You Are Reading

4

TayarGolek.Com Tour to Krabi : Intro

TayarGolek.Com Friday, March 29, 2013
Yoooosssshhhh...!

Salam Sejahtera semua..

Minggu ni aku update stori de mori TayarGolek.Com seterusnya dari kampung di Penang. Tengah cuti2 la katakan. Pun still buzy dengan hal harian.Walaubagaimanapun, aku akan cuba update dari semasa ke semasa.



Entry kali ni aku akan bawa semua rakan2 pembaca yang dihormati, TOUR TO KRABI yang telah berlangsung pada 31 Jan - 4 Feb 2013 yang lalu.

TOUR TO KRABI ni merupakan ride pertama yang diorganize sepenuhnya oleh TAYARGOLEK.COM untuk memberi peluang kepada pembaca dan rakan2 motor terutama sekali kepada mereka yang pertama kali yang berhajat untuk melepasi border Malaysia dengan motorsikal.

Ride bukan sekadar ride, tapi selain membawa mereka kesana..beberapa tips & sedikit ilmu mengembara dikongsi sama kepada mereka yang mengikuti ride ini tentang "apa yang perlu" dan "tips keselamatan" sewaktu berkomunikasi dengan orang tempatan. Tips2 yang diberikan adalah untuk keselamatan diri dan rakan2 lebih2 lagi datang ke negara orang dengan motorsikal.Ilmu yang sikit..dikongsi sama agar lebih berkembang.

TAHNIAH aku ucapkan kepada rakan2 pembaca & rakan motor yang telah menjayakan ride TOUR TO KRABI yang lalu. Antara mereka yang join:

1. Wendy - VERSYS 650
2. Paiz - VERSYS 650
3. Jebat Derhaka - ER6N 650
4. Hasnul - ER6N650
5. Tebu - ER6N 650
6. Arynaz - FJR 1300
7. Sam WTR - ER6F 650









31 Jan - 4 Feb 2013:
Day 1: KL - Songkhla
Day 2: Songkhla - Krabi
Day 3: Krabi
Day 4: Krabi - Hat Yai
Day 5: Hat Yai - KL

5 hari trip ke Krabi ini, kitorg telah berjaya menggolekkan tayar motor masing2 sejauh 1804KM.

Alhamdulillah..5D4N semua berjalan lancar..semua happy dengan program yang diatur.  Ride yang dikemudi oleh aku sendiri berjalan dengan baik, tanpa ada sebarang masalah, tiada yang tertinggal, takde yang sesat..pendek kata aku bawa diorg ride dengan santai de mantai sambil menikmati pemandangan sekitar sepanjang perjalanan. Kerjasama yang TERBAIK, sentiasa mengikut arahan semasa berkonvoi..aku akui - mereka adalah PEMBACA & PENGIKUT TEGAR TAYARGOLEK.COM. Tak perlu diterangkan secara detail..masing2 paham dengan gaya & style riding TayarGolek.Com.

Seminggu sebelum bermulanya ride, aku telah mengadakan satu TTS bertujuan untuk bagi taklimat tentang "DOs and Don't" dan iternary perjalanan. So, dipagi ride..semua dah tau timing dan jadual, cukup time terus tayargolek.




Terima Kasih dan Tahniah sekali lagi buat mereka semua. Korang memey SEMPOIII abis..!! Caya lu bro2 semua. InsyaAllah..ada rezeki, kite bertemu lagi pada ride seterusnya pada 19 - 23 APRIL 2013..kemana? Kite ke KOH SAMUI..!!








Gambiran skit:

Ketika sampai di Songkhla



 Head of the Dragon, Songkhla


On the way ke Krabi

 

Island Hoping


p/s: sapa2 yang berminat untuk mendapatkan khidmat TAYARGOLEK.COM trip ke Krabi atleast 10 buah motor, sila email ke: han@tayargolek.com



Ikuti laporan  TOUR TO KRABI seketika nanti.



Adios,
Han

4 comments:

Anonymous said...

Wallawei...update sudaa

-manKl-

Anonymous said...

Yuhoooo... dia dah datang! stori de mori weh.. taksub nak baca ni!!

jairaub

Eeren Chong said...

Griffin tk ikut plak???

griffin said...

@Ren - Boss tak bagi cuti bro

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com