Yooosshhhh…!!
Salam Sejahtera semua..
Terdelay lagi untuk beberapa hari kebelakangan ni. Puhffffffff..! Terpaksa concentrate untuk pergi mencari rezeki :). Sedikit masa yang ada ni aku cuba update mana yang boleh yer.
Ok..entry kali ni agak simple yang mana kitorg akan menghabiskan masa island tour ke 2 pulau lagi iaitu KHAI NUI dan KHAI NOK.
Jom lah..jangan buang masa, kite terus ke sana.
Dipendekkan cerita, lebih kurang 12minit kitorg melambung2 dalam bot penangan speedboat ni..akhirnye sampai di Khai Nui Island. Snooke dah surrender dah..siang2 dah mintak pil tahan mabuk. “Tu laaa..suruh pakai ‘sunglasses’ ko boleh pulak tinggal kat umah..kan dah mabuk. Tengok aku n Griffin..steady jer beb!”…kehkehkehkeh (ayat bahan lagi :P)
@ KHAI NUI ISLAND
Macam aku bagitau sebelum ni kan..kitorg hanya berhenti ditengah2 laut berhampiran Khai Nui island ni sebab nak bagi peluang kat semua untuk ‘snorkeling’ sambil melihat ikan beronang-ronang didasar laut.
Agak2 korang..kitorg terjun laut tak kat sini? haaa..baca lagi :)
p/s: semua gambiran dibawah adalah dari camera Griffin & Snooke yang baik hati. Camera aku abis bateri :(. So takde ler gambiran2 candid..ngeh..ngehhhhhh!! :D
bot pun dah landing..tinggal nak terjun ke tak?..terjun tak terjun..terjun…eh takk..ehh..ehhh..ontah la nakkk..
SAm dah bagi announcement yang sekarang cuaca adalah OK..! so semua dibenarkan terjunn laut. Ke laukkkkkkkk..weeiii!!
Last2 kitorg decide tak mau terjun lah..baju dah nak kering dah ni..hehe. So mcm ni ler keadaan diorg yang terjun ke laut.
Betungkus-lumus si Sam tu jaga budak2 kecik terjun laut. Tapi pengalamannya selama 8 tahun adalah perkara biasa situasi mcm tu..kot laa! hahaha
Tak lama kitorang kat sini..lagi pun yg terjun ada ler 7-8 orang. Lepas semua naik ke atas bot, kitorg terus ke KHAI NOK ISLAND.
p/s: Kat Khai Nui Island takde buat “Opa Khai Nui Style” ke?..cehh!
Perjalanan island hoping ke pulau terakhir diteruskan lagi. Ntah berapa minit ke Khai Nuk ntah..lupe ler :). Tau2 je..udah sampe!
@ KHAI NUK ISLAND
Di Khai Nuk Island ni senang citer mcm ‘climax’ untuk trip half day island hoping kitorg ler. Yang amik full day pun mungkin kat sini ler ending nyer…pulau yang terakhir. Agak lama skit kat sini..dan ramai pulak manusia kat sini yang tak cukup kain! danggg..hehehe!
Jom kite ushar2 skit pantai Khai Nuk Island + view awan kebiruannye skali kala :P
View pantai Khai Nuk..pulau persinggahan yang terakhir. Lagi banyak ler payung-payungan kat sini.
Bile payung2 dah bersusun sampai ke tepi pantai..so yang tak amik port payung ni nak lepak mana? Ni le yang tak cun nyer pantai pulau2 di Phuket :(. Nak tak nak ..terpaksa ler kitorg membawa diri ke tepi sinun tuu..
Nice view beb..lebih2 lagi dipetang hari..
laiii..laiii..katong..! dah mcm pasar tani jerr..perffffff..!
Nak terjun laut pun dah malas dah. Kat sini kitorg lebih kepada amik angin jer. Tak mau dah mandi2 laut. Sambil2 tu menikmati pemandangan2 yang indah2..hahaha..! LOL!
Griffin kata..(Griffin yang kata ehhh) “I dah fokus camera nak amik view sana tu..tetiba gadis2 ni tergedik2 melompat kat depan..potong betul laaa broo!! rosak view..” hahaha..
Tapi betul ler beb..@ Khai Nuk Island ni..nak amik gambiran pemandangan yang clear memey susah. adeh jer model2 bikini berlari-lari sini sana..phiewwwwww! berpeluhhh sekejap..kehkehkeh.
see..! nak amik gambiran tepi pantai punnnn ade gak..dah nasib camera diorg ler dapat view mcm ni ;)
Haaaa…ni jer satu2nye gambiran yang clear. Memey la pun..sape ler nak melepak ataih tuu..choooiii!
