Yooosshhhhhhh…!!
Salam Sejahtera semua..
Maaf terhenti seketika sambungan stori 4 Nations Ride. Sebagai selingan..Tahniah utk Hafiz AF7 yang menang AJL ke-26 malam tadi dengan lagu ‘Awan Nano’. Aku dah agak dah lagu tu sure menang punyerrr..! ;)
Ok..tu selingan jer! Meh ler kita terus semula tayargolek seterusnya..
Entry kali ini aku nak bawak korang sama-sama tayargolek pada hari ke-8 (Day 8) pada 12 Dec 2011 yang mana pada hari ke-8 kitorg dijadualkan akan ke Vientiane dan bermalam kesana. Tapi..kitorg ubah plan pada pagi tu. Kenapa?? Hmmm..kite tunggu jer sampai abis stori ni ok..
Jarak dari Vang Vieng ke Vientiane hanye kire-kire 155KM jer. Walaupun nampak mcm dekat..tapi kitorg masih tak boleh agak pukul berapa akan sampai. Semuanya bergantung kepada keadaan jalan. Kalau jalan cun..cepat ler sampai. Kalau tak..slow ler skit.
Seperti yang aku janjikan pada episod yang lepas, aku ade bagitau pasal gunug batu kapur di Vang Vieng kan? Tapi nak amik scenery pada waktu petang memey tak sempat dah..so akhirnya aku dapat jugak capture gambiran gunung tu pada awal pagi.
Jom..ushar gambiran ‘Karst’ di Vang Vieng pada waktu pagi..
Kitorg agak bernasib baik sebab guesthouse yang kitorg stay betul2 menghadap gunung ni..
Sebenarnya gunung batu kapur yang dikenali sebagai ‘Karst’ ni agak panjang. Dengan jarak yang agak dekat..nampak mcm dekat tapi jauh dah ni, lensa camera ni tak cukup wide. So ni jer la yang mampu aku capture..
..gambiran ni betul2 menunjukkan aku berada ditengah-tengah. Kalau dilihat secara ‘live’..memey cantik beb! Serious wa cakap lu..! Suhu tak citer la..sejuk giler! Tapi takde ler sampai tahap beku..
..dan dibawah tu kebanyakkannya adalah guesthouse + rumah penduduk tempatan.
..close up skit..
Plan pagi ni mcm biasa..kitorg akan pergi ke Restoren Nazim (yang kitorg pegi malam tadi) untuk breakfast. Mungkin amik masa dalam sejam..lepas tu baru kitorg start enjin motor.
@ Mountain Riverview Guesthouse.
Lupa nak bagitau..guesthouse yang kitorg stay adalah Mountain Riverview Guesthouse. Not bad..boleh la sekadar untuk tido + menghilangkan penat. Yang penting ade water heater + wifi + Secure parking.. :D
Mountain Riverview Guest House.
..view dari jauh skit
View ‘Karst’ semasa on the way ke Nazim Restoren. Jalan kaki jer beb..!
Aku skip gambiran restoren la yer..sebab malam tadi dah tunjuk dah.
..salah seorang pekerja di Restoren Nazim.
..aku skip citer pasal breakfast.Alaaa..takde ape pun nak citer..makan jer!
Dipendekkan citer..
Pukul 9.30 pagi waktu Malaysia..kitorg dah siap + ready untuk menempuh perjalanan seterusnya. Perut pun dah kenyang pekena nasik goreng..hehehe.
Sebelum tayargolek..gambiran tu mesti kene amik. Keadaan motor kitorg didalam kawasan guest house.
5 minit lepas tu..tayargolek time!!
Menyusuri jalan utama Vang Vieng. Perkara pertama time ni..kene cari stesen minyak. Walaupun ade balance lagi kire2 2 bar..kene bagi full tank beb!
Suasana diwaktu pagi di Vang Vieng tak lah sesibuk + meriah mcm pada waktu malam. Jalanraya pun agak tenang. Cuaca pada hari ke-8, agak baik. Cahaya matahari agak bersinar cerah..baru ler rasa syiok skit sebab masuk hari ke-4 di Laos baru ler jumpa matahari.
