Yooosshhh…!!
Hari ini aku akan bawa semua pada hari ke-6 dalam siri 4 NATIONS RIDE TOUR bertarikh 10 Dec 2011. Hari ni juga merupakan hari ke-2 kitorg berada di Laos. Jika semalam kitorg telah diuji dengan jalan ‘off-road’, jalan berliku dikawasan pergunungan dan terpaksa meneruskan perjalanan hingga ke malam dalam keadaan yang betul2 gelap gulita.
Jika ikut perancangan hari ke-6, kitorang akan bergerak dari Luang Namtha ke Luang Prabang dengan jarak perjalanannya kira-kira 340KM diatas peta. 340KM?? dekat jer tu..tapi di Laos, walaupun jaraknya nampak macam dekat..pukul berapa sampai tu memey tak dapat dipastikan. Adakah keadaannya cantik? jalan lurus? off-road?..Semua tu aku akan citer nanti..tapi ape yang aku boleh citer skit tentang keadaan jalannya dah seemestinya bergunung-ganang.. :D
Ok la beb..kite jangan sembang panjang2, jom kite rewind balik pada 10 DEC 2011 yang lalu. Kemana ni??
Haaaa…jom!!
- - Stori - -
Awal2 pagi lagi kitorg dah turun ke hotel untuk melihat keadaan diwaktu pagi di Luang Namtha. Sejuk kat sana tak usah citer la..suhu waktu pagi antara 13-15 darjah Celsius. Memey sejuk..pakai pulak short..sendiri jawab la.
Keadaan diwaktu pagi di jalan utama Luang Namtha, Laos. Masih gelap lagi...
Kalo korang ingat kitorg makan malam di Aysha Restoren (aka Yamuna Restoren), so malam tu kitorg request kalo boleh bukak awal skit sekitar jam 7.30pagi (Laos Time) untuk breakfast. Ini jer lah satu2 nya kedai Halal yang kitorg tau. So, tauke kedai tu setuju untuk bukak lebih awal..
@ Aysha Restoren – Breakfast
Tiba disana, Aysha Restoren dah pun buka kedai lebih awal seperti yang dipersetujui..dan kitorg ler pelanggan pertama..hehe.
Seperti biasa..Nescafe panas 2! Di Laos, air panas memey sesuatu yang amat berharga..
Menu sarapan pagi agak terhad..tak banyak pilihan. Yang ada cuma sandwich jer. Nasi goreng..jangan harap ler.
Belek punya belek menu (tapi gambiran takde), so decide ler amik sandwich. Dah tu plak aku siap order 1 lagi untuk ‘tapau’..mana ler tau kot2 nanti lapo sejuk2 nih. Kitorg bajet sandwich tu yang pakai roti keping..sah2 kecik. Last2 bile sampai…tengok pic bawah.
Hamikkk ko! bapak beso sandwich ni..tapi lapo punye pasal, abis jugak makan..hahaha
Setel breakfast..kitorang ke hotel semula untuk bersiap dengan ride seterusnya.
Ini ler hotel yang kitorg bermalam di Luang Namtha..DOKCHAMPA HOTEL. Jenuh gak nak carik hotel malam tadi..kebanyakkan yang ade secure parking semua full.
Griffin bergambiran didepan hotel. Motor kitorg terpaksa jadi VIP semalaman sebab parking depan pintu masuk..
Route ke Boten (LAOS-CHINA Border)
Tayargolek time…!!
Kira-kira pukul 9.00pagi (Waktu Msia), perjalanan kitorg bermula. Sebelum ke Luang Prabang..kitorg akan singgah di Boten iaitu sempadan LAOS-CHINA. Antara tempat yang pasti singgah apabila berada di Laos. Jarak antara Luang Namtha ke Boten hanya kira-kira 50KM menggunakan ROUTE 13.
Perlahan-lahan menunggang motorsikal sambil layan suasana sejuk dipagi hari. Nyaman sungguh ler.. !
Antara pemandangan lain di sini adalah sawah padi. Rasanya aktiviti utama disini..
Bile dah santai-santai bawak motor..mata ni standard ler dok melilau kanan-kiri, mengamati keindahan alam di bumi Laos.
Sehingga di suatu ketika, terserempak pulak dengan 2 orang ynag tengah layan basikal.
