You Are Reading

2

Kembara Trans Borneo : Day 11 Balik KL

TayarGolek.Com Friday, July 25, 2014
Yooossshh...!!

Salam Sejahtera semua..

Episod demi episod..update demi update..stori de mori KEMBARA TRANS BORNEO kini tiba dipenghujungnya. Setelah 7 bulan berlalu..Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku menghabiskan stroti de mori kembara di Bumi Borneo..phiewwww!! Lega..!



Imbas kembali beberapa keping gambiran yang menjadi MISI utama KEMBARA TRANS BORNEO yang lalu..

The Tip of Borneo - Tanjung Simpang Mengayau



RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu, Sabah





Kundasang War Memorial


View yang cantik semasa perjalanan ke Lawas, Sarawak




Dengan rasminya memasuki Negara Brunei Darussalam







Berada di sempadan Malaysia-Indonesia di Tebedu, Sarawak




Berada disempadan Indonesia-Malaysia di Entikong, Kalimantan




 
Trans Kalimantan Highway pasti menjadi ingatan




Memasuki semula tanahair Malaysia dengan selamat @ Tebedu


Berakhirnya misi KEMBARA TRANS BORNEO di Kuching, Sarawak dengan KEJAYAAN penuh bermakna.


RED VERSYS tetap menjadi kebanggaan..





Penghantaran semula motorsikal ke Semenanjung selepas mengharungi Bumi Borneo..



...dan kini semuanya telah berlalu. Tiba masanya untuk kembali ke Semenanjung. Entry kali ni agak simple sebab masa untuk pulang ke Kuala Lumpur. Melalui kehidupan seperti sediakala :(..dan bertemu semula keluarga tercinta :).

Jom..ikuti serba sedikit dihari ke-11, hari terakhir stori de mori KMBARA TRANS BORNEO.

Selepas bekfas + checkout + relax2, kire2 pukul 11.00pagi kitorg bergerak ke Airport Kuching. Jadual penerbangan ke LCCT, KLIA adalah pukul 14:05 AK5207.


Kitorg memey plan checkin awal sebab tak nak jadik hal2 yang tak diingini saat2 terakhir nak balik ke Semenanjung.


Siap semua urusan..@ smoking zone..hehehe.


Tepat pukul 14:05, AK5207 selamat berlepas...

Terbang tinggi diawan biru..meninggalkan Bumi Borneo


1001 kenangan sepanjang kembara berlangsung..


Yang pasti sejarah peribadi dunia kembara telah dicipta..KEMBARA TRANS BORNEO 2013.



 Ni ape pulak..? aiyooo..menu baru dari Air Asia. Mee Goreng Mamak ler bro...memey nalekkk! bedal mee ni satu...


Kire2 pukul 4.00ptg, AK5207 selamat mendarat. Dengan itu juga..kitorg selamat sampai di KLIA. Wihuuuuuuu..!! kembali ke habitat asal..hahaha



Gambiran ada goyang! hehe..kitog dijemput pulak. Plan nak amik teksi jer..ape2 pun Terima Kasih kat Saari sebab sudi jemput kitorg kat LCCT.



Dari LCCT, terus ke Subang untuk settlekan urusan motor di Transmile..urusan tak lama kire2 30 minit, semua selesai.

Dalam masa yang sama..beberapa rakan TayarGolek.Com awal2 dah roger nak tunggu dan sambut kepulangan kitorg dari KEMBARA TRANS BORNEO di Suria Teh Tarik Setia Alam,


Antara rakan2 TayarGolek.Com yang sudi berTTS pada petang tu. Nizam, Godang, Adimz dan Saari. Ada lagi yang nak datang tapi ade hal yang tak dapat nak dielakkan. Ape2 pun Terima Kasih semua..







We did it bro..!! Kejayaan KEMBARA TRANS BORNEO 2013 memberikan 1001 erti..penuh makna. Cabaran demi cabaran ditempuh dengan hati yang tenang dan semangan setia kawan yang tinggi. Alhamdulillah..syukur, segala urusan dipermudahkan. Amin.


Rakan2 dan semua pembaca TayarGolek.Com yang dihormati, begitulah serba sedikit coretan pengalaman aku sepanjang KEMBARA TRANS BORNEO versi TayarGolek.Com. Tak semua yang dilalui itu berjalan dengan lancar..tak semua apa yang dilalui berlaku seperti apa yang dirancang.

