Yoooosssshhh…!
Salam Sejahtera semua..
Harap semua rakan2 sihat2 semuanya. Semalam (16 FEB 2013), Sedikit update pasal event terkini dan sedikit cerita dari Rakan2 TayarGolek.Com.
Pertama, TayarGolek.Com telah mengikuti satu charity ride ke Rumah Anak Yatim Darussalam, Ipoh. Program ride amal di anjurkan oleh FERNO. Kiirenya semalam tu merupakan ride pertama dgn group lain selepas kire2 hampir 3 tahun kot aku tak ikut mana2 ride group2 lain. Bukan ape beb, lepas kemalangan pada tahun 2010 yang lalu..aku ada gayat skit dengan KELAJUAN + LAYAN CORNER. Dalam ertikata lain..terpaksa ikut rentak diorg. Kalo laju..of coz ler kene tinggal :(. Semalam pun lepas RNR Rawang..aku ride solo sebab yang lain2 dah hilang dari pandangan..hehehe.
Yang ke-2, pasal wife Abg Shuib yang haritu koma..kini dikhabarkan telah dipindahkan ke wad biasa. Bagi pihak Abg Shuib sekeluarga, Terima Kasih kpd kawan2 diatas doa2 kalian.
Yang ke-3, Fahmi & Apit yg merupakan sahabat serta Rakan2 TayarGolek.Com, telah menyampai satu berita yang mana Kakak beliau (satu family) telah mengalami kemalangan di Sabah. Dikhabarkan, Tayar kenderaan 4WD meletup dan menyebabkan hilang kawalan. Keadaannye parah dan kritikal. Apit bagitau kakaknye mengalami banyak tulang yang patah manakala abg iparnya cedera dibahagian otak & saraf. Aku mohon kepada semua pembaca & Rakan2 TayarGolek.Com tak kiralah agama apa pun..kita sama2 mohon dan berdoa untuk kakak & abg iparnya agar selamat dan diberi kekuatan semangat untuk terus berjuang demi meneruskan hidup. Mudah-mudahan dan dipermudahkan segala urusan. Amin.
Okay..kite teruskan perjalanan Ekpedisi Indochina seterusnya. Hari ni masuk hari ke-4 (9 DEC 2012)..diam tak diam dah masuk hari ke-4, diam tak diam dah nak masuk bulan Mac 2013 tapi stori tak abis2 lagi..wakaakaka. Den tengah torai ni..hehe.
Jadual perjalanan dihari ke-4 akan bermula dari Siem Reap ke Bavet iaitu border antara Cambodia – Vietnam. Kitorg akan bermalam di Bavet sebelum masuk ke Vietnam melalui Moc Bai pada hari esok. So, jarak perjalanan untuk hari ni dianggarkan 550KM. Mcm mana keadaan traffic..macam mana keadaan jalan..? kene follow ler ..:)
Jom..follow kitorg pi Bavet, Cambodia.
Kitorg awal2 pagi lagi dah bekfes..tp bekfes megi laa. Nak buat mcm mana..kene gerak awal pagi. Persiapan diawal pagi agak ringkas. Check semula route map dalam GPS. Yang sebelah kanan tu Eileen..kitorg punye Tour Guide kat Vietnam nanti. Tapi..dia nak jimat kos punye pasal, datang ke Siem Reap dan follow kitorg ke Bavet. Potong betul laaa…! tak pasal2 pulak aku kene bawak beg dia dari Cambodia lagi.puiiih! Griffin pulak tak pasal2 bawak dia dari sini..
Siap semuanya..kitorg mulakan tayargolek seawal 7.00pagi local time.
Tayargolek time..! mula meninggalkan hotel. Kene redah off-road skit nampaknye.
Suasana sunyi diawal pagi..kenderaan pun tak banyak.
..ada lagi gambiran “Ular Kepala 7”. Last gambiran kot..
Walaupun pakai helmet..aku tau muka Griffin time ni menyirap giler! hahaha..sebab tak pasal2 kene bawak beban lebih satu hari awal.