Dari jalan yang lurus..bertukar skit demi skit ke jalan yang ber’corner’. Memey sedap corner ni kalo diratah!! :D
Tapi…..biar lambat asal selamat!!
corner demi corner kitorg redah. Time ni sempat gak aku capture gambiran disatu jalan yang bercorner. Camera yang Griffin bagi pinjam memey tak menghampakan aku untuk gambiran on the bike..sebab caranya dah kene.
Selepas jalan bercorner…bertukar semula ke jalan yang lurus pulak. Lupa aku nak bg tau..keadaan cuaca pagi tu sebenarnya agak mendung skit. Masa balik dari breakfast dh mula renyai skit. Bila lihat keadaan jalan time ni..sebahagian jalannya masih lagi basah.
@ Boten International Customs Checkpoint
Lebih kurang 30minit perjalanan, kitorg sampai ke Boten International Customs Checkpoint. Bila dah berada kat sini..maksudnya kitorg tinggak beberapa KM jer lagi untuk sampai ke CHINA. Ke CHINA????
Berhenti sekejap untuk amik gambiran bangunan Boten International Customs Checkpoint(BICC). Tak berani aku nak amik gambiran on the bike..sebab keadaan jalan disini agak licin.
Masa nak cross BICC ni..cuak jugak kot2 diorg mintak ape2 document ke..tapi Alhamdulillah, diorg wat muka toya jer..hehehe. So aku pun buat tak tau jer ler sambil2 cross checkpoint tu..
Selamat dah cross BICC tu. Now..teruskan lagi misi ke border LAOS-CHINA. Sekejap lagi..satu lagi impian sebelum ni bakal tercapai. Jalan agak licin dan basah..Griffin pulak dah hilang dari pandangan. Takpe..jgn gopoh..jangan kalut! Just rileks dan terus ke depan..
Moment ketika tengah overtake penduduk tempatan. Helmet takdak..tapi blh tahan gak awek ni merempit.. :D
@ BOTEN (LAOS – CHINA BORDER)
Impian kini jadi kenyataan..!!
Aku(Han) dan RED VERSYS nya..Griffin dan DUSKY BLACK FJR nya telah berjaya sampai di sempadan LAOS-CHINA border. Wihuuuuuuuuuuu…!!
Sebenarnya tempat yang kitorg stop ni adalah 1KM sebelum sampai ke LAOS-CHINA border..dan disinilah tempatnya dimana para bikers akan berhenti untuk bergambiran. Sekarang untuk mendapatkan moment dan kenangan bahawa telah sampai ke sempadan LAOS-CHINA dengan motorsikal masing-masing.
1st gambiran RED VERSYS di BOTEN (1KM before LAOS-CHINA border)
Kepuasan yang tak terucap..! seperti mimpi apabila kitorg telah berdiri disini..
..dan inilah serba sedikit keadaan berhampiran dengan batu penanda 1KM before LAOS-CHINA border.
BUKTI..! we reached here beb..!
Seperti yang dirancang, kitorg hanya akan berada disini kire-kire 20 minit jer. Cukup ler sekadar untuk bergambiran sebagai bukti yang motor kitorg telah berada disini.
Gambiran RED VERSYS..
..dan jugak DUSKY BLACK FJR
p/s: skg bile tgk gambiran ni..memey senyum sampai ke telinga ler.. :D
Lepas amik gambiran..kitorg mcm biasa ler sembang2 itu ini. Last2 Griffin bagi satu idea..
Nak tau ape idea yang dicadangkan kat aku??? Tengok gambiran bawah..
TayarGolek.Com meninggalkan jejak - Tampal stiker “TAYARGOLEK.COM”. Ini ler idea nya..
Griffin : ”..tampal jer sticker u bro kat sini..”
Aku : “ eh tak pe ke bro..kang kene saman kang? ahaksss..”
Griffin : “ ehh..mana de. U tampal jer bro..lepas ni sure ramai yang ikut tampal stiker kat sini..”
Aku : “..ok..menarik gak tu..selagi takde yang mula..selagi tu ler takde yang tampal kan? hehehe..”
So dengan rasminya..aku tampal di batu penanda 1KM sebelum ke LAOS-CHINA Border.
P/s: harap2 ler tak tertanggal. Kalo sape2 ade pi sana..tolong ushar2 skit eh.. :D
Gambiran sekali lagi..RED VERSYS with TAYARGOLEK.COM sticker.
Lepas tu gambiran solo. Actually kitorg ni malu skit nak posing solo-solo amik gambiran. Tapi..lantak pi laaaaa..ni bukan senang nak mai sini ooiit..hahahaha
Ehemm..! Han TayarGolek.Com was here on 10 DEC 2011.
