Yoooosssshhh...!
Salam Sejahtera semua..
Program Kembara Bumi Suci ke-2 2012 telah pun bermula sabtu lalu. 12 buah motorsikal "Dual Purpose" dan 2 buah 4x4 dengan jumlah 20 orang peserta (termasuk 3 wanita), para peserta konvoi Kembara Bumi Suci 2 telah pun memulakan perjalanannya pada 21 April 2012 pada pukul 9.30 pagi. Dengan ini, bermulalah misi Kembara Bumi Suci 2 ke dari Kuala Lumpur ke Mekah yang dijangkakan tiba kira-kira 63 hari perjalanan sejauh 20,596km.
Majlis pelepasan (Flag Off) peserta Kembara Bumi Suci 2 telah berlangsung di Two Wheel Garage (TWG), Glenmerie Shah Alam.
Jom kite ikuti serba sedikit 'moment' dan perjalanan majlis pelepasan peserta Kembara Bumi Suci 2 pada 21 April 2012 versi TayarGolek.Com.
Majlis pelepasan (Flag Off) peserta Kembara Bumi Suci 2 telah berlangsung di Two Wheel Garage (TWG), Glenmerie Shah Alam.
Jom kite ikuti serba sedikit 'moment' dan perjalanan majlis pelepasan peserta Kembara Bumi Suci 2 pada 21 April 2012 versi TayarGolek.Com.
Sekitar jam 8.00 pagi.
Aku sampai di TWG pukul kira-kira 8.00 pagi. So far tak ramai lagi yang datang..ape yang aku nampak hanya ahli2 keluarga dan saudara-mara terdekat para peserta Kembara Bumi Suci 2. Berikut adalah sebahagian 'moment' ketika ni..
Salah sorang staff TWG (Ijam) mengarahkan agar motorsikal disusun cantik bertentangan dengan bangunan TWG.
Tak lama lepas tu..kemunculan beberapa buah motorsikal Klasik "Royal Enfield" tiba diperkarangan TWG.
3 buah "Royal Enfield" dengan Nombor Pendaftaran lama..
2 buah Can-Am Spider yang telah di'parking' dijalan utama bakal mengiringi para peserta KBS2 nanti..
Kedua-duanye lengkap dengan stiker penaja - DRB-HICOM
..dan inilah salah satu 4x4 yang bakal mengikuti Konvoi Kembara Bumi Suci 2 nanti..
Bro Rizam tengah amik 'mood' sebelum berlepas beberapa jam lagi..
Salah seorang peserta yang menunggang Kawasaki Versys iaitu Bro Jaya sedang membuat persiapan terakhir. Tak tau ler ape lagi yang nak disumbat dalam tong tu..
Setiap motor peserta mempunyai nama & jenis darah masing-masing..
Yan (staff TWG) memey gigih membantu Bro Jaya.."beso pahale bantu org nk gi Mekah ni Yan.." :)
Antara motorsikal ketika ini..RED VERSYS mesti kene amik gambiran dia maa..
4x4 dah siap parking..senang nak tayargolek nanti.
Bro Jaya bergambiran bersama isteri, anak dan saudara-mara yang turut hadir pagi tu..
~Pendaftaran ~
Kaunter pendaftaran dibuka kepada semua yang hadir.
Antara rakan2 Bikers yang tegah asyik menulis nama atas kertas..
Ade 3 pilihan.."Guest", "Sponsor" dan "Media". Pilih jer mana2 berkenaan.. :). Dalam kes ni, aku diarahkan supaya mendaftar sebagai Media.
p/s: belasah jer laa..media tak media beb! Dapat gift dari TWG. Nanti ler aku tunjuk..
~Breakfast~
Sarapan pagi turut disediakan untuk semua yang hadir untuk memberi sokongan semangat kepada semua. So, yang belum sarap..silakan..
Ok..kite tinggalkan dulu diorg yang tgh busy amik makanan nih..
Hari semakinn cerah..jumlah motorsikal semakin banyak. Sekarang baru pukul 8.30 pagi..
Bro Rizam dan isteri..
..dan bersama keluarga..
Tetamu + ahli kelaurga peserta Kembara..
