Yoooossshhh…!
Salam Sejahtera semua dan salam Hari Jumaat..
Seperti yang aku janjikan..aku akan bawak korang ke satu tempat yang aku rasa berbaloi untuk dikongsi sama tentang sejarah atau era Cambodia. Sebelumnya pun aku hanya baca dan tengok gambiran je. Kali ini, aku akan melihat dengan mata sendiri tentang “Teol Sleng”.
Entry kali ni jugak..aku tak banyak explain. Kite sama2 lihat gambiran yang ada..aku percaya, gambiran2 yang ada tu menceritakan 1001 kejadian dan kekejaman terhadap mangsa. Paling menyayat hati apabila kekejaman yang dilakukan bukan dari puak atau bangsa atau negara lain, tapi…rakyat mereka sendiri..orang mereka sendiri. Tapi kenapa?..semuanya sebab tamakkan KUASA..
Jom..kite ke “Teol Sleng Genocide Museum”.
Perjalanan ke Teol Sleng dengan menaiki teksi. Senang citer, kitorg charter terus sampai ke makan malam nanti.
@ Teol Sleng Genocide Museum
Perjalanan ke muzium ni kire 15 minit je dengan menaiki teksi. Tak sure ler kalo mamat driver ni bawak kitorg ikut jalan potong :).
Inilah muzium yang aku maksudkan..Teol Sleng Genocide Museum
Teol Sleng Genocide Museum..gambiran dihadapan pintu masuk. Dikenekan bayaran sebanyak 4000 riyel seorang.
Teol Sleng Genocide Museum ini muzium ape?
Kalo kite lihat dari segi nama muzium ni pun dah agak mengerikan.. “pembunuhan beramai-ramai”. Untuk info yang lebih lanjut mungkin kawan2 semua boleh google sendiri tentang sejarah Cambodia. Tapi aku ada info versi TayarGolek.Com sendiri.
Info ni aku dapat semasa meng”explore” tempat ni.
“Teol Sleng Genocide Museum” sejarah tempat ini digunakan oleh Security office 21 (S-21) semasa zaman “Democratic Kampuchea” dibawah naungan Pol Pot (Sa lut Sor) pada 17 April 1975.
S-21 adalah gelaran untuk Security office 21 dibina bertujuan untuk tahanan, soal siasat, penyeksaan yang tidak berperikemanusiaan dan pembunuhan selepas segala maklumat diterima dan direkodkan.
Teol Sleng Genocide Museum telah dibuka kepada orang ramai pada 19 AUGUST 1979 dengan keluasan 600 x 400 meters dengan 4 buah bangunan iaitu Bangunan A, B, C dan D.
Lebih detail..
The Chronology of Cambodia. Sekarang, kita boleh nampak bermulanya setiap era di Cambodia.
Sejarah pembukaan TEOL SLENG GENOCIDE MUSEUM:
7 SURVIVORS VICTIMS from S-21 prison
Leaders of Democratic Kampuchea
Jom..kite lihat..kite tengok tempat ni suatu ketika dulu digunakan sebagai penjara, tempat seksaan yang zalim dan pembunuhan kejam.
Ini adalah kubur 14 mangsa yang ditemui di Bangunan A.
Info penemuan..
Batu peringatan dari Kementerian
14 buah kubur mangsa yang disemadikan..
The Security of Regulation
2 jam jugak kene spend masa kat sini untuk complete tour sebanyak 4 bangunan. Phiewwwwww..! Aku gagahkan jugak memanjat 4 bangunan ni walaupun penat + keadaan kaki yang bengkak untuk dapatkan info + melihat sendiri kesan peninggalan era “Democratic Kampuchea”.
Bangunan A:
Kite ke Bangunan A dulu..satu per satu kite tengok sejarah Cambodia.
Info bangunan A.
Gambiran dibawah menunjukkan katil yang digunakan untuk menyeksa mangsa..
Gambiran sebenar..
Gambiran keadaan sebenar..
Gambiran keadaan sebenar..
Gambiran keadaan sebenar..
Gambiran keadaan sebenar..seksaan demi seksaan untuk mendapatkan maklumat2 penting.
Gambiran keadaan sebenar..
Besi ini digunkan utk mengikat kaki mangsa..
Gambiran keadaan sebenar..
Kematian selepas seksaan yang kejam dan zalim.