Sinaran cahaya mentari pagi di Siem Reap…memanchorrrrrrr..!
Kaloo tadi nampak smooth..skg dh mula busy skit. It’s ok..as long as masih boleh bergerak kire ok laa..
Skg dah masuk ke main road. Kene lebih berhati2 sebab banyak penunggang motorsikal time ni. Ntah ler..diorg ni bawak motor ada lesen ke tak..aku pun tak tau. Sikap diorg bawak motor kadang2 susah skit nak jangka.
masih lagi bergerak perlahan..aduhh! ni terlebih santai ni. Aku pulak kene fokus 2 benda..fakus bawak motor dan juga amik gambiran.
Beberapa ketika..kitorg selamat melepasi sedikit kesesakan. Skg dah ok..blh speeding skit! wihuuuuuu..!!
view saawah padi diwaktu pagi.. GUUUUUUD MORNING CAMBODIA!!
Kanan-kiri jalan..sawah padi. Naik hijau bijik mata nni tengok sawah padi hari2.. huhu
Jalannya nampak cantik..tp bumpy skit. So far memey clear kalo nak speeding. Bile difikir balik kitorg ni adalah “Koboi” di Cambodia..so slowly je lor..
Layan video skit..
Hampir sejam lebih tayargolek, kitorg stop sekejap. Mengantuk pun ado..semalam punye penat berjalan ke Angkor Wat tak ilang lagi oooiii..
..
Di Cambodia tak mcm Thailand..jangan harap le nak ada tempat rehat + 7-E. Kalo rasa2 nak stop..cari je mana2 tempat yang selamat untuk parking.
Kebetulan pulak kitorg stop kat depan rumah orang. Takde niat ape..just tumpang parking motor dan rehat. Tetiba ternampak le pulak 2 orang budak kecik tengah main2 depan rumah. Aku memey ada bawak coklat “choki Choki”…
..terus ke arah budak2 tu, then bagi ler kat diorg. Punye la suka diorg ni.. :)
Tengok raut wajah budak pompuan tu..sukenye dierrrr!
sweeet..!
Yang ni pulak abg dia..dgn “choki choki”..cair dimulut bukan ditangan..hahaha
Ni special request..aku mintak 2 beradik ni duduk kkat kerusi utuk gambiran.. :)
yummmyyyyyyy…!
Gambiran skit..ni tak tau ler sape. Atuk dia ke?..atau bapak budak ni bini no.3 ka?..huhuhu
Amik skit view ..
Keadaan rumah kampung berdekatan dgn tempat kitorg rehat. Sedihnyee..
..tapi sebelah tu pulakk nampak ok skit. Biasalaa kan..rezeki lain2
Ade orang jual air tu..tapi kalo ade air panas, aku beli dah..hehe
Peminat motor beso…siap berenti sat pi ushar..hehe
Ok masa dah time..! 15 minit mcm dah rasa sejam break. Aku rasa pagi ni punye ride suasananya tak mcm semalam ler..! ade berdesing skit telinga ni..adehhh!
ok..siap2 nak tayargolek lagi
Aiyooo..! kitorg yang bawak motor pun boleh siap awal. Ni jadik pillion pun tak dan lagi pakai glove..? yaperdaa..
Tayargolek time..!
Kite ushar2 skit view kampung..
Pattern rumah yang aku nampak setakat ni semuanya tinggi-tinggi. Mungkin sebab banjir?
..tu pun sama gak..
Macam ni ler bentuk rumah dan keadaanye sepanjang laluan ni..kalo sebijik rumah tu ada sebijik motor dah kira ‘org kaya’ le kot?
..ada jugak rumah jenis ada pintu jer..tingkap lupa buat kot?
..tayargolek diteruskan lagi..tapi pemandangan adalah sama je. So takde apa sangat yang ‘excited’ utk gambiran sepanjang laluan ni.
Pasar pagi..tapi tak sehebat pasar pagi/pasar tani kat negara kite..