Keadaan semakin rancak apabile..sebuah demi sebuah motor peserta KBS2 telah mula berada di tempat yang dikhaskan. So, masa ni boleh nampak secara 'Live' keadaan motor Pengembara bertaraf "Overlander" + "ADV Rider". Sesuatu yang harus kita banggakan sebagai Anak Malaysia..!
Suzuki V-Strom..satu2nya motor Suzuki yang mengikuti KBS2.
..wajah tenang Dato' Syed ketika ni..
Can-Am...motor 3 roda. "ehhh..aku baru perasan daa..Are-Nim ADV Rider..tgh catwalk " :)
Dato' Syed & Iskandar (Pengacara KBS2)
p/s: Bro Iskandar suda potong rambut daaa..tapi tak pe, itu bukan masalah besar. Yang penting, Bro Iskandar dapat mengacara program ni dgn lebih baik lebih-lebih lagi bila dia sendiri turut menunggang motorsikal.
Persiapan terakhir..
Ketibaan Ketua Ekpedisi "Kembara Bumi Suci 2"..
..Abg Man selamat sampai diperkarangan TWG.
Kemunculan Abg Man yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta dan tetamu dan disambut oleh staff TWG (Ijam)
Media & Jurukamera rasmi KBS2 (MK)..termasuk aku jugak ler terus menyerbu untuk mendapatkan gambiran exclusive.
~Motor Peserta KBS2~
Antara gambiran2 motorsikal para peserta KBS2 yang sempat aku amik..
Suzuki V-Strom kepunyaan Dato' Syed Moheeb..
Motor yang bakal ditunggang oleh Abg Man (Azman Baharuddin) - Ketua Ekspedisi.
Motor Hatta (Ustaz)
Motor Bro Hismal..
Antara saat-saat membuat persiapan terakhir sebelum perjalanan bermula..
Ini pula..motor yang bakal ditunggang oleh Bro Iskandar (Pengacara Program KBS2)
WaziBoyz..
Motor Pok Teh (Affendy)
Kapten Nik (Jobless Wanderers) pun ada bersama geng BMW Motrorrad. Nanti nak jumpa dia jap..selalu baca cerita ride jer..
Kehadiran tetamu & rakan2 Bikers mula nampak lebih ramai & meriah.
Yan aka Yan Joe..sibuk menguruskan hal2 para peserta.
Ni dia Kapten Nik (2 dari kiri)..aku sempat bersalaman dan bertanya khabar..
..semakin ramai..dan ramai..!
Berpuluh-puluh motorsikal berkuasa tinggi pelbagai kategori mula membanjiri perkarangan TWG..
..yang ada mungkin menggunakan kesempatan ini untuk bertemu rakan2 sepermotoran..
Bersembang dengan Bro Rizam & Bro Iskandar time ni..last2 tercapture gambiran kitorg ber-3..amik berkat kot?? :)
Maznah Zolkifli (MZ) & BMW Motorrad
Sempat jugak bersalaman dan bertanya kabo especially sembang skit pasal Ride Tour De Peninsular bersama BMW Motorrad baru2 ni..
..gambiran lagi..
..opps..ada request bergambiran! Gambiran bersama Presiden TM Bikers iaitu Abg Saufi (sebelah aku)
..dan lagi..
~Temuramah~
Sesi temuramah bersama Abg Man oleh Ketua Editor Utusan Malaysia ( harap betul tittle tu)
Inilah peta/route rasmi KBS2 yang bakal dilalui selama 63 hari merentas 12 buah negara..
~Taklimat Ringkas~
Sedikit kata2 ucapan pembukaan "Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Bumi Suci 2" dan ucapan Terima Kasih buat semua rakan2 yang hadir bagi memeriahkan & memberi semangat kepada semua peserta..
" ..saya sebenarnye nerves jugak ni..tapi buat2 tak nerves. Nanti kalo saya tunjuk muka nerves..diorg yang ikut ride ni lagi la panik.." antara kata2 Abg Man pagi tu..
Abg Man mengarahkan semua peserta supaya berada dihadapan untuk briefing ringkas..
Semua peserta KBS2 telah berada didepan..