..dan 2-3 bilik di tingkat 2 Bangunan A, digunakan untuk kelas
Gambiran Kelas:
Bayangkan..daripada berpuluhh ribu banduan..hanya 7 orang je yang selamat.
Bangunan B:
Gambiran Bangunan B.
View dihadapan bangunan B
View dari pandangan depan..
Sebelum kite masuk ke Bangunan B, diluarnya terdapat salah satu alat yang digunakan untuk menyeksa banduan2. Kite baca sedikit info dibawah..
The Gallows
The Gallows – banduan akan diikat kedua belah tangan dibahagian belakang..dan ditarik menggunakan tali sehingga tergantung..
‘hook’ yang digunakan untuk mencangkuk tali..
Gambiran lukisan kejadian sebenar
Tempayan ni untuk ape pulak…? jawapannye juga ada digambiran atas..
Jom kite masuk Bangunan B..apakah cerita disebalik Bangunan B?
Secara ringkasnya, Bangunan B digunakan digunakan untuk menyeksa banduan sehingga mati. Apa yang akan dapat kite lihat nanti, antara sebahagian seksaan dan peralatan yang digunakan..
Force worked in Kampuchea Democratic Regime..
Paksaan demi paksaan..
tak kire lelaki atau perempuan..dewasa atau kanak2 atau orang tua..semua dikerah untuk kerja2 berat.
Gambiran tersebut menceritakan segalanya keadaan waktu itu..
Gambiran salah seorang banduan/mangsa yang ditahan. Tengok kat kakinye tu..kepompom tak boleh lari..
Pakaian dan kasut mangsa..
Gambiran mereka yang diseksa dan dibunuh..
Salah satu alat yang digunakan untuk menyeksa “prisoner” sewaktu ketika dahulu semasa “Kampuchea Democratic Regime”
Gambiran dibawah pula..tengkorak atau tulang2 mangsa pembunuhan beramai-ramai. Lihat! betapa kejamnye mereka..menyeksa dan membunuh tawanan sesama mereka. Bukan orang lain atau dari negara lain, tapi orang mereka sendiri.
Sejarah Demokratik Kampuchea” dan Security office 21 (S-21):
Untuk lebih jelas tentang sejarahnya..
Pol Pot atau nama sebenarnya Sa lut Sar dan biodata peribadinya..
Jenis seksaan dan peralatan yang digunakan. Aku tak nak explain..gambiran ini cukup untuk menceritakan segalanya..
Penjara atau “cell” yang diperbuat dari batu-bata dan kayu.
Alatan untuk menyeksa banduan2..
Kita akan lihat alatan tu nanti secara ‘real’ di Bangunan C.
Jom..!! (eh takkan dah letih ko? hehehe..)
Bangunan C:
Dibangunan C, ianya lebih kepada penjara yang diperbuat dari batu-bata dan jugak kayu serta beberapa alatan untuk seksa banduan..
View bangunan C..
Pintu masuknya ditutupi dengan pagar dawai kawat. Ini kalo kene tang mata ni..boleh buta ni beb!
ok..ini keadaan sebenarnya..
Sudut yang lain..
Info Bangunan C yang mcm aku bgtau tadi..
Time aku nak masuk ni..takde sape2 pun. Errr..! aku sorang2? Nak tak nak kene masuk gak beb.
Seremmmm gak nih..!
Jeriji besi tingkap ‘Cell”.
Abaikan gambiran gadis kat dalam tu.. :P
Titisan darah..
Keadaan “Cell” yang diperbuat dari batu bata..dengan ruang yang sempit.
Kalo mengikut info disini..cell2 tersebut telah diperbaiki oleh pihak muzium
Meremang pulak aku waktu..dah le sorang2. Sunyi betul waktu ni..mcm boleh kedengaran suara jeritan banduan yang diseksa..!
Gambiran lain..
Menurut info lagi, ‘cell’ yang diperbuat dari batu bata atau “brick wall” dikatakan untuk menghalang bunyi bising seperti bunyi suara jeritan..suara2 seksaan keluar dari bangunan C. Tak kata pulak waktu siang atau malam? atau mungkin siang dan malam?
Boleh imagine?
..dan ini pulak ‘cell’ yang diperbuat dari kayu..
Lebih kecik lagi dari yg batu bata punya…
Terus terang aku katakan..’cell’ dari kayu suasananya amat2 lain macam waktu ni. Jantung aku ni sah2 ler berdegup laju..kalo ler tetiba ada org sergah ni…huiiiiiiiii..!! APTB..beb!