Bile dikenang kembali, bermulanya misi KEMBARA TRANS BORNEO yang bermula di KOTA KINABALU - KUNDASANG - LAWAS - BANDAR SERI BEGAWAN. Tanpa diduga..permohonan masuk ke KALIMANTAN telah diluluskan. Maka, plan bertukar serta merta demi menyahut cabaran di INDONESIA. Maka, bermulalah episod baru dari  BANDAR SERI BEGAWAN - BINTULU- SERIAN - PONTIANAK - KUCHING yang berakhir pada hari ke-10 pengembaraan dengan jumlah jarak keseluruhan dari SABAH-BRUNEI-SARAWAK-INDONESIA adalah 2641KM.

Kini, semuanya menjadi kenangan manis selepas berhempas pulas demi matlamat dan impian KEMBARA TRANS BORNEO.  

Korang ingat lagi kisah kitorg masa kegagalan meredah TRANS KALIMANTAN HIGHWAY? Aku quote balik ..


Lepas 4 bulan balik ride..aku mati2 ingat dia ddah buang la kain lap tu. Aku pun dah tak amik tau dah..

Tapi..tanpa aku duga, blh pulak Griffin bagi balik kain lap tu..hahhaadoiii! pehh..tacing wehh! aku serta merta teringat balik peristiawa kat Trans Kalimantan Highway tu..


Inilah kain lap tu..siap basuh bersih beb! hahaha..aiyo bos, I kata kasi buang laa.. LOLz. 
So, aku simpan kain lap ni..sebabnya ada "sentimental value" ler kata orang kampung aku. Phieww!! Thanks bro..


Sebelum aku tamatkan episod KEMBAR TRANS BORNEO, terlebih dahulu ucapan JUTAAN Terima kasih buat Griffin yang banyak beri tunjur ajar dalam dunia kembara dan turut sama2 menjayakan  ride ini. Adhoc plan ke Pontianak akhirnya membri kesan yang besar diatas kejayaan ride ini.


Keduanya, buat keluarga aku & keluarga Griffin..Terima Kasih diatas sokongan dan dorongan..serta amat memahami minat kami untuk ‘mengembara’ lebih jauh..dan lebih jauh. Berkat sokongan dari keluarga "BORNEO" telah ditawan.. :)


Tak lupa buat Faiz Versys, yang telah menyumbangkan GOPRO Hero3 nye sepanjang ride berlangsung untuk mendapatkan video2 sepanjang laluan. Thanks bro..aku lebih yakin guna gopro atau seangkatan dengannya. Kredit untuk Faiz..!


Akhir kata,

Langkah demi langkah..menyeberangi lautan..dari Semenanjung ke Bumi Borneo..misi demi misi..impian dan impian..KEMBARA TRANS BORNEO kini bukan mimpi.

Kini tinggal memori..8 bulan "KEMBARA TRANS BORNEO" berlalu pergi..terasa mcm baru semalam je ia pergi. RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR sahabat sejati..yang pasti BORNEO telah dijejaki.

Segala coretan sebagai pembakar semangat jati..bacalah..amatilah..pastinya anda mengerti bahawa ke BORNEO jua nanti..InsyaAllah.


Nukilan kata..

" Nampak indah seperti dicerita..tapi hakikatnya kekuatan perlu ada. Semangat, kesihatan, mental & fizikal perlu selari setiap masa. Masa dan wang ringgit perlu dikorban sama. Begitu juga semangat setia kawan...tinggi nilainya. Inilah dunia kembara..semuanya berharga.."




Dengan ini, aku tamatkan stori de mori  “ KEMBARA TRANS BORNEO (SABAH-BRUNEI-SARAWAK-INDONESIA” pada episod ini. Segala yang aku tulis adalah berdasarkan pengalaman peribadi..sekadar untuk dikongsi sama. Sekiranya ada salah silap +  sepanjang penulisan stori ini, mohon maaf dipinta.

 Inilah “TayarGolek”..“The Rides…The Journey”. Selagi “tayar masih bergolek..selagi itu TayarGolek.Com menemui anda.
Kita jumpa lagi di entry/ride yang lain akan datang nanti k..


Thanks for reading..

Adios,
Han







2 comments:

Anonymous said...

Thorbaikk...Dato Han..

Fzly Muo DiRaja

tiga lalat said...

Salam jumaat. Hee tahniah dengan cabaran kembara bermotor. Majulah sukan untuk negara.

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com