..and Griffin also was here. cool man!! ahakss
and last one..gambiran bersama. Time ni khidmat tripod ‘cinonet’ aku terpaksa digunakan. Not bad gak camera ‘coolpix’ ni..!
Sementara tengah berasap..dapat kitorg perhatikan penduduk disini. Most of them kat sini adalah adalah PRC (People of Republic China). Bukan setakat tu jer..kenderaan yang lalu lalang kebanyakkannye menggunakan nombor pendaftaran negara China.
Macam mana aku tau? ..abih dah tulisan dia tulisan Cina.. :P
Peminat FJR bukan setakat kat Thailand, Myanmar atau pun Laos jer..sampai China pun diorg dok kerumun FJR ni. Actually aku terlambat skit capture..bile diorg sedar aku tgh amik gambiran..diorg ni terus blah! hahaha..mcm dah buat silap beso jer..
Alrite..dah hampir 25minit kat sini dah. Masa untuk bergerak ke destinasi seterusnya ke Luang Prabang. Tapi sebelum gerak tu..aku sempat tanye Griffin.
Aku : “..bro, kat depan ni border LOAS-CHINA kan? ade ape eh?..I mcm nak pegi ler..”
Griffin : “ No problem bro..ade Immigresen jer. Kalo u nak pergi..go ahead. I tunggu sini..tapi kalo I takde u terus ke stesen minyak kat depan tadi..”
Aku : “OK bro..i nak pegi border jap..janji dapat tengak depan mata sendiri..”
1KM perjalanan…
LAOS-CHINA border – sampai gak RED VERSYS kat sini. Nampak tak tanda ‘STOP’ tu..? kalo aku lepas line putih tu..dah kire masuk CHINA dah..huhuhu..
Masa amik gambiran ni..aku perasan ade sorang Pegawai Immigresen China dah ushar2 aku dari jauh dari pondok biru kat depan tu. Aku amik skali lagi gambiran yang sama as backup. Last2..Peg.Immigresen tadi dah start berdiri dah!
Lepas je aku amik gambiran ni (gambiran ke-3)..Pegawai Immigresen tadi siap kuar dari pondok biru tu beb! Aku apo laie..masuk gear terus buat U-turn then blah terus dari situ..wihuuuuuu!! amik gambiran pun nak ushar2..ape la diorg nii kan..? LOL
Patah balik jalan tadi..menuju stesen minyak berdekatan..
Satu-satunya stesen minyak yang ada di kawasan ini. Tengok tulisan kat stesen minyak tu..sapa boleh translate??
agak busy skit stesen minyak kat sini. Kenderaan banyak..terpaksa ler tunggu giliran..
Sabar meunggu giliran..
Ok la beb..kitorg nak tunggu turn isi minyak jap. Lama gak nak tunggu ni..
Jadi..pastikan korang rajin2 bukak TayarGolek.Com untuk sambungan seterusnya..yang mana kitorg bertemu dengan group BMW dari Germany..
Adios,
Han
9 comments:
hhhaaaddoooyyyyaaaiiiiiiiiiiii ..... awat tak cecah jer tayar dopan tu kek CHINA, bole tercatat RED 'V" sampe ke negeri china
Tula kan...takpun wat aci lompat sebelah kaki tu kat line putih tu..dah jejak negara chino..so pehni takyah berangan nak p chino laei sebab dh jejak dah..hahaha
~mrshan~
Dee - Tak masuk dalam agenda bro nak cecah tayar kat negeri China. Nanti kalo dah cecah..takde alasan aku nak ride pi China plak..muahahahahaha (alasan jahat)
mrshan - tu pasal tak mau cecah..boleh dapat Visa baru pi China pulak nanti. Baikk punya alasan...muahahhahaha (gelak jahat)
Yolah tuu...iyokan ajer...kna beli tabung rimaula..besaq skit nak menabung.tabung ayam ngn tabung arnab dh pecahh kan kan
~mrshan~
hehehe .... mrs .Han, sabor ajela tp susah skang ni xpe nenanti dah jadik selebriti byk royalti dapat tu .... hikhik ;))
MrsHan- ishh..gossip je tu. Tabung arnab elok lagi tu haaa..hikhik.
Dee - selebriti? Uhuksss..jauh panggang dari api ni..hahaahaa
mmg best gilerr... wiihuuuuu
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..