You Are Reading

13

Indochina Ride (Day 12): Dannok to Kuala Lumpur

TayarGolek.Com Wednesday, March 27, 2013







Yooosssshhhh... !

Salam Sejahtera semua..

Hari ini merupakan episod terakhir dalam siri INDOCHINA EXPEDITION yang telah merentas 4 sempadan negara MALAYSIA-THAILAND-CAMBODIA-VIETNAM bermula 06 - 17 DEC 2012. 12 hari perjalanan diharungi..dan Alhamdulillah pada entry kali ini aku akan kongsi serba sedikit perjalanan dihari ke-12 dari Dannok ke Kuala Lumpur. Walaupun hati dah takde mood dah nak amik gambiran ataiu sebagainya. Tapi..gagahkan jugak ler beberapa keping gambiran untuk pembaca TayarGolek.Com.

Macam tak caya je dah nak abis..episod akhir dah pun. 12 hari punye ride..3 bulan baru nak abis..hahahaa. Ape2 pun kite teuskan jugak la skit tayargolek dihari ke-12.

Jom..








@ KPK Hotel, Dannok




DSCN2440


Kitorang bermalam di hotel KPK..ni je la hotel yang terlintas difikiran. Lepas je breakfast, kitorg bersiap untuk check out dan sambung perjalanan balik ke Kuala Lumpur, Malaysia











DSCN2442

Kire2 8.30pagi waktu tempatan, tayargolek untuk hari terakhir misi INDOCHINA EXPEDITION bermula. 490KM bakal diredah..




DSCN2443

Sekelip mata je dah sampai border..




DSCN2444

BON VOYAGE..ehh belum lagi. Kasi cop passport dulu :)




DSCN2445

motor sudah parking..





DSCN2446


Kasi tinggal jap motor kesayangan kat sini. Nak settle document dulu..



DSCN2448

Baru perasan..design banner tu dah tukar (gambiran diambil pada 17 Dec 2012)



Setel urusan passport dan Kastam, tayargolek untuk masuk Malaysia pulak. So far, semua berjalan dengan lancar..

DSCN2449

..dan selamat keluar dari Thailand. Kini menuju pulang ke tanahair tercinta..MALAYSIA..wihuuuuuuuuuu




DSCN2451

Welcome back to Malaysia






DSCN2452

Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam pun lengang. Memey syiokk la sebab tak ramai manusia..                                        



DSCN2453

Pelan2 kayuh..tunggu giliran masing2 :). Dah tak lama dah..tak sabo nak jejakkan tayar motor di negara sendiri..




Alhamdulillah..segala urusan Imigresen Malaysia selesai tanpa sebarang masalah. Skg kitorg dah selamat berada di bumi Malaysia..wihuuuuuuuu..! maka dengan ini secara rasminya misi INDOCHINA EXPEDITION berakhir dengan satu kejayaan peribadi yang amat membanggakan buat kitorg. Aku kongsi kejayaan ini bersama semua rakan2 pembaca TayarGolek.Com dan rakan2 sepermotoran.

"Congratulation to us bro..! yes..! we did it..!!" itu la kata2 sebagai tanda kepuasan buat diri masing2 sewaktu kitorg berhenti  jap mengambil nafas legaaa..phiewwwwwwww..!!


Walau ape pun perjalanan masih jauh lagi untuk kembali ke Kuala Lumpur.



DSCN2464

Perjalanan ke Kuala Lumpur terus diharungi..cuaca agak mendung2 manje gituwwww...hmmm..kalo hujan aku pasrah..hehehe






DSCN2469

70km dari border..mcm biasa, stop jap di R&R Gurun. Haaaaa..kasi flush segala minyak2 petrol yang ade ni dengan petrol Malaysia laa..


Sambil2 tu kasi rehat skit..kumpul tenaga untukmengharungi perjalanan berbaki 400KM lagi.Adoiyaaii...jauhnye rasa nak  redah balik..huhuuu..




DSCN2473

Takpe..orang kata pelan-pelan kayuh. Biar lambat asalkan selamat. Itu ler kata2 azimat yang sentiasa kitorg pegang untuk perjalanan yang jauh. Yang kat rumah..biarlah kat rumah, tunggu je la kitorg sampai nanti..:)




DSCN2475

Dipendekkan cerita..kitorg stop sekali lagi di R&R Gunung Semanggol. Cukuple kot sekadar minum air je. Lapo? tak terasa sangat..air je dah cukup.

p/s: tak banyak amik gambiran on the bike waktu balik..


DSCN2476

Kasi rehat jugak ini motor..

DSCN2477

Semakin ditenung lama2..semakin sayang banget gue dgn RED VERSYS :))


DSCN2478

Cukup 15-2minit di R&R Gunung Semanggol tadi..kitorg sambung lagi tayargolek. Huiii...boring giler weii! hahaha..Lemauuu gilerr mood time ni..



DSCN2497

Kengkadang cuaca bertukar cerah pulak. E'ehhhh..memain pulak nye..



ek.C

Gambiran sekitar Ipoh. Wihuuuuuuuuu...! timing cun pulak waktu ni..cuaca agak baik. Ape lagi kasi amik gambiran ler.




