Yooosshhhh..!!
Episod sebelum ni aku dah pun cerita serba sedikit tentang ride di Myanmar..
Sebenarnya ride ke “Tachileik Toll Gate”, “Pagoda Temple” dan “Hill Tribe Village” di Myanmar adalah seawal pagi di hari ke-5 pada 09 DEC 2011. Tapi bagi memudahkan pencarian atau pun cerita di Myanmar, aku gabungkan menjadi satu cerita di Myanmar.
So sebagai ringkasan pengalaman membawa dan menunggang motorsikal dibumi Myanmar “..satu yang pengalaman yang memey tak boleh dilupakan sampai bila-bila. Walaupun hanya berada sekitar 20KM dari border jer..sudah cukup memberikan 1 kepuasan. Semua mata tertumpu ibarat ‘makhluk asing” masuk ke Myanmar...tu yang seram tu. Tapi mcm mana pun ride ini tetap ada “manisnya” bila berjaya masuk & keluar dari Myanmar dengan selamat lebih-lebih lagi dengan status negara yang melarang kenderaan luar masuk, keadaan dan keselamatan yang belum tentu terjamin. Google ler pasal Myanmar..mcm2 cerita. Mungkin cukup bagi aku “once in a life time” ride kesana..walaupun Myanmar Immigration & Custom memberikan khidmat yang terbaik..”
Satu lagi..aku dapat call baru2 ni dari Cikgu Mat aka Labib (Malaysian ADV Rider/overlander) yang mengatakan “..you are the 1st Malaysian bikers yang berjaya masuk Myanmar dengan motor dan ride di Myanmar. So far memang takde lagi yang kesana bawak masuk sekali motor!!”. Itu lah kata Abg Labib. Tapi aku pun tak pasti pasal tu..
Jika YA “memey aku tak sangka..ni semua Griffin punya pasal” hahaha. Tapi jika TIDAK pun..it’s ok sebab pengalaman ride di Myanmar adalah sesuatu yang paling berharga. So dengan info yang aku share di TayarGolek.Com, mungkin lebih ramai lagi Bikers dari Malaysia ride ke Myanmar nanti ;)
..dan sekarang masuk hari ke-5 4 Nations Ride Tour(4NRT) yang mana kembara pada hari ke-5 diteruskan dari Myanmar ke Thailand dan Laos. Jarak perjalanan kitorang pada hari ni agak pendek cuma kira-kira 316KM sahaja. Cuma apa yang boleh kitorg jangkakan..walaupun jaraknya cuma 316KM, tapi kene ingat..ride hari ini lebih tertumpu dengan urusan “border to border” iaitu MYANMAR - THAILAND dan THAILAND - LAOS. So, masa mungkin banyak digunakan untuk urusan Immigration & Custom.
Tapi yang pasti..di LAOS pastinye lebih mencabar..lebih adventure..lebih extream!! Just wait and see yaaw..!
Alrite beb..panjang pulak aku membebel ni..hehehe. Jom kite sambung stori seterusnya..dari Myanmar masuk ke Thailand..dan dari Thailand masuk ke Laos. Tapi aku akan pecahkan kepada beberapa entry supaya lebih mudah untuk fokus dari satu tempat ke satu tempat..
Plan pertama selepas selesai urusan border di Myanmar dan Thailand adalah ke GOLDEN TRIANGLE! Ni yang tak sabo nak tayargolek nih.. :D
Mae Sai..”The Northern Most Of Thailand”. Disinilah kitorg berada di waktu ini. Legaaa ! bile urusan di border selesai tanpa sebarang masalah..
RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR dah pun selamat berada di Thailand..wihuuuu..!!
..bile segala urusan dah selesai, baru la terasa nak pekena air. Air mineral pun rasa manis beb! hahaha..punya la puashati + lapang fikiran bila dah berada di Thailand semula..kitorg short break sekejap untuk susun semula dokumen2 dan pastikan semuanya lengkap untuk urusan seterusnya nanti…
peninggalan debu merah dari bumi Myanmar..!
Errr..? kotor ke?? ini baru sikit…tungguuuuuuuuuuuuuuuu..!!
Peminat FJR - Masa tengah2 berehat kat sini..dari tadi aku dok perati. Lepas satu..satu. Lepas satu..dua! Perhh!! ramai pulak peminat motor FJR kat Thailand ni eh?? Mcm pelik bebenor jer aku tgk..ehehe. Ke Griffin suda kasi jampi satu kali sebelum ride ni?? ahakss..
Tak caya?? ni la bukti..aku tak tipu punye ma! Yang paling ‘jiwa kacau’ ni mamat yang kanan sekali. Dok berkali2 tanye pasal FJR ni..yang jadik masalahnya dia cakap bahasa dia..memey la masalah! Last2 korang tau ape dia buat?? dia pegi kedai sebelah..then amik calculator! Then suruh Griffin isi tempat kosong dlm calculator tu..hehe. Rupenya..dia nak tanya berapa harga motor FJR ni.. tu jer! hahaha…
Pengalaman + moment yang best dipagi hari..
OK beb! Sekarang dah pun pukul 9.30pagi (M’sia Time). So elok lah kitorg beransur dulu..
