Yoooshhh..!!
Akhirnyaaa….Syukur..kami selamat kembali.
1920 – @ Kawa HQ.
Dari NKVE, kami exit melalui tol Bukit Jelutong dan terus ke Kawa HQ. Tepat pukul 1920, kami memasuki perkarangan Kawasaki (M) Sdn.Bhd. Dgn keadaan trafik yg lancar..kenderaan pun agak kurang ptg tu. Kira-kira 30 buah peserta sahaja yg mengakhiri konvoi ‘Merdeka Ride 2009’ disini. Selebihnya, telah pun meneruskan perjalanan ke rumah masing2..

Wajah heppi..atas kejayaan ride ini..



gambir2 yg ‘blur’..adrenalin aku masih bergerak kencang time ni..sbb tu ler gambir jadik cam ni..





Dikesempatan ini, Ketua Marshall, Ketua Konvoi & Pemerhati Konvoi memberi sedikit ucapan berkaitan ‘Merdeka Ride’ ini.


Kepada peserta konvoi yg tidak berada disini, sedikit kata2 dr Ketua Marshall, Ketua Konvoi & Pemerhati Konvoi.
Kata2 dr Abg Ariffin (Ketua Marshall)..
”Tahniah kpd anda semua yg menyahut cabaran konvio 100 buah motor ke Penang. Perjalanan konvoi balik ke KL adalah lebih baik & lebih teratur..
’Hujan semasa konvoi td adalah pengalaman paling menarik..harap lepas ni jgn serik utk berkonvoi dgn saya lagi..saya juga ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih, atas kerjasama dari anda utk sama2 menjayakan konvoi kita ini..tepukan utk diri sendiri..”

Serba sedikit kata2 dr Abg Mad Kawa (Ketua Konvoi);
“Dan makluman kpd semua, seorg dr peserta konvoi(abg ADB) telah bergerak ke KL seawal pagi lagi sbb pakcik beliau telah kembali ke Rahmatullah..sama2 kite sedekahkan Al-fatihah kpd roh pakcik beliau..Al-fatihah.
Sekali lagi Terima kasih & tahniah kpd anda yg sama2 menjayakan ‘Merdeka Ride’ tahun ini..saya buka penyertaan sebanyak 100 buah motor, target yg menyertaai mgkin dlm 50-70 buah sahaja..spt yg lepas2, kami buka 70 penyertaan hanya 40 sahaja yg menyertai..tp kali target saya betul tersasar..malah lebih 100 buah motor yg ingin turut serta dlm konvoi kali ini..Insyaallah kite buat lagi utk ride ke motoGP..”
Dan kata2 terakhir dr Tuan Suhaimi selaku Pemerhati Konvoi sebelum bersurai;
“Saya ucapkan tahniah kpd anda yg telah bersama2 menjayakan ‘Merdeka Ride’ tahun ini. Mengikut pemerhatian saya..konvoi ini dianggap BERJAYA..sbb tiada kemalangan berlaku, para peserta penuh berdisiplin mengikut arahan Marshall..saya berharap kita mendapat feedback yg baik dr pengguna2 jalanraya yg lain..”
Sedikit gambar semasa di Kawa HQ.




Bersalam-salaman…


Sebelum bersurai, kami bersalam-salaman antara peserta konvoi..
“Itulah nilai keakraban antara kami..tidak kira pangkat, tidak kira usia, tidak kira lelaki atau perempuan, tidak kira apa pun jua..bile sama2 “tayar golek”..anda tetap digelar “biker”..berkongsi perasaan & pengalaman….”
Lori kita pon dh sampai..boleh ambil beg masing2..


Seramai 4 orang peserta kita yang akan meneruskan perjalanah mereka ke Melaka..jauh lagi perjalanan tu..semoga mereka selamat ke sampai ke rumah masing2.
Pengalaman yang dpt dikongsi bersama setelah menyertai konvoi ini:
- Perlu persediaan awal utk diri,minda dan kenderaan utk berkonvoi.
- Disiplin diri ketika berkonvoi
- Keselamatan diri, rakan2 konvoi & pengguna jalanraya yg lain.
- Sentiasa ‘alert’ semasa berkonvoi.
- Mengikut segala arahan dr Marshall.
- Kawasaki (M) yg menaja konvoi iMerdeka ini.
- Semua Marshall yg sentiasa bertanggungjawab menjaga keselamatan & melancarkan perjalanan konvoi.
- Kpd kawan2 spt geng2 Ninja250R & FERNO yg turut serta menjayakan ride kita..
- dan tak lupa kpd pengguna2 jalanraya yg lain semasa kami berkonvoi..Terima Kasih atas kerjasama anda..
Sekian dulu, cerita gambar dr ‘tayargolek’..lain hari kita cerita lain plak…
Adios…
0 comments:
Post a Comment
Harap dapat tinggalkan nickname atau email anda..