..lepas tu keadaan/pemandangan/jalan seterusnya adalah sama..huuuuuhu
sedikit petikan video sewaktu melalui jalan ini..
perfffff..! boring beb..view yg same..haha
..skg tiba di salah sebuah pekan. Sorry..gambiran ‘over expose’
nak kata pekan ni besar..tak jugak. Just pekan kecik je..
Ade skit video sewaktu melepasi pekan ni..
Lepas pekan tadi..keadaaan jalan kembali mcm biasa. Jalan straight..tapi kene berhati2.
..bile dah boring, ni le jadiknye. Amik gambiran sendiri atas motor. Speed 90kmj je..nak laju tak berani. Tapi laju2 ni nak pi mana kan?
..haaa..ni lah rahsianya ‘crash slider’ kat RED VERSYS. Boleh melunjur kaki tuuu..ko ado? :P
..bukan sebelah kaki..2-2 belah kaki beb..! kehkehkeh
ok..ok..! skg concentrate semula..tengok depan!!
satu lagi kene alert sepanjang jalan ni bukan setakat penunggang motorsikal, pemandu kereta/lori/bas..selain tu rombongan kerbau atau lembu melintas jalan.
ok..tu citer lembu atau kerbau. Kenderaan mcm dlm gambiran ni pun kene amik kire. Tractor jenis panjang ni memey top kat sana sebab ‘dual-purpose’ boleh layan ‘offroad’ & ‘onroad’. Masalahnye pulak takde break beb. Kalo boleh elak..ok fine. Kalo tak..langgar jer ler! huhu
..ok laa..nak tak nak kita layan pemandangan sawah padi lagi.. ;)
..dan lagi. Setakat ni cuaca amat2 baik skali. Belum mandi hujan atas motor lagi setakat ni.
sesekali..kitorg dihadiahkan skit view tasik. Boleh laaa kan..
…mengikut map, kitorg akan menuju ke Kampong Cham dulu sebelum jumpa jalan ke border. Fuhh..! ni baru brp KM je ni.. nak cecah 200KM pun seksa beb.
Lepas beberapa KM, kitorg stop lagi..waktu tempatan lebuh kurang 11.00 ++ pagi
Ehhh..? ape sal semua tengok sana? apa yg berlaku?
p/s: nak tau hal sebenar? ni adalah aksi ‘real’ tapi lakonan je..muahahhaha. Amacam? jadik tak?
Eileen sibuk nak amik gambiran kitorg..layan kan ajer.
ok lah..aku stori skit pasal tour guide kitorg ni yang sepatutnye tunggu kat border Vietnam pada hari esok. Seriously kitorg memey tak berapa kenal sangat tour guide ni..tapi disebabkan antara agent yang termurah kitorg dapat. Tapi..tu ler selalu kalo aku & Griffin, time break kitorg akan stop bercakap buat seketika. Kasi relax betul2..lepas tu baru sembang. Tapi ‘org ke-3’ ni ada lain macam skit ler..tak berenti bercakap beb! Lontaran suara memey bagus..pitching memey tinggi..aiyooo..! kengkadang stress pulak. Tu belom bab-bab sumpah seranahnye lagi..hahaha. Tak pe..sabo2! baru hari pertama ni..mungkin esok boleh berubah.. :P
Cambodian People’s Party.
Break untuk hilangkan dahaga + refresh bagi tenaga. Susah jugak nak cari kedai2 tepi jalan. Ada tu mungkin ada tapi mcm kureng skit ler. So baik lepak tepi jalan + minum air mineral. Ni baru 4 hari ni..aku dah rasa susut berat badan wooo..hahaha
Relaxing..
RED VERSYS versi ‘Zorro’
cukup 15 minit..get ready for next journey. Jauh lagi perjalanan beb…usah ditanya sampai pukul berapa. Dapat sampai sebelum malam pun dh cukup baikk..
Tayargolek time..!!
wah laauuu wehh..! dah mcm kakak marshal dah tangan tu..hehehe. Dah perasan dari tadi pun ‘;)
Alrite..lupakan pasal tu. Kite sambung citer ride lagi. Banyak kali jugak kene lalu jambatan mcm ni. Tapi ok la..proper diorg buat jambatan ni.