..akhirnye jumpa jugak stesen minyak yang terdekat. Isi petrol untuk RED VERSYS sebanyak 100,000 KIPS.
Sementara tunggu Griffin isi minyak..sempat jugak capture gambiran ‘Karst’ dari jauh..
Siap isi minyak..kitorg teruskan lagi journey pagi ini ke Vientiane. So far keadaan jalan setakat ni dikategorikan ok. So, boleh ler menunggang dengan selesa..
Tapi..itu semua tak lama, selepas beberapa KM..keadaan jalan bertukar. Sekejap jalan OK..sekejap bertukar ‘off-road’. Macam tu lah seterusnya..lebih kurang sama jer dengan sebelum2 ni..cuma bezanya kitorg tak meredah kawasan gunung lagi. Harap2 ler..
..keadaan jalan semakin hebat. Jelas nampak batu-batu tu baik punye timbul. So dalam keadaan mcm ni..kalo bawah slow memey terasa mcm naik kuda. Memandangkan jalannya agak lurus dan tak bergunung-ganang..hari ni aku cuba menguji RED VERSYS dengan pulas throttle se’MAX’ yang bleh meredah ‘off-road’.
..memey tak menghampakan. RED VERSYS memberikan aksi yang TERBAIK untuk jalan seperti tadi. Adakalanye ter’overtake’ DUSKY BLACK FJR pulak..hehe. Tak sengaja bro..tengah syiok layan! :P
So bile aku dah jauh kat depan..gunakan peluang untuk amik gambiran ler.
..stop sekejap disalah satu tempat. Geram tengak jalan mcm ni..
Seterusnya..kite sama-sama layan gambiran aksi kitorg meredah off-road @ Laos.. ;)
Griffin in action..
Steady..sebelum jumpa off-road seterusnya..
Griffin dengan aksi “ADV Rider” bersama DUSKY BLACK FJR nyerr…! Fuhh..mahal gambiran ni..
Jalan yang teruk paling panjang setakat ni….perghh!1
Lepas jer gambiran tadi..aku start balik on the bike. dan sekali lagi aku overtake Griffin. Tengah kemaruk layan off-road ni..al-maklum ler baru dapat skill menunggang jalan mcm tu..tu yang nak pulas jer sthrottle ni..! hehe
..dari jauh gue sudah nampak DUSKY BLACK FJR
..jalan agak baik skit dari tadi..
..sekali lagi aksi DUSKY BLACK FJR.
Tetiba Griffin berhenti sekejap.. “ Bro..bagi I 1 minit, nanti I capture u pulak..”.
“Alrite…ini sudah bagus..! ade gak gambiran aku on the bike nanti” ..sambil tunggu 1 minit.. :D
Ok skg..my turn! Griffin capture gambiran pulak..
Han in action..
camera power G12..dari jauh dah Zoom dah..
“Skali lagi bro..!” kata Griffin..
..patah balik..hehehe
Nice one ler..!!
…1MALAYSIA..1TAYARGOLEK!
..and the last one.
OK..cukup ler tu..! hehehe
Lepas penat beraksi..kitorg stop sekejap ler kat sini..pekena air seteguk dua. Baru ler ada rasa berpeluh skit ride hari ni…skit ler.
RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR yang penat beraksi “ADV”. Kasi rehat sekejap..
owwhhhh..ini la track tadi.
Proud with you lah..! Ini mcm kaluu..tak payah ler pakai GS ;)
..bile tengok keadaan jalan kat depan tu mcm OK dah. Hopefully! Just wait and see..
10-15minit berehat..kitorg start balik tayargolek. Sehingga disatu tempat terdapat satu sungai. Tapi aku amik gambiran on the bike jer ler..
Dipendekkan citer lagi..
Setelah beberapa KM berjalan..kitorg stop disalah satu pekan. Dah dekat dah dengan Vientiane..memandangkan masa pun macam awal lagi..so no rush lah. Kasi rilex..
..sewaktu berhenti di pekan. Lepak jap di kedai runcit..
Berhenti rehat bersama ‘fido dido’…7up! Pehhhh..sedapnye kena air sejuk..! memey nikmat ride hari ni..
..lepak kedai runcit pun jadik ler..