DSCN2503

...dan close up skit dgn bukit2 batu kapur tuu.

Owhh ya...lupanak bgtau pulak, masa break tadi ada dapat message dari kawan2 katanya diorg nak sambut kepulangan kitorg balik di Suria Teh Tarik. Fuhhh..! terharu gua beb..sokongan kawan2 sepermotoran yang sui menyambut kitorg di Setia Alam. Terima Kasih banyak2 kepada semua..




DSCN2511

Diringkaskan lagi..berhenti rehat lagi di R&R Tapah. Mcm biasa jugak..berhenti untuk topup skit petrol dan break. Kasi lurus semula urat2 kaki..hehe



DSCN2513

..tayargolek time! beberapa KM selepas R&R Tapah tadi..cuaca cerah bertukar menung gelap. Macam aku cakap tadi..aku pasrah jer. Seronok gak mandi hujan atas highway..sejuk skit badan.



DSCN2514

Hujan tu air je kan...? korang ingat kitorg nak berhenti teduh bawah flyover? Sorryyyy..jalan terus + jangan toleh belakang..(mcm penah dengar je ayat tuu..hahahaa)

Nasib baik jugak keadaan PLUS highway agak lengang. Mana tak nye..hari isnin kan, org lain tengah sibuk bekerja kot? kot laa... :P

Seterusnya, kitorg amik laluan Lebuhraya Guthrie untuk ke Shah Alam. 1st time jugak lalu lorong motor kat Guthrie. Sengal gak lalu lorong motor..tak best langsung. Kalo malam baik ikut jalan kereta la sebab mcm kurang selamat. Tapi kalo kantoi..sendiri jawab ehh


@ Suria Teh Tarik, Setia Alam

Selamat sampai ditempat seperti yang dirancang oleh kawan2 yang lain kire2 pukul 5.30ptg.

DSCN2518

Cikgu Pojul..antara salah sorang rakan yang organize untuk menyambut kitorg waktu tu. Tengok tu..siang2 dah sampai..hehe. Mekaseh banyak ye Cikgu Pojul..kesudian menyambut kitorg nih. Sangat2 dihargai dan rasa lebih BERMAKNA ride INDOCHINA ni. Kawan2 yang lain..ada yang masih dalam perjalanan. Tak kurangnye jugak yang sangkut dengan hujan lebat..





DSCN2519


RED VERSYS dan DUSKY BLACK FJR kini berada ditempat asalnya..port ngeteh ler. Kepuasan tak terhingga...



DSCN2520
 Alhamdulillah..syukur kepada Ilahi, berkat doa dari kawan2 dan semua pembaca yang tak putus2 memberi semangat dan sokongan kpd kitorg..WE DID IT..! MISSION ACCOMPLISHED..! wihuuuuuuuuuu...!! Ini lah saat dan detik waktu ni, tangan digenggam erat tanda kepuasan diatas kejayaan yang dicapai.

DSCN2521

Inilah rakan2 yang turun petang tu..Snooke, Adimz dan Cikgu Pojul..TERIMA KASIH bro..korang betul2 bagi aku terharu la beb. Tak tau aku nak kata ape..terharu dan gembira yang tak dapat nak diluahkan dgn kata-kata.Phiewwwwwww..! mau menitik air mata jantan aku waktu ni...huhuhu...

Masing2 tak sabar nak dengar stori de mori..hehee. Relax..kitorg citer skit2 dulu tp penuh dengan perasaan. Selebihnya., aku stori nati kat TAYARGOLEK.COM nanti. Sebagai tanda sokongan dan celebrate diatas kejayaan aku (Han) & Griffin dalam misi “INDOCHINA EXPEDITION” ni..Snooke sekali lagi mcm tahun lepas,dengan bermurah hatinye belanja makan+minum petang tu. TERIMA KASIH Snooke sebab belanja makan..semoga diluaskan lagi pintu rezeki.

 Dengan ini, jarak untuk hari ke-12 adalah 491KM. 


Rakan2 dan pembaca yang dikasihi sekalian..
Begitulah berakhirnya misi "INDOCHINA EXPEDITION" pada hari ke-12. Dan...inilah storinya..inilah ceritanya seperti yang aku janjikan. Aku kongsi pengalaman ride kepada semua pembaca yang sentiasa menyokong dan tak jemu2 menunggu update dari semasa ke semasa. Catatan demi catatan "RIDES".."JOURNEY"..dan "EXPLORATION"..serta pengalaman demi pengalaman dikongsi bersama bermula dari hari pertama sehinggalah hari terakhir INDOCHINA EXPEDITION 2012. 

Apa yang aku tulis adalah “IKHLAS DARI HATI” aku sendiri berdasarkan pengalaman yang dilalui.

Maka dengan ini juga,jumlah jarak keseluiruhan ekspedisi ini yang berlangsung selama 12 hari adalah sejauh 5881KM

Day 1: 1100KM
Day 2: 498KM
Day 3: 432KM
Day 4: 547KM
Day 5: 287KM
Day 6: 260KM
Day 7: 300KM
Day 8: 280KM
Day 9: 413KM
Day 10: 538KM
Day 11: 735KM
Day 12: 491KM



Jadi, sebelum aku tamatkan episod ini..