Skg adalah aksi potong memotong. Permukaan jalanraya time ni agak kasar. Memey terasa ler le bumpy tu. Kalo FJR tak rasa kot? ;)
Traffic start busy dah..debu berterbangan sebab tengah ada kerja2 membaiki jalan.
Apa yang korang nampak skg ni..ini adalah highway. Highway 2 hala. Masing2 nak cepat..masing2 laju..dalam kes ni kenderaan mcm bas/lori diorg main bedal potong. Kalo setakat motor ni..diorg tak peduli..tak ke tepi memey kene sapu dengan bas/lori. Kitorg mengalami nasib yang sama..kadang2 terpaksa ketepi ke bahu jalan utk bagi ruang lori/bas utk memotong. Phiewwww..!
Cuaca yang baik dan redup..
Speed selesa dengan keadaan jalan mcm ni antara 80-90kmj jer. Lebih2..melambung2 pulak nanti
Candid skit..hehe
Sekali lagi merentas tasik dengan jambatan.
Nampak tak skg mcm mana pemandu kat sini? :)
Alahaaaiii..! van ni mcm nak roboh jer..! hehe..
alamakkk..! makan habuk le lepaih ni..puiih
Dipendekkan cerita..kitorg melalui satu pekan lagi. Ape nama tempat ni pun aku tak tau..jalan je laa..
Busy skit tempat ni..orang lalu lalang. Motor melintas sana sini..phiewww!
Mcm ni le rupa pekan yang kitorg lalu..
Dipendekkan cerita lagi lepas beberapa KM..line clear! baru syiok dapat jalan mcm ni..takde kenderaan lain..hehe
Now aku kat depan lah..amik gambiran skit dari belakang
Stop isi minyak jap..minyak RED VERSYS ada 2-3 bar lagi. So better isi skg..mana le tau kot2 lepas ni tak jumpa stesen minyak..haru beb!
Kasi minum dulu kat DUSKY BLACK FJR. Berapa USD kene top up bro?
RED VERSYS tengah tunggu turn..
Lepas isi minyak kitorg stop sekejap. Amik angin..amik nafas..kasi rehat lagi. Sakit montot sebab jalan bumpy. Sambil2 tu kitorg check balik map dalam GPS.
taiko..huhu..
Cuaca skg..ada nampak harimaujan. Tetiba mendung pulak..
Tayargolek lagi..!
Dari tadi asyik kene air bateri jer..nak jugak kene air sejuk..kalo ada ler. Harap2 ade la kot kat depan2 ni nanti..
Kalo bawak motor pun dah rasa sengal montot..apatah lagi naik basikal?
Nak dijadikkan cerita..lepas beberapa KM tayargolek, aku hampir2 ‘bang’ sebijik motor yang tetiba buat U-Turn tanpa toleh belakang. Aku mcm dapat agak dengan gerak geri gaya pakcik ni bawak motor mcm 50-50 laa. So aku expect pakcik tu nak berenti tepi..last2 u-turn..! puihhh..! kalo kene langgor saje2 kene tibai kat kaki dia. Masalah aku pulak..”koboi”. Phieww..! mujur ler sempat elak beb..
Lepas tu bawak motor fobia giler. Degupan jantung ni tak usah tanye laaa..nasib baik! memey nasib aku baikk..! semalam Griffin..hari ni aku pulak
Alrite, Nasib kitorg baik..ade pulak restoren kat seberang jalan lepas beberapa KM dari tempat kitorg stop tadi.
Parking sat..ramai pemandu lori makan kat sini. Semua mata tertumpu kat kitorg. Dah mcm mahluk asing pulak kiorg ni..adehh!
aku rasa..ni le restoren yang paling besar setakat ni aku jumpa sepanjang perjalanan dari pagi tadi..
nama restoren tak tau la nak sebut..nak baca pun tak reti lagi mau sebut..haha
kitorg lepak kat rstoren ni ade le dalam 1/2 jam. Lepas tu ‘chaltae’…
Menyeberang sungai lagi..berapa banyak sungai daaaa…!