@ Vientiane, Laos
Abis sebotol air sejuk berharga 3000 KIPS..kitorg terus menuju ke Vientiane. Jarak dianggarkan kire2 dalam 70KM jer lagi. So target kitorg di Vientiane nanti akan melihat + amik gambiran ‘Black Stupa’..dan lepas tu akan singgah ke ‘Patuxay Park’. Lepas setel semua tu baru decide plan lain..
On the way ke Vientiane. Lega beb! jalan dah mula cantik..al-maklum ler dah nak masuk ibu negara LAOS ni..
Setelah beberapa minit lepas tu..kitorg dah menghampiri tempat pertama yang dituju di Vientiane. Black Stupa dah mula kelihatan. Dah dekat dah ni..
@ Black Stupa aka That Dam
Beberapa traffic light selamat di redah..akhirnye selamat sampai ke destinasi. Sekarang..masa untuk bergambiran.
Black Stupa atau nama LAO adalah ‘That Dam” (sebutannye ‘Tak Dam’) dibina pada tahun 1827 merupakan salah satu tempat menarik di Vientiane. Walaupun tak nampak menarik tapi ade sejarah disebaliknye. Boleh google sendiri yer..:)
RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR bergambiran di hadapan “That Dam” atau “Black Stupa”
Gambiran solo RED VERSYS dihadapan Black Stupa..
..disinilah lokasi nye. Berada di tengah2 bandar. Nasib baik ade parking..takut jugak mane ler tau kot kene saman..
Tapi kitorg tak lama kat sini. Cukup dengan bergambiran..pastu lepak jap dalam 10 minit, then ‘chalte’ ke Patuxy Park..
Jom kire pusing skit bandar Vientiane atau dulu dikenali sebagai Viang Chan.
Walau pun berstatus ibu negera Laos, namun takde ler teruk sangat kesesakan laltulintas. So far..ok. Skg berada di salah satu traffic light..
..antara bangunan2 yang tinggi disekitar Vientiane..
..opssss! tercapture pulak awek naik skuter ni..
Sangkut lagi di traffic light. Tapi tak perlu rushing..Patuxay Park dah dekat dah tu. Boleh nampak dari sini..
@ Patuxay Park ( Victory Gate of Vientiane)
Dah sampai pun di Patuxay Park..tapi ape ade kat sini??
Ini ler ceritanya..Patuxay Park ni. Tanda persahabatan antara P.R CHINA dengan LAOS D.R.
Gambiran penting.. RED VERSYS secara solo berlatarbelakangkan bangunan Patuxay..
RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR
Kalo korang nak tau..ini ler rupe RED VERSYS time ni. Bersih kan??
Jom kite ushar skit Patuxay ni..
Info sejarah tentang Patuxay atau Vistory Gate of Vientiane..
Gambiran bayang2 bangunan Patuxay
Penuh dgn ukiran..
Close up skit..
Ukiran + corak di bahagian dalam bumbung..
Very nice architecture
Lain-lain boleh ushar gambiran..
Gambiran dari arah lain pulak..
Sekarang cahaya matahari menghadap bangunan ni. Baru ler cun skit ..
Zoom skit..
Once gambira semua dah amik. Skg baru ler decide..
Waktu skg baru je hampir pukul 5.00ptg (Malaysia Time). Rasanya masih terlalu awal nak bermalam disini. Itulah sebabnye kiorg ubah fikiran untuk teruskan perjalanan masuk ke Thailand. Satu lagi, kalo hari ni masuk Thailand, esok pagi dah bleh skip urusan border. So jimat masa skit..
Skg kitorg menuju ke Vientiane-Nong Khai border. Lepas je border Thailand nanti, kitorg akan ride se “MAX” yang boleh…
@ Vientiane (Vang Chan)
Urusan membawa keluar motor dari Laos ke Thailand berjalan dengan lancar. Cuma ade sedikit confuse dengan kaunter Kastam diorg jer. So far smooth..
Sedikit gambiran di border Vientiane. Tak banyak gambiran disini sebab agak busy skit dgn urusan document.
..baru sampai ke Vientiane Custom dan Immigration
Kenderaan 4 roda agak busy dengan urusan masing-masing. Semua nak cepat cross ke Thailand..