Antara taklimat yang disampaikan adalah berkenaan tempat2 berhenti rehat/isi minyak..konvoi akan diiringi oleh Polis Trafik. Manakala rakan2 Bikers yang ingin berkonvoi mengiringi peserta KBS2 nanti boleh mulakan konvoi masing2 selepas sahaja kereta Polis Trafik terakhir bergerak mengiringi konvoi KBS2..
"1st stop kite akan berhenti di R&R Simpang Pulai..so dari sini kita akan menggunakan H/way Guthrie - PLUS h/way. 2nd stop di R&R Juru..kemudian kita akan berhenti di sebuah masjid di Changlun..disana akan ada satu majlis yang akan menyambut kehadiran para peserta KBS2. Di jangkakan tiba di border kire2 pukul 3.00ptg..InsyaAllah. Jadi, rakan2 yang ingin turut serta mengiringi konvoi..harap dapat menjaga keselamatan masing2.." serba sedikit penerangan dari Abg Man.
~Bacaan Doa~
..sebelum memulakan kembara, saudara Hatta aka Ustaz membacakan doa
agar diberikan keselamatan & dipermudahkan segala urusan sepanjang
perjalanan nanti.
Sama2 kite doakan agar selamat pergi & balik +
sabar dgn dugaan2 yang mendatang..Amin.
Kita saksikan 'moment' ini..
Bro Hatta (Ustaz) bakal memegang tanggungjawab seperti yang dipegang oleh Ustaz Nahrawi (KBS1)
"..mencari Iman dan Ilmu.." - ni yang dapat aku capture di motor Bro Jaya.
..masih dikerumuni oleh keluarga & sanak saudara..
Beginilah keadaannye waktu ini...masing2 bertambah sebak apabila laungan Azan berkumandang.
Cool bro..Hatta cuba menenangkan diri sendiri. Hanya dia je lah yang tau perasaan time tu..
..untuk meng'cool'kan keadaan & perasaan Bro Hatta..kitorg ramai2 bergambiran jap..amik berkat kata diorg nih.
..dan ramai lagi rakan2 yang nak bergambiran. Terutama rakan2 VOG (Versys Owner Group)
Aiiit..! camner si Fahmi boleh terselit dalam gambiran ni?? Owhh..rupe2nya Bro Jaya ni adalah suami kepada Makcik dia. Kire Pakcik Fahmi la erk..
Debaran..demi debaran..!
Antara peserta KBS2 yang lain..
Bro Hismal & Family..
Kata2 semangat yang turut diberikan oleh Bro Hadi (IAMALAYSIAN) kpd Iskandar..
Debaran bermula...
..
Dato' Syed Moheed mula bersedia diatas V-Strom yang bakal ditunggang sekejap je lagi..
Wajah Abg Man..disaat2 akhir sebelum memulakan tayargolek..
Walaupun sebak..perjalanan tetap perlu dimulakan..
Bersedia untuk melepaskan konvoi Kembara Bumi Suci 2..
~Flag-off..Kembara Bumi Suci 2~
Flag-off..Kembara Bumi Suci 2 bakal bermula bile2 masa jer lagi..
Jurugambar mula bergerak untuk mendapatkan posisi/sudut terbaik peserta KBS2 nanti..
..kitorg masaih lagi menanti saat atau detik yang ditunggu2..
Ramai..masing2 menunggu Ketua Ekspedisi untuk memulakan perjalanan..
Kite tunggu lagi..
..gambiran demi gambiran aku capture. Takpe biar habis filem pun tak pe..janji aku dapat semua gambiran setiap detik..huhu
..semua peserta dah pun bersedia..
..3...2..1...
Kembara Bumi Suci 2 ..bermula..!
Maka bermulalah misi Kembara Bumi Suci 2 (2012) tepat jam 9.30 pagi..
Abg Man dah pun mula menggolekkan tayar motornya..
Diikuti oleh Dato' Syed..
Bro Jaya..
.. Bro Iskandar..
..diikuti oleh Bro Hatta..
..diikuti pula oleh Pok Teh..
..bro Hismal pulak..