TERIMA KASIH tak terhingga buat Griffin yang banyak membantu dan turut sama2 menjayakan  ride ini. Bantuan dan sokongan mental tatkala RED VERSYS menghadapi masalah teknikal pada hari pertama memey aku hargai.

Tak lupa buat Bro YEMPAUL ANTONIO, rakan Overlander dari Singapure yang banyak memberi bantuan informasi kepada kitorg tentang Vietnam. Sesungguhnya bantuan dan info yang diberikan amat2 berharga dan kitorg hargai. Thanks bro..!


Buat keluarga aku & keluarga Griffin..Terima Kasih diatas sokongan dan dorongan..serta amat memahami minat kami untuk ‘mengembara’ lebih jauh..dan lebih jauh.


 Sedikit nukilan..

"Pengalaman demi pengalaman dilalui..satu demi satu negara direntasi. MYANMAR & LAOS dah setahun dalam memori..dan kini CAMBODIA & VIETNAM pelengkap ekspedisi. Diam tak diam Asia Tenggara (mainland) telah dijejaki, hanya dengan RED VERSYS buatan Kawasaki..hihi

Ride Adventure bukan lagi mimpi..jalan offroad seolah hampir sebati. Jalan berlubang sana-sini..itu semua tolak tepi janji misi dikecapi. 'Fadang Fasir' dahulu nya hanya idaman hati dan mimpi..walaupun RED VERSYS rebah,  kini semuanya terjawab apabila berpijak dibumi dengan kaki sendiri. 

Itulah pengalaman..dan itulah memori. Hampir 4 bulan "INDOCHINA EXPEDITION" berlalu pergi..terasa mcm baru semalam je ia pergi. Segala cerita, segala pengalaman dikongsi bukan untuk dipuji. Tapi, inilah realiti. Manalah tau esok lusa nanti..kawan2 pergi dengan informasi yang diberi. Pengalaman berharga yang sukar untuk diungkapkan..Syukur kepada Ilahi. Alhamdulillah.."


Akhir kata "Pengalaman mengembara sukar dihuraikan. Kepuasan menjejaki tempat yang impikan sememangnya sangat bererti. Ayuhh..! Ayuhh..kawan2 ku, kite keluar mengembara lihat dunia luar..kite mengembara melihat keindahan alam. Kita amati..itulah indah dan agungnya ciptaan Tuhan.."

Dengan ini, aku tamatkan stori de mori  “INDOCHINA EXPEDITION (MALAYSIA-THAILAND-CAMBODIA-VIETNAM” pada episod ini. Segala yang aku tulis adalah berdasarkan pengalaman peribadi..sekadar untuk dikongsi sama.Sekiranya segala salah silap +  sepanjang penulisan stori ini, maaf dipinta.

 Inilah “TayarGolek”..“The Rides…The Journey”. Selagi “tayar masih bergolek..selagi itu TayarGolek.Com menemui anda.
Kita jumpa lagi di entry/ride yang lain akan datang. 
Thanks for your support + Thanks for reading..

Adios,
Han



13 comments:

Anonymous said...

Salam. yoshhhhh.... udah abis ka? x pe, eden tunggu ajo entry baru. eden sokong ekau buek bebanyak entry..
p/s: x tahan ngan statement penutup yg dalam maknanya. tunggu aje eden cekau z800. insyaAllah.

jairaub

Anonymous said...

Terbaekkk la bro!!

griffin said...

WE DID IT..! MISSION ACCOMPLISHED..!
Thanks to you bro.
Terbaik !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
:-) :-)

ADIMZ said...

congratz to both of you.... two thumbs up.... =)

Anonymous said...

oh i like the ending.....
tak cuba pijak kaki ke tempat org kita takkan tahu budaya sesuatu negara tu..
and yup totally agreed "yok kita keluar mengembara ke tempat org"
tak kira la by bike or by plane ke....yg penting kepuasan yg kita dpt nanti...congratulation to both of you ...

bro man

TayarGolek.Com said...

jairaub, Adimz & Bro Man - Thanks bro2 semua.
Griffin - yes bro..we did it! Thanks VM

Anonymous said...

hebat...terbaekkk bro han n bro griffin

tahniah......

khai.

Eeren Chong said...

Pergh!!!! Congratssssssss...

qalleed said...

Tayargolek.com is the reason for me to understand friendship... Aprt from others in the blog mentioned, bro Griffin and Hanz is the good example...tq.

TayarGolek.Com said...

khai - thanks khai..aku doakan bro one day akan dapat ride ke sana jugak. InsyaAllah..

TayarGolek.Com said...

Ren - Again..tqvm diatas sokongan

TayarGolek.Com said...

qalleed - tq sir..friendship it so meaningful.

Anonymous said...

fuhhh cayaaa laa bro2 berdua,han n griffin..thniahhh..malaysia bolehhh..Don VOG Perlis..

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com