Tapi kali ni agak panjang. Kata tour guide kitorg ni Mekong River..takde signboard ape pun. Ye kot?
jalan offroad pulak..memey lazat! haha
Skg ni kitorg menuju ke highway Bavet. Nampak mcm jauh lagi..kire2 200KM+ lagi.
Layan pokok getah pulak ler..
Dipendekkan cerita..kitorg dah jumpa signboard yang menunjuk arah ke CAMBODIA-VIETNAM border. Jalan cantik, mcm highway ni baru siap jer. TERBAIKK..!
Kalo mcm ni punye jalan sampai ke border..memey syiok la
Aku arah sigboard + arah GPS..menunjukkan ke arah jalan ni. So speeding skit sebab jalan clear + kenderaan lain pun takde. Memey syiokkkkkkkk woooooo..! wihuuuuuu..
Layan video skit..sebahagian petikan masa lalu jalan ni..
TETAPI..!!
Kuang..kuang..kuang..!! sekali jalan mati daaaaaa..! puihhh..! Nak redah ke jalan depan? GPS tunjuk ikut jalan depan tu. Decide punye decide..kitorg patah balik. Bukan sebab tak mau redah..tapi takut sia2 je..jalan mati jugak atau tetiba ada tasik tapi jambatan takde. Tak nak amik risiko..
Patah balik jalan tadi…
jauh gak nak kene patah balik,,lebih kurang 15KM. Cuaca pulak semakin terik..mentik peluh jantan.
Kitorg try simpang ke-2, GPS pun tunjuk arah yg sama. Just go ahead la..mana tau nasib kitorg baik.
Last2..kat penghujung jalan pun ini macam jugaaa..! huiii..choiii..! agak2 nye laa..highway ni belum bukak lagi kot? So apa mcm? nak redah ? patah balik skali lagi sebab tak nak amik risiko ‘masa’.
..kene patah balik lagi. Jaraknye lebih kurang macam tadi. Pergi-balik dah 60KM x 2..tak 120KM?
Jumpa seorang pakcik kat tepi jalan..Dengan masalah bahasa pulak agak susah nak dapatkan direction ke border. Satu lagi sebutan nama tempat “BAVET”..orang tempatan sebut “BAVAT”.
Aku & Griffin memey dah biasa la..kalo bertanya kat orang local ni ..kite tanya baik2. Ape aku nak citer ni pasal attitude tour guide kitorg ni memey suck! selamber cakap dengan pakcik (orang kampung) dengan nada yang keras. Bila pakcik tu sebut “Bavat”..kene le sembur dengan makian. “stupid old man..!”. Arghhhhh..! gua memey stress dengan lu pompuan..! tapi sabar aku boleh kawal lagi..lu jangan bagi meletop jer..ok!! Lu imagine kalo bapak lu kene maki mcm tu..boleh???
Kitorg pergi tanya ke satu restoren ke hotel berdekatan dgn jalan besar. Last2..diorg bagi tau paling mudah utk ke border kene ke Svey Rieng. Dari situ boleh tembus ke Bavet.
So kitorg terus set manual gps ke Svey Rieng. Skg GPS aku n Griffin dan sync..tour guide utk Vietnam lu jgn nak sibuk. GPS pun tak reti guna..puiih!
Skg perjalanan utk ker Svey Rieng bermula. Dari highway jalan yang cantik..kitorg kene redah offroad. Jalan clear..view pun ade skit lain. Aku dah tak amik gambiran on the bike dah. Letih beb..sakit tengkuk dah ni. So gambiran yang ade ni dari GOpro..
Meredah jalan kampung..