..Bro Firdaus selaku Ketua Penerbit Produksi Program KBS2.
...Kapten...(lupe la nama)
...dan Bro Musa..
..maka semua peserta yang menunggang motorsikal dah pun selamat berlepas.
..dan yang terakhir..
satu2 peserta yang membawa 4x4 ketika ini..
Bro Riza, & MK (Cameraman rasmi KBS2).
...begitulah lambaian terakhir disini sebelum perjalanan diteruskan..
Begitulah berlangsungnya majlis "Flag-Off" Kembara Bumi Suci 2 yang telah berjalan dengan lancar pada Sabtu lepas di TWG, Glenmarie. Aku harap..korang dapat melihat serba sedikit bagaimana keadaan pada pagi tu walaupun mungkin hanya sebahagian jer. Tapi ok la kot kan..dari takde langsung.. ;)
Ok..aku nak bersiap2 untuk mengikuti konvoi mengiringi peserta KBS2. Jumpa lagi sambungannya selepas ni di R&R Simpang Pulai..
Adios,
-Han-
13 comments:
ingtkan lu follow KBS2 bro.,...hehehehh
Salam bro han...teman cuma nak bertanya klu bro han tau le..ni berkaitan dgn can-am spyder tu ler...klu nak bwk trike tu kena ada lesen B full @ lesen C (Roda 3)..seyus ni bro.saje nak tau...TQ
ex offc - niat dalm hati je la :)
mzamemiya - B full rasanya. Yang dimaksudkan lesen roda 3 tu yang mcm 'side car' kot..hahaha..kot laa
Sebenarnya besar pengorbanan mereka, dari segi masa, family, fizikal, duit dll. Patut anak muda mencontohi dan jadikan tauladan. Walaupun ada rintangan dan dugaan semasa perjalanan, semangat yg ditonjolkan oleh peserta memey tinggi (chit! memey pulak ). Apapon terima kasih pada wakil MEDIA ( bro Han ) kerana liputan yg ringkas tapi padat. Patutlah aku termakan racun angkat V dulu.......keep it up bro.
Marvelous report, patot lah register atas tiket media. :), Lepas ni kena produce TShirt TG.com plak bro..
MrAgnesPuding - liputan yg tak seberapa bro.Waahahaa..saya memey tak racun sape2 -akai V bro.. :P.
*Media tiruan jer
credit2u - Dah lama dapat Idea nak buat t-shirt TayarGolek.Com. Saya boleh bagi design yang simple + Adv + sememeynye nice ikut citerasa aku, bile t-shirt siap aku bagi free selai..ada bran?
hans.... aku nak tsert free gakk.... hihihi :P
p/s : sapa x mau barang free :D
Aku dah nekad lepas nie nak cari adv bike gak kot.... :P nanti aku bgtau hang kalau aku nak cari bike. Lanie dok luar lagi payah cerita.
Abie - adv bike? au tau motor ape hang nak amik? kekeke. Tunggu hang balik Msia dulu laa..nanti stori de mori panjang2..
Maaf..comment terkini terpaksa didelete demi menjaga sensitivity org lain. sekian
now, its our vespa team turn ride to mekah... In sya Allah... 0176169640 along Samudra Melaka
Hello, Permohonan Pinjaman
Adakah anda berminat untuk mendapatkan pinjaman @ 2%? Jika ya,? email kami sekarang untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman yang anda perlukan sebagai pinjaman. Sekarang sila hubungi kami di: gloryloanfirm@gmail.com bersama-sama dengan maklumat di bawah.
Tawaran kami sebanyak $ 3,000.00 kepada $ 20,000.000.00 juga memohon maklumat lanjut
{Lengkapkan borang di bawah pinjaman}
Nama anda: ===========
NEGARA: ===========
NEGERI ===========
ALAMAT: ===========
GENRE: ===========
Jumlah yang diperlukan: ===========
TEMPOH: ===========
NOMBOR TELEFON: =========== =============
Nama Puan Glory
Hubungi kami di email ini: gloryloanfirm @ gmail.comloanfirm @ mail.com Salam
Akaun yang lebih baik bagi syarikat-syarikat yang sah.
Balas
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..