Selepas siap dengan riding gear..kitorg mulakan tayargolek ke Golden Traingle kire2 30KM jaraknya. Sampai satu ketika diawal perjalanan..ada sedikit kerja2 membaikpulih jalan yang menjadikan keadaan waktu tu berdebu..
walau macam mana pun..still boleh guna jalan berturap. Bukan motor jer kene adventure..kamera G11 aku pun kene adventure baii..!
..sedikit lencongan – terpaksa jugak redah jalan ‘off-road’. Alaaa..sikit jer tu ;)
Kemudian..keadaan jalan kembali cun melecun..! tersengeh2 aku sorang2. Abis tu nak sengeh2 dgn sapa?? hahaha
..dan sekarang kita menyaksikan scenery pagi di Utara Thailand pulak..cuaca yang baik + view gunung-ganang dah mula jadik kawan rapat time ni..
..kalo ikutkan hati time ni beb, aku tak nak ride dah..nak berhenti + amik gambiran..aisshhh!
Nice road..dan jalan dah mula berbukit + corner. Tapi suasana pagi ni memey lengang + sunyi..dan yang best..redup!
Antara lain moment yang dapat aku amik..sekali lagi meredah jalan merah. Nasib baik kering..kalo basah sure rim motor bertukar kaler ‘aloi’..
rilek2..rileks..! bertenang..! fokus tetap kene fokus. Time ni laa mata ni melilau ke kanan ke kiri jer..
..aku dah mula excited dah dgn pemandangan kat sini. Griffin dah hilang jauh ke depan dah..
..jalanraya punya la cun melecun..tapi takde orang guna??? wah lauuuuu weii…rugi woo!
..dan lagi..
Last2..wa tak tahan beb! berhenti gak secepat yang boleh. Ape ade hal..camera memey dah ready, just stop + amik gambiran. Tak sampai 1 minit dah on the bike semula.! semua kene buat dengan pantas..
At last..nampak semula Griffin kat depan dah..
@ GOLDEN TRIANGLE
Dengan style ride yang santai dan relax..kitorg selamat sampai di GOLDEN TRIANGLE kire-kire 1 jam perjalanan.
GOLDEN TRIANGLE adalah sempadan antara 3 Negara iaitu MYANMAR-THAILAND-LAOS yang menjadi tempat impian biker2 yang meminati ‘touring’. Memey tempat yang wajib singgah…
Ehh..dah kat GOLDEN TRIANGLE?? macam tak percaya..tapi kene percaya..! ;)
Keadaan jalan utama..
..dan inilah sungai yang menjadi pemisah antara 3 negara (THAILAND-MYANMAR-LAOS) iaitu Sungai Mekong.
Perhatikan tanda ‘Triangle’ tu..disinilah kitorg sekarang berada. Manakal panjang Sungai Mekong tu adalah dari China-Myanmar-Thailand-Laos-Cambodia-Vietnam..
Golden Triangle..! Yes..we’re here!
Tak silap ade satu lagi tempat signboard “Golden Triangle” ni..tp sebab masa limited..sini pun ok laa..
TAYARGOLEK.COM was here..
Kasi tampal satu kali. Kalo takde yang mula tampal sticker ni..sampai ke la ni dok clear jer. So aku mulakan dulu..tampal stiker “TayarGolek.Com” kat sini. Lepas ni sure ramai yang ikut..hahaha. Tu pun kalo tak kene buang laa..
Just two of us..@ Golden Triangle
..and now u see additional ‘words’ between THAILAND….LAOS? muahahaha
“Bukan selalu dapat posing solo kat tempat mcm ni..ahaks!”
“betul..betul..! bukan selalu bro..I nak jugak! “ ahakss
Setel gambiran diri sendiri..now layan gambiran Sungai Mekong. Orang kampung aku kata “Mekong River” la pulakss.. :P
…ini adalah MYANMAR
..dan ini pulak LAOS. Alaaa dekat jer..setakat berenang 10-15 minit pun sampe..wuhuuuuu!!
..ini pula sumber mengalirnya air Sungai Mekong dari CHINA..
..tidak dilupakan “RED VERSYS @ Golden Triangle”
..dan juga “DUSKY BLACK FJR @ Golden Triangle”
Both of them..
Hampir 30 minit disini..
Masa yang ada..aku sempatkan untuk membeli beberapa helai T-Shirt ‘Golden Triangle’ untuk wife & anak2 gadis aku..amik hati la skit dok? huhu…
Siap ber’shopping’ tadi..kasi simpan elok2 dalam box..lepas tu??
Lepas tu? kemana lagi..tayargolek ler..ke Chiang Khong..
Lagi banyak gambiran & moment2 yang menarik selepas ini.
So teruskan bersama TayarGolek.Com ..(bunyik dah mcm ada penaja pulak eh? :D)
Kita sambung lagi selepas ini..
Adios,
Han
2 comments:
bro han,,napa semua gambir ada mcm blank area kat sudut kiri atas,,apa lagi bro G12
musang - memey bro..aku pun perasan gak. Tapi soalan bro terjawab di entry terbaru..
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..