You Are Reading

2

Kembara Trans Borneo : Day 4 - Tour Bandar Seri Begawan Brunei

TayarGolek.Com Thursday, July 3, 2014
Yooossshh...!!

Salam Sejahtera..


Sebenarnya aku nak buat satu entry je pasal tour BSB ni..tp gambiran kat Kampung air byk la pulak. jadik, aku buat la 2 entry. Ye la..time2 puasa ni tatau nak buat ape..dok belek2 je gambiran ride ni ..kan?

So hari ni..sambungan entry semalam. Ada beberapa tempat lagi yang kitorg akan singgah..antaranya Masjid Terapung Bandar Seri Begawan, Masjid Jamek Hassanil Bolkiah, Royal Regalia Museum dan Istana Nurul Iman. 4 Tempat lagi..kene setel dalam masa 2 jam. 2 jam tu anggaran kasar je masa nega dengan teksi tadi.


Jom..kite sambung lagi tour sekitar BSB.


@ Masjid Terapung



Kitorg dibawa dari jalan masuk yang lain untuk dapatkan view tasik.



Masjid Terapung di Bandar Seri Begawan, Brunei juga dikenali sebagai Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien.



Disebelahnya terdapat satu "Tongkang Diraja" atau "Royal Barge"  Tongkang istiadat
yang digunakan oleh raja untuk perarakan.





Masjid ni siap dibina pada tahun 1958 dan merupakan Masjid yang mempunyai senibina moden.



Selain tu, Masjid Terapung ini menjadi salah satu "attraction" di BSB.





Kita ke tempat seterusnya..



@ Masjid Jamek Sultan Hassanal Bolkiah



Lokasinye agak berdekatan dengan Masjid Terapung tadi..





Rekabentuknye yang cantik..tapi tak banyak info yang boleh dikongsi.



Layan je la gambiran.. :))



Gambiran kenangan2..





Close up skit bentuk kubah..




Seterusnya...kite ke Muzium Diraja Regalia. Ape ada dalam tu?

Jomm...


@ Royal Regalia Museum

Bangunan Muzium Diraja Regalia..yang menempatkan alat2 kebesaran DiRaja 





Bangunan Alat Kebesaran DiRaja..




Struktur susunan alatan DiRaja mengikut tingkat bangunan..




Nota: Peraturan memasuki Bangunan Muzium Diraja Regalia ini amat-amat ketat. Segala beg, pouch, camera, handphone TIDAK dibenarkan sama sekali dibawa masuk kedalam. Peti simpanan barang akan disediakan. Maka, mengambil gambar dalam Muzium Regalia adalah DILARANG. 

Namun, ada beberapa tempat yang dibenarkan untuk mengambil gambar.





Gambiran2 dibawah ni..berada didepan pintu masuk bangunan. Hanya kawasan ini jer yang dibenarkan untuk amik gambiran..


LEMBING TEMBAGA DAN TAMING:


Boleh baca sendiri infonya..









Beberapa keping gambiran Lembing Tembaga dan Taming.



PEDANG KERAJAAN DAN PERISAI:


Info PEDANG KERAJAAN DAN PERISAI


Perisai keemasan..



AGONG:
Juga dikenali sebagai Gendang Jaga-Jaga..
















PAYUNG KAWAN:



Info tentang Payung Kawan..




Ini rupa Payung Kawan..








Lain2 alatan yang dipamerkan..






















Kereta Usungan..









TUMBAK BENDERANGAN:









 PEDANG DAN PERISAI:












 USUNGAN DIRAJA:















Berat betul tali tu.. :P




Ini adalah replika Usongan DiRaja. Size sebenarnya 2-3 kali ganda..turut dipamerkan didalam muzium ini.

Hampir 45 minit kat dalam muzium ni..memey banyak peralatan2 DiRaja yang dipamerkan serta sedikit sejarah Sultan Brunei.



..dan yang terakhir..


 @Istana Nurul Iman

Last tempat yang kitorg lawati adalah Istana Nurul Iman.




Cuma boleh lihat dari luar jer..tak bleh masuk. Adakah Sultan ada di istana? Kata abg tu..Sultan memang ada dalam istana..





Bangunan sekitar Istana..





Dipagar dan dikawal ketat..simbolik pagar Istana Nurul Iman mempunyai 2 bentuk logo iaitu peta Brunei dan Bendera Negara Brunei..







..kat sini jugak sama..




..dan inilah dia ISTANA NURUL IMAN, BRUNEI





..rupanya dari tadi dok ushar + amik gambiran..lepas zooom skit baru perasan ada anggota yang berkawal...hehehe. Tak perasan pulak.. :))




Alrite..last gambiran...wihuuuuuuu!


Ok..itu sebahagian daripada tour Kembara Trans Borneo di Brunei. Lepas ni, kitorg terus balik ke area hotel. Mungkin akan pegi makan malam terus kot..so blh relax2 lepas tu.

Dipendekkan cerita..lepas makan petang tu, aku mula check email kot2 ada jawapan dari Kedutaan Besar Republik Indonesia..