Lubang untuk melihat mangsa dalam ‘cell’.
Hanya dinding kayu dan jeriji besi sebagai peneman..
..aku masih mengharap agar ade ler pelancong lain jugak kat sini. Goyang ni weii..! bukan penakut..tapi lepas melihat gambiran2 pembunuhan kejam + seksaan sehingga mati..aku yakin banyak mayat2 telah bergelimpangan disini.
Bile dibayangkan suasana waktu itu disini sorang2..haa! mai laaa…mai laaa banggg! kekekeke
ok la beb..aku chaltae dari cell tadi. Dan…dawai kawat ni menjadi pemandangan utama di Bangunan C..
Bangunan D:
Dibawah ni aku cuma nak share beberapa gambiran yang sempat aku amik dgn camera sendiri. Gambiran ni merupakan keadaan sebenar waktu itu ..macam mana seksaan kejam yang tak berperikemanusiaan dilakukan. So, inilah sejarah Cambodia..kite saksikan.
Tangan dan kaki diikat seperti binatang. Manakala matanya ditutup dan leher dikelar..
Bagai mana pulak nasib bayi ini? Dirampas dari ibunya..untuk apa?
..untuk dibunuh!! Dilambung dan ditembak tanpa belas kasihan..anak yang tak berdosa tu. Perghh!! sedih siut..
..dengan lain cara pulak, anak kecil atau bayi tadi dirampas dan dihempas ke bumi tanpa rasa serba salah..!
..dan ini pulak cara pembunuhan kejam yang lain..
..dah macam binatang dah dibuatnya..giler!
Alat seksaan..atau orang kampung aku panggil “instrument of tortures” :))
ni mcm yang aku tunjuk memula tadi..Hukum Gantung sampai mati.
Sebatan..seksaan..
Gambiran keadaan banduan di cell mcm yang kite tgk tadi..
Gambiran seksaan + alat sebenar yang digunakan:
tak sure air yang digunakan tu air ape? Air panas? acid? air sabon..sabon dibilik mandi?
tak sure apekah?
..tak sure jugak yang ini..takde gambiran
wohoooooo…! sungguh kejam ini orang. Bunuh perlahan-lahan…muka direndam selepas disebat.
Gambiran beberapa banduan/mangsa yang diseksa dan dibunuh..
Fuhhh..! dahsyat..! memey dahsyat seksaan diorg tuu..
Ok lah beb..kite ketempat lain pulak.
bahagian ni pulak, tempat pengumpulan rangka2 mayat yang dibunuh. Semua rangka tulang/tengkorak yang dijumpai..disimpan disini.
Ini sebahagian je kot daripada 20,000 orang banduan yang dibunuh.
Phiewwww..! selesai 4 bangunan di Teol Sleng Museum ni. Aku harap ape yang aku share dalam entry kali ini..serba sedikit dapat memberi maklumat tambahan kepada semua.
So, abis part muzium ni. Lepas ni kitorg akan layan sightseeing skit sekitar bandar Phnom Penh + makan malam.
Kite sambung selepas ini..
Adios,
Han
10 comments:
sabon dibilik mandi?sabonn..sabonn..haahahah
7 org yg hidup ni mesti trauma seumur hidup kan..mmg kejam.
Tp dimanakah bro Griffin sewaktu kejadian?tunggu kat luo ke bro?hehhehhe....
Griffin dah pancit :-P
anon- aku agak je..air sabon kot? sabon dibilik mandiiiii..saboooooon..haha
anon - yeo..7org je yang survive. Kisahnya ada dibukukan dan dijual oleh salah seorg yg selamat.
Errr..Griffin kat mana? dh agak dah musti ad soklan tu..mcm kes KMS1 kan masa kat Istana Raja Malewar?hahaha..
Griffin - Thanks bro..bagi jawapan yg menjadi 1001 tanda tanya.
ha ha haaaaa
perjalanan yg penuh info sejarah....terbaekk bro
Thanks bro..sekadar berkongsi dan amik iktibar :)
Kate msk sesorang dlm bangunan c... amoi dlm foto tu kan ade... ikut jer die... tu la rmai org melayu kemboja lari ke malaysia dl sbb mamat pol pot ni...
ren - aku baru je nk follow amoi tu..tapi tetiba je hilang dari pandangan. Apakah..?
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..