Bayaran yang dikenakan untuk cross Sungai Mekong menggunakan “Friendship Bridge Vientiane – Ning Khai” adalah sebanyak 9000kip.
Antara moment yang tak sempat atau terlepas begitu jer adalah semasa menyeberangi sungai Mekong. Camera tersagkut plak dalam poket jacket aku. Puas dok tarik..tp still sangkut. Nak berhenti tepi jalan..takde bahu jalan pulak. Last2..ingat kat kepala jer la..
@ Nong Khai, Thailand Border..
dah berada di Nong Khai border..sekejap jer lagi selesai urusan
“Friendly Bridge Vientiane – Nong Khai”.. Say GUD BYE to LAOS
..di sini, untuk masuk ke Thailand, tak silap kene bayar 200 baht
WELCOME to THAILAND - Once dah masuk Thailand, kitorg takde target nak tuju kemana pun..kalo boleh nak ride sejauh yang mungkin sampai ler hari gelap. So skg ade kire2 1 jam lagi sebelum hari gelap..
@ Udon Thani..
7.00mlm ++ – hari pun dah gelap semasa tiba di Udon Thani. Cari hotel yang berdekatan + ade secure parking.
p/s: gambiran waktu malam memey kureng skit..
..ade parking khas untuk motor. Security yang jaga parking ni boleh cakap melayu..tu yang mudah skit urusan nak cari kedai makan halal nanti.
Boleh tahan..dan harge pun sekitar 600 baht utk 1 malam.
Penangan LAOS..!! Walaupun dah masuk Thailand, tanah Bumi Laos masih lagi melekat kat riding boot aku.. :). Ini semua kenangan…
Makan time..
Macam biasa, kitorg amik ‘tuk tuk’ untuk pegi makan. Takde info kedai makan halal di Udon Thani. Nasib baik uncle Security tu tolong ‘speaking’ dengan pemandu ‘tuk tuk’..so dia bawak terus ke Restoren Halal..
Info yang aku dapat dari uncle tu..kat sini, ini ler satu2 nye kedai makan halal. Yang lain2 agak jauh..
Maaf..aku tak paham ape dia tulis ni. Err..harap bro EereNoon bleh tolong translate ;)
Pengalaman menarik pulak katt restoren ni adalah masa amik order. Diorang memey tak paham langsung bahasa Melayu atau English. Masa amik order..tetiba diorg bagi hendpon suruh aku cakap. Rupe-rupenya,, yang bercakap dalam henphone tu adalah abangnye di Narathiwat. That’s why boleh cakap melayu. Lepas order tu..baru ler diorg sembang bahasa Thai.
Adehh..! macam-macam pengalaman beb..
So, itu ler serba sedikit coretan TayarGolek pada hari ke-8. So total distance untuk hari ke-8 adalah 233KM. Sambungan seterusnya esok di hari ke-9, kitorg akan ke Ayutthaya. Ape yang menariknya kat situ?
Kene tunggu la yer..
Adios,
Han
5 comments:
Name restoran tu Kedai Khao Yam Nara... Khao Yam ialah nasi ala selatan Thailand... mmg Nara ialah short for utk org Thai panggil Narathiwat... Bile ade kat Udon bro??? saye slalu gak ulang alik KL - Udon Thani... Sebulan ade la 2-3 kali... Hotel kat mane??? umah saye ade dekat2 ngan Central World Plaza... hehehe... Kat Udon ade gak member org Pattani dok jual baju kat depan Bus Station lame... Tp bhs melayu diorg dah kureng sket... hehehe...
EereNoon - aku dah agak dah sure bro EereBoon tolong translate punyer..hehehe (kene buat kelas bahasa Thai ni). Thanks bro..
Owh umah bro kat situ tu ke? kalo tau tak yah sewa hotel..LOL
khao = nasi
Yam = kerabu
normally nasi kerabu diorang takda letak apa2 daging atau apa2 jenis lauk pauk mcm nasi kerabu kelantan,,but still nice to taste,,
Musang - wahh..! dahsyat gak bro Musang ni blh baca tulisan siam. Ade darah Siam ke bro?
pergh. terbaik gila gi Laos dengan motor.
Tabik ar!
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..