You Are Reading

3

Kembara Trans Borneo : Day 9 Pontianak Kalimantan - Kuching

TayarGolek.Com Monday, July 21, 2014
Yooossshh...!!
Salam Sejahtera semua..

Bajet2 dapat update stori de mori day-9 dan seterusnya lebih awal, tapi kurang sihat pulak. Baru baik demam..

KEMBARA TRANS BORNEO masuk hari ke-9..hari terakhir menunggang motorsikal sebenarnya sebab dari Pontianak, Kalimantan Indonesia nanti kitorg akan menuju ke destinasi terakhir iaitu Kuching, Sarawak. Kuching, Sarawak adalah destinasi atau checkpoint terakhir  KEMBARA TRANS BORNEO.

Untuk ke Kuching, kitorg akan menggunakan laluan yang sama masa ke sini. Map yang ada pada GPS hanya available untuk Bandar Pontianak melalui jalan Trans Kalimantan Highway.
Jadik, setiap checkpoint yang kitorg plot masa ke sini itu lah yang kitorg guna sebagai petunjuk.

Kire2 430KM perjalanan dihari ke-9 bakal diredah. Ikuti stori de mori seterusnya.

Tapi sebelum tu ada skit video dihari ke-6, tayargolek dari Bintulu ke Serian, Sarawak.

[Video] KEMBARA TRANS BORNEO DAY-6 : BINTULU - SERIAN



Jom..!!

Tarikh: 9 DISEMBER 2013
Lokasi: Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia
Destinasi seterusnya : Kuching, Sarawak, Malaysia


Hari ke-9, KEMBARA TRANS BORNEO bakal mengakhiri pengembaraan di Bumi Borneo hari ini. RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR bakal diperah lagi kudratnya untuk mengharungi perjalanan seterusnya ke Kuching, Sarawak.

Semua dah ready..harap cuaca yang baik hari ni. Dah lemau dah kene hujan hari2 selama seminggu. Tapi Alhamdulillah..kesihatan terus mantap dan baik setakat ni.





Memulakan tayargolek pagi ni dari Hotel Santika, Pontianak, Kalimantan Barat Indonesia..cuaca nampak cerah dan baik nampaknya. Kire2 8.30pagi..bermula tayargolek.



Perlahan2 meninggalkan hotel..meredah bandar Pontianak seawal pagi yang boleh untuk mengejar masa ke border..moga dipermudahkan segala urusan dengan selamat.


Hari bekerja..nampak busy keadaan bandar ni diawal pagi. Semua jalan utama dipenuhi dengan motorsikal. Pak Polisi Trafik sibuk menjalankan tugas mengawal lalulintas..ini sebahagian yang aku nampak.


Harap2nye takde ler sangkut dengan kesesakan lalulintas..



Setakat ni..ok lagi. masih boleh bergerak sekitar 50-60kmj sejam.




Sebelum tayargolek diteruskan dengan lebih jauh..kite isi minyak dulu k..kitorg akan stop mana2 stesen minyak yang berhampiran nanti kalo ada.




Keadaan diwaktu pagi di Pontianak..masing2 berpusu2 ke tempat kerja..taoi tak sehebat Saigon (Ho Chi Minh, Vietnam) yang pernah kitorg lalui suatu ketika dulu..





Dengan kesesakakn lalulintas sekarang..perjalanan semakin slow.



Sempat lagi capture gambiran dari arah belakang..


ok..stop isi minyak jap.

Punye la ramai manusia nak isi petrol skg ni. Terpaksa la berbaris panjang nak tunggu turn. Kalo mcm ni 10 minit belum tentu dapat giliran ni. So mcm mana?

Kitorg memilih minyak petrol yang harga paling mahal..hahaha. Tu je caranya nak skip. Memey takde motor langsung yang isi minyak kat situ...taraaaaaa.!! 5 minit..siapp!!



Tayargolek diteruskan lepas isi minyak..ratusan ribu $$ jugak la terbang isi minyak punya pasal :p



Tak boleh speeding..kene ikut kelajuan semasa..kene berhati2 jugak, risau kalo eksiden jer nanti.




Semakin jauh dari bandar..tapi belum betul keluar dari bandar lagi. Keadaan lalulintas dah kurang skit sesaknye..



Dipendekkan cerita..kitorg dah berpuluh KM tayargolek. Apa yang korang boleh nampak skg..dah lengang dah ..jauh dari kesibukan.



Kali ni..baru ler berpeluang melihat suasana kampung di Pontianak dengan terang. Sempoiii...!



Boleh dikatakan..sekitar kawasan aktiviti tani yang diorg jalankan adalah  sawah padi.


