You Are Reading

0

4 Nations Ride (Day 5): Golden Triangle – Chiang Kong

TayarGolek.Com Monday, January 9, 2012 , , ,

Yooosshhh…!!!

 

Sekarang on the way ke Chiang Khong. Kenapa Chiang Khong?

 

Chiang Khong adalah merupakan sempadan Thailand-Laos dan merupakan salah satu jalan masuk ke Laos selain Nong Khai-Vientiene. Ape yang menariknya di Chiang Khong, sekiranya ingin ke Laos, korang kene menaiki bot atau pun tongkang (bahasa lembutnya feri lah kot?). Jika korang gemarkan ‘adventure’ disinilah permulaannya..

 

Jom tayargolek..!

 IMG_7782

Mula meninggalkan Golden Triangle sekitar jam 11.30 pagi. Impian ke Golden Triangle dah pun terlaksana. So boleh ler sengeh2 lagi sorang2 sambil bawak motor..lalaaalaaaaa..!!

 

 IMG_7783 IMG_7785

Sepanjang perjalanan ke Chiang Khong kire-kire 90KM dari GT, korang boleh nampak negara Laos diseberang Sungai Mekong. Semakin excited ler aku time ni. Merentas 3 negara dalam satu hari..Myanmar-Thailand dan bakal diredah..LAOS!!!

 

 IMG_7786

Disuatu tempat semasa perjalanan ke Chiang Kong..moment pekerja Coca-Cola tengah sibuk memunggah barang..”Bak maiii sebotoiii..!” hehe

 

 IMG_7788

..dan terpaksa menyeberangi sungai kecil menggunakan jambatan besi berlantaikan kayu. Time ni tayar takde grip langsung..dah mcm tayarpancit.com laa beb..!

 

 IMG_7789

Bagaimanapun, menyeberangi jambatan tadi tak memberi sebarang masalah buat kitorg. Semuanya masih berjalan dengan lancar. Setakat hari ke-5, kitorg tidak mengalami sebarang masalah teknikal di jentera masing-masing.

Pemandangan kembali menceriakan tunggangan kitorg..dengan cuaca redupnya lagi. Alahaaii syioknya kalo dapat lepak lama-lama… :)

 

 

 IMG_7790

Keadaan dah mula berbukit dan berliku-liku panjang. Perlahan2 kitorg menunggang sambil menikmati keindahan alam ditempat orang. Syiokkk weii!! Tak terkata…

 

 IMG_7791

sesekali..bertembung dengan sekumpulan ‘cow-cow’ yang tengah makan angin. Ni kes memilih sangat rumput ler ni..

 

..tak lama lepas tu, kitorg dah pun sampai LAOS!!

Percaya? ini la LAOS sebenarnya! hahahaha

IMG_7796

Tak caya jugak? tengok laaa rumah2 tu macam mana..mcm ini ler rumah kat Laos.

 

IMG_7792

..ni satu lagi..rumah usang tu bukti kitorg dah kat Laos.

 

IMG_7797

hehehe..sori beb! Lori ‘pickup’ tu ler bikin kantoi. Ini BUKAN Laos la..sebenarnya kitorg masih lagi di Thailand. Tapi kebanyakkan bikers akan stop kat sini dulu untuk amik angin + amik mood sebelum aksi yang lebih mencabar di LAOS nanti.. :D

 

 

IMG_7794

..nak amik ‘mood’ sangat kan?? ini lah mood kitorg time ni….wihuuuuuuuuuuuu!! Sikit lagi mau sampe LAOS!!

 

IMG_7793

Kedengaran muzik tarian ketika ni..mungkin ada kelas tarian kot kat depan tu?

 

Cukup 10-15minit, kitorg tayargolek lagi..kali betul ler kitorg akan masuk Laos. Sekarang targer ke Chiang Khong untk ke pejabat Immigration dulu..

   IMG_7798

Perlahankan kenderaan anda! corner maut kat depan..” agaknye la..sebab tulisan cacing..

 

IMG_7799

Perghhhhh..!! lagi la cantik view kat sini. Dengan gunung kebiru-biruan..syahdunya mata memandang..

 

 

IMG_7800

Tak dapat diluah dengan kata-kata..gambiran ini menceritakan 1001 cerita..

 

 IMG_7801

Pemandangan luas terbentang…membuatkan kitorg terpaksa akur untuk berhenti sekejap demi moment terbaik disini..

 

 IMG_7802

Griffin dah mula tayargolek..tapi aku? masih lagi tersangkut dengan keindahan alam. Sekeping lagi gambiran disini..

 

 

 IMG_7803

..dah keunikan tumbuhan dilereng bukit seakan-akan pokok teh..

 

  IMG_7806

..gambiran on the bike pemandangan disini. Selepas ni kene fokus pada tunggangan untuk terus ke Chiang Khong town. Kene kejar masa skit sebab urusan Kastam & Imigresen nanti..

 

 

IMG_7807

..dah semakin hampir dengan town. Signboard “Chiang Khong Customs House” pun dah boleh nampak..

 

 IMG_7808

menyusuri jalan ke town yang agak lengang..

 IMG_7809

..average speed sekitar 25-35KM

 

@ Chiang Khong Immigration

 

Selamat sampai ke Chiang Khong Immigration kira-kira pukul 1.15ptg (Msia Time).

 

Chiang Kong Immigration

 

Kitorg disambut baik oleh Pegawai Imigresen disini..yang begitu friendly. Terus menjemput masuk untuk urusan dokumen.

 

Dokumen yang diperlukan disini seingat aku:

- Passport

- Salinan geran motor

- Certificate of Conveyance

- White Card (Departure Form)

 IMG_7811

Selesai urusan disini..kitorg terus ke jeti Chiang Kong untuk urusan Kastam pulak..

Tapi sebelum kitorang gerak..Pegawai sempat memberikan kata2 terakhir  “There will be a new bridge here soon to Laos 3 years from now. So see you again for the next 3 years!!” katanya  sebelum dia menjalankan tugasnya sambil menunggang basikal.

 

Dipendekkan cerita..

 

@ Chiang Khong Jetty

chiang kong

Pejabat Immigration tadi ke sini tak jauh..beberapa meter jer. So kitorg parking motor dulu disini untuk urusan seterusnya..

 

 

kastam chiang

..beginilah rupe dan keadaannya Custom & Immigration Office @ Chiang Khong.

 

Antara urusan yang perlu dilakukan adalah dokumen2 untuk pelepasan Kastam dan Imigresen  ke Huay Xai, Laos.

 

Document for Laos  @ Huay Xai with vehicle:

1. Original passport

2. Original photocopy  motor cert + Police Station stamp (grant/motorcycle cert)

3. Certificate of Conveyance (from Thai Custom)

4. Laos Insurance : 500-700 baht

5. Ferry Fee : 500 baht

 

09122011774

Cert of Conveyance..Passport..Motorcycle cert (geran motor)

 LaoInsurance

Insurans kenderaan untuk masuk ke Laos..

 

Ok beb..! kitorg nak kasi setel urusan Kastam dulu eh..! Tunggu selepas ni..pengalaman merentas Sungai Mekong dari Chiang Khong (Thailand) ke Huay Xai (Laos) menggunakan tongkang aka feri. Nak adventure lagi boleh ler naik bot.. ;)

 

Adios,

Han

0 comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com