You Are Reading

11

EK ‘O-Ring’ Chain

TayarGolek.Com Monday, April 2, 2012 ,

Yooossshhh…!!

Salam Sejahtera semua..
Takde stori ride ke? Opss..! belum lagi. Nampaknye masih belum ready lagi nak update pasal stori ride.. :)


Entry kali ni aku nak share skit pasal “Info Harga”. Macam yang aku war2kan di page FB TayarGolek.Com sebelum ni, rantai RED VERSYS dah berbunyi dah! Rantai cap “DID X-Ring” baru jer guna 26,000KM + scottoiler. Tapi jangka hayatnya tak seperti yang dijangkakan. Aku target2 jangka hayat DID X-Ring tu atleast boleh mencecah 45,000KM.

Ntah ler..mungkin DID X-Ring yang aku pasang di kedai K*ngk*ng tu tak ‘ori’ kot..? Tapi pada aku still berbaloi ler dgn harge RM380 (set sprocket + chain) dapat berjalan sejauh 26,000KM+.


 28032012981
So, demi keselamatan (takut rantai putus), baru2 ni aku pegi tukar rantai baru untuk RED VERSYS nih kat WELLY KLANG (Meru) sobab eh..dokek yo dengan umah den.. :). Nasib baik time ni takde banyak motor..so sampai2 jer terus park motor.


Try gak kasi ‘adjust’ dulu rantai tu..sebab rantai masih lagi baik dari zahir nyer ler..batin nye nak kene ushar lebih ler :P. Tapi..memey tak boleh diselamatkan dah..bahaya kalo terus pakai!



Jom kite tengok skit mileage RED VERSYS skg..

28032012982
OK..gambiran atas ni mileage masa tukar rantai hari tu ( blur plak dah)


Kiraan:
Mileage tukar rantai (sebelum)  : 41 200KM
Mileage tukar rantai (sekarang) : 67 178KM
Perbezaan                                 : 25 978KM



28032012983
So, aku decide untuk mencuba pakai “EK Motorcycle Chain DID O-Ring 520v”.

Harga?
Harga asal : RM237.
Lepas diskaun : RM230 ( rantai sahaja)

28032012984
Kerja2 memasang rantai baru untuk si RED VERSYS.

Kali ni aku tukar rantai jer..sebab sproket masih dalam keadaan yang baik. Jadi..jangan membazir. Simpan duit lebih tu untuk pegi ride seterusnya..hahaha.

Thanks for reading..

Adios,
-Han-

11 comments:

Dee said...

kek mano kedai K*ngk*ng tu ....bkn apo nak buek tauladan ajo

mzamemiya said...

Salam bro han...bz keja ka?teman cuma nk tnya, apa beza o-ring dgn x-ring..?ketahanan?harga?ada gak teman dengor z-ring ari tu...TQ bro..

TayarGolek.Com said...

Dee - kedai ka*gk*ng ni lokasinya berhadapan dgn Dynasty Hotel, KL

TayarGolek.Com said...

mzamemiya - beza o-ring(getah berbentuk 'o') dan x-ring(berbentuk X). X-ring lebih mahal dari O-ring dan katanya lebih long last. Tapi yag aku dapat skg..O-ring lebih KM dari X-ring (base on my experience).

Boleh google perbezaan o-ring vs x-ring vs z-ring.

http://www.cbrxx.com/suspension-tires-wheels-brakes/8740-ring-ring-ring-chain.html

http://www.thumpertalk.com/topic/371187-x-ring-chain-vs-o-ring-chain/

Dee said...

seb baek kek KL .... nun jauh

Anonymous said...

Yg kat kedai kankang tu pakai sprocket ori kawa ke thai punya?

Mie said...

salam.
welly meru ni kat area mana ni bang?

TayarGolek.Com said...

Kedai kangkang - sprocket cap matahari (OK dah tu).

TayarGolek.Com said...

Mie- Kat jalan Meru.

Anonymous said...

kadang2 cara cucian dan penjagaan pon main peranan jugak.. salah cara cuci o-ring/x-ring boleh rosak.. tapi pelik juga.. sepatutnye x-ring lebih tahan dari o-ring..

biLL said...

Dolu kawan pakai did oring kt r1 5 taun masih ok. Sikalang pakai x ring 3 taun dah out. Kedua2 nya pon xpnah cuci

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com