Cantik view ni..lebih2 lagi lepas hujan. Udara yang bersih..aiiih sejuk mata memandang..




Bayangan Jalanan...haha



candid skit..



Hari semakin panas..cuaca yang cantik setakat ni. Dari bandar kitorg sampai ke pekan..




Pekan kecil yang tak berapa jauh dari bandar..sunyi sepi jer





Bila ride dgn suasana yang aman ni kengkadang boleh buat mata ni layu..mengantuk memey tak dinafikan laa. Menguap tahap keluar air mata sadis ni bro..pehhh!! dugaan betul laa..hahaha. Rasa nak sambung tido jerrr.. :))


1jam 15minit tayargolek..akhirnye kitorg stop jap. Tak letih pun..tapi dia punye mengantukk...walawweeiih! total distance baru je kire2 70KM ;((



Berhenti rehat disebuah kampung. Ntah apa nama tempat ni..



Aku dah kata dah..walaupun pakcik tu ushar dari jauh.."Peminat FJR ada dimana-mana..." hahaha..
Untung laaaa...


ko tengok?? Siap melopong ushar tewww...
Hmmm...kene pakai FJR gak la cam ni..ekekkeek





tak sangka plak port kitorg stop ni rupenya kedai minum. Tak kitog just tumpang berehat jer..




Tenang kampung ni. Time ni jugak..semangat kental untuk meneruskan perjalanan balik ke Malaysia kene kuat. "adehhh..jauh lagi ni..." :((


Budak kecik ni sibuk sangat nak tengok motor beso..tapi takut pulak..hahaha.



Cer teka ape mende tu? hehehe..


On the bike.!

Ada lega skit lepas break tadi..ok kite sambung lagi perjalanan. 380Km lagi beb..phiewwwwwww!!





Tayargolek diteruskan..target nak sampai ke Entikong kire2 pukul 4.30ptg. Harap2 takde ape2 masalah..



Masing2 tengah sangap..speed pun 80kmj jer. Griffin nak potong aku ni pun mcm nak tak nak jer..hahhaha. Mana tak nye..misi ke Pontianak dah berjaya...so mood relax letewww



Kem Tentera..



Tempat Komando ke ni? rasanya ler kot..



Berdekatannye pulak..sekolah. nampak ler mcm2 gelagat budak2 sekolah waktu ni walaupun tengah on the bike..


tak masuk kelas lagi keww?


SMP Negeri 03 Anjongan...tu yang ditulis 





Medic Army..ni kitorg jumpa lepas dari sekolah tadi. Aku horn..dia bunyikan siren pulak. "Bikin kaget sama gue loh.." hahaha...kene baca ikut gaya sinetron..puiii!



..lagi kem askar. Banyak pulak kem askar kat sini ehh??




menyusuri kawasan padi lagi...


View sawah bendang...tapi aku dah rasa lain macam je ni. Hmmm...takpe nanti aku bgtau.



Layan lagi sawah bendang ni..cantiknyeeeeeeeeee..!!


Pehhh..! rasa mcm nak lepak bawak pokok nyioq kat sana tu je..

Last2..kitorg stop..haha. Nape eh?
Tu laaa kan..dari tadi mcm dah perasan awat la banyak beno bendang kat sini. Masa pegi takde plak nampak (dh malam mana nak nampak)..heeee

Last2 tanye orang kampung sini..

Aku : " Tumpang tanya pak..mana jalan mau ke Entikong ye pak?"

Pak : " Entikong sudah tersasar jauhh nii..dari sini sudah 7km. Pusing balik pak..masuk kiri simpang pertama..terus aja ke Entikong"

Haaa..kan..kekekeke. Patut la viewnya cantek2 banget!! 


..dan patah balik. Ikut je la cakap pakcik tu. dah plot kat GPS pun tersasar..ni masalahnye kalo map laluan tu takde



Haa..baru la nampak mcm betul jalan ni sebab banyak bukit2..




View sawah bendang lagi..




Ni ape daaa aku amik gambiran ni..




Stop lagi lepas sejam lebih atas motor. Takde R&R..berenti je la ikut sukahati. Cuaca semakin panas..maka dapat le menjemur ape2 yang patut.



Rasanya memey good timing kot ride kat sini dlm waktu mcm ni..sebab tak busy mcm waktu petang masa on the ke Pontianak.



Budak2 kecik ni dok main2 dari tadi..kitorg pulak sibuk menyakat. Ni candid ni..sebab time nak amik gambiran je diorg lari lintang pukang. Pastu datang balik....adeh!




