You Are Reading

0

Kembara Trans Borneo: Day 4 - Kampung Air, Bandar Seri Begawan

TayarGolek.Com Wednesday, July 2, 2014
Yooossshh...!!

Salam Sejahtera...

Sambungan stori de mori KEMBARA TRANS BORNEO dihari ke-4. Kali ni aku nak bawak korang bersiar2 jap sekitar Bandar Seri Begawan(BSB), Brunei ke beberapa tempat disekitarnya. 

Ada orang pernah kata.."Brunei takde ape pun.." ok fine..kite tengok nanti apa yang ada. Tour sekitar BSB kitorang tak bawak motor dah. Abis semua riding gear kitorg jemur..hehe. So free and easy.

Mcm biasa..kitorg charter taxi untuk 3 jam tour dengan bayaran 120BND.

Ready?

Jommm..

Tour BSB bermula kire2 pukul 3.00ptg..dari hotel kitorg menuju ke Perkampungan Air (Water Village). Ada sapa2 pernah pergi? Aku pun 1st time nih..


On the way ke Water Village..kitorg melalui beberapa bangunan sepanjang perjalanan..antaranye Bangunan Sejarah Brunei..Masjid Negeri dan lain2..



Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien..






Ni tengok dari jauh dalam taxi jer..nanti kite singgah..



..kini berada ditengah2 bandaraya BSB




Nak kata taxi mcm bukan..Nissan X-trail jer. Abang ni bersama dgn anaknya jadi driver kitorg..hehe




Tempat pertama kitorg lawati adalah Water Village BSB..skg kene cari parking dulu..




@ BSB Water Village


@ Jeti untuk menaiki bot ke Perkampungan Air..



Tak yah risau..sampai sini jer..pemandu bot ni akan terus offer untuk ronda2 ke Perkampungan Air. Bayaran? Hmmm..ikut pandai nego la..kitorg dikenakan caj 30BND untuk 3 orang. Since abang tu + anaknya nak naik jugakk..kene topup lagi 10BND. So total 40BND

p/s: e'elee..nak naik jugak puii



Tapi kitorg nak bot yang ada bumbung..mana ler tau kot2 hujan..sediakan bumbung sebelum hujan katanye..



Sementara tunggu bot yang berbumbung..amik le gambiran2 skit pemandangan dan moment waktu ni




Bot2 kat sini memey bersimpang siuh...tapi diorg semua cekap2 belaka. Alaaa..mcm mat rempit layan motor laa...bezanya diorg merempit dengan bot..ngeee




Cuaca di BSB so far ok..panas. Tapi cuaca anytime blh berubah..



..datang lagi 2 bot dok offer naik bot depa. 




amik gambiran lagi...syiok tgk moment mcm ni. 1st time ler katakan masuk ke kampung air..

Banyak tempat2 mcm cafe di Brunei tak dibenarkan merokok..senang citer semua premis kedai makan, restoren, cafe ..dan lain2 adalah kawasan larangan merokok. Adehhh..! potong ler..!

Menurut abg driver tu..ni bukan arah Kerajaan Brunei..tapi perintah dari Sultan. Jika didapati bersalah atau sebagainya..kene bayar saman sehingga 300BND..glurrpp..!!




tu info skit2..ehh Tu kot bot kitorg...?




Ye kot? eh..betul la tuu...





Life jacket kene sarung..dan masuk le ke dalam bot..




Awan tebal pulak waktu ni..ape2 pun redah je laa




On the boat..! tour ke Kampung Air bermula..mula2 nampak kehidupan diorg ni kadang2 terfkir gak "mcm mana la diorg blh hidup dengan keadaan mcm ni..". Mudah je..alah bisa tegal biasa... ;)




Waaah.seronok beronok2 naik bot kan? ngeee...



Mcm ni ler keadaan rumah di Kampung Air..




zoom out skit..






Kitorg akan lalu jer kawasan kampung air ni..tengok dari jauh. 




..ada gak masjid kat sini. Pendek kata, ibarat kampung didarat..semua lengkap..masjid, pasar, sekolah..dll. nanti kite pusing abis k..



Bukan setakat tu jer...diseberang sana pun ada lagi rumah...




..amik gambiran sendiri le gamaknya..hahaha. Teknik ni aku dah buat since 2009 lagi..choiii




View kampung dari jauh..