Matahari baik terpacak depan mata. Sunglasses yang ade ni pun mcm dah tak dapat nak menampung cahaya dah..
selain offroad..jambatan mcm ni kitorg redah jugak. Bukan untuk meneyeberang sungai atai tasik…tapi ni mcm lopak besar kawasan sawah padi…
Dipendekkan cerita, kitorg dah sampai ke Svey Rieng. Tapi jalannye agak confuse skit. Nasib baik sekali lagi..ade le sorang brader tempatan ni boleh cakap English. Kebetulan pulak..dia nak ke arah yang sama..so dia sudi tunjuk jalan. Phiewwwwwww..! lega beb..kitorg follow brader ni.
Tapi dia punya laju bawak X-trail ni..kitorg yang naik motor ni pun tertinggal jauh beb. Memey selamber dia rembat kat kat jalan kampung dgn 4WD. Ape2 Thanks banyak2 kat brader tu..akhirnya kitorg dah pun jumpa highway ke border BAVET-MOC BAI.
Break time..!
DUSKY BLACK FJR & RED VERSYS betul2 kene kerahan tenaga hari ni..
penat..dahaga..tapi puashati..! Berbaloi..!
Tersandar baikkk punye..! kene candid baikkkkkkkk..punyer! hahaha
Perjalanan ke Bavet – hotel ada berbaki dalam 70KM lagi. Hari pulak dah semakin gelap. Dengan rakusnya…tape “zorro” tu kitorg tanggalkan. So lepas ni tak payah berhenti2 lagi.
@ Las Vegas Sun Hotel
Akhirnya selamat sampai hotel kire pukul 8.00mlm waktu tempatan.
View hotel
Las Vegas Sun hotel. Ni memey hotel casino. Masuk2 je..memey ramai yang tengah berjudi..hahaha. Tapi tak amik gambiran lah..malas. Aku dh off camera dah..letihhhhhhhh!
Urusan check-in setel. Ni le bilik kitorg..
Next apa mau bikin? pi makan ler..kebulur ni..
Lepas makan..kitorg lepak kat luar. Mcm biasalah..sembang pasal ride pengalaman tadi. Esok punye ride lagi..fuhhh! ikut hati ni aku nak crash boom bang daah..hahaha
ok la beb..inilah serba sedikit pengalaman ride kitorg di hari ke-4 ekspedisi. Nampak seronokkan ride jauh2 ni..tapi kalo mental tak kuat, stamina takde..dan yang penting MINAT (bukan ikut2 tau), rasa2nya dah fikir nak balik dah..hehehe. So yang mana minat ‘overland’ atau ‘tour’..bermulalah skit2..perlahan-lahan. Kite buat sebab minat..bukan sebab lain.
Harap korang masih setia menunggu update seterusnya..InsyaAllah, aku sambung nanti utk hari ke-5 pulak. Saat yang ditunggu2..kitorg akan masuk Vietnam..wihuuuuuu!!
Tunggu sambungannye nanti..
Adios,
Han
7 comments:
bro agak2 bape kna baya tourguide nk nk masuk vietnam tu? mmg wajib eh amik tourguide ni?kalau x kna tourguide jimat skit eh.pehtu lg lecey t/guide xda moto sendiri.x pasal2 kna angkut dia skali..huiii
tour guide ni mcm mana dengan makan, minum dan tompat tido dio ....kena supot or dio sndri bayor ...hehe sori tanyo
Anon 1 & 2 - nanti aku citer pada next entry.
p/s: awat ler tak bubuh nickname ka..apa kaa..senang skit aku nak mention nama :P
120km kena ulang alik? GPS tu ajak torjah hutan nan somak menyamun lar tu...pekena oprod.Yolah, dah guno muto jonieh DP....
jairaub
Jairaub - tu la pasal..sumuo nak ditorjah. Memey den punyo moto DP..tp kek tetibo jumpo lak lopak bosa takde jambatan? camno nak buek tu..hehe
Sonang baitu. Kalo ada lopak kek tongah jalan, lalu topi, kalo ada kek topi, lalu kek tongah, tapi kalo dah bosar sesangat... nyolam yolah.. pakaikan si red tu ngan tabung oksigen...haha
jairaub
'Kakak' rupenya touring gude tu...hengatkan tadi 'abang'.... :-)
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..