidupan mereka lebih-lebih lagi dikawasan kampung di kawasan pergunungan yang hanye beralaskan lantai kayu..beratapkan daun. Berbanding dengan kehidupan kita di Malaysia..BERSYUKUR sangat dengan kehidupan yang lebih baik..lebih maju..lebih teratur dan terancang.
Itulah pengalaman ‘mengembara’..sesuatu yang sukar didefinisikan. Mengembaralah..kita lihat dunia luar. Pastinya anda akan melihat betapa indahnya Ciptaan Tuhan..”
Maka dengan ini, aku tamatkan siri “4 NATIONS RIDE (MALAYSIA-THAILAND-MYANMAR-LOAS” pada episod ini. Segala yang aku tulis adalah berdasarkan pengalaman peribadi aku sendiri untuk dikongsi bersama. Inilah “TayarGolek”..“The Rides…The Journey”. Selagi “tayar masih bergolek..selagi itu TayarGolek.Com menemui anda.
Jumpa lagi di ride yang lain pada masa akan datang..InsyaAllah, TayarGolek.Com akan terus mewarnai dunia motorsikal dengan menyajikan stori2 ride untuk anda semua..
p/s: InsyaAllah..jika ada kelapangan nanti, aku akan buat satu entry khas untuk senaraikan tempat2 yang kitorg pergi berserta GPS Coordinate sebagai rujukan semua. InsyaAllah..
Ride safely everyone!!
Adios,
Han
20 comments:
Tu yg berejam-rejam duk karang ayat..Terbaikk ler punye ending..i loike!
-MrsHan-
terbaik la story kali ni.
Tahniah...
Terbaik la bro......Respect kat both of you....congratulations....syukur alhamdulillah
your follower....
ride yang terbaik,pengalaman yang terbaik,dusky black FJR n Red Versy memang terbaik..rider yang terbaik..enddd ending yang me"touching" sanubari..selagi anda bergolek selagi itu den akan membaco blog ekau ni...kipidap bro
1,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000++++ like
hehe
azhar
terbaik
-MrsHan- haiiiip..! jgn ler pecah lubang..kehkehkeh
patrickstar - Thanks bro..tulis ikhlas dari hati ni..kehkehkeh
Hasmizal - Terima kasih bro. Nanti sampai Perlis saya roger2.. ;)
your follower - Thanks bro 4 ur support. Alhamdulillah..perjalanan selamat pergi & balik.
azhar - TQVM bro..comment mcm ni ler makin aku nak golek kan tayar sampai Kutub Utara..hahaha. Alhamdulillah, sokongan dari semua semakin bersemangat untuk aku menulis walaupun tanpa gaji. Janji korang semua 1,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000++++ like
;)
tengai din - Alhamdulillah..thnaks for reading bro. :)
akhirnya.. tamat jugak aku membaca ride ko kali ni.. lama nak tunggu tu huhuhu x per, aku yakin ko akan pilih gambo2 terbaik utk tatapan peminat TG.com.. majulah ride dgn Han TG...
Flamiyoes - Thanks beb layan citer yg tak seberapa dan support. Tu jer ler yg mampu aku tulis. Yang penting aku letak byk gambiran..sape2 tak sempat baca, layan gambiran pun jadik ler..
bro ... tahniah atas kejayaan .... walaupong tanpa gaji tp blog ni semakin byk follower. Blog ni ibarat gerai makanang .... memey byk sungguh tp tetap tak samo, yg TERBAEK akan dpt menyajikan serta membawa bersama2 follower ni ke alam ride enkau ni. .... hehehe bermadah lak gua
Dee - Thanks Dee..ni yang aku risau ni kalo takde update..hehehe.
p/s: blh tahan gak madah tu..kuikui
huh penulisan dengan pengalaman yg x terkira.mmg terbaeekk bro.
bo - Thanks bro. ape yg aku tulis tu terlalu skit bro dibandingkan dgn pengalaman ;)
tahniah bro, rasa mcm same2 ride pulak bila bc ni, cuma nak tau, berapa kos keseluruhan ride ni bro, start dari malaysia sampai balik ke malaysia
Salam,nak tanya gak.Bpe kos sepanjang ride ni?
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..