Menurut abg Driver tu..Kampung Air di BSB ni memey dah lama wujud sejak dari dulu2 lagi. Sampai sekarang masih lagi kekal. Sultan Brunei mmg mahukan kampung air ni kekal sebagai salah satu attraction di BSB, Brunei. Kadang2 Sultan akan datang melawat ke Kampung Air..


Gambiran2 seterusnya adalah keadaan & kemudahan2 di Kampung Air








..setiap satu kawasan rumah mempunyai jeti bernombor. So senang skit posmen nak hantar surat..hehehe. Contoh mcm dlm gambiran ni..Jeti 5, dan banyak lagi jeti2 lain..





Seterusnya, kitorg dibawak ke satu tempat..yang dinamakan "Si Tanggang". Menurut abang driver tu..pulau kecik ni dulu2 adalah sumpahan kepada mcm cerita Si Tanggang menjadi batu..dan kapalnya karam disini. Betul atau tidak..itu cerita disebaliknya.



Tempat ni port kaki memancing..lubuk ikan katanye. Nak pegi tanye brader2 kat sinun tak dapat la sebab takde jalan..hahhaa. Bot kitorg cuma pusing2 je sekitar pulau ni..





ok..setel bab Si Tanggang tadi. Skg berpatah balik..tapi kite ke kampung sebelahnye pulak...




Ni Masjid yang tadi..




Keadaan kampung disebelah sini lebih baik..rumah2 pun nampak lebih terjaga.




Ape yang boleh dilihat kat sini..ada titian kecik sebagai penghubung antara satu bangunan ke kawasan kampung. Unik kan?



Ini dia jambatan/titian sebagai kemudahan lain penduduk kampung...




Shhhhhhhh...! tengah amik video tu...hehehe





woooo....laju bot tu layan corner!! pehhhh...mentang2 minyak murah..full throttle ajeeer...


kemudahan lain...saluran gas menggunakan paip yang disalurkan terus dari rumah ke rumah...terbaik lah!



Enjin bot dimatikan waktu ni..maka santai2 memerhati keadaan kawasan rumah Perkampungan Air..




Luas kawasan kampung air ni...sana tu katanya sekolah..




Candid!..tengah posing letteww





Kehidupan di Kampung Air..aktiviti harian berjalan seperti biasa.



Sekolah Kebangsaan kalo tak silap..




Sudut lain pulak...




Haaa...ni titian kecik yang aku bgtau tadi..disamping ada paip untuk saluran air..





Bot akan bawak kitorg lalu dibawah titian ni..wihuuu




Semakin dekat..semakin clear keadaan titi ni..





Haaa..nampak tak? blh tahan gak lebarnye. Ada gak yang selamber bawak basikal lalu sini..hehe




nak bawak basikal kat sini boleh tapi hati kene cekal ler..silap2 kang dangan basikal2 terjun laut..haha







Ronda-ronda lagi..abis satu kampung kitorg tawaf..









Agak2 ni bangunan ape? Cer teka..

Ok..ini adalah Balai Bomba Kampung Air. kot2 ada kebakaran Jabatan Bomba akan bertindak walaupun banyak air ;)





Ronda lagi..




Jeti untuk amik/turunkan penumpang..




Jeti ke Masjid..



Ni ape pulak? susah nak cam kan? hehe..




Bangunan ni adalah Balai Polis di Kampung Air..




Aku zooom skit...boleh baca kan?



Perlahan2 menyusuri kampung air..




lagi sebijik bot tengah merembat..pehhhh!




Kitorg tgh ushar budak2 tengah buat aksi terjun tiruk..pemandu pbot sporting gak..stop jap kat sini.



Diorg malu2 pulak dah..time nak candid time tu la semua diam...hahahapaa laa




opsss..! salah candid..sorry! ngee...




fuiyooo..! hebat abam2 ni layan bot..






Jeti lagi..



..dan seterusnya, situasi yang sama di kampung air.




Tebing sana tu blh nampak banyak kenderaan..itu adalah tempat parking penduduk kampung air. Maknanya..diorg ada jugak bekerja di bandar + aktiviti di darat.




Dari sana kitorg datang..skg nak balik semula ke jeti


Alrite geng..sampai sini dulu..nanti aku sambung lagi bawak gi bersiar2 ke tempat yang lain pulak.

Ke mana? Eiiii...tunggu ler ;)

Adios,
Han



0 comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com