Kebiruan langit dan pantai..memey syahdu beb! terbiru-biru le mata nengok pemandangan nih :)
Rasanya diorg ni mcm tak nampak orang lain kot? kasi ler chance orang lain amik gambiran dulu..lepas tu nak terjah kat depan ni terjah ler. Ini…hmmm..korang nampak sendiri la kan? tak pasal2 masuk dalam ini gambiran lagi..aiiiyoo! potong kali ke-2 dah.. :)
ntah laa….malas citer! ade jer model kat depan.. :P
Cer amik gambiran aku pulak bro..! mana ler tau clear ke..ape ke..
Yooossshhh..! tudiaaa..ade gak kat tepi dok siap main ‘teng-teng’ lagi tu..hahahaparaaa..
Ok laa..mungkin timing Griffin amik gambiran agak kurang baik skit. Banyakk gangguan objek kat depan. Skg giliran aku pulak amik gambiran pakai camera Griffin..seee haaa!!
opsss..! aiiii? baru 1st try dah ade..baru nak try amik gambiran diorg ni. Chaiiit..! Lets try again yaa.. :)
Skali lagi…haaa! baru ler OK :)
Haaa,,this one looks better la kan. Hmmm..improvement! try lagi..
ok laaa jugakkk..! wihuuuuuuuu..
Ramainye orang..APTB!
opppsss.! sori..sori..! tersengaja candid..
amik gambiran bot kat tepi pantai jap..
alamekkkk…! tetiba je minah Jepung ni menjelma..adehh! dah ler..malas aku amik gambiran..hehehe
Alrite…tiba masanya kitorg minum2 & makan buah (termasuk dalam pakej).
Air ‘Coca-Cola’ dan buah tembikai & nanas. Perghhhhhhh..! feel freshh..! slurrrppp! terliur aku time menulis ni..
Kelam-kelibut aku tengok mamat yang potong nanas tu..mana taknye, letak je abis..abis je letak! hehe
Kitorg bernasib baik sebab island hoping hari ni tak jumpa setitis hujan pun. Masa kitorg cari pakej island hoping, ramai kata last week hujan lebat..tak semua tempat boleh pegi. Semalam pun ade sorang agent tu kata dengan confident giler..” tomorrow 80% rain..! heavy rain..!” cehhh!
Ushar skit keadaan bahagian dalam..
Hmmm..mcm ni jer la..apa view pun tak nampak. Semua terlindung beb.
Perghhh..! sesak beb! haaa mari2…sekilo 2 hengget!! 2 hengget..!
Tak sangka pulak ada roti canai kat sini…” Opa Canai Style..!”
Baki masa yang ada..akku just duduk atas batu, lepak tepi pantai je la. Kene tiup angin pantai sepoi2 ni..stim gak mata nih! adehhh. Telolap ni kang..!
baru nak dapat ilham “ride ke mana pulak lepas ni”..alih-alih “Uiiikkk..! diam2 kene candid..!” Ntah bile masa le diorg amik gambiran. Tapi bile tengok gambiran ni dah makan tokan laut dah aku tengok nih..hahaha
Dipendekkan cerita lagi..masa yang diberikan untuk berada kat kat sini dah pun cukup. Maka, kembali ler kitorg ke darat semula…
Serba sedikit pemandangan petang di jeti..
Bot2 yang bersusun disekitar jeti. Air mula tenang disekitar jeti..maka tenang jugak ler kitorg selepas berjuang melawan keadaan bot yang ibarat naik kereta takde ‘absorber’..sampai tersenget2 dah weii..hahaha.
So amacam beb! ok tak trip kitorg yang simple tapi penuh sehari didarat & dilaut. Ok kot..hehe. Itu ler serba sedikit pengalaman dan perjalanan dihari ke-3 ride atau hari ke-2 di Phuket.
Takpe laa..sesak macam mana pun pantai di Phuket, setidak2 nye…kitorg dah sampai sini. Inilah pengalaman..jauh perjalanan nak sampai ni beb! Nak pegi sini naik flight..besar kos nye. So..naik motor jer la yang mampu..hehehe.
OK lah kengkawan semua..esok kitorg akan berangkat balik ke Malaysia. Jauh tu perjalanan untuk hari esok..kire 1000KM++. Ape2 pun..aku sambung lagi nanti yer.
..dah aku nak pi COD T-shirt dulu.. :)
Adios,
Han
2 comments:
Perhh gamba griffin amik saje je bg sesak napas den...x benyawo kejap ni raso..hahahadoiii
den
Den - iyo la ekau..tongangaaaa yo
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..