You Are Reading

2

Musafir Bumi Myanmar D10 Mawlamyine

TayarGolek.Com Thursday, March 14, 2019
Yooossshh...!!

Salam Sejahtera semua..

Harap semua rakan2 dan readers TayaraGolek.Com sihat Sejahtera.

Aku mendapat banyak feedback tentang Islam di Myanmar..tentang masjid dan tentang makananan halal juga tidak terkecuali. Adakah sebagai Muslim selamat apabila tour samada dengan motor atau kenderaan lain? InshaAllah..bagi aku sedikit masa bila balik nanti aku akan buat satu write up tentang pengalaman 8 hari di Bumi Myanmar sebagai seorang Muslim.

D10 (hari ke-11 keseluruhan) MUSAFIR BUMI MYANMAR kitorg berada di Mawlamyine, Myanmar. Perjalanan yang paling jauh sepanjang jelalah Myanmar setakat ni. 490KM terpaksa kitorg lalui melalui route jalan lama. Motorsikal tidak dibernarkan memasuki express highway..so sbb tu lah dari Naypidaw ke Mawlamyine mengambil masa 10jam. Penat? Memey penat..dengan mengantuk sebab tak cukup tido sepanjang ride.

Pukul 3.30pagi kitorg dah bangun. Macam ni lah rutin setiap hari. Lepas solat subuh..tayargolek pukul 5.30 pagi. Sejuk pagi memey lain machiam..tahap gigil. Pakai glove wind proof pun tak berkesan sangat. Tapi pkl 11.00pg panas lain machiam pulak. Panas kering..jerebu tahap tak serius..tapi ada beberapa tempat yang terbakar yang aku nampak sepanjang perjalanan ke Mawlamyine.







10jam riding utk jarak hampir 500KM mmg lama..apatah lagi dengan speed average 50kmj..traffic tak perlu cakap lah memey hari2 macam tu. Otak sentiasa kene alert dengan penduduk tempatan yang attitude menunggang motorsikal dikampung2 tepi jalan yang aku boleh panggil “selamber”. Selamber melintas baik dengan motor atau jalan kaki. Ini antara pengalaman yang perlu dilalui ketika ride di Myanmar.























D10 tak banyak aktiviti yang kitorg buat. Plan mmg ada nak tengok itu dan ini bila sampai di Mawlamyine..tapi disebabkan keletihan yang amat..kitorg decide untuk layan sunset di Tasik Attaran dan berehat. SubhanaAllah..cantik pemandangannya dan banyak burung Camar berlegar2 berterbangan dipersisir sungai Attaran.















Bile dapat tengok suasana petang disini..hilang segala penat lelah. Masa tgh layan sunset.. ada 1 family yang sibuk mencampak kacang kat burung Camar..tour guide kitorg (Kyaw) bersembang dengan mamat tu. Rupa-rupanya mamat tu Muslim dan boleh cakap Melayu. Aku tanya la “penah keje Malaysia?”. Dia kata” 7tahun keje Malaysia kat Pasar Baru,Selayang”. Alhamdulillah..dapat sembang2.

Tak lama lepas tu suara Azan berkumandang. Aku mintak diri dulu sebab nak ke Masjid. Griffin dan Kyaw + driver akan tunggu sampai aku siap solat. 

Masjid Bali Gyi - Mawlamyine, Myanmar :
Inilah masjid tempat aku bersolat Maghrib. Masjid lama lebih 100 tahun yang telah dibina masa zaman British dulu. Ramai jemaahnya..termasuk kanak2. Sebelum ride MUSAFIR BUMI 
MYANMAR, aku agak takut dengan keadaan masyarakat Myanmar 
terhadap orang Islam..sebab kite terlalu dipropakan dengan Myanmar anti Islam. Semuanya SALAH..pandangan dan andaian aku meleset sama sekali. Muslim dan Non-Muslim hidup seperti biasa..suara Azan bebas dilaungkan. Allahu Akbar!









Lepas solat, makan malam..ada restoren halal disini. Sedap pun sedap..harga murah. So sapa2 datang sini nanti boleh singgah makan sini. Ada goreng-goreng..padu baq ang.

Halal Food Mawlamyine:
Yuu Nann Pan Thay Restaurant.







Sekian coretan untuk kali ini.

Jumpa lagi.


Adios,
Han

Mawlamyine, Myanmar

2 comments:

Anonymous said...

Sungguh cantik pemandangan di myanmar. Terbaik boss kite.

Unknown said...

Piew piewww..fuhhh terbaik..

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..

 
Copyright 2010 TayarGolek.Com