Tempat kitorg stop ni rupanya..restoren terapung katanya. Pilih ikan dalam kolam..pastu masak dan makan kat sini..


Not bad..

ok..cukup 15min break. On the bikee..! (peh malas nye nak sambung ride ni..haha)

tayargolek time..!


Layan je lah gambiran view nih...



sempoi..! takde stress pun bawak moto kat sini. Segala bagai "Hukum Adat" ..mcm dah lupa pulak.


So mc ni lah view sekitar kawasan2 yang kitorg lalu setakat ni..



Sawah padi tetap ada...



anak2 balik sekolah dgn berjalan kaki..jauh gak diorg jalan ni. Ape boleh buat..



Menghampiri pekan..



Dipendekkan cerita..semakin jauh perjalanan semakin excited nak cepat sampai ke border. Keadaan jalan amat2 cantik..agak berbukit laluan sekarang ni.



Apa yang aku perasan skg..bacaan jarak di GPS kdg2 berubah. Kejap2 400KM lagi..kejap2 200KM..pastu naik balik. Mungkin disebabkan bukit..kitorg pusing ikut arah bukit kot jarak berubah2. Tapi..ape2 laa..janji laluan ni benar2 belaka ;)



Dipendekkan stori de mori lagi, kitorg stop lagi untuk kali ke-3. Waktu ni kire2 pukul 2.00ptg. baki perjalanan untuk sampai ke Entikong ada kire 100Km++ lagi. Takpe ..slow and steady + consistant.
So timing still on track.


Lepak sini kitorg bersembang2 dengan penduduk tempatan. Antara topik pasal "Trans Kalimantan Highway".  nak minyak BENSIN pun ada..hihi





Peruntukkan untuk membaikpulih jalan Trans Kalimantan Highway ni dah lama ada. Tapi ..tak tau kemana duit tu. Walaupun rosak jalannya namun masih menjadi laluan utama sebabnya masa & jarak yang singkat..kata Pakcik ni.


2.00ptg..




Risau plak RED VERSYS parking dekat2 stok minyak bensin ni. Memey elok la kan..dah le berasap..dekat2 pulak minyak petrol ni..hahaha.

Layan kretek dulu...!




Bergambiran dengan penduduk2 kampung..sambil layan rokok kretek.


Ni haaa..DUNHILL kretek..1st time gak try ni.



Ori tauuu.! ekekeke.


Ok la..on the bike!


100KM++ lagi nak sampai border..wihuuuuu!!


Harap2 cuaca panas mcm ni berterusan ler sampai Kuching nanti..


Tayargolek time..



kasi semangat balik..alaa 100KM 1 jam sampai....hahaha



Uikk??



Tilam..tilamm..!! tilam lama tukar baruu...





kat sana tu Entikong..cehh! memandai je :p



Beberapa kM tayargolek  keadaan jalan dan permukaan muka buminya mcm ni..turun naik bukit.


View bukit kebiruan..


..dan semakin hampir ke border..



Dipendekkan cerita lagi.tinggal 2-3 km je lagi untuk kitorg sampai ke Entikong-Tebedu border. Phiewwwwww..!!



Sikiiiit lagi..semangat weii.semangat!!!


@ Entikong


Alhamdulillah..kire2 4.30ptg..kitorg selamat sampai di Entikong. Alhamdulillah..selamat dari sebarang hal2 yang tak diingini. 



Skg banyak hal perlu kitorg uruskan untuk keluar dari Indonesia ..dan masuk ke Malaysia semula.

Kitorg perlu clearkan urusan Imigresen.da pulang beberapa surat/dokumen yang diberikan masa masuk hari tu.

Alhamdulillah..urusan keluar dari Indonesia tak amik masa yang lama, kire2 30minit je selesai semua. "Duit Kopi" pun takde ;)..wihuuuuuuu..!!




Siap semua urusan..jom la kite balik Malaysia weiii..hahahaaaati girang tak terkata.




Yess..! pintu keluar Indonesia suda kelihatan...



Selamat Jalan..sila datang lagi..hehehe


Malaysiaku..! kini kitorg selamat menjejaki semula ke Tanahairku yang tercinta.hehe 


Urusan sekarang..kene pulak balik form ke Balai Polis. Maka dengan ini, pihak Polis mengesahkan bahawa 2 orang rakyat Malaysia bersama motorsikal yang ditunggangnye  dah pun selamat kembali dari Pontianak, Kalimantan Indonesia.



Berkongsi skit pengalaman dengan abam2 Polis yang bertugas. Sedikit pujian dan kata2 Tahniah dari Abam2 Polis untuk kitorg diatas kejayaan mengembara di Borneo lebih2 lagi motorsikal dari Semenanjung Malaysia. 

