Yooossshhh…!!
Salam Sejahtera semua..
TayarGolek.Com mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina bagi semua rakan2 dan pembaca berketurunan Tiong Hua. Kepada semua selamat bercuti panjang ;)
Cuti2 ni aku nak sambung skiiiiit lagi aktiviti dihari ke-3, yang mana kitorg ke “Pub Street” iaiitu town Siem Reap selepas tour ke Angkor. Perut pun dah lapar..jom kite naik ‘tuk tuk’ ke town..
Gambiran malam masa “on the tuk tuk” agak kurang memuaskan tanpa ‘flash’. Tapi kire ok laa kan..janji ade gambiran skit sewaktu ke town. Ni nak makan kat mana ni? Kitorg pun tak sure mana ada kedai Halal yang boleh diterjah..tengok la nanti mcm mana..
Keadaan waktu malam di Siem Reap agak tenang skit disesetengah tempat. Tak de pulak nampak busy. Mungkin kawasan ni masih2 lebih suke keadaan yang relax..
Gambiran dari arah belakang..jalan pun clear, ‘tuk tuk’ ni plak slow je.. :)
Betul2 masuk town dah start ada busy skit..kenderaan mula banyak. Kelihatan lampu2 kenderaan menerangi jalan. Tak kisah lah..kitorg lepak atas ‘tuk tuk’ jer. Kalo bawak motor sendiri panas jugak..
opssss…! tercapture la pulak nye. Jgn tiru aksi ini..hehehe
Aku tak sure penggunaan helmet adalah diwajibkan atau pun tak. So far ramai yg berhelmet…
..tapi pemandu ‘tuk tuk’ ni memey selamber je aku tgk dari siang tadi helmet tu gantung kat handle motor jer. Kepala batu kot dia nih..hahaha. Mcm biasa keadaan cara pemanduan dan tunggang disini tetap sama. Anytime nak u-turn..diorg u-turn. Nak cross jalan pun anytime… :(.
..nampak tu?? dengan selamber badaknye ‘tuk tuk’ dari arah depan tu pancung baikkkk punye depan2 kitorg punye ‘tuk tuk’. Tapi..takde pun aku dengar diorg ni dok maki-hamun ke ape ke..kalo boleh elak..diorg elak. Sama2 cari makan..sama2 kejar customer.
Kitorg mintak pemandu ‘tuk tuk’ tu stop kat sini. Kitorg nak jalan2 sambil2 cari kedai makan. Lepas 1jam 30 minit..kitorg mintak datang amik sini semula. Sure le pemandu ‘tuk tuk’ tu datang sini semula sebab aku tak bayar lagi..hahaha. Tu je caranye…charter start tour Angkor + pegi makan + balik hotel. Tapi dah deal awal2 $$ nyer…agak2 brp USD?? semua skali 15USD utk 2 org :)
Misi malam ni adalah “dolan2 golek panganan”
p/s: dolan2 golek panganan – tu Bahasa Jawa yg bermaksud “jalan-jalan cari makanan”..haaamik ko belajjo cakap jawa pulak..huiiii
..jalan punye jalan, jumpa pulak restoren ni “The Indian Restarant”..ada tanda HALAL. Hmmm..tawakal ler. Jom masuk..
fuiyooo..! dia punye waitress siap pakai sari tu..hehe. “Hindustan kie hai?”
So bermula episod order mengorder mangkanan. Tahap kelaparan maximum..tudiaaa..!
No choice..! Briyani..briyani..briayani..! tu je la yang nampak boleh membuka selera makan kat sini. Lain2..bo layan :P
Mutton Curry..
Errr…apa ke nama mangkanan ni..lembab skit aku nak ingat bab2 nama mangkanan..huhuuuuu
Tengok ler beras dia beb..panjang2 + lembut mcm pulut dakap
Dal Soup..utk vegeterian lah. Aku tak pernah makan..tapi kat sini tetiba mau terai pulak. Abis tu nak order Tom Yam takdop pulop..guane? Rasanya agak kepedasan skit + or coz laa..rasa Dal..hahaaa. Bedal je la wehh..’wes ngeleh wetenge’.
p/s: we ngeleh wetenge – adalah bahasa Jawa yg bermaksud “dah lapo sangat perutku ini” kehkehkekh..
Burppppppp…! Alhamdulillah..licin..
Abis makan..mcm biasa kitorg dok sembang pengalaman ride hari ni..attitude pemanduan di Cambodia..pasal Angkor dan pasal plan esok. Banyak kalo nak cerita..diam tak diam dah sejam lebih. Setel bayaran,,kitorg mula melangkah kaki melihat2 sekitar “Pub Street”.
Ni dia..PUB STREET
ni pulak dijalan yang lain..
Begini ler keadaan sekitar “Pub Street” di Siem Reap..ramai pelancong luar disini. Tempat ni boleh dikatakan mcm pusat untuk makan-makan. Banyak restoren + pub disepanjang jalan..
Ada jugak kedai utk foot massage ditepi jalan menawarkan harga serendah 1USD utk sejam. Fish massage pun ado..ramai le mat2 dan minah2 salleh layan fish massage tu..
Lupakan pasal fish massage tadi..kitorg terus berjalan2 melihat sendiri keadaan diwaktu malam di Pub Street. Perut dah kenyang..ape pun tak tergugat dengan restoren2 yang menyediakan pelbagai jenis masakan. Err..tang “halal” tu yng penting ;)
Ditepi sudut bangunan..ternampak pulak satu signboard “Apsara Dancing”. Hmmm..nak tengok? nak tengok aku pii bawak? hmmm…tak nak sudaaaah..byeee..! next time la yer..
Semakan ramai manusia bile berada dipertengahan jalan “pub Street”. Tapi boleh katakan semua sama jer..
So mcm mana? nak terus ke depan ke atau nak pegi tempat lain?
Jom..kite potong ikut jalan tikus..hahaha (dah mcm kampung sendiri jer tengok gayanye :P)
..ni celah2 bedah mana pulak ni kitorg redah? Haiyoo..betul explore ni..
Last2..boleh tembus ke main road jugak..
Viewnye tetap sama..espesiali deretan restoren. So malas dah nak amik gambiran.. :)
Terlebih skit masa yang kitorg set tadi..lebih 15minit jer :). Pemandu “tuk tuk” pun dah sampai. Maka kitorg terus balik ke hotel. NAk check skit motor + prepare untuk perjalanan hari esok pulak.
..dan berakhirlah episod IndoChina dihari ke-3. Agak panjang jugak entry Day 3 ni kan? kan? Yang penting kepuasan pembaca TayarGolek.Com mengikuti ekspedisi ini dari cerita & gambiran.
Esok..akan bermula episod tayargolek dihari ke-4. Jadual dihari ke-4 ni kitorg akan memulakan perjalanan dari Siem Reap ke border CAMBODIA (Bavet) – VIETNAM(Moc Bai). Jadi, teruskan bersama TayarGolek.Com utk sambungan seterusnya nanti..
Adios,
Han
0 comments:
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..