Tanpa disangka2...jawapannya adalah positive! Permohonan pelepasan Izin Lintas ke Pontianak akhirnya berjaya!!! wihuuuuuuuuuu...!!

So, skg kene tukar plan ke Plan B. Panjang nak citer ni..hehe, Takpe aku ringkaskan k. Route yang kitorg plan awal2 ride hari tu terpaksa diubah..dan kitorg terpaksa berkerja keras skit untuk kejar timing sampai ke Tebedu dalam masa 3 hari. Ini bermakna..kitorg akan skip MIRI dan SIBU. Paham tak? tak paham takpe..nanti aku citer k..so kene carik kedai printing nak print surat petang ni jugak.

p/s: camera abis bateri..takde gambiran2 dah..letihhhh..hahaha


Lepas setal semua..masing2 terbongkang laa..penat weiii! Tido sampai tahap pengsan..


Kire2 pukul 9.00mlm kot..telefon hotel berdering pulak? Tiba2 jadik kaget..apakah?

Rupe2nya..rakan2 Bikers Brunei - Bro Jai and the gang siap datang ke hotel..nak culik kitorg gi lepak dgn rakan2 Bikers..hahaha..kepala ting tong ni..

Rupanya kawan2 dari Lawas yang bg info kitorg kat sini..huhu. Ape2 pun Terima Kasih banyak bro2 semua..


@ Bzy Restoren, Jerudong


PEMODA - Persatuan Motorsikal Darussalam yang menjemput dikitorg kesini. Alamak..segannye..hehe. Tapi diorg semua memey sempoi2..


Pengiran Haji Ridzuan (tengah) Pengerusi PEMODA...kebetulan diorg tengah buat meeting pasal ride ke Sibu Bike Week minggu depan, ni yang ada jamuan2 bagai ni.

Menurut Haji Ridzuan, PEMODA sudah berusia 18 tahun..merupakan kelab motorsikal yang terbesar di Brunei dgn jumlah keahlian seramai 800 orang (termasuk kelab2 kecil dibawah naungan PEMODA)..fuhhh!! memey respect abis aku dgn group ni..18 tahun beb!!




Haa..ni dia Bro Jai..Thanks Jai sudi culik kitorg kat hotel..nak bawak motor memey tak la sebab semua riding gear tgh dijemur..



Rakan2 PEMODA yang join TTS malam tu..macam2 motor ada. HD jangan ditanye laaaa...



Kitorg ada bersembang skit pasal Pontianak, Kalimantan sebab baru dapat Surat Izin Lintas Lalu kesana. Bersembang panjang lebar..dan banyak info & tips yang diberikan oleh PEMODA. InsyaAllah...pasti berjaya! itu kata2 semangat dan nasihat yang diberikan oleh PEMODA.

Dipendekkan cerita...hari pun dah jauh lewat malam, masa untuk balik hotel. Esok akan mulakan perjalanan yang jauh..sebab terpaksa skip overnight di Miri.









Sebagai tanda kenangan..PEMODA telah memberi  "ole-ole" utk kitorg. Terima Kasih banyak2.

Sebagai membalas ole-ole..aku pun bagi beberapa keping stiker "TAYARGOLEK.COM" dan stiker "KEMBARA TRANS BORNEO" sebagai tanda kenangan..




Dipendekkan cerita lagi, kitorg dah pun sampai hotel. Bergambiran bersama Bro Jai..Terima Kasih banyak bro..InsyaAllah, kite jumpa lagi nanti. PEMODA thorbaekkkk..!!

Alrite..! mata dah tak blh tahan dah ni..mengantuk giler kepenatan. Esok, jadual perjalanan agak padat, kitorg akan shoot ke Bintulu terus kire 400KM total distance. 

So, jumpa lagi nanti..

Uiiiiiiiiiii...!! belom lagi...dapat lagi satu call dari ex-member office aku pulak...hahaha. 
 So, dia akan sampai ke hotel dalam 10minit lagi..apa nak jadik dia tetap nak jumpa aku..hahaha




Haaa ni diaaa..! SingaUtara mai daghi Perlih (Perlis), satu family pindah sini . Bergambiran dgn RED VERSYS di Brunei :). Mekaseh la ang mai sini jumpa aku.. :))


Dapat gak jumpa geng lama kat Brunei. Ape2 pun..seronok dapat jumpa ang lagi bro..mcm2 cerita dok dengaq ni. Kalo boleh memey nak lepak lama sambil pekena teh tarik ka.. Tapi masa tak mengizinkan..aku perlu berehat untuk menyambung misi KEMBARA TRANS BORNEO esok. InsyaAllah..aku mai repeat sini lagi nanti..hehehe

Ok geng..inilah moment, story..pengalaman dihari ke-4..jarak perjalanan yang pendik 140KM jer tapi jadual kitorg padat. Penat, mengantuk dan mcm2 la..kene buang jauh2. Time ni kekuatan mental mula main peranan. 

Ape2 pun..misi KEMBARA TRANS BORNEO akan diteruskan..kite sambung lagi nanti stori de mori dihari ke-5.

Adios,
Han














2 comments:

griffin said...

Thank you PEMODA , thorbaekkkk..!!

Unknown said...

Saya sukerrr...

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com