Sebenarnya, bukan pujian yang kitorg mahukan..KEPUASAN pada diri sendiri & MISI yang dicapai. Tu je..InsyaAllah, kawan2 yang lain mesti boleh jugak sampai satu hari nanti. Ape yang boleh kitorg katakan..rezeki kitorg sampai sini dulu .. ;)





Lepas selesai urusan Kastam & Imigresen..parking motor kat sini jap. Phiewwwwwww..!! lega..puas..bile perjalanan dari Pontianak akhirnya sampai semula di Tebedu.




Muka tebakar.. :)


Misi seterusnya..tayargolek ke Kuching.

Tayargolek time ke Bandar Kuching



Jarak dari Tebedu ke Kuching kire2 80KM..
Berdekatan dengan Imigresen Tebedu tadi..kitorg stop di Petronas. Isi minyak skit je..ngam2 untuk sampai ke Kuching sebabnye esok motor akan dihantar ke Transmile untuk urusan hantar balik ke Kuala Lumpur.



Tayargolek lagi..pemandangan di Serian dikala waktu petang. Kitorg beruntung dapat melihat satu kawasan diwaktu pagi dan petang.



Cuaca yang baik jugak di Serian. Kawasan sini memey berbukit-bukau..



Jalan yang lengang sekitar pukul 5.00ptg..


Setelah beberapa KM tayargolek..kitorg melalui satu tempat yang banyak menjual durian secara longgok. 


 
"WOW..!!! DURIAN..!!" hahahaha..dari hari pertama teringin makan durian ni weiii..



Stop jap...




 Pilih2 durian dulu..hehe


 Bile ditanye berapa harga sekilo? ..budak ni jawab "tak jual kilo. Jual longgok je..harga borong untuk 10biji RM20.."



Nak makan sebijik jer..budak ni tak tau nak kire pulak brp harga..alamakk!


So..kupas la sebijik ni..Griffin tak mau makan durian..alergi katanye LOL! 


 Ok..sebijik ni aku bayar RM10. Terdiam..sambil tersengeh2 budak ni...hehehe. Rezeki ko la bro..take it! ;)..burrrrp!! Alhamdulillah..dapat makan durian..hahaha. What a life laa..!



Ramai ni tok yang jual ya ni..


Ni salah satu buah tempatan kat sini..tp aku tak ingat apa namanye..




On the bike..!




Setel bab durian..tayargolek lagi. Kali ni takde stop2 dah..terus ke Kuching. Bawak motor speed 130kmj dah rasa mcm bawak 200kmj..penangan jalan dari Pontianak sejauh 300KM+ dengan speed 70-80kmj.


@ Kuching, Sarawak

Akhirnya, kitorg selamat sampai di hotel di Bandar Kuching..wihuuuuuuuuuuu..!! Alhamdulillah..syukur! KEMBARA TRANS BORNEO akhirnya sampai di destinasi terakhir tanpa sebarang masalah.

WE DID IT BRO..! CONGRATS TO YOU..!! 
Itulah ungkapan yang mampu kitorg ucapkan kat masing2 selepas berjaya mengharungi perjalanan selama 9 hari.


Ciuman exclusive buat RED VERSYS..!! wihuuuuuuuuuuu...! Gue bangga sama lo..! hahaha..

431KM total perjalanan hari ni..dari Indonesia ke Malaysia. 10jam keseleuruhan masa termasuk urusan border. Apa yang penting kitorg dan motorsikal masing2 selamat. 

Pembaca yang dihormati sekalian, inilah pengalaman kitorg dihari ke-9 KEMBARA TRANS BORNEO..dan Kuching merupakan destinasi terakhir kembara kali ini. Dari K.Kinabalu-Kundasang-Lawas-Bandar Seri Begawan-Bintulu-Serian-Pontianak-Kuching..perlahan2 diredah demi semangat dan minat pada pengembaraan. Kejayaan peribadi yang paling bermakna adalah KEPUASAN dan PENINGKATAN dari satu peringkat ke satu peringkat. Dimana ada minat..dimana ada kesungguhan..InsyaAllah pasti berjaya.

Sekian dulu catatan untuk hari ini. Kita jumpa lagi sambungannye nanti..


Adios,
Han


3 comments:

Wak Lat said...

Salam. Hee tahniah dan terbaik. Saya pun pernah sampai Pontianak tapi dengan belon. 😄

aziz said...

http://TheInviteClub.com/?ref=12165

Mirakee said...

Thanks for thhe post

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com